Friday, November 12, 2010

Kawasan-kawasan aku mencarik idea...

Selamat hari ni..entri ni kalo ikutkan aku post kat GB tapi aku post kat sini sebab entri ni lebih bersifat dari hati...bukan dari otak aku...jadik, aku kongsikan kat korang kat mana biasanya tempat-tempat aku kumpul ilham nak update mana-mana blog aku..tak kisah la HHD ni ke, GB ke..

  1. Bilik termenung a.k.a jamban...aku taktau kenapa...setiap kali masuk jamban, idea tu datang mencurah-curah macam benda yang keluor dari bontot aku...kalo aku pikirkan balik, maybe sebab masa kat bilik termenung tu aku tak buat apa-apa...jadik otak aku pun berjalan dengan penuh gayanya...korang mesti buat benda yang sama gak..
  2. masa kat mamak...bila aku lepak mamak, time tula macam-macam benda aku nampak, macam-macam benda aku dengor...dan kengkadang time aku borak-borak pun idea datang...masa tu la aku note kan benda tu kat dalam otak aku sebelum aku luahkan semua benda yang akudah kumpul tu siap dengan gorengan dia lagi...
  3. satu lagi tempat, kat dalam bilik, masa tangan aku pegang gitar, depan mata aku tenggiling yang tengah menunjukkan kod lagu...kengkadan aku tak faham cemana idea boleh datang time tu...mungkin aku dalam fasa berfikir secara terancang masa tu..tu yang ilham datang tu..
  4. masa tengah-tengah jamming atau layan lagu metal sengsorang...aku tau yang otak aku ni memang nak power kalo nak berpikir dengan laju...jadik, biasanya lagu-lagu ni dapat boost otak aku pegi maksimum...abis kalo lagu yang terkeluor tu lagu nasyid ke, lagu asli ke, lagu klasik ke cemana??bila keluor lagu cenggitu, aku berada dalam fasa tenang...bila dalam fasa tenang, semua perangai agresif tu takde...tu yang jadik nak update blog, terdengor lagu cenggitu, terus tangguhkan...sebab dalam fasa tenang..
  5. masa kat ruang tamu sambil termenung...masa tu tv tengah tengok aku...masa tu ilham tiba....tapi biasanya ilham yang sampai time cenggini, aku rejek lepas aku type..sebab hasil dia tak original...sebab aku memang tengah pikir nak update blog masa tu...
jadik, tu antara tempat dan masa aku dapat idea nak update blog...tapi betul gak kata sorang senior blogger dulu....idea ni nak datang memang tak kira masa, tak kira tempat...tetiba jek dia datang...lagipun semua benda ada potensi nak jadik entri...just cara kita olah ayat tu yang buat entri tu power ke tak power....so sampai skang aku pegang pesanan tu...

notahangit: idea buat entri ni datang bila??masa aku tengah main solitaire kat bilik sambil dengor lagu jiwang...sebab tu ayat dia ala-ala lemah lembut sikit...huhu

 

Monday, November 08, 2010

Kurang hajor ke kurang di ajor??

Selamat hari ni

hari ni aku nak cerita pasal pe'el sesetengah ni la ek...aku faham la ada sesetengah orang ni memang tahap mesra, ceria dan sporting dia tu tahap cipan sampai ko boleh main pijak-pijak jek dia....tapi kan korang tau...kita bangsa melayu ni, ada adab sopan, tata susila, budi bahasa kita...dari kecik lagi kita dah diajor...jumpa orang, hormat...cakap dengan orang tua, hormat....cakap dengan member sebaya, jangan tinggi diri....cakap dengan budak-budak, toksah bongkak...dah tu, tak reti-reti lagi nak berbahasa??ke korang memang tak reti bahasa??sampai aku tulis kat dalam blog ni pun dalam bahasa yang agak kasor bunyik dia...

  • kengkadang aku faham niat ati korang nak berguro...okla...aku bukan tak suka berguro...semua orang suka berguro..tapi kengkadang kita reti la limit nak berguro tu cemana...cam kalo ko menganjing orang pun, sekali, ok....berguro....dua kali, berguro...tiga kali, berguro ke??lebih dari tiga kali...kurang ajor betul...nak-nak kalo yang buat pe'el ni bebudak...memang kalo orang tua-tua dulu, korang ni dah sah-sah kena bambu teruk....
  • ada gak yang kengkadang tu tak perasan apa yang diorang buat tu buat orang lain terasa ke sakit hati ke...aku pun kengkadang tak perasan buat orang sakit ati...tapi, kalo dah ko tengok orang layan ko lain macam jek, tak pun orang terus terdiam dari riuh-riuh, ko pun tak reti-reti nak reti-reti kan diri ko berenti dari bercakap??ke korang nak tunggu penampor siam naik kat muka baru ko nak reti yang orang tu dah mula naik hangin dengan ko??tak pun kalo dalam istilah FB yang aku takde tu, takkan nak tunggu orang ban ko dari page baru ko nak tergedik-gedik mintak mahap??
  • lepas tu lak ada sesetengah orang rasa kononnya cool la sound orang guna stail perli-perli.contoh macam korang bengang dengan mamat ni sebab sanggah pendapat ko...lepas tu ko pun ikut hatila cakap secara opennya...adala kan sesetengah orang tu kan...tak kisah la dia tua ke muda kan...tapi kena la respek kalo orang lain bercakap ke, bagi pendapat ke...janganla nak sanggah tanpa pikir dulu....huh!!aku respek kebodohan ko tu...bajet cool la korang sound orang cenggitu..korang kat rumah memang takde cermin ke??aku sendirik pernah counter masalah cenggini bai...sebagai ketua, biasala kengkadang ada orang yang lagi berpengalaman dari kita kat dalam grup...tak kira la tua ke muda....dan bila korang bagi pendapat, diorang sanggah, apa salahnya kalo korang ambik dulu pendapat tu...tak pun korang pikir kan dulu kenapa dia sanggah..sebab tula kita diberi kemudahan oleh tuhan nak berkomunikasi...kalo ko tak suka orang sanggah pendapat atau idea ko, buat kije sorang-sorang....
  • yang ni lak memang satu pantang betul...pantang kena tegur, melenting...tak tegur, bila terbabas, melenting sebab orang tak tegur....jadik cemana layak aku nak tegur ko ni???karate tengkuk ko bagi pengsan lepas tu bubuh memori kad dalam kepala otak ko supaya dapat read semua benda yang aku nak tegur ke??kalo cenggitu, ko semayang pegila mintak kat tuhan naikkan taraf hotak ko tu....dah macam budak sekolah tadika...takde timbang tara...elok lagi budak tadika sebab kalo kita tegur, dia reti nak amik pendapat...
  • ni satu lagi perangai yang aku tak faham langsung...asal kena marah, bikin story panas...buat cerita kat orang kesana kesini...asal kena tegur, buat cerita sedih canang sana sini nak tutup silap sendirik...jaga-jaga oi....arini ko ada la backup orang percaya cakap ko...lelama besok, bila ada terjadik satu peristiwa, lepas tu semua cerita bohong ko tu terbongkar sehelai sehelai, mana ko nak bubuh muka ko??sorok dalam guni padi??
  • ni satu lagi perangai bangsat bangsa mana dia korek ntah...bila tengok orang tu naik ke, orang ni naik ke, bila tengok orang ni macam nak berjaya ke, orang ni tak berjaya ke...tak kira la sape pun ko...pakcik jual nasik lemak ke, petani moden ke, ahli politik ke, kenapa mesti nak cari kesalahan orang tu sampai ke dalam bijik kelentit  lobang cacing sekalipun??tak boleh ke berlagak profesional...lu buat kije lu, gua buat kije gua...lu untung eh??lu power eh??takpe...kalo lu power arini, besok gua power dua kali...kalo lu power dua kali, gua power rangers...kalo lu power rangers, gua otromen taro la....haaa..ini semangat la nak...berlomba-lomba nak majukan diri...nak tak habis-habis nak downkan orang...lepas tu bila orang tu down, hentam gelak ramai-ramai...ko memang perangai bangsat la bai...menatang pun tak sebangkai perangai korang ni....
ingat bai...pepatah arab ada kata.."lidah lebih tajam dari pedang"...orang melayu ada kata "kerana pulut santan binasa"... aku kata.."lu tunjuk lu punya berantai arini bai, besok pagi lu jangan terkejut gua bawak besi berani.."

notahangit: aku memang rasa nak ajor-ajorkan jek orang yang kurang ajor ni...agak takde akta untuk orang kurang hajor ni ke??pegi bentangkan kat parlimen kalo korang ada telor berani...
 

Wednesday, November 03, 2010

Fakta tentang kentut

Selamat hari ni

eh??kata blog ni untuk hati...ye...ni entri dari hati...sebab aku ambik dari entri lama aku kat blog frenster aku dulu...so berhati-hati...entri ni sangat kotor dan penuh dengan kopi dan pes...sila jangan baca sambil makan jika korang taknak rasa geli-geli...

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah. (sebab aku nih lelaki aku pun tak tahu). Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan…

Dari mana datangnya gas kentut?

Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk?

Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus.
Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.
Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?

Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.
 Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?

Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?

Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut.Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?

Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

Ada. Pernah tengok ‘Just For Laugh’ di saluran NTV7 dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Adalah kura-kura kentut?

Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?

Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

Adakah kentut mampu membunuh?

Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam
20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?

Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik.

Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu faham-fahamlah…

Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?

Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah penulis blog ini juga kentut?

Penulis juga manusia biasa. kadang-kadang ia dijadikan sebagai suatu hobi. Cuma apabila dituduh penulis akan cepat-cepat mengunci topik itu. Tak kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa dia. penulis tetap kentut.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?

Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?

Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.

notahangit: mana la aku korek idea tulis cerita mengarut ni dulu....

Tuesday, November 02, 2010

Luahan hati...

Selamat hari ni

sebagai start, aku nak tulis pasal kepenatan aku arini...yela...tak masal-masal aku jadik AJK PM-UTM kat KYM ni...amenda PM-UTM tuh??ntah..aku pun taktau...yang aku tau, club untuk student kerjasama UTM punya AJK la....ntah..bior la...tadi first meeting aku...dan first expression aku, macam haram..almaklumla...aku tau diorang ni bebudak lagi semua...aku jek tua walaupun pangkat aku still lagi junior...sem 3 pun dikira junior gak ek..tapi siyes berterabur...meeting takde penasihat..takde orang tua atau staff yang perhati...tu jadik cenggitu..ramai yang nak tunjuk besor kepala memasing...sampai Tuan Presiden pun dah macam blank-blank..Cik Naib Presiden lak nak tunjukkan kuasa...secara jujur, aku benci orang yang suka nak tunjuk power ni...tolongla...masing-masing ada kuasa gak....kang aku guna pengaruh aku kat HEP kang, habis persatuan UTM korang ni...padan muka aku dengan korang-korang sekali....dah...biorkan tahap marah tu..just kesimpulannya, meeting yang sesia dan membazir jek aku ponteng kelas sebab nak pegi meeting ni...nasib balik tadi dapat borak dengan awek cun..lega sikit...lalala...

disebabkan kesialan tu, lepas tu balik-balik lak, budak kecik sebilik dengan aku ni pegi membebel, campur lagi dengan orang yang tak reti-reti, aku sudah naik tensen dan hentam tido taknak bangun sampai pukul 12...haha...dah rugi sekerat hari dah aku...damn...

abaikan jugak yang tu...satu lagi luahan hati...aku tak puas hati dengan perkembangan hangit habis dah ni...myb silap kat aku jugak...pegi mana-mana aku promote gorengbaek tapi hangit habis dah ni tak...tapi jangan salahkan aku...kalo letak link, aku letak dua-dua...tapi aku taknak hebohkan sangat hangit habis dah ni...sebab kat sini aku bebas tulis semua benda yang aku nak...tak macam gorengbaek..situ tempat aku luahkan idea...kat sini aku luahkan perasaan...kalo ikutkan, tula tujuan aku hidupkan blog ni balik...sebab tu laa aku letak tagline kat sebelah sana sebagai blog yang comel dan panas...tapi kat sini keras dan ganas...tempat aku lepas geram, marah, karya ikut perasaan...jadik, takdela korang nak jumpa fakta-fakta menarik kat sini....kat sini just bebelan demi bebelan demi bebelan tak sesudah....

apa lagi aku nak luah??aku nak balik muor la rasanya nanti...biasa kat sana aku dapat reset balik semua mood..lama sangat lepak kat Melaka ni tak balik-balik, mengadap bebudak dengan perangai masing-masing yang kengkadang aku tak faham ni, boleh buat aku makin lama makin kurang lak tahap sabor aku...

notahangit: jadik dengan rasminya aku jadikan blog ni karya hati dan yang sebelah sana tu karya akal...korang nak suka mana-mana ikut suka...kalo nak suka dua-dua lagi bagus..kalo tak suka, tekan jek butang "x" kat atas tab atau browser korang tu...