Sunday, July 31, 2011

Black joke is not really a good joke savey?

Arakian

korang pernah berhadapan situasi ni tak??tak kisahla kat FB ke, kat blog ke, kat depan-depan ke..kat mana-mana la..kita bercakap-cakap dengan member kita...then secara tetiba diorang mengeluorkan jokes yang macam tak sepatutnya keluor pada masa tu dan agak tak sopan didengor oleh khalayak ramai...contohnya macam "sudahla lu...dahla tetek rata"...atau pun "lu beb....konek dengan bijik kelentit sama jek besor"....see??mungkin pada kita-kita dah biasa dengor...tapi bila kita fikirkan pendapat orang keliling cemana lak?

ada kemungkinan sesetengah orang akan percaya kalo terdengor benda tu...seriously...aku memang ambik serius dengan gurauan-gurauan cenggini...sebab pada aku, gurauan ialah benda yang buat kita bergelak sesama ataupun buat member kita hangin, bergaduh dengan kita dan end up dengan gelak besor sesama....tapi bila dah sampai tahap menjatuhkan air muka orang, nak-nak dengan hal yang seriously tak betul dan kurang ajor....its not hilarious anymore isn't it?

well...ramai yang suka buat jokes cenggini dan kalo member diorang terasa dengan diorang dan tangkap tacing pastu tak berkawan lagi, diorang akan duk ejek-ejek macam monyet takde otak...tak pun duk kutuk-kutuk reramai macam orang takde telur....banyak dah aku jumpa keadaan cenggitu...dan ayat yang biasa diorang gunakan ialah "sudahla la lu...orang gurau jek pun nak tangkap sentap...tak sporting la lu bai.."...tapi disebabkan aku ni jenis manusia yang suka bereksperimen dengan mental state manusia, aku try buat prank joke yang ala-ala sama kat member yang buat joke cenggitu....nak tau apa jadik?? tarik muka bai...moncong sedepa mengalahkan awek...masa duk kutuk-kutuk orang, tak hengat melampau...bila kena batang hidung sendiri tau lak nak tangkap sentap....sape yang tak sporting skang??

kesimpulannya pada aku, tak salah kalo korang nak buat joke cemana pun.....tu kan cara kita nak rapatkan hubungan antara satu sama lain...tapi kalo nak start buat joke kutuk mengutuk, kita limitkan pada benda yang kita rasa kita boleh terima jek la...kalo kita kutuk orang cenggitu, tapi kita tak leh nak terima orang lain nak kutuk kita, obatnya, jangan main kutuk-kutuk...bawak-bawak diamkan diri dan bergurau cara lain....

selalunya orang Melaka la yang jenis cenggini..kutuk org pandai...
tapi sendiri tak tahan kena kutuk..pdahhhh...
notahangit: nak bergurau kasor, kena la fair...ada masa kita menang...ada masa kita kena buat-buat kalah...barula orang tak rasa macam kita ni berlagak bagus sangat...takkan tu pun tak leh nak fikir kotttt.....

Friday, July 29, 2011

Man...this is fuckin' pathetic

Arakian

Tahukah kau...betapa miserablenya aku...bila aku tetiba dapat tau yang ko tetiba takde...ko tau tak betapa keciwanya aku....takyah cerita aku la...cerita adik aku dulu...sebab kan ko takde, tak masal sedih adik aku...tetiba jek nampak dia buat muka kesian....aku memang kalah bila si kecik tu buat muka kecewa....berputor-putor kepala aku nak duk memikirkan apa aku nak buat nak pujuk dia...cakap tu, cakap ni...semua tak kena...last-last dia tertido dalam kesedihan...haih...sedih sungguh aku...semua sebab apa yang terjadik pada ko tau tak??

dan disebabkan ko jugak aku jadik tension tak memasal...sampaikan aku duduk memekak kat telinga cecep duk sebut-sebut nama ko...jangankan kata teringat-ingat...asyik duk terpikir jek kot...sampaikan terpampang status dak cecep tu kat fb pasal kena tocer mental dengan aku...nasib baik takde yang backup dia kaw-kaw...yang ramai memadankan muka dia jek...walaupun aku tergelak besor...tapi aku kesian jugak kat dia....tak masal-masal jek kena tocer mental sampai lembik-lembik...dan macam aku kat perenggan satu....semua sebab apa yang terjadik pada ko tau tak??

tu tak dikira lagi kat aku....dari start aku dapat tau sampai la skang ni...asyik duk pikir apa yang patut aku buat dengan ketiadaan ko ni....tak tau apa nak buat....nak surf internet, aku bukan kaki layan internet sangat pun kecuali melayan blog ni jek...nak main gitar, dah ditinggalkan gitar biru keramat tu kat Melaka bumi berTuah...nak tengok TV, bukannya ada cerita yang menarik dan menusuk minda pun...selalunya kalo dalam keadaan cenggitula aku selalu perlukan ko...bila ko ada baru aku ada benda nak dibuat masa tengah-tengah senggang ni....macam la ko tak tau betapa aku perlukan ko....kenapa...kenapa ini semua berlaku pada ko disaat aku memerlukan ko..kenapa??

kenapa la masa ni aku nak tertinggal kabel hard disk aku...dah jadik kije aku nak kena pikir mana nak korek kabel spare lak...bangang betul...


notahangit: cerita ini ditulis berdasarkan kisah benar...ianya bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak..cuma untuk berkongsi pengajaran sahaja...sekian terima kasih...

Wednesday, July 27, 2011

Kudos...kudos..that's what can I say....

Arakian


ni hal beberapa hari lepas...patutnya aku tulis beberapa hari lepas...tapi disebabkan line internet yang serius lahanat dan aku pun terpaksa reply komen korang kat lab, jadik aku tak dapat nak update dengan kerapnya...sebenornya aku taknak cerita pasal apa yang terjadik...aku just nak sampaikan perasaan terima kasih aku jek...terima kasih pada beberapa orang yang buat aku rasa sangat hargai....

mekasih pada ko...pada semua benda yang lepas-lepas...dari mula sampai dah sekarang...ini bukan sarkastik tapi ikhlas dari aku...macam yang aku cakap...segala apa yang jadik dulu, memang rasa sakit masa nak lalu...tapi bila dah tinggal jadik kenangan, dia jadik satu benda yang indah sebenornya...terima kasih untuk semua tu...walaupun aku tau dah terlambat untuk aku cakap semua tu, tapi biorla aku tulis kat sini sebagai satu penghargaan pada ko...walaupun post ni aku tau takkan kekal kat top, walaupun post ni akan lenyap bila aku dah melangkah pergi dari dunia blog ni, tapi aku nak ko tau yang aku hargai semua benda yang terjadik dulu...jadik untuk ko yang berkenaan, terima kasih banyak-banyak....ikhlas dari aku...

terima kasih jugak bagi korang yang berdua..bukan senang nak tangani aku ni....masa kecik sikit punya pemelor...tak reti nak dengor kata...lain kena balun, lain kena henyak, lain kena corporal punishment...tapi dari tu semua la akhirnya aku terbentuk jadik sorang manusia yang tau menggunakan kepala hotak...yang tak bertindak macam monyet-monyet yang meloncat-loncat tengah bandor raya membawak sepanduk-sepanduk konon-konon nak mensuarakan rasa hati....terima kasih jugak sebab mengajor aku macam-macam pasal selok-belok hidup yang simple tapi penuh dengan cabaran yang pelik-pelik...aku memang hargai apa yang dah korang tunjuk dan ajorkan kat aku...aku mengaku kengkadang aku ada buat langkah yang silap...dan aku hargai setiap teguran korang...serius aku sayang korang dan aku sentiasa hargai semuanya....terima kasih...

terima kasih jugak pada yang sudi mendengor, membaca, memujuk, mengutuk bersama-sama, ketawa beramai-ramai, kongsi sedih sama-sama....nak mencarik orang yang sanggup bersama-sama dalam semua keadaan cenggitu memang susah...jangankan kata dengan orang yang tak dikenali..tapi waima dengan orang yang kita duduk sebelah-sebelah pun..jadik, aku hargai setiap apa yang korang buat tu dan serius aku cakap...terima kasih tak terhingga....

notahangit: mesti ada golongan berlagak alim akan cakap...kenapa aku tak buat ucapan terima kasih pada Tuhan??sebabnya aku bukan manusia yang suka berlagak alim dan bagus nak bagi terima kasih macam Tuhan tu member aku....nak main tulis-tulis dalam blog lak...apa standard dia nak baca blog ni...dia ada report harian aku kot...dan dah terang dan nyata dia lagi tau yang aku berterima kasih pada dia....

Friday, July 22, 2011

Luahan Perasaan Siri ke berapa entah....

Arakian

Lovers...haters...perkara yang biasa kita jumpa hari-hari...ada satu peringkat, orang ni suka kita...tapi tak mustahil beberapa hari lepas tu dia menyampah kat kita lak....tu semua perkara normal...then bila kita dah lama tak jumpa, secara tetiba diorang akan suka kita balik, then dalam satu tempoh masa, diorang akan benci kita balik....itu perkara biasa...sebab aku dah mula perasan...format dalam hidup ni...A akan suka B kalo B mengikut jek apa yang A arahkan..suruh duduk, duduk....suruh berguling, berguling..tak membantah langsung...salah satu format jugak, A akan suka kat B ni kalo B ni memang pandai membodek...lagi power ayat bodek, lagi dia suka...kalo boleh nak kena kipas tahap kipas mahadewa punya...buruk perangai manusia ni...tak kisah la kalo pembodekan dia tu memang obvious terang dan nyata membohongnya...tapi diorang tetap suka...sanggup keluor berhabis duit kocek sendiri sebab tu....

sampai satu peringkat, aku naik menyampah dengan dunia ni...aku toleh orang kiri, aku menyampah...aku toleh orang kanan, aku menyampah....setiap muka yang aku tengok, aku just nampak plastik....macam mainan masa zaman budak-budak...yang dicampak, yang dilambung, yang disuruh mati, yang disuruh diam, ada yang dilupakan, ada yang kita bagi special relationship...ada yang kita ceraikan dia pulak....serius macam permainan kanak-kanak...tu tak dikira dengan setiap butir perkataan yang keluor dari mulut sorang-sorang....macam manusia yang dah takde akal fikiran...tengok muka tua bapak punya....tapi bila bercakap, mentaliti sebijik macam budak belum mumayyizz...kalo budak, boleh jugak kita bagi minum susu yang ada DHA...supaya sel-sel otak bersambung...kalo orang tua??mungkin aku rasa minum DDT lagi bagus...

lepas tu aku mula la aku cuba nak duduk dan tenangkan diri aku dari semua kedunguan ni...nak hilangkan rasa menyampah aku kat semua kehidupan plastik ni...maka aku duduk pada satu malam dan aku tengok balik semua benda yang aku dah tengok sepanjang 24tahun aku hidup...dan aku dapat simpulkan....DUNIA INI KOSONG...kita yang sibuk duk lebih-lebih nak buat dunia ni macam ada sesuatu...sebab tu kita rasa macam dunia ni melampau-lampau dugaannya...sibuk nak gaduh-gaduh, sibuk nak buat perhimpunan, sibuk nak kaya, sibuk nak tu, sibuk nak ni....entah...pada aku, a bit laid back, chill sikit, kita tetap dapat tempuh semua benda dengan penuh stailnya....

notahangit: satu jenis haters yang aku tak boleh terima...nak tau??when men hate each others because of a thing call pussies....

 

Saturday, July 16, 2011

Bloggers: famous doesn't show our real intellect

Arakian

aku dah lama tak blogwalking...yup...semenjak final exam sem lepas...aku lebih banyak melepak kat youtube, duk layan video mengarut-mengarut nak isi masa lapang...tak pun duk main gitar dua tiga lagu..paling-paling bangsat pun duk mengorat awek...dan masa hangat pasal isu Bersih dulu pun, aku tak datang feel langsung nak update...sebab 99.99% bloggers kat Malaysia bercerita pasal benda yang sama...so aku tunggu sampai semua tu dah agak reda, baru aku berjalan-jalan ke blog orang....dan start aku blogwalking, target aku ialah big fish...a.k.a blog yang agak famous dan tinggi pageview nya...dan apa update diorang yang aku baca?latest update dan entri pasal isu-isu panas semasa...dan selepas beberapa hari aku duduk baca satu-satu entri diorang, aku dah dapat buat kesimpulan....tak semua bloggers yang famous dan ada view yang macam betul tu sentiasa betul...benda ni memang agak mengecewakan aku masa aku baca...tapi tu la fakta dia....

hampir kita semua yang baca blog adalah bloggers dan kita semua tau yang kita ada source sendiri untuk update...untuk mereka-mereka yang buat entri pasal diri sendiri atau pasal kisah chenta diorang, memang takyahla nak cakap...aku pun kengkadang skip jek....yang aku nak sentuh, pasal diorang-diorang yang buat entri pasal isu semasa dan pendapat diorang...dan aku dapati, ramai bloggers yang lebih berpihak pada emosi sendiri berbanding fakta tu sendiri...benda ni kalo diikutkan sangat tak patut....salah satu sebabnya ialah kita juga sealiran dengan geng-geng media yang buat liputan secara langsung...yang bezanya antara kita dengan diorang ialah kita buat liputan macam arm chair detective...duduk kat satu bilik, buat research dan fikir menggunakan otak kita sendiri....diorang pulak pergi sendiri kat tempat kejadian dan report...aim kita sama...menyampaikan berita yang sebenor....

tapi satu jek silapnya...kita selalu terlupa nak evaluate secara adil...kita suka berpihak pada satu pihak jek...macam kebanyakan kita nampak, media malaysia suka berpihak pada kerajaan...menghentam, menghentam dan menghentam...bloggers pun ada yang cemtu gak....tak kisahla yang suka berpihak pada kerajaan atau yang suka berpihak pada bukan kerajaan....caranya tetap sama...menghentam, menghentam dan menghentam...susah sebenornya nak menjadik sorang yang neutral...sebab in the end kita tetap akan berpihak pada satu pihak jek...

berbalik pada tajuk...bagi sorang blogger yang kebanyakannya ada daya pemikiran yang tinggi, kita kena sentiasa rujuk pada bermacam-macam sumber tak kira yang baik atau tak baik...kita bukan jek kena buat research kat dalam Quran jek tapi kena jugak bukak Bible, Tri Pitaka ataupun Purana supaya pendapat kita tu tak berat sebelah...dan buang mentaliti melayu kuno yang takutkan semua benda sampai nak buat research pun takut sebab takut-takut terkeluor agama...bongok...

notahangit: pendek kata kalo rasa macam leceh jek nak kena buat research macam-macam, baik jangan bagi pendapat pasal isu semasa lepas tu mengaku yang korang la yang paling neutral dan betul...baik tulis terang-terang kata ni pendapat peribadi aku yang sangat emosi dengan benda ni....deal...habis cerita...

Friday, July 15, 2011

Fasting: some of these things are quite nonsense isn't it?

Arakian

aku rasa tak payah aku nak cerita lebih-lebih pasal bulan puasa punya persediaan ni...sebab aku dah cover kat GB tadi...tapi aku nak share pasal benda-benda yang selalu orang kaitkan tentang bulan puasa yang aku rasa agak nonsense bila orang cakap...bukannya aku tak bersetuju dengan statement tu tapi aku tak bersetuju dengan valid atau tak ayat tu diorang gunakan...so, meh aku kongsi beberapa statement yang aku rasa cam tak berapa sesuai digunakan...nak-nak oleh orang yang berlagak sufi ni....


  1. Kita patut bergembira kerana syaiton-syaiton dirantai pada bulan puasa ni...so godaan untuk beribadat tu agak kurang dari bulan puasa...
    ayat ni memang agak famous kan??nak-nak bila dah dekat dengan bulan puasa ni....penceramah-penceramah bebas dengan penuh berleluasa duk ulang-ulang ayat ni macam satu coding program yang letak command loop tanpa ada limit....pada aku statement ni memangla betul...lagipun dah memang ada kat dalam Quran...yang jadik tak validnya ialah bila kita salahkan syaiton semata-mata sebagai alasan kita tak dapat buat ibadat dengan sempurna....aku teringat bapak aku pernah kata...memangla syaiton bersumpah yang diorang akan membisikkan kata-kata chenta kat anak adam supaya lepa dari tunaikan tanggungjawab...tapi kalo kita baca, kebanyakan ayat yang ada tu semua state yang syaiton lebih bersemangat nak goda golongan-golongan yang beriman..jadik, kita ni beriman sangat ke sampai syaiton-syaiton ni nak goda kita?? aku rasa syaiton pun malas nak pandang dah...sebab diorang pun tau...kalo tak goda pun korang memang dah secara sukarela ikut jejak langkah dia...so, apa beza pun kalo diorang kena rantai atau tak...korang tetap jadik agen yang kita panggil al-khannaz tu....
  2. kepada semua umat Islam, sama-samala kita memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dengan memperbanyakkan ibadat dan beramal kepada Allah azza wa jalla...ni pun aku rasa agak nonsense...apa kita nak tunggu bulan puasa jek ke baru kita konon-konon nak bersifat plastik tunjuk yang kita nak banyakkan ibadat pada Tuhan??yela mungkin sebab Ramadhan ni bulan yang orang kata penuh berkat...so cemana dengan bulan-bulan lain?? back to Jahiliyah's way?? kalo kita nak banyak beramal, tak payah nak tunggu bulan Ramadhanla bai...Tuhan kita tu bukannya Perdana Menteri yang boleh kita tipu dengan buat cerita cantik dan cover up muka ata sunyum nak bagi dia percaya....rekod dan report kita dia tau...so dari kita duk plastik tunggu Ramadhan baru nak jadik orang baik, tak boleh ke kita start dari sekarang jek?? lepas tu teruskan lagi pada bulan-bulan yang lain??
  3. kita patut menghargai bulan Ramadhan dan aktiviti berpuasa ni kerana ianya mengingatkan kita kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan....ni satu lagi ayat yang agak fuck off....kalo korang perhati, part mana yang kita ingat pada mereka-mereka yang tak mampu ni??masa kita duk berlapor pada siang hari tu??kamonla bai....the whole concept of fasting is not restricted to the sahur period tu breaking your fast...tapi pada sepanjang hari tu...kalo korang tengok pe'el kita pun, memang takdenya kita boleh teringat pada diorang-diorang yang tak berkemampuan tu....manakan tak....sahur kita dah melantak kaw-kaw sebab takut lapor masa tempoh takleh makan tu...pastu masa berbuka pulak makan macam tak ingat dunia...pastu 2,3 jam lepas berbuka tu, kita duk melantak macam orang gila lagi..kalo tak ngonyel tak sah...part mana yang kita cuba rasa pengalaman diorang tu??kalo korang cukup nekad, tryla buat...sahur air kosong, berbuka air kosong dengan kurma...pastu toksah duk melantak lagi sampai sahur....tahan??
  4. kita patut berasa gembira dengan kedatangan bulan ramadhan kerana pada bulan inilah terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan...yaitu malam lailatul qadar...sama-samala kita beramal dan bangun malam supaya tak ketinggalan malam lailatul qadar ni...WTFBBQ??!!!korang suka bulan ramadhan sebab ada lailatul qadar jek ke??bapak cibai perangai korang ni...kalo cenggitu, baik la korang tak yah sibuk duk puasa, beramal sebulan....sebab lailatul qadar tu kan pada malam ganjil dihujung bulan ramadhan??baik korang beramal time tu jek...bangang...konsep lailatul qadar tu bukannya benda yang kita nak obses sangat ngeng....
  5. bau mulut orang yang berpuasa tu lebih wangi dari bau kasturi....ni satu lagi statement...memang apa yang dituliskan tu kalo diikutkan betul...aku pernah jumpa orang yang berpuasa dan mulut dia berbau kasturi tu...tapi orang tu sangat decent...tak buat benda-benda yang tak elok, kata benda-benda tak elok...and dia berpuasa pada tahap maksimum...macam yang aku cakap kat point 3 tu...yang kita ni lak, puasa tak semenggah mana, mulut pun berbau sampah makanan yang disimpan seminggu, ada hati nak mengaku mulut berbau kasturi...tak malu ke??
cukupla banyak tu...kalo lagi banyak aku comlain kang, habis semua konsep puasa yang indah-indah yang korang dengor aku taram...jadik, pengajarannya, kalo kita nak puasa jangan harapkan sangat cerita-cerita cantik tu....tapi lagi bagus kita anggap cerita cantik tu sebagai goal...bukannya apa yang kita bakal dapat setakat dengan amal tak seberapa yang kita buat tu....

notahangit: konsep ramadhan yang aku nampak kebanyakan orang buat ialah, kitorang semua terpaksa berlakon jadik baik sebab takut kurang pahala puasa...penat berlapor....cibai betul....

Sunday, July 10, 2011

Blogger.com new design....troublesome ain't it?

Arakian

aku terasa macam dah beberapa hari aku tak update blog...dan semalam terasa hati nak mengupdate blog....semangat bai lepas senyapkan diri....tapi tengah-tengah aku ada idea, tetiba aku terkejut bukak draft blogger...apakah neraka ini???new wtf or what??

kalo secara surfacenya, memangla stail baru ni lebih senang untuk kita update....tekan new post, poppp...keluor page untuk update...tapi kalo aku dah tulis draft sebelum ni, kat mana aku nak carik ek...jadik disebabkan aku terkejut dengan perubahan draft blogger ni, aku terpaksa diamkan diri untuk belajor balik feature semua...bengong betul..

tapi apa-apa pun, face baru untuk draft blogger ni memang bagi semangat untuk update....sebab apa??sebab its damn white!!!! dan kepala aku pening nak menghadap lelama....maybe diorang taknak bagi aku type bebanyak lagi ko...hahaha....pasni aku nak try carik lak kat mana nak ubah setting untuk semua jadah haram ni...dapat background kaler pink pun nampak jambu jugak ek....

notahangit: seriously rasa pelik aku tak habis lagi update kat sini...macam aku guna wordpress...baik aku pakai wordpress jek....d'oh....

Wednesday, July 06, 2011

I wanna be a cool blogger...

Arakian

Pada satu hari, ada sorang budak yang masih bersekolah menengah tanya kat aku...."Abang...abang...aritu saya ada terperasan abang pernah update blog kat cc..jadik saya rasa abang ni sorang blogger kan??saya ada soalan ni....saya baru jek mencapai umur akil baligh dan baru jek belajor buat blog...saya pernah ikut nasihat sorang blogger yang pakai nama Along Tapa ni....dia kata kita kena perhatikan blogger lama-lama dan top-top untuk jadik blogger yang berjaya...dan bila saya dah perhatikan blog diorang, saya rasa macam diorang ni super cool...so, boleh tak abang ajor saya cemana nak jadik cool cam diorang tu??"

bila aku tengok budak ni, first impression aku ialah "cibai"...sebab dia pergi panggil aku abang....tak tau ke perkataan tu taboo...cesss...pastu cemana lak boleh terkantoi aku update blog kat cc...padahal masa tu aku copy paste entri jek kat situ....sebab masa tu aku tak bayor lagi Incik Komunis ni....dan terasa macam kimak lak sebab budak ni pergi pop up nama aku sebagai contoh....tapi sebab aku pandai cover, aku buat biasa jek...tak tunjuk yang aku ni Along Tapa...ngahahaha...so aku pun jawabla "ooooowwwhhh....aku pun bukan blogger cool...blogger aku syok sendiri jek...tapi aku perasan beberapa perkara nak jadik sorang blogger yang super cool ni...

  1. bukak google, carik video dan gambor-gambor yang pelik....tulis sikit description, pastu blogwalking macam orang gila....kebanyakan blog yang super cool buat cemtu...rakyat malaysia ni suka blog yang macam fact tapi benda tu sebenornya ialah trivia dan hiburan...contoh macam Oh!Tidak, blogserius, Malas Terbang, Isuhangat.....
  2. serius kalo ko buat blog lucah, melampau-lampau ramai orang masuk tapi takde orang yang komen...aku boleh jamin ko dapat pageview dan traffic yang gila tinggi...lagi takde censored, lagi ramai masuk....nak lagi terer, korang letak 3gp yang orang lain takde....memang mencanak la korang punya trafik...
  3. kebanyakan blogger yang cool, diorang bermulut cibai....diorang suka-suka kutuk, suka-suka sarkastik, suka-suka jadik budak jahat dan pada masa yang sama, diorang jaga bontot pembaca diorang...so selain dari penulis tu, dia ada backup beribu-ribu orang yang setuju dengan dia...so dia akan terselamat dari kena tahan dengan pihak berkuasa....cuba kalo punya commentator dengan follower macam sepi jek, arini ko cakap kerajaan babi, besok ko dah jadik babi dalam kandang dah....
  4. kebanyakan blogger cool menggunakan medium bahasa omptuih...tak pun diorang sengaja menulis menggunakan direct translation dalam bahasa omptuih...serious bunyik dia macam cool...senggama minda, sakit jubur.....
  5. kebanyakan blogger yang cool ni menghafal wikipedia....dan selalunya diorang punya otak dan logikal mengalahkan pakar analisis...diorang boleh menganalisis dari pandangan atheis, buddhist, dan apa-apa pandangan sekali pun...dan ko boleh jadik cenggini dengan copy paste jek apa-apa yang ko baca kat internet dan ubah sikit-sikit...
  6. kebanyakan blogger yang cool suka buat typo...tak kisahla sengaja atau tak....sebab bila ada typo, orang sure akan fikir yang blogger tu tulis straight dari kepala hotak dia tanpa tapis-tapis...barula nampak stylo dan bijak...
  7. dan yang last dan jawapan yang paling tepat, dia ada identiti sendiri dan tak meniru stail orang lain...nak jadik blogger yang cool???be yourself dan elakkan jiwang-jiwang....be a smart ass but don't be to hardass...dengan right passion and right attitude, korang akan jadik cool dengan sendirinya...faham??
tu antara cara nak jadik blogger yang cool...tak semua kat atas tu betul kecuali yang last sekali tu jek...."...dan budak itu pun berlalu pergi dengan muka yang macam nak tampor muka aku...gasakla..sape suruh tanya aku...hahaha....

notahangit: to be a cool blogger, what you need is just a blog and some snow...that's it...

Saturday, July 02, 2011

Perhimpunan Bersih: Who actually the culprits are??

Arakian

Tak habis-habis lagi pasal Bersih ni....selagi tak masuk 9Julai, selagi tu la tak habis...hari-hari berita tu keluor kat TV...aku pun dah naik jelak nak dengor...lagipun, aku sangat marah pasal Perhimpunan Bersih ni....bukan sebab aku sokong kerajaan ataupun sokong pembangkang...tapi sebab aku sokong rakyat...bukan rakyat yang mudah percaya cakap itu ini...tapi rakyat yang kebanyakannya tengah berdiam ni...dan kebanyakan rakyat yang berdiam ni mengambik keputusan taknak ambik campur..bukannya kitorang diam sebab sokong atau bantah..reti??jelak dah....dan masa berita tadi, aku dah kena tanya pulak soalan cepu mas..."Perhimpunan Bersih ni sebab apa sebenornya??sape dalang disebalik semua ni??"..

ramai yang buat anggapan sendirik bila aku tanya...ada yang cakap Perhimpunan Bersih ni kije puak pembangkang yang tak berpuas hati tak dapat jadik pemerintah masa PRU dulu...dan pendapat aku, kenapa lembab nowh reaksi pembangkang ni??kenapa diorang tak bangkang masa result aritu??kenapa pulak diorang duk bergumbira lak masa menang lima negeri dan hampir separuh dari parlimen??tu persoalan yang timbul kat kepala aku....macam tak logik pun ada jugak....mungkinla ada yang kata diorang tu memang bangsat...tak puas menang sikit...nak menang semua...tapi aku seboleh-boleh nak tolak tu semua...sebab aku nak ambik pemikiran positif...mungkinla segelintir diorang jahat...tapi tak semua....aku anggap diorang pun macam sesetengah manusia kat dunia ni gak..ada yang jahat....ada yang baik...betul tak??

ada gak yang kata ni kije kerajaan sendirik....saje nak timbulkan isu nak jatuhkan maruah pembangkang...so lepas tu diorang boleh la buat pilihanraya dengan tenang sebab nama pembangkang dah buruk...jadik diorang dah confirm la dapat balik mana-mana kerusi diorang yang terhilang dulu....mungkin dapat gak bonus menang kerusi yang diorang idam-idamkan dari dulu...tapi aku macam biasa taknak pikir buruk....banyak lagi kije kerajaan nak buat...nak urus tadbir negara, nak tingkatkan keyakinan rakyat pada diorang supaya pilih lagi diorang nanti, nak setelkan masalah-masalah berbangkit yang tak selesai...mungkin kesilapan diorang ialah memberi respon pada setiap benda yang diorang dapat....tapi kalo diorang tak beri respon lak, orang akan cakap diorang ni kerajaan yang tak peka...serba salah jadik kerajaan ni...walaupun aku kengkadang menghentam gak kerajaan ni, tapi aku pun cuba gak nak fikir situasi diorang...macam ayat kat atas la...mungkin ada segelintir orang kat kerajaan tu yang bersifat membabi buta, bertindak menggunakan kepala konek, tapi ada jugak yang buat kije dengan bagus....jadik, salah ni bukan salah diorang gak kalo nak dikirakan....

ada gak yang kata ni kije NGO...diorang provoke, pembangkang ni takleh dapat peluang, sambor, kerajaan lak takleh kena cucuk bontot, meloncat....diorang gak yang mencucuk lubang sana, cucuk lubang sini....lepas tu membanyakkan kije polis dengan buat report banyak-banyak sampai pihak polis naik risau dan panik....lepas tu memperalatkan rakyat-rakyat ni dengan benda bukan-bukan sampai rakyat jadik kelam kabut...tujuan dia apa??supaya pemerintah sekarang turun, dapat pemerintah baru yang boleh diorang tonjol sesuka hati...tapi pada aku, tak jugak....mungkin banyak NGO yang bersifat lantang....tapi kelantangan diorang tu takkan ada sape pedulikkan pun kalo diikutkan...sesilap jadik bahan lawak penulis-penulis blog macam aku ni....dan diorang ni bukan dari puak yang tak berfikir...diorang fikir gak benda tu...so kalo betul diorang ni bijak pandai, takkan diorang nak buat cemni kan??

ada gak yang kata ni kije golongan bukan Melayu...diorang provoke untuk conquer negara kita ni....memperalatkan orang melayu yang sangat terbuka dan murah hati ni...diorang tau orang melayu ni sayang sangat kat tanah air dia sampai sanggup buat apa je supaya negara diorang ni tak dalam kucar-kacir....tapi kalo kita pikir betul-betul, kenapa kita nak salahkan diorang??sebab diorang bukan melayu??diorang ialah rakyat kat sini...diorang pun ada hak..diorang pun ada suara...dan diorang bersuara pun macam kita jugak...harga minyak naik, kita marah..diorang pun marah...kerajaan buat cerita palsu, kita tertipu, diorang pun tertipu....apa nasib kita dapat, diorang pun kena...kalo kita buat taik kat negara ni, diorang pun sama terpalit jugak...paling pun bau pekungnya diorang hirup sesama...kenapa kita nak letak salah kat diorang gak??ego tinggi sebab pegang bumiputera...

dan ada gak yang tuduh kata ni semua kije media...aku pada mulanya pun pikir cenggitu gak...bila aku kaji pun, semua klu-klu tu menuju pada media gak...kalo berita ni tak keluor kat media dua tiga minggu, orang takkan sibuk sampai dua tiga minggu...kalo diorang tak sibuk kejor berita ni jek hari-hari, kita pun takkan terbaca benda ni hari-hari sampai sakit hati...kalo diorang tak kejor kerajaan sampai jadik stress, kerajaan pun takkan stress nak berdepan dengan benda ni...dan kalo diorang tak tunjuk semua reaksi menggelabah pemimpin, pembangkang pun takkan yakin nak buat....dan kalo diorang tak buat iklan jangan pergi, orang takkan ambik kisah pun pasal benda tu....silap-silap jadik perarakan 20 orang kat tengah bandor KL...kan memudahkan kije polis nak tangkap tu...isu ni pun takkan jadik isu ISA pun....tapi bila aku fikir balik, diorang kejor berita..dan berita tu diorang sampaikan jek...cuma mungkin cara penyampaian tu terlampau maha hebat, sampai orang rasa benda tu jadik gempak sangat kot....

jadik, bila aku pikir balik, salah sape nak letak pasal benda ni??kendian, aku pun terfikir orang selalu sebut statement ni..."Jika kau menemui kebuntuan, kembalilah kepadaNya.."...terus aku terpikir...betul jugak....ye korang-korang semua...dalang yang merancang benda ni semua, dengan perancangan yang rapi dan takde cacat celanya ialah Tuhan..dia dah tulis kat Luh Mahfuz yang kemungkinan 9 Julai ni ada perhimpunan....dia jugak yang merancang semua-semua ni terjadik...jadik, kalo korang berani, korang salahla kan dia....dari kita duduk blame orang sana, blame orang sini...kutuk orang sana, kutuk orang sini...pantat kan orang sana, kimak kan orang sini.....benda kalo dah tertulis nak jadik, jadik la...kalo la kita duk heboh-heboh kata perhimpunan ni misti jadik walaupun kerajaan dah buat macam-macam nak halang...polis dah provoke gila-gila...tetap akan terjadik....tapi kalo tertulis kat Luh Mahfuz, 9 Julai, KL akan dapat hujan lebat masa 8 Julai tu...kebetulan pulak Alam Flora tak bersihkan apa yang patut, kena banjir kilat...jadik ke Perhimpunan Bersih tu??tak jadik....yang jadik Perhimpunan beramai-ramai kat Balai Raya dan kawasan penempatan banjir...tak jadik orang beratur nak dengor ceramah politik...tapi orang duk dengor ceramah keselamatan semasa banjir dan waktu pengagihan makanan jek nanti...

jadik, dari kita doakan puak-puak tertentu tu jahanam kat dunia ni, dari kita sibuk duk mengata-ngata tambah dosa, dari kita duk sibuk nak gembar-gembur sana-sini, baik kita doa dengan seikhlas hati, KL kena banjir kilat...habis cerita...ada berani??

notahangit: sape berani sangkal pendapat aku pasal dalang sebenor disebalik Perhimpunan ni?? ada tak kakitangan ISA nak tangkap dalang sebenor perhimpunan ni....

Friday, July 01, 2011

This is the word damn it!!! ingat aku mencarut ke??

Arakian

penat aku duk bercakap dengan orang yang tak faham bahasa melayu ni...kalo la aku bercakap dengan apek ke, dengan amoi ke, dengan tambi ke, macha ke, bangla ke, aku boleh blah lagik...ni tak ....cakap dengan orang melayu...tapi aku cakap bahasa melayu, haram dia tak faham...kalo tak faham pastu dia tanya apa maksudnya, takdela aku marah nowh..paling tak pun aku explain maksud dia sedaya yang aku mampu...ni tak..pergi hentam tuduh aku cakap bukan-bukan lak...taik betul....

ni la jadik bila zaman yang konon-kononnya dah maju...kat sekolah pun diajornya cakap bahasa malaysia yang dah disuntik dengan botox omptuih....banyak perkataan dah diubahnya....perubahan jadik revolusi....pilih bulu jadik diskriminasi...pembohong,munafiq jadik hipokrit....memang kejadahnya ntah bahasa ni jam...aku ingat masa aku kat belajor dulu...selalu kena marah dengan cikgu...kolo nak cakap bahasa melayu, cakap bahasa melayu betul-betul...kalo nak cakap bahasa omptuih, cakap bahasa omptuih betul-betul....toksah nak campur-campur....melainkan kalo takde istilah lain nak guna...tak pun memang istilah benda tu dalam bahasa tu jek ada dalam kepala hotak....dan kalo orang lain bagitau perkataan tu, kita ambikla....belajor perkataan baru....ingat bahasa omptuih jek ke kita kena take note vocabs? bahasa melayu pun la....bukannya mengejek....bajingan....

jadik, apa yang buat aku hanginkan sangat ni?? pasal beberapa perkataan jek kot...bila aku cakap....weih...ko buat apam ni bantat dowh....tak masal-masal orang tuduh aku mencarut...kalo aku nak mencarut, aku cakap pantat la pantat...bukan bantat..ingat aku bacul nowh ke nak cover-cover....tau tak bantat tu apa???bantat tu, kuih tu keras kebatun...tak pun tak cukup naik.....jangankan kata nak kunyah...nak kokam pun takleh..bingai....

tu baru perkataan bantat....belum lagi aku guna pundak...kot la orang taktau...bajet aku nak cakap pundek...pundek lu la...pundak tu bahu...apa lagi??cabai??ni kalo diikutkan bahasa orang utara..diorang duk panggil cili tu cabai...aku sendiri pun jarang guna...tapi aku pernah terjumpa situasi sorang makcik dari utara ni duk cakap cabai cabai kat anak buah dia yang duk bandorla sangat....dah tu dituduhnya makcik tu duk mencarut kat dia...dia yang bangang kompius cibai dengan cabai...nak salahkan makcik tu...lain kali, kalo ilmu tohor parat buku lali, toksah nak berlagak macam dah jadik laut dalam....bangang...

dah la...cukupla aku hangin dengan orang yang tak reti bahasa ni....bukannya tak reti bahasa orang lain...tak reti bahasa sendirik....kalo suruh cakap jepun ke, korea ke, kita tersalah sebut bukan main lagi dia terer nak membetulkan...tapi dia sendirik nak cakap melayu pun tergagap-gagap macam budak tertelan pulut masa kekecik....jelak aku nengok...

notahangit: yang perkataan kompem-kompem terang bunyik macam anu dengan gersang tu pun salah guna gak....nak salahkan sape duk merosakkan bahasa melayu aku pun taktau....bodoh piang betul....