Wednesday, December 28, 2011

Arakian

Untuk entri kali ni, aku akan bercerita tentang pengaruh keempat-empat unsur dalam psikologi manusia...macam yang aku dah terangkan sebelum-sebelum ni, 4 unsur utama yang ada ialah tanah, air, api dan angin...dan setiap manusia akan mengaplikasikan keempat-empat unsur ni dalam kehidupan diorang...so sebelum aku cerita, aku nak tanya kat korang...pernah tak korang terasa yang aktiviti harian korang macam tak lengkap...macam ada yang kurang?secara jujur, aku sendiri pun pernah rasa cenggitu....dan sebab utamanya ialah kita tak sempat nak mengalami keempat-empat unsur dalam satu hari...tu yang rasa macam kehidupan hari kita pada hari tu flat dan cam takde makna jek...

perkara utama yang kita perlu sentuh dalam psikologi manusia ialah emosi atau perasaan...kita semua ada perasaan...dan walaupun sensorang tu cuba untuk berlagak terminator dengan mengawal perasaan diorang, tapi diorang tetap tak boleh tipu diri diorang sendiri dengan perasaan diorang sendiri...ye tak??so hari ni aku nak bercerita pasal sifat refleks yang ada pada diri kita...dan kita cuba kaitkannya dalam keempat-empat unsur tadi...

jadik, kita bermula dengan unsur tanah...keadaan ni akan berlaku bila kita berada dalam situasi yang tegang dan mendesak...semua orang akan mula mengeluarkan aura berunsur tanah...semua orang akan bersifat defensive dan cuba untuk mengelak dari berlakunya permasalahan yang lebih berat...kita tak boleh tipu diri sendiri ek...setiap orang takde pengecualian memang akan jadik cenggini walaupun baik mana kita pun...pada situasi ni, kita akan cuba untuk sorok fakta yang boleh menyusahkan kita ataupun yang akan worst kan keadaan...jadik, untuk lebih adil, aku akan bagitau cemana nak manipulate keadaan ni....bagi korang yang berdepan dengan orang yang berada dalam psikologi berunsur tanah ni, apa kaedah yang sesuai nak tackle...jika kita bertindak menggunakan unsur api...iaitu panas dan penuh emosi radikal, memang defense untuk tanah tu akan pecah...tapi ada kemungkinan kita susah nak dapat tau apa yang cuba nak disembunyikan tu...ada kemungkinan diorang akan diam seribu bahasa dan tak bagi respon apa-apa...kalau kita gunakan unsur air, memujuk dengan cara yang lembut, puji melambung-lambung, ada kemungkinan kita dapat bongkar apa yang disorok...tapi ada jugak kemungkinan yang diorang akan menjadik lagi konfiden dan pokok-pokok pun akan tumbuh...defense kali dua jadiknya...dan jika kita menggunakan cara berunsur tanah dengan menjadik defensive pada masa yang sama, kita susah nak bongkar apa yang tersorok...silap-silap makin complicated jadiknya....jadik, kita boleh gunakan unsur angin...pujuk dan rayu...alun perasaan diorang dengan kaedah terpimpin...dan tak mustahil mereka akan terbongkar rahsia tu sikit demi sikit....jadik, bagi ibu bapa yang ada anak yang macam suka sorokkan masalah diorang, cuba cara ni...

seseorang itu berada dalam unsur air semasa diorang berada dalam keadaan tenang yang amat...biasanya bagi mereka-mereka yang berfikiran konservatif akan mengkaitkan dengan trans dalam keadaan beribadat...tak semestinya...perkara ini berlaku jika kita berada dalam keadaan pernuh yakin dalam setiap situasi...jika kita berdepan dengan orang yang berada dalam keadaan ni, kita takkan ada masalah untuk tackle diorang...mereka bersifat transparent, yakin dan tidak terlampau beremosi...dan walaupun masa tu korang cuba provoke diorang dengan unsur lain seperti meletakkan halangan dan jugak menimbulkan kemarahan, mereka-mereka yang berada dalam unsur ini tetap akan jumpa alternatif untuk tempuh permasalahan tu...jadik, bukan mereka tak perlukan guide tapi mereka ada cukup keyakinan untuk tempuh apa sahaja...

semasa dalam keadaan marah, cemburu, serabut, masa tu la unsur api berleluasa...aku  rasa aku tak payah nak terang secara panjang lebor pasal keadaan ni...sebab kita dah dapat bayangkan api tu cemana kaedahnya....dan cara nak tackle?kita boleh guna cara tanah...defensive all the way...tapi jangan terkejut kalau diorang boleh pecahkan tembok korang tu...dan kita kalau boleh jangan cuba untuk pujuk rayu dan ikutkan perasaan diorang(unsur angin)...sebab tu memang akan membuatkan emosi diorang makin meluap-luap...jangan sekali-kali lawan api dengan api....makin marak jadinya...jadik, cuba kawal keadaan...orang yang berdepan dengan mereka yang sedang beremosi ni perlu bersifat tenang dan kawal kemarahan diorang...ingatkan diorang untuk bersabar dan bertenang...tu dah biasa kita dengorkan?

seseorang tu akan berada dalam unsur angin bila diorang berada dalam dilema..taktau mana nak tuju...dan ini boleh menggalakkan diorang bertukar kepada unsur api bila tersalah membuat pilihan....jadik bagi kita yang nak guide mereka-mereka yang berada dalam keadaan ni, jangan sesekali guna kekerasan dan emosi....secara tak langsung kita menggalakkan diorang bersifat agresif...korang boleh bersifat air...berlagak tenang dan cool bila diorang dalam dilema dan direct diorang pada pilihan yang betul...tapi sebenornya tu tak berapa tepat sebab diorang akan merasakan yang korang tak bagi diorang apa-apa kesan pun dan anggap korang tak faham..cuba untuk tackle diorang dengan pujuk rayu, kaedah-kaedah berunsur angin, dan jangan terkejut kalau korang pun terperangkap sekali dalam dilema tu...cara yang boleh, tunjukkan kekerasan korang, be defensive, direct ke jalan yang betul dengan mengelak dari melakukan keputusan yang salah(unsur tanah), dan diorang akan terlepas dari dilema diorang...

Notahangit: kesemua cara tackle ni memang nampak macam simple dan mudah untuk dilakukan...tapi percayala yang kita susah nak fix pada satu unsur jek yang mengakibatkan kita susah untuk tackle psikologi orang lain...aku rasa aku akan sambung unsur kehidupan ni pada time lain sebab aku cam tengah takde mood nak bercerita pasal unsur ni...banyak benda yang nak diluahkan...jadik, HHD mungkin akan kembali pada rage yang asal ek...hehehe....

Tuesday, December 20, 2011

Kajian Unsur Kehidupan 2

Arakian

macam yang aku dah cakap pada entri sebelum ni...kali ni aku akan bercerita sambungan entri sebelum ni yang bercerita pasal empat unsur kehidupan...dalam entri yang lepas, aku dah cerita pasal sifat-sifat unsur ni...so kali ni aku nak cerita kedudukan unsur-unsur ni dalam keluarga...aku tak bercerita keluarga secara total...tapi kedudukan dia dalam keluarga kecik...maksudnya, dalam adik beradik korang...

  • Tanah
    Sifat-sifat : Biasanya jadik tempat mengadu dalam semua adik beradik...mereka yang berunsur tanah ni macam ada aura yang buat orang percaya kat diorang...sebab tu biasanya orang yang berunsur tanah ni jadik tempat mengadu...dan selalunya orang yang berunsur tanah ni ada kehidupan yang agak sukar berbanding unsur yang lain...dan dalam sesebuah keluarga, mereka yang berunsur tanah ni, ada kesaboran yang tinggi....macam yang aku cerita pada entri sebelum ni, orang yang berunsur tanah ni, sifat dia defensive...jarang pegangan dia goyang...suka atau tak, orang yang berunsur tanah ni mudah kesian pada orang yang berunsur lain...nak-nak orang yang berunsur angin...
    seteru utama: api
    mudah rapat dengan: air
    anak yang ke:1, 5, 9, 13....

  • Air
    Sifat-sifat: Mereka yang berunsur air ni biasanya menjadik penenang bila ada masalah...biasanya diorang akan mengingatkan orang-orang yang berunsur lain ni supaya banyak-banyakkan bersabor...sifat tenang yang ada dalam diri orang yang berunsur air ni membuatkan ramai orang mudah nak berdamping dengan diorang...dan kita kena sedikit berhati-hati dengan orang yang berunsur air ni sebab diorang memang cukup pandai mengalun orang lain sampai leka sebelum diorang basuh orang tu cukup-cukup...ramai orang yang berunsur air ni mengaku yang diri diorang ganas tapi sebenornya, diorang la yang paling mudah dipujuk oleh orang lain...macam air, ada masanya orang yang bersifat air ni menenangkan..ada masanya, sangat susah nak break kepercayaan diorang...dan diorang ni sangat merbahaya kalau diorang marah...sebab diorang boleh buat orang terkesan dengan apa yang diorang buat masa marah..
    seteru utama: angin
    mudah rapat dengan: tanah
    anak yang ke: 2, 6, 10, 14.....

  • Api
    sifat-sifat: Macam yang kita boleh bayangkan...orang yang bersifat api ni memang cepat panasnya...kengkadang benda yang tak patut pun boleh jadik benda yang buat diorang hangin tak tentu pasal...biasanya orang yang berunsur api ni jenis yang tak pernah simpan dalam...bila diorang tak suka, diorang terus jek cakap...kalau diorang suka pun sama...jenis manusia yang direct dan transparent...kebiasaannya, orang yang berunsur api ni bertindak banyak mengikut perasaan diorang...dan selalunya diorang akan menyesal lepas diorang buat sesuatu action...diorang jugak selalunya agresif...jadik, bila terjadik apa-apa, diorang yang akan buat action dulu..tak kira la benda yang elok atau tak...tapi korang jangan terkejut..orang yang bersifat api ni, walaupun macam ganas, tapi diorang ni sensitif sebenornya...jadik, bila kita encounter dengan orang cenggini, kita kena pandai kawal perasaan diorang...dan korang akan rasa yang diorang ni memang sorang yang sangat berbaloi untuk didekati....
    seteru utama: tanah
    mudah rapat dengan: angin
    anak yang ke: 3, 7, 11, 15,....

  • Angin
    sifat-sifat: Dalam banyak-banyak unsur, orang yang berunsur angin ni memang agak slow sikit dalam reaksi atau apa-apa...diorang biasanya menjadik pengikut yang setia...sebab tu kengkadang diorang ni jarang orang ingat dengan mendalam...orang yang bersifat angin ni memang sangat setiakawan, taat, mudah mengikut nasihat dan selalunya ikut haluan sendiri jek....tapi, disebalik sifat slow diorang tu, orang yang berunsur angin ni pandai mempengaruhi orang lain...diorang pandai memujuk, pandai mengambil hati dan boleh menyelesaikan masalah yang berat tanpa ada pertelingkahan pendapat...orang yang berunsur angin ni biasanya bersifat lemah-lembut dan sopan santun tapi dalam kelembutan diorang tu, ada tersembunyi ketegasan diorang...
    seteru utama: air
    mudah rapat dengan: api
    anak yang ke: 4, 8, 12, 16...
tu merupakan unsur-unsur yang ada dalam sesebuah keluarga...tapi jangan lak korang cakap "eh, along kata aku unsur tanah tapi aku ada gak perangai api dengan angin.."...well..ni ialah unsur utama korang..maksudnya, sifat yang ni yang paling utama sekali...dan jangan lupa...kita dikatakan sempurna sebab keempat-empat unsur tu ada kat dalam diri kita...barula mencapai equilibrium...jadik, take note...bila kita berunsur tanah, maksudnya kita mempunyai kebanyakan sifat-sifat tanah dan ada sikit unsur air, ada sikit api dan ada sikit angin...dan mixture untuk setiap orang tu tak sama...tu semua kije Tuhan ek...dari entri kali ni, mak bapak patut tau anak dia berada dalam unsur mana dan tau cemana nak tackle psikologi anak dia berdasarkan unsur-unsur yang aku dah ceritakan tu...sebab tu jugak la, kalo korang tengok orang-orang dulu, layanan diorang pada anak-anak diorang tak sama...sebab diorang tau unsur-unsur ni...


notahangit: sebab tu kalo korang berendut, mak-mak selalu tanya...endut korang tu anak ke berapa?sebab kalau contohnya orang api berendut dengan orang angin, mak-mak ni akan bagi nasihat cemana nak bagi jodoh tu kekal...so, jangan anggap diorang nak menyibuk...anggap diorang nak tolong korang....sebelum aku terlupa...pasni mungkin aku cerita pasal aplikasi 4 unsur ni dalam pemikiran....

Sunday, December 18, 2011

Kajian Unsur Kehidupan

Arakian

Selalunya aku menulis dengan penuh rage kat HHD ni...tapi hari ni aku nak bercerita pasal kajian kehidupan...Kita biasa terdengor ataupun terbaca kat mana-mana kepercayaan bahawa hidup ni berasal dari empat unsur utama iaitu unsur tanah, air, api dan angin....dan aku rasa aku akan bercerita dengan panjang lebor pasal benda ni...

Pada suatu masa dahulu, kebanyakan orang melayu percaya pada empat unsur ni...jangan kata aku bercerita pasal fahaman animisme ek...sebab ni merupakan pengetahuan alam...kita diajor untuk memahami kejadian asal bumi ni berdasarkan pengetahuan kita yang sikit....segala bentuk emosi, pemikiran dan perilaku manusia ni jam semuanya bergantung kepada empat unsur ni....dan aku boleh katakan yang empat unsur ni merupakan empat unsur asas dalam kehidupan...sama macam kita tau yang warna asas terdiri daripada empat warna(kalau dalam seni tampak, kita cuma diperkenalkan 3) iaitu kuning, biru, merah dan jernih(dalam seni dianggap colourless..sebab tu diperkenalkan cuma tiga asas jek)..

sama ada kita perasan atau tak...keempat-empat warna asas ini menggambarkan empat unsur kehidupan yang aku sebutkan awal-awal tadi...iaitu tanah(kuning), air(biru), api(merah) dan angin(jernih)....Dalam asas kajian perilaku dan psikologi manusia, keempat-empat unsur ini memang sangat penting lebih-lebih lagi dalam mengetahui cara untuk kita tackle interest individu tersebut....jadik, sebelum aku bercerita dengan penuh lanjut tentang perilaku manusia yang mempunyai unsur-unsur tersebut, jom kita kenal dulu secara asas tentang keempat-empat unsur kehidupan ni....

unsur yang pertama ialah Tanah....Tanah merupakan unsur yang paling tinggi tahap ketahanannya, mudah dibentuk dan sangat penting dalam keseimbangan keempat-empat unsur tadi...ia memberikan support, perlindungan dan biasanya dijadikan tempat simpanan bagi segala perkara yang ingin dirahsiakan dari orang ramai...namun begitu, walaupun tanah mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, ianya juga boleh membawa mudharat jika tak cukup kuat, mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur lain dan juga sentiasa berhadapan dengan dugaan yang dahsyat...tak kisahla sama ada dipijak, diratakan ataupun dibuang setelah dapat hasilnya...tanah boleh dikategorikan sebagai permulaan kehidupan...


unsur yang kedua ialah Air....Air merupakan unsur yang paling menenangkan, mudah untuk sesuaikan diri dalam apa jua keadaan, sentiasa penting dalam penerusan kehidupan dan juga yang paling diperlukan untuk pelbagai tugas...air boleh dilambangkan sebagai penyambung kehidupan...namun begitu, walaupun kita tau yang air ni memberikan kehidupan, namun, jangan dicabar ketenangan air kerana jika air hilang pertimbangannya, ia boleh membinasakan dalam sekelip mata sahaja...

unsur yang ketiga ialah Api...Api merupakan unsur yang paling berani, digeruni dan sering membuat orang berjaga-jaga dengannya...tidak seperti unsur lain yang sangat bergantung pada unsur lain, api lebih suka bertindak bersendirian...seperti yang diketahui umum, api merupakan unsur yang  boleh dilambangkan sebagai pengakhir kehidupan....namun begitu, dalam kebuasan dan keberanian api, jika dapat dibendung dan dikawal, ianya merupakan unsur yang berharga dan amat berguna dalam kegunaan harian...

unsur yang terakhir ialah Angin...Angin merupakan unsur yang paling selalu dilupakan dalam setiap unsur kerana sifatnya yang sukar untuk dijangka...ia merupakan unsur yang paling menenangkan, lemah lembut dan sangat mengkhayalkan....angin juga merupakan unsur yang amat penting dalam kehidupan tetapi jarang disedari oleh manusia...namun begitu, ia tetap ikhlas melakukan tugasnya tanpa mengharapkan penghargaan dan perhatian orang lain...Dalam kesemua unsur, aku boleh katakan yang angin merupakan perlambangan kepada harapan kehidupan....namun dalam kelembutan dan keikhlasan angin, jangan dipandang rendah akan keupayaannya kerana angin yang hilang kawalannya boleh memusnahkan satu ketamadunan..

Itulah serba sedikit pengenalan kepada kajian unsur kehidupan berdasarkan empat unsur asas dalam kepercayaan orang-orang dulu...Seterusnya aku akan bercerita tentang kedudukan unsur-unsur ini didalam keluarga...aku rasa ramai yang dah cover tajuk tu tapi aku akan ceritakan jugak untuk complete kan tajuk ni....

Notahangit: apa mimpi aku tulis pasal ni??sebab ramai yang dah makin lupa pasal unsur ni dan main langgor jek...ingat...tak semua orang sama dengan kita....

Thursday, December 08, 2011

Apa guna otak tu?hiasan??

Arakian

Kalo nak diikutkan, tak dan rasanya aku nak mengamuk-ngamuk, berharu-biru ni...elok lagik rasanya kalo aku duk melayan diri jek...tapi kalo dah sampai menyerabutkan orang lain, memang taktau la apa nak kata....ingat...makin kita besor, makinla kita kena bertindak berdikari...bukan terus-terusan nak mengharap orang lain sambil memaksa-maksa...sebab tula orang kata...makin meningkat umur, makin banyak sel-sel otak yang bersambung...dan bila dah makin banyak sel otak bersambung...makin la jauh kita boleh berfikir....

ni tak..kalo dah umur masuk umur dewasa...kalo dah konek pun dah berbulu, tapi otak pikir macam budak-budak tak mumayiz lagi...apa nak dinamakan tu??takkan lak aku nak cakap retarded?tapi setau aku, budak-budak cenggitu pun tau menggunakan otak diorang tau tak?ni lak kita yang dah dibagi akal yang cukup sifat, sempurna...nape tak digunakan otak tu??nak simpan buat apa??bajet boleh guna ke otak ko yang tak digunakan tu kat muzium negara?

sebab tula kita diajor guna akal...nak hidup guna akal....nak mati pun guna akal...lagipun kurniaan Tuhan yang paling berharga kat kita ialah akal...kalo dah akal tak nak guna...ikut nafsu jek...pastu kalo tersangkut, pun ikut nafsu gak...main emosi-emosi...tak ke sama standard jek dengan menatang tu?dungu betul...lagipun, orang ni jam dah pikir cenggini..."bior belajor tak pandai..tapi cerdik hidup"....jangan la jadik otak pandai tapi cerdik tu takde...tu yang jadik kat kebanyakan orang kat dunia ni...reti?

notahangit: bila pakai otak, guna akal, takyah nak cakap pasal hormat orang lain...sebab secara otomatik akal kita dah set cenggitu...reti?

Monday, December 05, 2011

Macam ketam mengajor anak jalan betul....

Arakian

Tadi...lepas waktu berita...eh??sebelum aku loncat terus isik....aku tengok berita kat TV1...memang orang kata "old school"...tapi aku tak kisah sebab aku suka cara penyampaian kat TV1 tu...bahasa yang digunakan agak teratur sikit....jadik sambung tadi balik...lepas aku waktu berita tu, ada la pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa....konsep dia memang terbaik....diorang kumpul-kumpul wakil dari negara lain(yang kebanyakannya dari Universiti-universiti kat Malaysia ni) dan menyanyi lagu buatan anak tempatan...lagu melayu...walaupun yang nyanyi tu kebanyakannya sumbang mambang, tapi aku kagum dengan semangat Kementerian Kesenian dan Kebudayaan punya usaha nak memartabatkan Bahasa Melayu kat mata dunia...aku suka tengok salah sorang pengacara majlis iaitu pembaca berita TV1, Ivan Toh mengacara majlis tu dengan bahasa melayu dia lebih baik dari bahasa melayu budak-budak melayu ni jam....lepas aku tengok pertandingan tu, aku rasa macam tengok pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa ( walaupun yang nyanyi tu boleh tahan sedap-sedap belaka ) tu macam kosong....


dan sepanjang-panjang lepas pertandingan tu, aku terpikir satu benda...aku tengok cemana beria-ia peserta tu masuk pertandingan tu, nyanyi lagu melayu yang bukan bahasa ibunda diorang pun...cuba nak jiwai lagu tu...bawak lagu tu dengan gaya diorang...dan kebanyakan lagu yang diorang bawak tu semua lagu kebudayaan melayu...lagu zapin, lagu joget, lagu dondang...serius...aku kagum...punyala bersemangat diorang nak belajor bahasa kita, budaya kita, lagu kita....tapi mana pulak anak melayu kita ni?ramai yang sibuk nak jadik Beyonce, ramai yang sibuk nak jadik Metallica...ramai yang terkejor-kejor AC/DC...tak terlupa yang duk nak jadik Green Day Malaysia...sayang betul...


tu tak kira lagik dengan cara bercakap...aku perhatikan ni jam...budak-budak lagi selesa bercakap menggunakan bahasa omptuih...yang jawa, sebab malu dengan telor jawanya, bercakap macam mat salleh...konon-konon ada slang la cakap ek....yang kelantan bercakap dengan gaya-gaya hip hop....sebab nak sorok kepekatan loghat diorang...adoiii...bahasa menunjukkan bangsa....sebab tu sampai ni jam aku tak segan bercakap menggunakan loghat Johor Riau ni....biorla diejek orang "seluor,seluor...gobok, selipor, sabor.."...tapi tu identiti aku...aku orang Muor...tu bahasa aku...apa nak malu?I/C aku pun ngaku aku cenggitu....


dan bila aku terpikir-pikir kat mana salahnya...macam susah nak jumpa...aku tengok kerajaan buat macam-macam kempen membudayakan bahasa..cikgu-cikgu beria-ia mengajor bahasa....kat TV pun banyak tayang lagu dengan bahasa yang cantik-cantik, sajak, gurindam, mutiara kata...habis kat mana salahnya ek...tup tup aku tengok la Perhimpunan Agung UMNO...dan aku dah jumpa kat mana salahnya....kalo dah pemimpin kerajaan kita sendiri, yang menjadik contoh pada anak-anak muda kita zaman ni jam dah bercakap bahasa melayu lintang pukang...bercampur-campur dengan perkataan pinjam....manala budak nak cakap bahasa melayu yang betul???nak dimarahnya DBP, diorang dah bagi alasan...kalau perkataan tu takde kat Bahasa, tak salah kita pinjam...masalahnya, perkataannya ada kat dalam kamus tu..tapi takde dalam kamus hidup diorang sebab tak pernah diajor pakai bahasa kita....diajornya pakai bahasa omptuih...mana nak tau...sampaikan aku dengor bahasa melayu pun dah jadik macam gabungan bahasa omptuih, bahasa arab, bahasa indonesia, bahasa Dhaka, yang bersulam sikit-sikit dengan bahasa melayu....cenggitu ke namanya bahasa melayu kita??hampeh...


notahangit: Revolusi tu perubahan...Reformasi tu pembentukan semula....upgrade tu naik taraf....transformasi tu pembentukan...dan diskriminasi tu penindasan....ergghhh....jangan lupa ek...racist tu perkauman...penatla aku dengor orang cakap bahasa campur-campur ni....nak cakap melayu, cakap melayula...nak cakap omptuih,cakap omptuihla penuh-penuh...janganla sekerat-sekerat...

Friday, December 02, 2011

I'm a super politicus...yes..yes..damn it...

Arakian

apa korang ingat aku join politik ke?tak...aku tak berminat dengan permainan politik Malaysia ni...tapi aku minat nak komen sebab aku dah puas follow up pasal politik beberapa hari ni...dari semua media...tak kira la berita ke, siaran perhimpunan agung ke...aku tengok semua...dan aku just nak komen pasal masa perhimpunan agung jek aritu....well...aku bukan penyokong tegar UMNO dan jugak bukan penyokong tegar puak pembangkang....jadik, aku just nak bagitau apa yang aku perhatikan sebagai sorang rakyat yang hina lagi dina yang duduk menonton perhimpunan tu dengan penuh pengharapan....

aku tak tau korang perasan atau tak tapi aku sendiri rasa macam perhimpunan agung tahun ni langsung tak best...langsung takde input-input yang bermanfaat bagi aku sebagai rakyat untuk aku duduk menonton sepanjang hari....manakan tak...apa yang aku dapat simpulkan lepas aku duk tengok semua ucapan dan perbahasan yang diorang bagi tu, aku just nampak puak-puak kerajaan ni macam tak habis-habis lagi cuak dengan kehilangan majoriti 2/3 dulu...wahai encik pihak kerajaan...walaupun korang tak menang 2/3 kerusi, tapi korang dah menang pilihanraya dulu...kenapa macam tak sador lagi??

bak kata bapak aku, dulu, rakyat bagi warning...mengingatkan kerajaan...walaupun diorang memimpin, tapi jangan lupa kitorang rakyat yang hina lagi dina ni ada kuasa nak mengubah sape yang memimpin...dan korang mesti ingat kan rakyat semua marah pasal harga minyak dulu?dan semenjak tu, aku tengok kerajaan takde buat apa-apa keputusan drastik yang mencekik rakyat...jadik kenapa diorang nak takut kat geng-geng yang membangkang tu sangat??bukan ke diorang kata diorang yakin yang diorang dah buat yang terbaik??dari diorang takut dengan pembangkang tu, lagi bagus diorang duk kosentret kat apa lagi yang diorang nak buat lagi lepas ni....dari duk mengutuk dan mengkondem puak-puak pembangkang yang diorang kata memang takde harapan nak menang...dah tau diorang takde harapan kan..kenapa nak ditinjak-tinjak lagi...tak ke keji perlakuan tu wahai sahabat-sahabat pihak kerajaan??

dan aku tau orang-orang kerajaan ni mimpikan nak dapat kelantan dari dulu...ingat...dulu pun dah tersilap..sibuk kejor Kelantan...tapi negeri lain diabaikan...nah!!hambik kehilangan 3 negeri-1 negeri yang diorang menang balik lepas tu...salah kat sape?jadik, apa yang ada tu, jaga...tak mustahil yang bukan hak korang tu, akan beralih kat korang pulak..bertindak ikut kepala hotak....bukan kepala helmet yek...

notahangit: apsal tahun ni aku dengor orang berucap semua nak terpekik terlolong??muhyiddin jek yang aku tengok speech relax jek...bersemangat tak semestinya bercakap kuat ek....pegi study Nelson Mandela punya speech style..