Monday, January 16, 2012

Bahasa Melayu tak mungkin hilang....kimak lu!!!

Arakian

Aku jelak betul bila orang guna ayat ni...dan kalau orang yang cakap tu betul-betul orang yang berhotak sempit dan tak pikir jauh, aku tak dela menyirap sangat...sebab dah memang benak...ni orang yang sepatutnya bijak...bertaraf Universiti ternama...bekerja korporat tinggi-tinggi....apa diorang buta ke, bongok ke ataupun memang tak reti-reti??yang buat aku rasa paling rage bila orang cakap "kita kena galakkan pelajar kita berinteraksi menggunakan bahasa Omptuih...bagi diorang biasakan bertutur menggunakan bahasa asing tu barula mereka boleh mencapai tahap yang industri nak..."...bontot la bai...

aku faham keadaan semasa, kita nak gunakan bahasa yang bukan melayu ni untuk mendapatkan pengetahuan, memudahkan pengurusan, macam-macam la...tapi mana gaya datangnya kata nak membudayakan bahasa melayu?kalo kita sendiri tak gunakan dia??ke korang nak tukor kitorang yang memang dah budayakan bahasa melayu ni jadik mat salleh celup macam korang??cakap melayu ada slang-slang...rambut hitam dah tukar cekelat...nak pakai baju melayu pegi masjid pun rasa segan...nak kena pakai kot jugak...cenggitu ke?kimak la...

lebih dari 10tahun lepas, bekas perdana menteri yang kita konon-konon banggakan sangat, Che Det ada cakap...PANDANG KE TIMUR...aku lak cakap, pandang secara total....tak yah tengok timur jek la...sebab kalo kata timur, Jepun, Korea, China(walaupun diorang yang tinggi just jumlah buruh jek) diorang memang gunakan bahasa diorang sendiri..meh kita tengok kat barat lak...US, UK menggunakan bahasa diorang....orang Jerman tak tukor bahasa perantaraan diorang jadik bahasa Inggeris...even kalo kita nak kije atau belajor kat sana, kita kena lak belajor bahasa diorang..Perancis yang memang sah-sah berjiran dengan UK, tetap gak guna bahasa diorang....sampaikan mana-mana rakyat UK yang ada urusan atau bekerja kat situ kena ambik kursus bahasa Perancis...nak jauh sikit?aku ambik negara bekas komunis...Rusia...korang cakap kat aku...sape yang kena pergi Russia sama ada nak belajor atau pun kije tak kena belajor bahasa diorang??nak aku bagi lagi dahsyat?sekongkol kuat Eropah...Israel...pikirla sendiri...

jadik, kenapa kita yang konon-kononnya negara yang termaju di Asia Tenggara takde jati diri dan nak pinjam bahasa orang lain??apa kita segan nak cakap bahasa melayu ke?tak tau ke bahasa melayu ni salah satu bahasa yang unik kat dia??bangang la....

notahangit: melayu konon...melayu taik kucing la!!!!

Monday, January 09, 2012

Aku rasa teori evolusi Darwin boleh digunakan

Arakian

Semua orang tau pasal teori evolusi Darwin betul tak? Dan teori yang sangat menggemparkan dan jadik perdebatan hebat dunia diantara golongan beragama dan golongan atheis ialah teori manusia sebenarnya berevolusi daripada beruk kepada manusia...pada mulanya aku memang sangkal 100% teori ni sebab aku rasa teori ni menjatuhkan martabat manusia sebagai khalifah kat muka bumi ni dan menyangkal kewujudan Tuhan...

tapi semakin lama aku hidup..dan semakin banyak aku perhati sifat-sifat manusia ni, aku rasa teori Darwin ni memang boleh diterima pakai...tapi bukan secara fizikal...secara mental...jadik, meh sini aku cerita kenapa aku kata aku rasa teori tu boleh aku guna pakai untuk manusia nak-nak apa yang aku dah perhati pada zaman la ni...

setiap orang melalui zaman kanak-kanak...aku sendiri pun sama...dan aku boleh katakan zaman ini memang zaman kita berfikiran macam monyet...selalu nak bermain, just rasa nak makan bila rasa nak makan...kita taknak makan benda yang rasa sedap pada tekak orang dewasa tapi kita nak makan makanan yang berasa manis jek...yep...aku tau ramai yang akan rage bila aku kata cenggini tapi ni pendapat aku...pada masa ni, kita tak dapat bezakan yang mana buruk dan yang mana baik..dan kita hanya boleh carik makanan yang ada disekitar kita atau apa yang diberikan pada kita jek...kalau pada peringkat ni diorang bertindak luor batasan, kita boleh nak kawal diorang dengan cara yang kasor macam membentak...diorang akan takut dan mengikut kata...paling tak pun diorang lari...

sampai pada satu peringkat evolusi, ekor dah menjadik takde...masih ada sikit sifat kanak-kanak dan kita cuba nak berlagak dominan...masa ni aku anggap manusia bersikap macam beruk....korang tak percaya?korang pernah tengok tak remaja-remaja terutamanya budak-budak sekolah kat dalam bas kalau korang naik bas pada waktu diorang balik sekolah ataupun pada waktu cuti masa nak ke bandor?memang macam beruk...terjerit-jerit dalam bas...memekak dan mengorat setiap awek yang lalu kat keliling dan cuba berlagak cool...yep..memang macam beruk...pada peringkat evolusi ni, kalau kita bertindak kasor macam tampor muka diorang kalau melebih-lebih, kita memang akan diserang balik...sebijik macam beruk kalau kena baling dengan batu...diorang akan kejor korang sampai dapat lepas tu siat-siat korang sampai diorang puas...

pada peringkat ketiga, ada sesetengah peringkat evolusi akan mencapai peringkat homo sapiens dan ada jugak yang akan stuck kat peringkat neanderthal...bagi mereka yang berada pada peringkat homosapiens, diorang boleh berfikir secara waras, bertindak dan melakukan segala aktiviti dengan organized dan tak suka keadaan yang kucar lanar...berbeza dengan mereka yang berubah dan stuck pada peringkat neanderthal..mereka membawak sifat yang sama seperti pada peringkat kedua tadi...bertindak ikut nafsu dan cuba nak bersifat dominan(pertahankan hak, terjerit, terpekik, terlolong, bakor sana sini, merusuh sana-sini) dalam nak melepaskan palat sendiri...mengikut pemerhatian aku, kita dah menjadik makin kronik sebab mereka yang masih stuck pada peringkat neanderthal ni makin ramai sebab banyak ibu bapa yang bersifat homosapiens ni tak cuba untuk menunjukkan anak-anak mereka tentang konsep evolusi yang betul dan wajar...maka, bagi korang-korang semua...selamat kembali ke zaman batu...

kalau korang rasa offensive dengan mesej yang aku cuba sampaikan, baik korang duduk dan pikir balik...korang kalau tak bersetuju dengan apa yang aku cakapkan ni, baik korang cuba mencapai tahap evolusi kepada homosapiens sebenor daripada korang terpekik terlolong dan bertindak ala neanderthal...sebab kalau korang buat cenggitu, secara automatik korang bersetuju dengan apa yang aku cakap tadi...aku tak suka nak jadik Hitler...semua dah besor memasing...fikirkan la...

Notahangit: nak aku cakap direct? boleh...aku bagi empat perkataan...CUBA JANGAN JADIK BANGANG....amcam?

Thursday, January 05, 2012

Flat

Arakian

Flat...flat...flat...semua benda sama jek flat...bosan aku perhati kehidupan sekarang ni...dengan aktiviti rutin yang berulang-ulang...sama jek...terasa aku nak dapat hari baru yang menarik setiap hari...lagi aku cuba nak jadik kan hari ni interesting, tetap akan jadik flat...terasa betul mangkuk dia....

ada aku cuba nak buat aktiviti menarik...bosan betul hidup dalam rutin ni...satu masa dulu, bila duduk-duduk tak buat apa, aku dapat inspirasi untuk mencuci mata...tengok-tengok awek yang cun...tapi...setengah jam lepas tu...aktiviti tu jadik flat...bosan....kena lak kalo benda tu jadik rutin harian kalo bosan...sampai tahap tengok muka awek yang sebelum ni hot kedebaboom meletup meletup pun dah nampak macam tengok lecture note yang plain dan penuh dengan wording...

dan lepas tu aku invent lagi aktiviti untuk diri sendiri...prank...seronok betul buat prank ni...kita suka..orang yang tengok pun suka...orang yang kena jek rasa tak suka..tapi dua tiga hari pastu dia gelak gak....tapi sampai masa, flat...apa kena dengan dunia ni..takde ke aktiviti yang memang tak buat kita rasa tak flat?

aku sure ada geng-geng serbanitas akan kata...ko ni kekurangan ibadat sebenornya...ko perlukan sentiasa ingat Tuhan....sure ko tak rasa dunia ni tak flat sebab ko sibuk mengejor akhirat...dan sure aku akan rasa fuck off...asal nama kat atas dunia ni...kalo satu benda yang sama jek kita buat, benda tu akan jadik membosankan gak...jadik, toksah nak tunjuk alim sangatla...nanti kalo dah terkena batang hidung sendiri, tau lak nak menyirap-nyirap...

dan bila aku tengok berita, macam seronok tengok budak-budak UPSI memekik-mekik macam orang bangang ramai-ramai...dan pada aku, benda tu bosan...sebab tahun 90an dulu aku dah tengok lagi dahsyat dari tu...dan benda tu memang dah berlaku hampir setiap tahun...cubala buat stail lain...boringla...

dan senang kata...aku bosan...

Notahangit: mana tak rasa flat...duduk kat Melaka ni pun kat rumah flat...cibai betul...signifikan lak...