Friday, November 20, 2015

Cerita kesaruk

Arakian
Mat tak tau yang dia merupakan seorang budak yang beruntung. Dia membesar sama seperti kanak-kanak lain. Terjal yang sama, susah yang sama. Dia bukan seorang budak yang sangat bijak dan jugak bukan seorang budak yang sangat beruntung. Dia merupakan seorang yang mempunyai kehidupan yang sangat biasa. Sampaila satu peristiwa ni terjadik, Mat rasakan yang dia beruntung dilahirkan dalam keluarga dia la ni.
Ayah Mat, digelar Pak Lang oleh orang-orang kampung. Pak Lang ni takdela kacak digilai ramai. Dia cuma seorang laki yang biasa. Bertubuh kurus, kecik je orangnya  berkulit sawo matang, mungkin sebab aktiviti seharian dia ialah berkebun, maka kulit dia dimakan hari. Pak Lang ni selain berkebun, dia jugak pernah belajor dengan arwah imam kampung cara-cara untuk menghalau hantu. Tapi cara yang digunakan bukanla dengan jampi-jampi serapah. Hanya menggunakan ayat quran dan cara-cara tertentu. Disebalik kebolehan menghalau hantu, Pak Lang ni jugak boleh menangkap hantu. Tapi Mat tak mengetahui kebolehan bapaknya ni.
Pada suatu hari, ada satu keluarga ni datangla ke rumah Mat untuk berubat. Nak membuang saka katanya. Pada Mat mungkin ni sama macam hari-hari lain. Pak Lang hanya membaca beberapa ayat quran, hembuskan ke dalam air dan menyiapkan kacang hijau dan garam untuk pagar rumah. Maka Mat pun seperti biasalah siapkan kudapan untuk tetamu yang datang. Kopi o panas dah terhidang dihadapan tetamu-tetamu yang datang. Almaklumla rumah bujang. Kopi O lat-lat jek yang dihidangkan. Kalo arwah maknya masih hidup mungkin ada la kudap-kudapnya.
Sambil minum-minum tu, Pak Lang bertanyakan la serba sedikit tentang orang yang nak buang saka ni. Pemilik saka ni sang isteri, cantik orangnya. Tapi dari penglihatan Mat, kulit dia nampak kusam. Pipi dia nampak cekung dan seri pada wajah dia macam tak kelihatan. Sekali pandang macam mayat hidup pun ada sebab muka dia nampak pucat betul. Pak Lang pun bertanyakan semenjak bila dia dapat saka ni, dari siapa dia dapat. Dan sang isteri yang bernama Halimah ni bagitau dia dapat saka ni semenjak kematian arwah nenek dia. Dia tak tau pun tu saka. Dia cuma tau nenek dia ajarkan dia ayat pemanis. Dia cuma amalkan je apa yang diajor.
Pak Lang pun berkata "Lain kali hati-hati dengan sebarang ayat yang orang bagi. Tambah yang bunyinya menyeru. Selalunya akan ada yang mendamping. Melainkan ayat tu memang ayat quran sebenar." Dan sejurus selepas itu,dia perhatikan Pak Lang memerhatikan mata Halimah ni tadi sambil mulut dia terkumat-kamit baca ayat qursi. Tak sampai lima minit, Halimah dah mula menggelasor. Tak tentu arah macam orang tak senang duduk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sekejap angkat cawan nak minum kopi, tapi tak jadik, diletaknya balik. Mat perasan yang Halimah ni dah cuit-cuit peha laki dia sambil bisik-bisik nak ajal balik. "Din,ko izinkan tak aku ngubat bini ko ni? Kalo ko tak izinkan, dan la cenggini. Aku anggap ko menziarah jek sambil mengerat silaturrahim" kata Pak Lang. "Saya izinkan Pak Lang. Janji bini saya ni sihat macam orang lakn" kata sang laki pada Halimah yang bergelar Din ni. "Kalo cenggitu, mintak Limah ni duduk kat atas tikor sana tu la. Ko kalo nak teman pun boleh duduk sekali. Mat, tolong abah pegi dapur, bubuh minyak kelapa dalam piring, buh bawang putih seulas dengan lada hitam. Mbak meh dengan pensel sebatang" kata Pak Lang.
Mat pun terus ke dapur sediakan barang-barang yang patut. Disebabkan dah biasa dengan orang datang berubat, selain dari apa yang bapak dia mintak tadi, dia sediakan barang-barang biasa. Air mineral sebotol dengan limau nipis tujuh bijik. Kemudian Pak Lang pun duduk kat kaki Halimah ni sambil membaca ayat-ayat amalan dia. Dia tiupkan kat kaki Halimah sambil dia tengok anak mata Halimah. Mat perasan yang Halimah ni mengelak dari memandang mata bapak dia ni. Memang tu tanda-tanda biasa kalo orang ada memakai. Selain dari rasa gelisah taknak ada berdekatan dengan Pak Lang.
Pak Lang mencapai pensel dan melumurkan dengan minyak campuran lada hitam dan bawang putih tu tadi dan cecahkan ke celah ibj jari kaki kiri Halimah. "Sakit?" tanya Pak Lang. Halimah hanya menggelengkan kepala. Pak Lang cecahkan pulak ke celah jari telunjuk kaki Halimah dan tanya lagi, Halimah hanya menggelengkan kepala. Sampai ke celah jari hantu dan manis, tiba-tiba Halimah merengek. "Hiiiiiiiiiiiiii sssssssssssttttt". "Sakit ye?" tanya Pak Lang tenang. Halimah tak menjawab tapi Pak Lang dah tau jawapannya dari rengekan dan kerutan di wajah Halimah. Pak Lang membaca lagi surah-surah amalannya dan mencecah lagi pensel tu kat tempat yang sama. Kali ni Halimah menangis. Bukan menangis bercucuran air mata tapi menangis macam anak kecil. Mendudu-dudu bunyi dia. "Huuuuu wuuuuuuu..xnak dah xnak..sakit..huuuu mati akuuuu panasssss...huuuuuu.." Pak Lang masih lagi mencecahkan pensel tu di tempat yang sama.
Secara tiba-tiba Halimah menggigil. Menggelupur macam ayam kena sembelih. Tangan dia menggapai kiri kanan. Badan dia menggeliat-geliat. Nafas dia semakin kuat macam nafas kuda. Kaki kanan dia menendang-nendang. Cuma kaki kiri dia yang xbergerak sebab kejap dipegang oleh Pak Lang. "Mat, Din, ko tolong paut tangan dia. Kalo tak pegang ni mau dihumbannya aku ni." Kata Pak Lang. Mat dan Din masing-masing memegang tangan kanan dan kiri Halimah. Kuat tenaganya. Segagah-gagah Mat, terangkat jugak dia menahan tenaga Halimah ni. Pada masa yang sama Mat perasan yang mata hitam Halimah dah tak kelihatan. Hanya mata putih yang kemerahan jek kelihatan. Takut jugak Mat dibuatnya.
"Lepaskan aku jahanam. Lepaskan. Brrrrr brrrrr. Kenapa ko siksa aku. Sakittttt celakaaaaaa sakittttttt." Suara Halimah dah tak sehalus suara asal dia. Suaranya dah bertukor menjadik suara jantan. Dalam dan garau. Mat memerhatikan suak muka Halimah dah berubah. "Ini bukan Halimah lagi ni" bisik hati Mat. "Aku mintak ko tinggalkan budak ni. Dia takde buat salah apa pun. Keluarla dari badan budak ni dan jangan ganggu dia lagi. Dia tak pernah nak ko. Dia nak ko pergi jauh-jauh dari dia" kata Pak Lang. Halimah semakin mengganas. Dia cuba nak bangun tapi disebabkan Mat dan Din menahan tangan Halimah, dia hanya boleh meronta. Mat dah mula berpeluh melawan tenaga Halimah. Tenaga dia macam sepuluh lembu jantan. Terangkat-angkat Mat dibuatnya. "Aku taknakkkkk. Aku suka duduk sini. Dia mak aku. Aku suka duduk dengan mak aku. Ko siapa nak halau aku. Ko buatla apa pun aku takkan keluar. Aaaaaaaa brrrrr."
Kali ni Pak Lang tak gunakan pensel lagi. Dia terus sentuh tempat yang sama dengan jari dia yang dah berlumuran minyak tu. Halimah dah mula menjerit sambil memaki-maki Pak Lang. Mat perasan Halimah dah tak bercakap bahasa melayu. Dia juga tak bercakap bahasa jawa sebab Mat tak faham sebutir pun. Bunyinya macam bahasa tamil tapi lain. Lebih berbunyi bahasa melayu. "Kanlong kala edop udah sakurun. Eng baru saputik jagun mana baradu tuju ka kanlong." kata Halimah. "Lapas..lapas ka longggg..emang kojolllllllll eng samuoooo.."
Pak Lang mengalihkan kedudukan ke ubun-ubun Halimah. "Aku bagi amaran terakhir keluor dan tinggalkan budak ni. Jangan dikaco lagi. Kalau tak, aku akan paksa kau keluor""kahkahkahkahkah..opooooo eng buleh buatttt..opooooo..aku takkan keluar..ini rumah aku.."kata Halimah. "Kalau ko berdegil,aku tak ada pilihan lain la." Pak Lang membaca ayat amalan dia lagi, dipekupnya telinga Halimah. Kemudian ditarik sampai ke ubun-ubun. Mat memerhatikan yang bapaknya dah lencun dengan peluh. Dengan serta-merta Pak Lang membuat gaya merentap sesuatu dan tenaga Halimah secara tiba-tiba menjadi lemah. Nafas Halimah pun dah tak sekencang tadi. "Ambil botol kosong Mat." Kata Pak Lang. Mat terus mengambil botol kaca kosong didalam gerobok dapur dan serahkan kepada Pak Lang. Dia nampak Pak Lang macam memasukkan sesuatu ke dalam botol tersebut dengan pantas dan menutup mulut botol dengan gabus. Mat memerhatikan botol tersebut. Macam ada sekilas pandangan asap berwarna putih dan timbul titis-titis air mcm botol tersebut baru dikeluarkan dari peti ais. Padahal sebelum ni botol tu biasa jek. Pak Lang terus menyuruh Halimah berlunjur dan "mengunci" ubun-ubun Halimah bagi menghabiskan sesi rawatan. Pak Lang menyerahkan botol tersebut kepada Din dan menyuruh Din tanamkan botol tersebut sambil mengajar cara-cara untuk pasak botol tersebut supaya isinya tak terkeluar.
Mat memerhatikan Halimah. Muka dia kelihatan berseri semula. Masih kelihatan pucat mungkin sebab keletihan. Tapi sudah mula nampak pipinya kembali merah. Matanya pun dah tak sembap seperti masa baru datang tadi. Din bertanyakan Halimah apa yang dia rasa masa rawatan tadi. Memori terakhir Halimah ialah semasa Pak Lang menyentuh celah jari hantu dan manis kaki dia. Dia rasa sakit dan panas yang amat sangat. Selepas tu dia tak ingat apa-apa sampaila Pak Lang "mengunci" ubun-ubun dia tu. Apa yang dia tau, dia rasa letih yang amat sangat. "Terima kasih la Pak Lang sebab ubat bini saya ni. Jadik apa pengerasnya Pak Lang?" tanya Din. "Aku tak letak upah Din. Aku bukan bomoh. Aku cuma menolong mana mampu. Macam gini la. Ko bagi sedekah kat anak yatim dengan orang miskin dalam seguni beras macam tu dengan niat syukur sebab bini ko dah sihat. Pastikan ko buat. Kalo tak aku yang kena kualat nanti." Kata Pak Lang. Tak lama selepas itu, Din dan Halimah pun pulang dengan botol kosong ditangan. Entah kat mana dipasaknya botol tu pun aku taktau. Dan Pak Lang pun duduk bertinggung di muka pintu sambil menghisap rokok daunnya.
Notahangit : Dah lama tak menulis dan tetiba aku menulis cerita penuh pulak. Aku rasa aku lagi berbakat tulis satira kot daripada stail ni. Huhu..

Tuesday, February 03, 2015

Cerita pasal menulis cerita

Arakian

Semenjak dua menjak ni Meon dah mendapat hobi baru. Sebelum ni dia melukis, bermain muzik, tapi kali ni dia cuba nak menulis. Ni bukan kali pertama Meon menulis. Rasanya dah banyak kali tapi ni la kali pertama dia cuba nak menulis cerita secara serius. Meon dah buat macam-macam research dah sebagai persediaan dia nak menulis cerita.

Dia tau cerita kena ada tema. Dah selesai dengan tema,kena sediakan watak, lepas tu nak sediakan plot cerita pulak. Macam mana cerita mula,macam mana cerita tu berkembang, dan macam mana dia nak cerita tu tamat. Lepas tu dia kena pastikan dalam plot dia tu mesti ada plot twist yang akan buat cerita tu menarik. Buat pembaca rasa tertipu dan teruskan membaca.

Meon faham semua trick tu. Dia pun memang banyak membaca. Jadik dia tau la sikit sebanyak gaya penulisan yang dia boleh cedok. Meon dah rancang semuanya dengan cantik. Dia dah ada tema, plot, twist yang menarik. Jadik dia hanya perlu menulis jek skang ni.

Maka Meon pun ambikla laptop (ni zaman milenia yek..mana ada orang menulis guna mesin taip lagik) dan mula lah menulis. Dia mulakan taipan dengan bahasa melayunya. Tiba-tiba sampai ke ayat yang ke 100, Meon tetiba berhenti. Dia kehilangan ayat yang sesuai untuk meneruskan karyanya. Meon berasa kecewa yang amat. Dia baca dan baca karangannya tadi dan masih sama jugak keadaannya. Penggunaan ayat yang dia gunakan tadi pun macam tak dapat menggambarkan pikiran dia penuh-penuh. So Meon pun tekan button ctrl+a dan delete.

Meon pun mula menulis balik. Kali ni dia hanya menaip mengikut flow. Tak kisahkan tatabahasa. Dia hanya perlu ekspres kan jiwa dia jek. Nampak gayanya penulisan kali ni lebih baik. Dah masuk ke muka surat 20. Jadik Meon cuba membaca balik apa yang dia tulis untuk membetulkan tatabahasa dia.

Bila Meon baca, dia jadik pelik..karangan dia menjadik bahasa omptuih sepenuhnya. Takde grammatical error pun. Apa yang dia cuba sampaikan pun jelas. Meon pun menggelengkan kepala dan berkata,"nampaknya minda aku pun dah habis dijajah omptuih rupanya."

Nota hangit : Bukan nak kata bahasa omptuih lagi bagus tapi kita dah terlampau didedahkan dengan pembacaan bahasa omptuih sampai otak kita pun berfikir dalam bahasa diorang. You think like what you read. Kalo tak membaca? You're not thinking at all.

Monday, January 26, 2015

Cerita pasal rotan

Arakian

Meon menung. Dia ingat lagi masa dia kecik. Asal balik dari berkubang kat bendang,balik sah-sah dia kena lelor dengan arwah bapak dia. Dengan rotan keramat bapak dia tu la. Rotan sebesor jari kelingking panjang sehasta tu. Sakitnya tak terkira. Berbirat badan dia bekas rotan.

Walaupun arwah bapak dia tak pernah cakap apa salah dia, tapi dia tau dia kena sesah sebab pergi berkubang. Dia kena sesah sebab melawan cakap orang tua. Dia kena sesah sebab belajor main-main. Sebab tu meon berjaya sekarang.

Tapi bila diingatkan balik, setiap kali dia dibantai bapak dia, sekali jek rotan tu hinggap kat badan. Yang lain semua tersasor. Sekali jek yang hinggap. Tu pun pukulan paling manja. Kelepek sikit jek. Tapi efek malu disesah tu lagi sakit dari dirotan. Sebab tu meon berubah.

Meon ingat malam lepas kena sesah. Dia terjaga dari tidur. Dia terperasan mak dengan bapaknya menyapu minyak gamat kat tempat dia kena pukul. Dia ingat ayat bapak dia. "Aku bukan nak mendenda dia melah..aku ngajor dia jangan jadik macam aku..bodoh..kije kampung..aku nak dia jadik orang senang..kije gomen..xla susah dia nanti.."

Sekarang meon dah berjaya. Dah kije gomen. Dia sempat bawak mak bapak dia pergi haji. Dia ingat ayat terakhir bapak dia. "Aku lega meon. Aku bukan bapak yang baik. Tapi aku berjaya mendidik ko jadik orang. Mana-mana salah aku, aku mintak mahap bebanyak ye."

Meon menung lagi. Dia dah ada anak. Bapak dia dah berjaya mendidik dia. Sekarang giliran dia pulak.

Notahangit : yang mendidik bukannya rotan tapi kita. Ada beza antara mendidik dan melepas geram.