Friday, November 20, 2015

Cerita kesaruk

Arakian
Mat tak tau yang dia merupakan seorang budak yang beruntung. Dia membesar sama seperti kanak-kanak lain. Terjal yang sama, susah yang sama. Dia bukan seorang budak yang sangat bijak dan jugak bukan seorang budak yang sangat beruntung. Dia merupakan seorang yang mempunyai kehidupan yang sangat biasa. Sampaila satu peristiwa ni terjadik, Mat rasakan yang dia beruntung dilahirkan dalam keluarga dia la ni.
Ayah Mat, digelar Pak Lang oleh orang-orang kampung. Pak Lang ni takdela kacak digilai ramai. Dia cuma seorang laki yang biasa. Bertubuh kurus, kecik je orangnya  berkulit sawo matang, mungkin sebab aktiviti seharian dia ialah berkebun, maka kulit dia dimakan hari. Pak Lang ni selain berkebun, dia jugak pernah belajor dengan arwah imam kampung cara-cara untuk menghalau hantu. Tapi cara yang digunakan bukanla dengan jampi-jampi serapah. Hanya menggunakan ayat quran dan cara-cara tertentu. Disebalik kebolehan menghalau hantu, Pak Lang ni jugak boleh menangkap hantu. Tapi Mat tak mengetahui kebolehan bapaknya ni.
Pada suatu hari, ada satu keluarga ni datangla ke rumah Mat untuk berubat. Nak membuang saka katanya. Pada Mat mungkin ni sama macam hari-hari lain. Pak Lang hanya membaca beberapa ayat quran, hembuskan ke dalam air dan menyiapkan kacang hijau dan garam untuk pagar rumah. Maka Mat pun seperti biasalah siapkan kudapan untuk tetamu yang datang. Kopi o panas dah terhidang dihadapan tetamu-tetamu yang datang. Almaklumla rumah bujang. Kopi O lat-lat jek yang dihidangkan. Kalo arwah maknya masih hidup mungkin ada la kudap-kudapnya.
Sambil minum-minum tu, Pak Lang bertanyakan la serba sedikit tentang orang yang nak buang saka ni. Pemilik saka ni sang isteri, cantik orangnya. Tapi dari penglihatan Mat, kulit dia nampak kusam. Pipi dia nampak cekung dan seri pada wajah dia macam tak kelihatan. Sekali pandang macam mayat hidup pun ada sebab muka dia nampak pucat betul. Pak Lang pun bertanyakan semenjak bila dia dapat saka ni, dari siapa dia dapat. Dan sang isteri yang bernama Halimah ni bagitau dia dapat saka ni semenjak kematian arwah nenek dia. Dia tak tau pun tu saka. Dia cuma tau nenek dia ajarkan dia ayat pemanis. Dia cuma amalkan je apa yang diajor.
Pak Lang pun berkata "Lain kali hati-hati dengan sebarang ayat yang orang bagi. Tambah yang bunyinya menyeru. Selalunya akan ada yang mendamping. Melainkan ayat tu memang ayat quran sebenar." Dan sejurus selepas itu,dia perhatikan Pak Lang memerhatikan mata Halimah ni tadi sambil mulut dia terkumat-kamit baca ayat qursi. Tak sampai lima minit, Halimah dah mula menggelasor. Tak tentu arah macam orang tak senang duduk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sekejap angkat cawan nak minum kopi, tapi tak jadik, diletaknya balik. Mat perasan yang Halimah ni dah cuit-cuit peha laki dia sambil bisik-bisik nak ajal balik. "Din,ko izinkan tak aku ngubat bini ko ni? Kalo ko tak izinkan, dan la cenggini. Aku anggap ko menziarah jek sambil mengerat silaturrahim" kata Pak Lang. "Saya izinkan Pak Lang. Janji bini saya ni sihat macam orang lakn" kata sang laki pada Halimah yang bergelar Din ni. "Kalo cenggitu, mintak Limah ni duduk kat atas tikor sana tu la. Ko kalo nak teman pun boleh duduk sekali. Mat, tolong abah pegi dapur, bubuh minyak kelapa dalam piring, buh bawang putih seulas dengan lada hitam. Mbak meh dengan pensel sebatang" kata Pak Lang.
Mat pun terus ke dapur sediakan barang-barang yang patut. Disebabkan dah biasa dengan orang datang berubat, selain dari apa yang bapak dia mintak tadi, dia sediakan barang-barang biasa. Air mineral sebotol dengan limau nipis tujuh bijik. Kemudian Pak Lang pun duduk kat kaki Halimah ni sambil membaca ayat-ayat amalan dia. Dia tiupkan kat kaki Halimah sambil dia tengok anak mata Halimah. Mat perasan yang Halimah ni mengelak dari memandang mata bapak dia ni. Memang tu tanda-tanda biasa kalo orang ada memakai. Selain dari rasa gelisah taknak ada berdekatan dengan Pak Lang.
Pak Lang mencapai pensel dan melumurkan dengan minyak campuran lada hitam dan bawang putih tu tadi dan cecahkan ke celah ibj jari kaki kiri Halimah. "Sakit?" tanya Pak Lang. Halimah hanya menggelengkan kepala. Pak Lang cecahkan pulak ke celah jari telunjuk kaki Halimah dan tanya lagi, Halimah hanya menggelengkan kepala. Sampai ke celah jari hantu dan manis, tiba-tiba Halimah merengek. "Hiiiiiiiiiiiiii sssssssssssttttt". "Sakit ye?" tanya Pak Lang tenang. Halimah tak menjawab tapi Pak Lang dah tau jawapannya dari rengekan dan kerutan di wajah Halimah. Pak Lang membaca lagi surah-surah amalannya dan mencecah lagi pensel tu kat tempat yang sama. Kali ni Halimah menangis. Bukan menangis bercucuran air mata tapi menangis macam anak kecil. Mendudu-dudu bunyi dia. "Huuuuu wuuuuuuu..xnak dah xnak..sakit..huuuu mati akuuuu panasssss...huuuuuu.." Pak Lang masih lagi mencecahkan pensel tu di tempat yang sama.
Secara tiba-tiba Halimah menggigil. Menggelupur macam ayam kena sembelih. Tangan dia menggapai kiri kanan. Badan dia menggeliat-geliat. Nafas dia semakin kuat macam nafas kuda. Kaki kanan dia menendang-nendang. Cuma kaki kiri dia yang xbergerak sebab kejap dipegang oleh Pak Lang. "Mat, Din, ko tolong paut tangan dia. Kalo tak pegang ni mau dihumbannya aku ni." Kata Pak Lang. Mat dan Din masing-masing memegang tangan kanan dan kiri Halimah. Kuat tenaganya. Segagah-gagah Mat, terangkat jugak dia menahan tenaga Halimah ni. Pada masa yang sama Mat perasan yang mata hitam Halimah dah tak kelihatan. Hanya mata putih yang kemerahan jek kelihatan. Takut jugak Mat dibuatnya.
"Lepaskan aku jahanam. Lepaskan. Brrrrr brrrrr. Kenapa ko siksa aku. Sakittttt celakaaaaaa sakittttttt." Suara Halimah dah tak sehalus suara asal dia. Suaranya dah bertukor menjadik suara jantan. Dalam dan garau. Mat memerhatikan suak muka Halimah dah berubah. "Ini bukan Halimah lagi ni" bisik hati Mat. "Aku mintak ko tinggalkan budak ni. Dia takde buat salah apa pun. Keluarla dari badan budak ni dan jangan ganggu dia lagi. Dia tak pernah nak ko. Dia nak ko pergi jauh-jauh dari dia" kata Pak Lang. Halimah semakin mengganas. Dia cuba nak bangun tapi disebabkan Mat dan Din menahan tangan Halimah, dia hanya boleh meronta. Mat dah mula berpeluh melawan tenaga Halimah. Tenaga dia macam sepuluh lembu jantan. Terangkat-angkat Mat dibuatnya. "Aku taknakkkkk. Aku suka duduk sini. Dia mak aku. Aku suka duduk dengan mak aku. Ko siapa nak halau aku. Ko buatla apa pun aku takkan keluar. Aaaaaaaa brrrrr."
Kali ni Pak Lang tak gunakan pensel lagi. Dia terus sentuh tempat yang sama dengan jari dia yang dah berlumuran minyak tu. Halimah dah mula menjerit sambil memaki-maki Pak Lang. Mat perasan Halimah dah tak bercakap bahasa melayu. Dia juga tak bercakap bahasa jawa sebab Mat tak faham sebutir pun. Bunyinya macam bahasa tamil tapi lain. Lebih berbunyi bahasa melayu. "Kanlong kala edop udah sakurun. Eng baru saputik jagun mana baradu tuju ka kanlong." kata Halimah. "Lapas..lapas ka longggg..emang kojolllllllll eng samuoooo.."
Pak Lang mengalihkan kedudukan ke ubun-ubun Halimah. "Aku bagi amaran terakhir keluor dan tinggalkan budak ni. Jangan dikaco lagi. Kalau tak, aku akan paksa kau keluor""kahkahkahkahkah..opooooo eng buleh buatttt..opooooo..aku takkan keluar..ini rumah aku.."kata Halimah. "Kalau ko berdegil,aku tak ada pilihan lain la." Pak Lang membaca ayat amalan dia lagi, dipekupnya telinga Halimah. Kemudian ditarik sampai ke ubun-ubun. Mat memerhatikan yang bapaknya dah lencun dengan peluh. Dengan serta-merta Pak Lang membuat gaya merentap sesuatu dan tenaga Halimah secara tiba-tiba menjadi lemah. Nafas Halimah pun dah tak sekencang tadi. "Ambil botol kosong Mat." Kata Pak Lang. Mat terus mengambil botol kaca kosong didalam gerobok dapur dan serahkan kepada Pak Lang. Dia nampak Pak Lang macam memasukkan sesuatu ke dalam botol tersebut dengan pantas dan menutup mulut botol dengan gabus. Mat memerhatikan botol tersebut. Macam ada sekilas pandangan asap berwarna putih dan timbul titis-titis air mcm botol tersebut baru dikeluarkan dari peti ais. Padahal sebelum ni botol tu biasa jek. Pak Lang terus menyuruh Halimah berlunjur dan "mengunci" ubun-ubun Halimah bagi menghabiskan sesi rawatan. Pak Lang menyerahkan botol tersebut kepada Din dan menyuruh Din tanamkan botol tersebut sambil mengajar cara-cara untuk pasak botol tersebut supaya isinya tak terkeluar.
Mat memerhatikan Halimah. Muka dia kelihatan berseri semula. Masih kelihatan pucat mungkin sebab keletihan. Tapi sudah mula nampak pipinya kembali merah. Matanya pun dah tak sembap seperti masa baru datang tadi. Din bertanyakan Halimah apa yang dia rasa masa rawatan tadi. Memori terakhir Halimah ialah semasa Pak Lang menyentuh celah jari hantu dan manis kaki dia. Dia rasa sakit dan panas yang amat sangat. Selepas tu dia tak ingat apa-apa sampaila Pak Lang "mengunci" ubun-ubun dia tu. Apa yang dia tau, dia rasa letih yang amat sangat. "Terima kasih la Pak Lang sebab ubat bini saya ni. Jadik apa pengerasnya Pak Lang?" tanya Din. "Aku tak letak upah Din. Aku bukan bomoh. Aku cuma menolong mana mampu. Macam gini la. Ko bagi sedekah kat anak yatim dengan orang miskin dalam seguni beras macam tu dengan niat syukur sebab bini ko dah sihat. Pastikan ko buat. Kalo tak aku yang kena kualat nanti." Kata Pak Lang. Tak lama selepas itu, Din dan Halimah pun pulang dengan botol kosong ditangan. Entah kat mana dipasaknya botol tu pun aku taktau. Dan Pak Lang pun duduk bertinggung di muka pintu sambil menghisap rokok daunnya.
Notahangit : Dah lama tak menulis dan tetiba aku menulis cerita penuh pulak. Aku rasa aku lagi berbakat tulis satira kot daripada stail ni. Huhu..

Tuesday, February 03, 2015

Cerita pasal menulis cerita

Arakian

Semenjak dua menjak ni Meon dah mendapat hobi baru. Sebelum ni dia melukis, bermain muzik, tapi kali ni dia cuba nak menulis. Ni bukan kali pertama Meon menulis. Rasanya dah banyak kali tapi ni la kali pertama dia cuba nak menulis cerita secara serius. Meon dah buat macam-macam research dah sebagai persediaan dia nak menulis cerita.

Dia tau cerita kena ada tema. Dah selesai dengan tema,kena sediakan watak, lepas tu nak sediakan plot cerita pulak. Macam mana cerita mula,macam mana cerita tu berkembang, dan macam mana dia nak cerita tu tamat. Lepas tu dia kena pastikan dalam plot dia tu mesti ada plot twist yang akan buat cerita tu menarik. Buat pembaca rasa tertipu dan teruskan membaca.

Meon faham semua trick tu. Dia pun memang banyak membaca. Jadik dia tau la sikit sebanyak gaya penulisan yang dia boleh cedok. Meon dah rancang semuanya dengan cantik. Dia dah ada tema, plot, twist yang menarik. Jadik dia hanya perlu menulis jek skang ni.

Maka Meon pun ambikla laptop (ni zaman milenia yek..mana ada orang menulis guna mesin taip lagik) dan mula lah menulis. Dia mulakan taipan dengan bahasa melayunya. Tiba-tiba sampai ke ayat yang ke 100, Meon tetiba berhenti. Dia kehilangan ayat yang sesuai untuk meneruskan karyanya. Meon berasa kecewa yang amat. Dia baca dan baca karangannya tadi dan masih sama jugak keadaannya. Penggunaan ayat yang dia gunakan tadi pun macam tak dapat menggambarkan pikiran dia penuh-penuh. So Meon pun tekan button ctrl+a dan delete.

Meon pun mula menulis balik. Kali ni dia hanya menaip mengikut flow. Tak kisahkan tatabahasa. Dia hanya perlu ekspres kan jiwa dia jek. Nampak gayanya penulisan kali ni lebih baik. Dah masuk ke muka surat 20. Jadik Meon cuba membaca balik apa yang dia tulis untuk membetulkan tatabahasa dia.

Bila Meon baca, dia jadik pelik..karangan dia menjadik bahasa omptuih sepenuhnya. Takde grammatical error pun. Apa yang dia cuba sampaikan pun jelas. Meon pun menggelengkan kepala dan berkata,"nampaknya minda aku pun dah habis dijajah omptuih rupanya."

Nota hangit : Bukan nak kata bahasa omptuih lagi bagus tapi kita dah terlampau didedahkan dengan pembacaan bahasa omptuih sampai otak kita pun berfikir dalam bahasa diorang. You think like what you read. Kalo tak membaca? You're not thinking at all.

Monday, January 26, 2015

Cerita pasal rotan

Arakian

Meon menung. Dia ingat lagi masa dia kecik. Asal balik dari berkubang kat bendang,balik sah-sah dia kena lelor dengan arwah bapak dia. Dengan rotan keramat bapak dia tu la. Rotan sebesor jari kelingking panjang sehasta tu. Sakitnya tak terkira. Berbirat badan dia bekas rotan.

Walaupun arwah bapak dia tak pernah cakap apa salah dia, tapi dia tau dia kena sesah sebab pergi berkubang. Dia kena sesah sebab melawan cakap orang tua. Dia kena sesah sebab belajor main-main. Sebab tu meon berjaya sekarang.

Tapi bila diingatkan balik, setiap kali dia dibantai bapak dia, sekali jek rotan tu hinggap kat badan. Yang lain semua tersasor. Sekali jek yang hinggap. Tu pun pukulan paling manja. Kelepek sikit jek. Tapi efek malu disesah tu lagi sakit dari dirotan. Sebab tu meon berubah.

Meon ingat malam lepas kena sesah. Dia terjaga dari tidur. Dia terperasan mak dengan bapaknya menyapu minyak gamat kat tempat dia kena pukul. Dia ingat ayat bapak dia. "Aku bukan nak mendenda dia melah..aku ngajor dia jangan jadik macam aku..bodoh..kije kampung..aku nak dia jadik orang senang..kije gomen..xla susah dia nanti.."

Sekarang meon dah berjaya. Dah kije gomen. Dia sempat bawak mak bapak dia pergi haji. Dia ingat ayat terakhir bapak dia. "Aku lega meon. Aku bukan bapak yang baik. Tapi aku berjaya mendidik ko jadik orang. Mana-mana salah aku, aku mintak mahap bebanyak ye."

Meon menung lagi. Dia dah ada anak. Bapak dia dah berjaya mendidik dia. Sekarang giliran dia pulak.

Notahangit : yang mendidik bukannya rotan tapi kita. Ada beza antara mendidik dan melepas geram.

Tuesday, May 21, 2013

Cerita pasal talibesen...

Arakian

Arini Meon dah beli talibesen baru...walaupun tak la besor dinding, tak flat screen, tapi talibesen tu dia beli cash...bukannya Meon banyak duit...tapi tula hasil menabung dari zaman sekolah dulu..memang dari dulu dia dah berazam nak beli talibesen sendirik..almaklumla zaman dulu-dulu nak tengok talibesen nak kena numpang rumah orang..kengkadang siap kena perli sebab dah memalam buta pun tak reti nak balik rumah...sibuk nengok gusti....

jadik Meon pun susunla talibesen dia....dah pasang aerial 40 kaki punya panjang...bukannya apa...jiran-jiran cakap kalo pasang aerial tinggi-tinggi ni senang nak contact dengan alien...boleh dapat siaran alien...Meon pun nak try la...kotla dapat tengok siaran alien...seronok jugak tengok drama dia...kot la dapat lawan sinetron indonesia yang selalu ulang scene yang sama dekat 4,5 minggu...tapi apakan daya...paling jauh signal dia dapat pun TV Indonesia jek la...tak kisahla kata Meon...mungkin aerial aku tak cukup tinggi lagi...kalo pakai aerial tinggi macam klcc tu mungkin dapat kot pikir Meon sendirian...

jadik mulala Meon menyusun channel-channel talibesen tu...TV1 kat nombol 1...TV2 kat nombol 2...singapore ada tv8, Malaysia pun ada 8tv...jadik dia letak satu kat nombol 8, satu lagi kat nombol 88...cenggitula susunannya...maka Meon pun nengok la siaran-siaran yang ada kat talibesen tu...

Meon rasa sangat gembira sebab TV nya ada kaler...tak macam masa dia nengok dulu...hitam putih..terpikir dia...celaka sungguh pakcik tu dulu...TV hitam putih dah eksyen...ni jam aku dah TV ada kaler la..ni yang rasa nak bongkak ni...kata Meon sendirian...

dah lepas beberapa jam nengok TV, Meon dah mula merasa muak nengok semua siaran..."ni apehal pulak ni...aku nengok TV nak nengok cerita...ni penuh iklan dari cerita...baik la aku beli TV iklan macam kat supermarket tu jek...memang sah aku nengok iklan jek...harammmmm betol.."..

notahangit : nak tunggu iklan abis kat tv sempat makan, berak dulu kot...banyak nowh iklannya...

Thursday, May 16, 2013

Cerita pasal kebinet baru...

Arakian

Meon baru aje lepas nengok kat TV tadi...barisan kabinet baru dah kena umum dah...ada menteri yang kekal, ada menteri yang naik pangkat, ada menteri yang tukor jawatan..ada pulak yang dah kena gugur...macam-macam berita, macam-macam ulasan yang dia bagi kat TV tu...

Meon pun pasang sebatang rokok seludup yang dia dah kemam dari mula berita tadi...dah naik basah dah puntung rokok tu tapi dia pedulik apa...dalam kepala dia tengah duk memikirkan kesesuaian kabinet baru ni...macam mana pulak si Khairy Jamaludin tu boleh jadik menteri belia dan sukan...kalo nak dikirakan aku lagi layak dari dia kot...aku ni memang sah belia lagik...baru cecah 30an...dah tu selalu bersukan...pagi, petang malam selalu bersukan....kengkadang kalo takde kawan nak ajak main takraw ke, main bola ke, anak main tingting pun aku join...punyala aktif bersukan aku ni...tapi si Khairy tu pulak yang dapat...lepas tu baru dia terpikir yang dia tu daftar ngundi pun tak...ni kan pulak nak jadik menteri...angan-angan mat jenin..pikir Meon sambil tersingai sengsorang...

Lepas tu Meon perhati...kali ni kabinet baru takde pun cina dari MCA....banyak dari Sabah dengan Sarawak...bukan nak kata apala...mungkin sebab Najib nak ngambik ati orang Sabah Sarawak la kot...tapi apala salahnya kalo dia bubuh pembangkang ke jadik kabinet...tetiba otak kuning Meon berjalan....tapi tak boleh pulak...dah namanya pun pembangkang...kang habis semua plan dia bangkang kang, hape pun tak jadik pulak..tetiba Meon tersador...yang dia nak sibuk buat apa...tu Najib la pikir sendiri...dia yang kena sibukkan besok nak sambung kije...bendera aritu tak abis cabut lagi..nak-nak yang dah gantung kat fly over aritu...nak kena memanjat pulak bukak...

Tengah-tengah dia duk memikirkan cemana nak membukak bendera kempen tu, tetiba BEDEBANGGGG!!! bunyik kat depan dia...sekali roboh pulak kabinet TV depan dia...pulak dah...makan anai-anai la ni bendalah ni...pikir Meon...Najib sibuk umum kabinet baru, aku pulak yang kena beli kabinet baru kat Ah Seng...sape kata orang cina takde kabinet..orang melayu yang beli kabinet dengan orang cina towh...pikir Meon lagi....

notahangit: Politik ni macam rumah tangga jugak...ada kabinet, ada kerusi...teringin lak nak dengor kawasan Johor ni sebut exco tu gobok...hari ni Menteri Besor Johor yang baru telah mengumumkan ahli-ahli gobok barunya..macam menarik jek bunyik tu...

Friday, March 29, 2013

Cerita pasal pilihanraya

Arakian

Meon duduk membaca sok kabor arini..dah beberapa hari dah dia duk tunggu dalam sok kabor ni bila pulak la Perdana Menteri nak bubar parlimen...Meon bukan apa..dia sendiri pun walaupun dah nak masuk 40an tapi belum lagi mendaftar pegi mengundi...ni la baru tahun pertama dia nak pergi ngundi...kalo orang lain yela tak sempat ngundi sebab tak sempat la, ada yang sibuk la, ada yang tak berkesempatan la...tapi Meon bukan macam diorang tu...Meon sentiasa sador tanggungjawab dia...just dia terlampau excited nolong orang pasang bendera dengan berkempen sampai dia sendirik lupa nak pergi mendaftar...tapi tahun ni Meon ingat nak pergi mendaftar...semua ni atas jasa perdana menteri yang duk tangguh-tangguh nak bubar parlimen sampai dia tak pernah terlupa pasal nak mengundi...terbawak-bawak dalam mimpi...jadik sementara belum boleh perang kempen, dia kena pastikan dah mendaftar...jadik buat pertama kalinya dia akan memangkah dalam pilihan raya tahun ni...

Jadik Meon dah bersiap sedia dah untuk pergi mengundi tahun ni...dah dia beli baju baru.manala tau masuk TV tahun ni...takkan nak nampak macam baru balik menoreh..kenala nampak macam bakal YB...kotla tahun akan datang dapat undi naik perwakilan ke..tak dapat jadik ketua kampung, dapat jadik AJK pun jadikla...tapi dia tak harap...cuma bersedia jek...Meon jugak dah standby kopi tongkat ali sampai 3 paket besor..bukan apa...nak bagi tenaga nanti hari ngundi...kan kena beratur panjang, berdiri lelama...dia pun belum sampai umur warga emas jadik tak dapat la keutamaan untuk dia...Meon jugak dah beli payung baru..takdela beli payung cam janda Timah Lawa yang banyak renda-renda tu...tapi payung yang beli kat kedai RM5 tu jek...lawo pun lawo...tapi tu semua tak penting..yang penting Meon taknak la terpaksa datang lambat sebab hujan nanti...dia nak jadik antara orang yang paling awal mengundi...dan yang paling setia menunggu..."ni tanggungjawab aku pada negara..macam wira Lahad Datu.." kata Meon dengan penuh semangat..."Aku taknak cucu-cucu aku nanti hidup susah sebab ketakpekaan aku.." kata Meon lagi...tapi lepas tu baru dia perasan yang dia belum ada bini pun lagi...takpe..pas ngundi ni jugak dia carik bini...supaya dapat kotakan apa yang dia cakap tu...Meon pun macam gomen jugak...setiap yang dikata harus dikota...dia dah terkata yang dia taknak cucu dia hidup susah, dia kenala ada cucu jugak...

lepas satu, satu barang-barang Meon dah periksa...semua persediaan dah siap dengan rapi.. setiap hari Meon akan buat checkup kat barang-barang persediaan dia...dan dia tak pernah lupa untuk buat double check dan triple check supaya takde apa yang gagal berfungsi dengan baik sampai merencatkan proses mengundi dia yang pertama kali ni...sekarang ni nak tunggu PM bubar parlimen dan SPR bagitau tarikh pilihanraya jek...Meon dah tersenyum membayangkan undian dia yang pertama kali tu..."BABI!!!" jerkah Meon secara tetiba..."Aku terlupa nak buat IC baru lepas wallet aku kena rembat aritu.."..

Nota Hangit: Aku tak peduli bila Najib nak bubar parlimen...aku just tunggu bila nak cabut bendera PAS kat sepanjang sungai Muor tu...apa motif ntah bubuh kat situ..nak kempen kat buaya ke hape...

Tuesday, November 27, 2012

Cerita pantun

Arakian

Meon pun duduk kat pangkin rumah sambil menghisap rokok daun....sambil-sambil dia duk mengenangkan rencah orang ni jam berpantun...dia teringat dulu-dulu, arwah nenek dia nak menegur, dia gunakan pantun...kalo dia bermain galak nowh, kendian terhanggul kepala dia kat jenang pintu, nenek dia pun tarikla dia..duduk kat riba...sambil bacakan jampi...
"putu tangkal balik pintu, budak nakal memang cenggitu...pfuuhhhhhhh..."
dulu dia pikir punyala mujarab jampi nenek dia tu...tapi bila dah besor sikit, baru dia paham...nenek dia menegur dia dalam pantun tu...

Meon pun teringat masa sekolah dulu-dulu, cikgu mengajor dia pasal pantun....dikatanya pantun tu rima dia abab...tapi...ha....ada tapi ek....kalo diperhatikan, pantun yang betul-betul sempurna, bukan kat hujungnya jek yang berima..tapi kat tengahnya pun ada...jadik cikgu dia pun bagila contoh pantun empat kerat yang biasa kita dengor...
"Pulau pandan jauh ke tengah,
   Gunung daik bercabang tiga;
 Hancur badan dikandung tanah,
   Budi yang baik dikenang juga."
tu tak dikira pantun dua kerat yang paling selalu kita dengor dah hapal...."Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri."..sampai ni jam Meon ingat apa yang cikgu dia ajor...

Masa meminang bini dia dulu pun, bapak dia kata kena berpantun...tapi tak pulak Meon tau apa kenama pantun yang digunanya tu....almaklumla ek...masa minang,yang jantannya tak patut ikut sama...jadik dia dapat cerita jek la...bila dia tanya pantunnya, bapak dia pulak tak ingat...maklumla...pantun karang spontan...takde sedia-sedia awal....tak macam orang ni jam nak minang...terus jek "dipendekkan ceritala.saya ni datang nak minang anak encik..." sungguh tak menarik....

dan Meon pun teringat bebaru ni dia tertengok kat talibesen....ada cerita yang cuba nak menggalakkan guna pantun balik...tapi apa yang didengor tu bukannya pantun tapi macam rap pulak...manakan tidak...tang rima last jek abab...tak macam yang dia belajor dulu....macam
"pergi ke johor tangkap kelkatu,
 assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."...kepala tongkek dia pantun cenggitu kata Meon didalam hati walaupun dia tengah ketawa terkekek-kekek...
sambil duduk menghayati rokok daunnya tu, Meon berfikir....entah apa jadikla besok-besok pantun melayu ni....entah-entah, dah pulak orang buat pantun pembayang dalam bahasa melayu, maksudnya dalam bahasa omputih....mungkinla ek....

Nota Hangit : Bercakap berbahasa tu cantik...tapi kalo berpantun, lagi menawan...ye tak?