Monday, June 06, 2011

My frequently ask questions

Arakian

Aku baru perasan ek tajuk aku kat HHD ni kalo tak bahasa Omptuih, mesti tajuk memaki-maki...mamposla....ok..arini aku nak cerita pasal soalan-soalan yang rajin orang tanya aku tak kira la kat alam blog ke atau kat alam nyata...tapi ni semua berkaitan dengan dunia cyber ni ek...

Along, aku perasan ko sampai ada tiga blog...best sangat ke berblogging ni??
Pembetulan ek...kalo ikutkan, blog aku menjejak sampai lima...3 kat blogspot, satu kat friendster blog(blognya masih ada tapi aku dah delete akaun friendster aku...so yang ada just blog tak bertuan) dan jugak wordpress(blog tu still kosong dan dah tiga empat kali dah aku empty kan content dia)....kalo korang tanya aku, best ke berblog sampai aku ada banyak blog ni...jawapan yang ikhlas dari aku ialah TAK...dan aku keep on blogging sebab aku dah ketagih menaip...apa yang korang baca kat blog-blog aku ialah benda yang selalu ada kat dalam kepala aku dan kebanyakannya aku tak cakap kat depan-depan orang....

dan kenapa aku kata berblog tu tak best?sebab siapa yang sanggup duduk menghadap draft blog yang sejibik macam email pastu korang duduk mengarang kat situ berjam-jam sambil otak korang berputor-putor nak memikirkan apa yang korang nak tulis??memang takde orang yang segila tu nak buat kije-kije tu...dan aku bukannya jenis blogger yang buat entri macam status facebook...semata-mata nak bagitau orang apa yang aku buat hari ni...aku bukannya artis popular pun...just sorang mamat yang ada beberapa wire shot jek...

Along, kenapa ko tak buat akaun facebook?bukan ke lebih senang nak bergaul dengan orang kalo ada social network cenggitu?
simple jek jawapan dia...aku tak berminat...bukan sebab aku ni berfikir ala-ala anti semistik macam sesetengah orang...just aku rasa aku takde privacy dalam berfacebook...orang akan sibuk tau sape aku, aku takde freedom of speech sebab orang akan sibuk kondem setiap status aku..dan aku tak rasa sangat leceh dengan kegiatan yang sama berulang-ulang....log in, update wall, check notification, dapat annoying notifications, stupid IM boxes yang mengganggu, awek-awek yang gatal bijik sibuk mengacau atau jantan-jantan yang penuh air sibuk update kat wall aku....tak ke benda tu bosan walaupun kengkadang benda tu boleh bawak LOL dalam hidup?lagipun aku berblog bukannya kejor trafik...just nak lepaskan gian menekan button keyboard aku jek...




Along, ko dah berblog dah dekat 3 tahun dah....tak bosan ke?
 3 tahun tu semenjak gorengbaek wujud...tapi berapa lama aku berblog, ialah semenjak aku 18tahun...ianya satu masa yang sangat lama dan aku sangat bosan...serious bosan...even sekarang ni aku rasa macam aku nak delete jek semua akaun blog aku....tapi bila aku fikir balik, kalo takde blog, kat mana lagi aku nak mengarut, kat mana lagi aku nak menaip, dan apa guna aku ada broadband??aku bukannya kaki forum tegar...walaupun aku kengkadang ada post dua tiga benda kat jiwang.org dan forum-forum lain....nak mengharapkan YM pun, YM aku pun friends setakat berapa kerat jek..betul tak??

Along, ko kat dunia blog dan ko kat dunia luor sama tak?
 sama...stail cakap yang sama...stail pemikiran yang sama...yang bezanya, kat blog aku menulis walaupun sarkastik, tapi still ada had-had dia...tapi kalo kat depan-depan, bersediala nak mengucap panjang...hehe...

Along, apa yang paling ko benci dalam dunia blog?
benda yang sama aku benci kat dunia luor, attention-whore, manusia bertopeng-topeng, dan jugak narrow-minded person...orang-orang cenggini yang merosakkan perkembangan minda orang lain...fuck u all..

Ko pernah menyesal tak dengan apa yang pernah ko tulis?
Each and everytime yes...nak-nak yang ada kat HHD ni...ramai dah mangsa...ramai yang dah butthurt...and even I lost a relationship because of my entries....tapi, setiap yang aku tulis tu adalah peringatan..bukan untuk korang...tapi untuk diri aku sendiri gak...so, why bothers??aku bukannya perfect pun..even aku sendiri kutuk diri-sendiri kat sini gak....tak pernah lak aku butthurt dengan diri aku sendiri kan??

Selalunya, kat mana ko dapat idea nak update blog ko?
Benda ni dan banyak kali aku cover kat Gorengbaek...keliling aku, pembacaan aku, dan kengkadang benda tu pop up jek kat otak aku....dan kalo korang cuba nak dapatkan idea untuk entri korang, korang just perlu duduk, dan tengok semua benda yang ada kat keliling korang....lepas tu olah la jadik satu entri yang menarik....it's all about playing with words...selain tu, tulis pun kena ada penjiwaan gak...bukan nyanyi jek..

Kalo diperhatikan, kat sini, ko selalu kutuk Melayu Islam, Melayu, Mentaliti Melayu..kenapa?bukan ko pun melayu gak ke?apa pandangan ko pasal dunia sekarang ni sebenornya?
Pendapat aku??dunia ni takde masalah apa...still bergerak dengan fungsinya...manusia-manusia yang tinggal kat bumi ni jek yang makin fucked up...they all forgot about the art of thinking....semua kejor nafsu binatang jek...dan kenapa aku kutuk Melayu?sape kata aku kutuk melayu?tu satu teguran...sebagai sorang melayu, aku concern dengan orang kita skang ni....yang mana sibuk mengawan kat hotel murah...yang mana sibuk sorok-sorok anak dalam tong sampah, yang mana sibuk main tikam-tikam....tu tak kira lagi tebuk periuk nasik orang supaya periuk nasik sendirik tak terjejas...kita dah kehilangan satu bangsa manusia yang ada daya pemikiran yang tinggi...makin maju hidup, makin kita bergerak moden, makin cenggih fesyen, makin kuno kepala hotak kita....dari satu puak yang sibuk kejor cara untuk memajukan bangsa, kita dah jadik satu bangsa yang berpaksikan benda-benda primitif macam keinginan untuk makan banyak, keinginan untuk mengawan puas-puas pastu kemahuan untuk bermalas-malasan sambil menghambakan orang lain...pukimak la kita semua sekarang ni....

Soalan terakhir...apa yang ko kejor dalam blogging ni sebenornya?duit nuffnang?attention?comment?followers?kepuasan diri?
Jawapan pura-pura: aku mengejor keredhaan Allah....(terasa pukimak tak ayat tu?)
Jawapan jujur        :simple jek jawapan dia..aku just menulis sebab aku nak timbulkan rasa puas dalam hati aku...kalo korang perasan, jarang entri aku pendek-pendek...kenapa?sebab aku takkan berhenti menulis selagi aku tak rasa puas....dan kengkadang tu aku tak puas lagi menulis, aku reply komen korang sepanjang-panjangnya....duit nuff?kalo aku kejor duit, dah lama aku jadik Ben Ashaari...attention?kalo aku kejor attention, aku dah buat hoax...tak pun buat statement bangang macam Adinda Evans....comment?kalo aku kejor comment, aku menulis stail blogger lain....dengan grafik menarik, dan aku sibuk blogwalking...followers?aku memang terasa macam nak buang button follow tepi tu...tapi bukan ke menyusahkan orang yang suka nak follow update terbaru aku...kepuasan diri tu memang jawapan yang tepat....

so, tu jek entri panjang berjela aku...padan muka korang kena baca panjang-panjang pasal perasaan aku kat dunia blogging ni...

notahangit: when will I stop blogging? when I heard a small voice inside my head screaming with a loud bang..."ENOUGH!!!"...

No comments: