Friday, November 20, 2015

Cerita kesaruk

Arakian
Mat tak tau yang dia merupakan seorang budak yang beruntung. Dia membesar sama seperti kanak-kanak lain. Terjal yang sama, susah yang sama. Dia bukan seorang budak yang sangat bijak dan jugak bukan seorang budak yang sangat beruntung. Dia merupakan seorang yang mempunyai kehidupan yang sangat biasa. Sampaila satu peristiwa ni terjadik, Mat rasakan yang dia beruntung dilahirkan dalam keluarga dia la ni.
Ayah Mat, digelar Pak Lang oleh orang-orang kampung. Pak Lang ni takdela kacak digilai ramai. Dia cuma seorang laki yang biasa. Bertubuh kurus, kecik je orangnya  berkulit sawo matang, mungkin sebab aktiviti seharian dia ialah berkebun, maka kulit dia dimakan hari. Pak Lang ni selain berkebun, dia jugak pernah belajor dengan arwah imam kampung cara-cara untuk menghalau hantu. Tapi cara yang digunakan bukanla dengan jampi-jampi serapah. Hanya menggunakan ayat quran dan cara-cara tertentu. Disebalik kebolehan menghalau hantu, Pak Lang ni jugak boleh menangkap hantu. Tapi Mat tak mengetahui kebolehan bapaknya ni.
Pada suatu hari, ada satu keluarga ni datangla ke rumah Mat untuk berubat. Nak membuang saka katanya. Pada Mat mungkin ni sama macam hari-hari lain. Pak Lang hanya membaca beberapa ayat quran, hembuskan ke dalam air dan menyiapkan kacang hijau dan garam untuk pagar rumah. Maka Mat pun seperti biasalah siapkan kudapan untuk tetamu yang datang. Kopi o panas dah terhidang dihadapan tetamu-tetamu yang datang. Almaklumla rumah bujang. Kopi O lat-lat jek yang dihidangkan. Kalo arwah maknya masih hidup mungkin ada la kudap-kudapnya.
Sambil minum-minum tu, Pak Lang bertanyakan la serba sedikit tentang orang yang nak buang saka ni. Pemilik saka ni sang isteri, cantik orangnya. Tapi dari penglihatan Mat, kulit dia nampak kusam. Pipi dia nampak cekung dan seri pada wajah dia macam tak kelihatan. Sekali pandang macam mayat hidup pun ada sebab muka dia nampak pucat betul. Pak Lang pun bertanyakan semenjak bila dia dapat saka ni, dari siapa dia dapat. Dan sang isteri yang bernama Halimah ni bagitau dia dapat saka ni semenjak kematian arwah nenek dia. Dia tak tau pun tu saka. Dia cuma tau nenek dia ajarkan dia ayat pemanis. Dia cuma amalkan je apa yang diajor.
Pak Lang pun berkata "Lain kali hati-hati dengan sebarang ayat yang orang bagi. Tambah yang bunyinya menyeru. Selalunya akan ada yang mendamping. Melainkan ayat tu memang ayat quran sebenar." Dan sejurus selepas itu,dia perhatikan Pak Lang memerhatikan mata Halimah ni tadi sambil mulut dia terkumat-kamit baca ayat qursi. Tak sampai lima minit, Halimah dah mula menggelasor. Tak tentu arah macam orang tak senang duduk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sekejap angkat cawan nak minum kopi, tapi tak jadik, diletaknya balik. Mat perasan yang Halimah ni dah cuit-cuit peha laki dia sambil bisik-bisik nak ajal balik. "Din,ko izinkan tak aku ngubat bini ko ni? Kalo ko tak izinkan, dan la cenggini. Aku anggap ko menziarah jek sambil mengerat silaturrahim" kata Pak Lang. "Saya izinkan Pak Lang. Janji bini saya ni sihat macam orang lakn" kata sang laki pada Halimah yang bergelar Din ni. "Kalo cenggitu, mintak Limah ni duduk kat atas tikor sana tu la. Ko kalo nak teman pun boleh duduk sekali. Mat, tolong abah pegi dapur, bubuh minyak kelapa dalam piring, buh bawang putih seulas dengan lada hitam. Mbak meh dengan pensel sebatang" kata Pak Lang.
Mat pun terus ke dapur sediakan barang-barang yang patut. Disebabkan dah biasa dengan orang datang berubat, selain dari apa yang bapak dia mintak tadi, dia sediakan barang-barang biasa. Air mineral sebotol dengan limau nipis tujuh bijik. Kemudian Pak Lang pun duduk kat kaki Halimah ni sambil membaca ayat-ayat amalan dia. Dia tiupkan kat kaki Halimah sambil dia tengok anak mata Halimah. Mat perasan yang Halimah ni mengelak dari memandang mata bapak dia ni. Memang tu tanda-tanda biasa kalo orang ada memakai. Selain dari rasa gelisah taknak ada berdekatan dengan Pak Lang.
Pak Lang mencapai pensel dan melumurkan dengan minyak campuran lada hitam dan bawang putih tu tadi dan cecahkan ke celah ibj jari kaki kiri Halimah. "Sakit?" tanya Pak Lang. Halimah hanya menggelengkan kepala. Pak Lang cecahkan pulak ke celah jari telunjuk kaki Halimah dan tanya lagi, Halimah hanya menggelengkan kepala. Sampai ke celah jari hantu dan manis, tiba-tiba Halimah merengek. "Hiiiiiiiiiiiiii sssssssssssttttt". "Sakit ye?" tanya Pak Lang tenang. Halimah tak menjawab tapi Pak Lang dah tau jawapannya dari rengekan dan kerutan di wajah Halimah. Pak Lang membaca lagi surah-surah amalannya dan mencecah lagi pensel tu kat tempat yang sama. Kali ni Halimah menangis. Bukan menangis bercucuran air mata tapi menangis macam anak kecil. Mendudu-dudu bunyi dia. "Huuuuu wuuuuuuu..xnak dah xnak..sakit..huuuu mati akuuuu panasssss...huuuuuu.." Pak Lang masih lagi mencecahkan pensel tu di tempat yang sama.
Secara tiba-tiba Halimah menggigil. Menggelupur macam ayam kena sembelih. Tangan dia menggapai kiri kanan. Badan dia menggeliat-geliat. Nafas dia semakin kuat macam nafas kuda. Kaki kanan dia menendang-nendang. Cuma kaki kiri dia yang xbergerak sebab kejap dipegang oleh Pak Lang. "Mat, Din, ko tolong paut tangan dia. Kalo tak pegang ni mau dihumbannya aku ni." Kata Pak Lang. Mat dan Din masing-masing memegang tangan kanan dan kiri Halimah. Kuat tenaganya. Segagah-gagah Mat, terangkat jugak dia menahan tenaga Halimah ni. Pada masa yang sama Mat perasan yang mata hitam Halimah dah tak kelihatan. Hanya mata putih yang kemerahan jek kelihatan. Takut jugak Mat dibuatnya.
"Lepaskan aku jahanam. Lepaskan. Brrrrr brrrrr. Kenapa ko siksa aku. Sakittttt celakaaaaaa sakittttttt." Suara Halimah dah tak sehalus suara asal dia. Suaranya dah bertukor menjadik suara jantan. Dalam dan garau. Mat memerhatikan suak muka Halimah dah berubah. "Ini bukan Halimah lagi ni" bisik hati Mat. "Aku mintak ko tinggalkan budak ni. Dia takde buat salah apa pun. Keluarla dari badan budak ni dan jangan ganggu dia lagi. Dia tak pernah nak ko. Dia nak ko pergi jauh-jauh dari dia" kata Pak Lang. Halimah semakin mengganas. Dia cuba nak bangun tapi disebabkan Mat dan Din menahan tangan Halimah, dia hanya boleh meronta. Mat dah mula berpeluh melawan tenaga Halimah. Tenaga dia macam sepuluh lembu jantan. Terangkat-angkat Mat dibuatnya. "Aku taknakkkkk. Aku suka duduk sini. Dia mak aku. Aku suka duduk dengan mak aku. Ko siapa nak halau aku. Ko buatla apa pun aku takkan keluar. Aaaaaaaa brrrrr."
Kali ni Pak Lang tak gunakan pensel lagi. Dia terus sentuh tempat yang sama dengan jari dia yang dah berlumuran minyak tu. Halimah dah mula menjerit sambil memaki-maki Pak Lang. Mat perasan Halimah dah tak bercakap bahasa melayu. Dia juga tak bercakap bahasa jawa sebab Mat tak faham sebutir pun. Bunyinya macam bahasa tamil tapi lain. Lebih berbunyi bahasa melayu. "Kanlong kala edop udah sakurun. Eng baru saputik jagun mana baradu tuju ka kanlong." kata Halimah. "Lapas..lapas ka longggg..emang kojolllllllll eng samuoooo.."
Pak Lang mengalihkan kedudukan ke ubun-ubun Halimah. "Aku bagi amaran terakhir keluor dan tinggalkan budak ni. Jangan dikaco lagi. Kalau tak, aku akan paksa kau keluor""kahkahkahkahkah..opooooo eng buleh buatttt..opooooo..aku takkan keluar..ini rumah aku.."kata Halimah. "Kalau ko berdegil,aku tak ada pilihan lain la." Pak Lang membaca ayat amalan dia lagi, dipekupnya telinga Halimah. Kemudian ditarik sampai ke ubun-ubun. Mat memerhatikan yang bapaknya dah lencun dengan peluh. Dengan serta-merta Pak Lang membuat gaya merentap sesuatu dan tenaga Halimah secara tiba-tiba menjadi lemah. Nafas Halimah pun dah tak sekencang tadi. "Ambil botol kosong Mat." Kata Pak Lang. Mat terus mengambil botol kaca kosong didalam gerobok dapur dan serahkan kepada Pak Lang. Dia nampak Pak Lang macam memasukkan sesuatu ke dalam botol tersebut dengan pantas dan menutup mulut botol dengan gabus. Mat memerhatikan botol tersebut. Macam ada sekilas pandangan asap berwarna putih dan timbul titis-titis air mcm botol tersebut baru dikeluarkan dari peti ais. Padahal sebelum ni botol tu biasa jek. Pak Lang terus menyuruh Halimah berlunjur dan "mengunci" ubun-ubun Halimah bagi menghabiskan sesi rawatan. Pak Lang menyerahkan botol tersebut kepada Din dan menyuruh Din tanamkan botol tersebut sambil mengajar cara-cara untuk pasak botol tersebut supaya isinya tak terkeluar.
Mat memerhatikan Halimah. Muka dia kelihatan berseri semula. Masih kelihatan pucat mungkin sebab keletihan. Tapi sudah mula nampak pipinya kembali merah. Matanya pun dah tak sembap seperti masa baru datang tadi. Din bertanyakan Halimah apa yang dia rasa masa rawatan tadi. Memori terakhir Halimah ialah semasa Pak Lang menyentuh celah jari hantu dan manis kaki dia. Dia rasa sakit dan panas yang amat sangat. Selepas tu dia tak ingat apa-apa sampaila Pak Lang "mengunci" ubun-ubun dia tu. Apa yang dia tau, dia rasa letih yang amat sangat. "Terima kasih la Pak Lang sebab ubat bini saya ni. Jadik apa pengerasnya Pak Lang?" tanya Din. "Aku tak letak upah Din. Aku bukan bomoh. Aku cuma menolong mana mampu. Macam gini la. Ko bagi sedekah kat anak yatim dengan orang miskin dalam seguni beras macam tu dengan niat syukur sebab bini ko dah sihat. Pastikan ko buat. Kalo tak aku yang kena kualat nanti." Kata Pak Lang. Tak lama selepas itu, Din dan Halimah pun pulang dengan botol kosong ditangan. Entah kat mana dipasaknya botol tu pun aku taktau. Dan Pak Lang pun duduk bertinggung di muka pintu sambil menghisap rokok daunnya.
Notahangit : Dah lama tak menulis dan tetiba aku menulis cerita penuh pulak. Aku rasa aku lagi berbakat tulis satira kot daripada stail ni. Huhu..

Tuesday, February 03, 2015

Cerita pasal menulis cerita

Arakian

Semenjak dua menjak ni Meon dah mendapat hobi baru. Sebelum ni dia melukis, bermain muzik, tapi kali ni dia cuba nak menulis. Ni bukan kali pertama Meon menulis. Rasanya dah banyak kali tapi ni la kali pertama dia cuba nak menulis cerita secara serius. Meon dah buat macam-macam research dah sebagai persediaan dia nak menulis cerita.

Dia tau cerita kena ada tema. Dah selesai dengan tema,kena sediakan watak, lepas tu nak sediakan plot cerita pulak. Macam mana cerita mula,macam mana cerita tu berkembang, dan macam mana dia nak cerita tu tamat. Lepas tu dia kena pastikan dalam plot dia tu mesti ada plot twist yang akan buat cerita tu menarik. Buat pembaca rasa tertipu dan teruskan membaca.

Meon faham semua trick tu. Dia pun memang banyak membaca. Jadik dia tau la sikit sebanyak gaya penulisan yang dia boleh cedok. Meon dah rancang semuanya dengan cantik. Dia dah ada tema, plot, twist yang menarik. Jadik dia hanya perlu menulis jek skang ni.

Maka Meon pun ambikla laptop (ni zaman milenia yek..mana ada orang menulis guna mesin taip lagik) dan mula lah menulis. Dia mulakan taipan dengan bahasa melayunya. Tiba-tiba sampai ke ayat yang ke 100, Meon tetiba berhenti. Dia kehilangan ayat yang sesuai untuk meneruskan karyanya. Meon berasa kecewa yang amat. Dia baca dan baca karangannya tadi dan masih sama jugak keadaannya. Penggunaan ayat yang dia gunakan tadi pun macam tak dapat menggambarkan pikiran dia penuh-penuh. So Meon pun tekan button ctrl+a dan delete.

Meon pun mula menulis balik. Kali ni dia hanya menaip mengikut flow. Tak kisahkan tatabahasa. Dia hanya perlu ekspres kan jiwa dia jek. Nampak gayanya penulisan kali ni lebih baik. Dah masuk ke muka surat 20. Jadik Meon cuba membaca balik apa yang dia tulis untuk membetulkan tatabahasa dia.

Bila Meon baca, dia jadik pelik..karangan dia menjadik bahasa omptuih sepenuhnya. Takde grammatical error pun. Apa yang dia cuba sampaikan pun jelas. Meon pun menggelengkan kepala dan berkata,"nampaknya minda aku pun dah habis dijajah omptuih rupanya."

Nota hangit : Bukan nak kata bahasa omptuih lagi bagus tapi kita dah terlampau didedahkan dengan pembacaan bahasa omptuih sampai otak kita pun berfikir dalam bahasa diorang. You think like what you read. Kalo tak membaca? You're not thinking at all.

Monday, January 26, 2015

Cerita pasal rotan

Arakian

Meon menung. Dia ingat lagi masa dia kecik. Asal balik dari berkubang kat bendang,balik sah-sah dia kena lelor dengan arwah bapak dia. Dengan rotan keramat bapak dia tu la. Rotan sebesor jari kelingking panjang sehasta tu. Sakitnya tak terkira. Berbirat badan dia bekas rotan.

Walaupun arwah bapak dia tak pernah cakap apa salah dia, tapi dia tau dia kena sesah sebab pergi berkubang. Dia kena sesah sebab melawan cakap orang tua. Dia kena sesah sebab belajor main-main. Sebab tu meon berjaya sekarang.

Tapi bila diingatkan balik, setiap kali dia dibantai bapak dia, sekali jek rotan tu hinggap kat badan. Yang lain semua tersasor. Sekali jek yang hinggap. Tu pun pukulan paling manja. Kelepek sikit jek. Tapi efek malu disesah tu lagi sakit dari dirotan. Sebab tu meon berubah.

Meon ingat malam lepas kena sesah. Dia terjaga dari tidur. Dia terperasan mak dengan bapaknya menyapu minyak gamat kat tempat dia kena pukul. Dia ingat ayat bapak dia. "Aku bukan nak mendenda dia melah..aku ngajor dia jangan jadik macam aku..bodoh..kije kampung..aku nak dia jadik orang senang..kije gomen..xla susah dia nanti.."

Sekarang meon dah berjaya. Dah kije gomen. Dia sempat bawak mak bapak dia pergi haji. Dia ingat ayat terakhir bapak dia. "Aku lega meon. Aku bukan bapak yang baik. Tapi aku berjaya mendidik ko jadik orang. Mana-mana salah aku, aku mintak mahap bebanyak ye."

Meon menung lagi. Dia dah ada anak. Bapak dia dah berjaya mendidik dia. Sekarang giliran dia pulak.

Notahangit : yang mendidik bukannya rotan tapi kita. Ada beza antara mendidik dan melepas geram.

Tuesday, May 21, 2013

Cerita pasal talibesen...

Arakian

Arini Meon dah beli talibesen baru...walaupun tak la besor dinding, tak flat screen, tapi talibesen tu dia beli cash...bukannya Meon banyak duit...tapi tula hasil menabung dari zaman sekolah dulu..memang dari dulu dia dah berazam nak beli talibesen sendirik..almaklumla zaman dulu-dulu nak tengok talibesen nak kena numpang rumah orang..kengkadang siap kena perli sebab dah memalam buta pun tak reti nak balik rumah...sibuk nengok gusti....

jadik Meon pun susunla talibesen dia....dah pasang aerial 40 kaki punya panjang...bukannya apa...jiran-jiran cakap kalo pasang aerial tinggi-tinggi ni senang nak contact dengan alien...boleh dapat siaran alien...Meon pun nak try la...kotla dapat tengok siaran alien...seronok jugak tengok drama dia...kot la dapat lawan sinetron indonesia yang selalu ulang scene yang sama dekat 4,5 minggu...tapi apakan daya...paling jauh signal dia dapat pun TV Indonesia jek la...tak kisahla kata Meon...mungkin aerial aku tak cukup tinggi lagi...kalo pakai aerial tinggi macam klcc tu mungkin dapat kot pikir Meon sendirian...

jadik mulala Meon menyusun channel-channel talibesen tu...TV1 kat nombol 1...TV2 kat nombol 2...singapore ada tv8, Malaysia pun ada 8tv...jadik dia letak satu kat nombol 8, satu lagi kat nombol 88...cenggitula susunannya...maka Meon pun nengok la siaran-siaran yang ada kat talibesen tu...

Meon rasa sangat gembira sebab TV nya ada kaler...tak macam masa dia nengok dulu...hitam putih..terpikir dia...celaka sungguh pakcik tu dulu...TV hitam putih dah eksyen...ni jam aku dah TV ada kaler la..ni yang rasa nak bongkak ni...kata Meon sendirian...

dah lepas beberapa jam nengok TV, Meon dah mula merasa muak nengok semua siaran..."ni apehal pulak ni...aku nengok TV nak nengok cerita...ni penuh iklan dari cerita...baik la aku beli TV iklan macam kat supermarket tu jek...memang sah aku nengok iklan jek...harammmmm betol.."..

notahangit : nak tunggu iklan abis kat tv sempat makan, berak dulu kot...banyak nowh iklannya...

Thursday, May 16, 2013

Cerita pasal kebinet baru...

Arakian

Meon baru aje lepas nengok kat TV tadi...barisan kabinet baru dah kena umum dah...ada menteri yang kekal, ada menteri yang naik pangkat, ada menteri yang tukor jawatan..ada pulak yang dah kena gugur...macam-macam berita, macam-macam ulasan yang dia bagi kat TV tu...

Meon pun pasang sebatang rokok seludup yang dia dah kemam dari mula berita tadi...dah naik basah dah puntung rokok tu tapi dia pedulik apa...dalam kepala dia tengah duk memikirkan kesesuaian kabinet baru ni...macam mana pulak si Khairy Jamaludin tu boleh jadik menteri belia dan sukan...kalo nak dikirakan aku lagi layak dari dia kot...aku ni memang sah belia lagik...baru cecah 30an...dah tu selalu bersukan...pagi, petang malam selalu bersukan....kengkadang kalo takde kawan nak ajak main takraw ke, main bola ke, anak main tingting pun aku join...punyala aktif bersukan aku ni...tapi si Khairy tu pulak yang dapat...lepas tu baru dia terpikir yang dia tu daftar ngundi pun tak...ni kan pulak nak jadik menteri...angan-angan mat jenin..pikir Meon sambil tersingai sengsorang...

Lepas tu Meon perhati...kali ni kabinet baru takde pun cina dari MCA....banyak dari Sabah dengan Sarawak...bukan nak kata apala...mungkin sebab Najib nak ngambik ati orang Sabah Sarawak la kot...tapi apala salahnya kalo dia bubuh pembangkang ke jadik kabinet...tetiba otak kuning Meon berjalan....tapi tak boleh pulak...dah namanya pun pembangkang...kang habis semua plan dia bangkang kang, hape pun tak jadik pulak..tetiba Meon tersador...yang dia nak sibuk buat apa...tu Najib la pikir sendiri...dia yang kena sibukkan besok nak sambung kije...bendera aritu tak abis cabut lagi..nak-nak yang dah gantung kat fly over aritu...nak kena memanjat pulak bukak...

Tengah-tengah dia duk memikirkan cemana nak membukak bendera kempen tu, tetiba BEDEBANGGGG!!! bunyik kat depan dia...sekali roboh pulak kabinet TV depan dia...pulak dah...makan anai-anai la ni bendalah ni...pikir Meon...Najib sibuk umum kabinet baru, aku pulak yang kena beli kabinet baru kat Ah Seng...sape kata orang cina takde kabinet..orang melayu yang beli kabinet dengan orang cina towh...pikir Meon lagi....

notahangit: Politik ni macam rumah tangga jugak...ada kabinet, ada kerusi...teringin lak nak dengor kawasan Johor ni sebut exco tu gobok...hari ni Menteri Besor Johor yang baru telah mengumumkan ahli-ahli gobok barunya..macam menarik jek bunyik tu...

Friday, March 29, 2013

Cerita pasal pilihanraya

Arakian

Meon duduk membaca sok kabor arini..dah beberapa hari dah dia duk tunggu dalam sok kabor ni bila pulak la Perdana Menteri nak bubar parlimen...Meon bukan apa..dia sendiri pun walaupun dah nak masuk 40an tapi belum lagi mendaftar pegi mengundi...ni la baru tahun pertama dia nak pergi ngundi...kalo orang lain yela tak sempat ngundi sebab tak sempat la, ada yang sibuk la, ada yang tak berkesempatan la...tapi Meon bukan macam diorang tu...Meon sentiasa sador tanggungjawab dia...just dia terlampau excited nolong orang pasang bendera dengan berkempen sampai dia sendirik lupa nak pergi mendaftar...tapi tahun ni Meon ingat nak pergi mendaftar...semua ni atas jasa perdana menteri yang duk tangguh-tangguh nak bubar parlimen sampai dia tak pernah terlupa pasal nak mengundi...terbawak-bawak dalam mimpi...jadik sementara belum boleh perang kempen, dia kena pastikan dah mendaftar...jadik buat pertama kalinya dia akan memangkah dalam pilihan raya tahun ni...

Jadik Meon dah bersiap sedia dah untuk pergi mengundi tahun ni...dah dia beli baju baru.manala tau masuk TV tahun ni...takkan nak nampak macam baru balik menoreh..kenala nampak macam bakal YB...kotla tahun akan datang dapat undi naik perwakilan ke..tak dapat jadik ketua kampung, dapat jadik AJK pun jadikla...tapi dia tak harap...cuma bersedia jek...Meon jugak dah standby kopi tongkat ali sampai 3 paket besor..bukan apa...nak bagi tenaga nanti hari ngundi...kan kena beratur panjang, berdiri lelama...dia pun belum sampai umur warga emas jadik tak dapat la keutamaan untuk dia...Meon jugak dah beli payung baru..takdela beli payung cam janda Timah Lawa yang banyak renda-renda tu...tapi payung yang beli kat kedai RM5 tu jek...lawo pun lawo...tapi tu semua tak penting..yang penting Meon taknak la terpaksa datang lambat sebab hujan nanti...dia nak jadik antara orang yang paling awal mengundi...dan yang paling setia menunggu..."ni tanggungjawab aku pada negara..macam wira Lahad Datu.." kata Meon dengan penuh semangat..."Aku taknak cucu-cucu aku nanti hidup susah sebab ketakpekaan aku.." kata Meon lagi...tapi lepas tu baru dia perasan yang dia belum ada bini pun lagi...takpe..pas ngundi ni jugak dia carik bini...supaya dapat kotakan apa yang dia cakap tu...Meon pun macam gomen jugak...setiap yang dikata harus dikota...dia dah terkata yang dia taknak cucu dia hidup susah, dia kenala ada cucu jugak...

lepas satu, satu barang-barang Meon dah periksa...semua persediaan dah siap dengan rapi.. setiap hari Meon akan buat checkup kat barang-barang persediaan dia...dan dia tak pernah lupa untuk buat double check dan triple check supaya takde apa yang gagal berfungsi dengan baik sampai merencatkan proses mengundi dia yang pertama kali ni...sekarang ni nak tunggu PM bubar parlimen dan SPR bagitau tarikh pilihanraya jek...Meon dah tersenyum membayangkan undian dia yang pertama kali tu..."BABI!!!" jerkah Meon secara tetiba..."Aku terlupa nak buat IC baru lepas wallet aku kena rembat aritu.."..

Nota Hangit: Aku tak peduli bila Najib nak bubar parlimen...aku just tunggu bila nak cabut bendera PAS kat sepanjang sungai Muor tu...apa motif ntah bubuh kat situ..nak kempen kat buaya ke hape...

Tuesday, November 27, 2012

Cerita pantun

Arakian

Meon pun duduk kat pangkin rumah sambil menghisap rokok daun....sambil-sambil dia duk mengenangkan rencah orang ni jam berpantun...dia teringat dulu-dulu, arwah nenek dia nak menegur, dia gunakan pantun...kalo dia bermain galak nowh, kendian terhanggul kepala dia kat jenang pintu, nenek dia pun tarikla dia..duduk kat riba...sambil bacakan jampi...
"putu tangkal balik pintu, budak nakal memang cenggitu...pfuuhhhhhhh..."
dulu dia pikir punyala mujarab jampi nenek dia tu...tapi bila dah besor sikit, baru dia paham...nenek dia menegur dia dalam pantun tu...

Meon pun teringat masa sekolah dulu-dulu, cikgu mengajor dia pasal pantun....dikatanya pantun tu rima dia abab...tapi...ha....ada tapi ek....kalo diperhatikan, pantun yang betul-betul sempurna, bukan kat hujungnya jek yang berima..tapi kat tengahnya pun ada...jadik cikgu dia pun bagila contoh pantun empat kerat yang biasa kita dengor...
"Pulau pandan jauh ke tengah,
   Gunung daik bercabang tiga;
 Hancur badan dikandung tanah,
   Budi yang baik dikenang juga."
tu tak dikira pantun dua kerat yang paling selalu kita dengor dah hapal...."Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri."..sampai ni jam Meon ingat apa yang cikgu dia ajor...

Masa meminang bini dia dulu pun, bapak dia kata kena berpantun...tapi tak pulak Meon tau apa kenama pantun yang digunanya tu....almaklumla ek...masa minang,yang jantannya tak patut ikut sama...jadik dia dapat cerita jek la...bila dia tanya pantunnya, bapak dia pulak tak ingat...maklumla...pantun karang spontan...takde sedia-sedia awal....tak macam orang ni jam nak minang...terus jek "dipendekkan ceritala.saya ni datang nak minang anak encik..." sungguh tak menarik....

dan Meon pun teringat bebaru ni dia tertengok kat talibesen....ada cerita yang cuba nak menggalakkan guna pantun balik...tapi apa yang didengor tu bukannya pantun tapi macam rap pulak...manakan tidak...tang rima last jek abab...tak macam yang dia belajor dulu....macam
"pergi ke johor tangkap kelkatu,
 assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."...kepala tongkek dia pantun cenggitu kata Meon didalam hati walaupun dia tengah ketawa terkekek-kekek...
sambil duduk menghayati rokok daunnya tu, Meon berfikir....entah apa jadikla besok-besok pantun melayu ni....entah-entah, dah pulak orang buat pantun pembayang dalam bahasa melayu, maksudnya dalam bahasa omputih....mungkinla ek....

Nota Hangit : Bercakap berbahasa tu cantik...tapi kalo berpantun, lagi menawan...ye tak?

Tuesday, November 20, 2012

Dunia ni membosankan

Arakian

dunia ni memang membosankan...
bila bukak tv, cerita pasal politik politik politik...
orang sana lobi orang ni, orang sini kutuk orang tu...
apa korang tak bosan?

dunia ni memang membosankan...
asal jumpa orang, duk ngutuk orang ni...
asal jumpa orang, duk isin hati dengan orang tu...
apa korang tak reti nak berbaik sangka ke?

dunia ni memang membosankan...
kalo bukak mulut, orang jadik benci...
asal diam membisu, orang jadik sakit hati...
apa korang tak reti berpuas hati?

dunia ni memang membosankan...
kalo ada lebih, ada jek yang tak kena...
kalo kurang atau takde, semuanya tak kena...
apa korang kufur nikmat ke?

jadik betul la apa yang ada kat tv aritu...
dunia dah nak kiamat...
dunia dah nak kiamat...
dunia dah nak kiamat...
apa korang tak takut lagi ke?

notahangit: tang mana silapnya tu ntah aku pun tak paham....

Friday, April 20, 2012

Cerita pasal hak

Arakian

Hak Wanita

Masa awal-awal kawen dulu, Meon rasa bahagia nowh hidup sebagai jantan...mana taknya...bini tolong masakkan, hidangkan makan, baju tolong ironkan, anak-anak tolong jaga, hal-hal rumahtangga banyakla yang Meon tak sempat nak uruskan tapi bini dia tolong nak urus...bukan niat Meon nak menyiksa bini dia...tak...sebab kat sekolah ugama dulu ngajor yang tanggungjawab bini ialah melayan laki...tapi kalo tolong-tolong ngurus hal rumahtangga tu, kira bonus untuk bini...almaklumla...dah layan suami tu kewajipan...meringankan beban laki kan dapat pahala extra...tapi tu dulu...cerita zaman dulu...ni jam, bila Meon dah makin tua, dunia dah makin maju dan demokasi, memang jantan kena terimala demo kena kasi...kalo nak mintak tolong masakkan, dah report langgor hak wanita paksa bekerja....mintak tolong jaga anak, dah langgor hak wanita melepaskan tanggungjawab....arah jangan keluor pegi merayap-rayap tanpa izin, dah kena report langgor hak wanita menghalang kebebasan....apakan daya...jantan zaman ni jam...dah kena tekan cenggini...nak taknak, demo kasi la....

Hak Berhimpun

Kalo zaman dulu-dulu, kalo orang nak sampaikan isi hati kata Meon, ada banyak channel....boleh hantor surat kat sokkabor...almaklumla...dulu sokkabor lepaskan jek surat tu...dan ada la orang gomen akan jawab komplen-komplen rakyat...tapi tu dulu...dulu punya dulu....masa tu editor sok kabor tak busy cam ni jam...sampaikan surat-surat komplen semua terpaksa tolak tepi....yang dikeluorkan semua surat puji melangit..kalo tak dapat sampaikan isi hati kat surat, diorang berhimpun kat Warung Senah Janda Meletup....cerita meletup-letup setiap sorang ketakpuasan hati diorang kat kedai kopi sambil di satu sudut adala orang gomen duk catat-catat semua ketakpuasan hati tu dan take note untuk further notice...tapi tu dulu....orang ni jam, pegi kat kedai kopi, apa nama dia??stebek?ntah apa kenama ntah...semua dah duduk diam...bukak laptop....tulis blog sebab dapat wifi free...zaman teknologi...orang gomen dah takde nak take note kat situ dah....tapi apakan daya...diorang ingat tulis blog tu ada ke orang gomen nak bukak...semua orang-orang macam dia jugak....last-last duk buat campfire kat tengah padang....atas nama, hak berhimpun...hmmm...orang ni jam...orang dulu-dulu nak berhimpun, diorang lagi rela berhimpun kat masjid dengor khutbah...lagi banyak pekdah dari duduk cam orang tunggu UFO kat situ...

Hak Bersuara

ni satu lagi....masa Meon muda-muda dulu, bila gomen bagi jek hak bersuara kat rakyat, diorang pun jumpa dengan wakil gomen....cakap ketakpuasan hati diorang dengan cara cenggini "Asslamualaikum Yb, saya mintak mahap la ek mengganggu YB la ni...saya ni datang bukan nak mencarik kelemahan atau apa-apa tapi cuma nak mengadu...kampung kami, nelayan-nelayan dah tak dapat turun ke laut sebab tokey ikan makan harga mahal...boleh tak pihak gomen mengambik alih kedudukan orang tengah tu supaya hidup kami terjamin?"...pergghhh..punya bersopan ayat yang digunakan...berbudi, berbahasa...bak kata orang, bahasa menunjukkan bangsa...ni la bahasa atau adab sopan orang melayu....tapi tu dulu....dulu-dulu yang lama dulu...ni jam?cuba kita tengok diorang guna hak bersuara cemana?terus barge in kat JPM, "Najib mana Najib?kurang hajor lu botak.....cerita ayat manis cantik berbunga-bunga tapi habuk pun tarak...kata untuk rakyat rega barang tak naik...memang la tak naik...tapi melonjak terus mencanak...lu kalo gua tampor karang, mana rambut putih mana rambut hitam pun lu dah tak kenal tau tak!!!"....ni hak bersuara orang ni jam...tu tak kira lagi yang gunakan sepanduk dan jerit "hidup!hidup!"...apa yang hidup pun aku taktaula...

cukupla tiga  cerita hak....kalo korang nak tambah, tambah la....

notahangit: apa hak-hak?hak tuiiihhh kang...

Friday, March 23, 2012

Cerita pasal cuaca

Arakian

Meon...watak utama dalam kebanyakan cerita aku ni tengah duduk termenung pada suatu hari...dia sedang duduk dan memikirkan peristiwa-peristiwa yang terjadik sepanjang hidup dia...dan salah satu benda yang membuatkan dia pelik ialah pasal cuaca...jadik Meon pun duduk flashback satu persatu hidup dia berkenaan dengan cuaca ni...

Minggu lepas hujan...hujan selebat-lebat hujan...rumah Meon yang beratap zink tu memang cukup seronok keadaannya bila hujan...kenapa?sebab masa tu, semua orang akan rindu keseronokan dapat berbual bersama-sama...almaklumla...kalo dah rumah atap zink, bila hujan, bunyik memekaknya mengalahkan bunyik movie dalam panggung...jangankan kata bercakap berbisik-bisik orang tak dengor...kalo menjerit memekik-mekik pun tak tentu lagi orang dengor apa yang kita cakap...lepas tu Meon terdengor adik dia macam tengah mengomel sesuatu...dia pun datangla dekat-dekat nak mendengorkan apa yang budak kecik ni kata...dan lepas tu dia dengorla dalam selang seli bunyik hujan menimpa zink.."tak suka betulla hujan ni...naik main kat luor pun tak boleh...nak tengok tv pun tak boleh...esetero kalo hujan-hujan ni dahla takde channel...tv gomen lak kalo hujan-hujan ni macam tengok tv tak pasang aerial..cuba lagi bagi cuaca panas sikit.."...

Beberapa hari lepas tu cuaca lak panas...almaklumla rumah atap zink...kalo cuaca panas, memang berdenting rasanya...memang macam duduk dalam oven...memang seronok masa ni...sebab ramai-ramai akan duduk berkumpul kat atas simen sambil duduk berborak-borak antara satu sama lain...dan Meon memang suka tengok pemandangan dalam rumah masa ni....bila pandang, semua nampak macam ikan paus terdampor kat pantai...tergolek-golek semua terbaring atas simen sebab nak sejukkan badan...tambah pulak masing-masing perut mengandung tahun....sebijik ikan paus..tetiba Meon terdengor suara sayup-sayup dari adik dia...macam suara orang mengucap...tapi bukan...bila dia dengor betul-betul, ini yang didengornya.."panasnya...panasnya...panas-panas cenggini nak buat apa pun tak larat...nak pegi main pun tak betah..nak bukak tv pun rasa macam tak larat...ni kalo minum air pun. tekak rasa macam span..terus jek hilang airnya tu...adoiii...cuba lagi cuaca ni mendung sikit..kan ke bagus..."...

hari semalam cuaca mendung...satu kelegaan bagi orang yang beratap zink macam Meon..takdela panas nowh rumah...dan takdela memekak nowh...walaupun pada masa ni kurang aktiviti bersama keluarga, tapi dapat jugak la kelegaan untuk merehat-rehatkan diri...pastu dengan tiba-tiba Meon terperasan adik dia yang sorang ni duduk mundar-mandir kat belakang dia...kejap pegi kat pintu...kejap pegi kat tingkap...kejap lari pegi dapur, pastu keluor kejap, masuk balik...pastu dia tengok adik dia ni duduk terpusing-pusing kat belakang dia...dan Meon pun terdengor dengan jelasnya adik dia menceceh sesorang..."kolo nak hujan, hujan le...kalo nak panas, panasle...ni duk redup cenggini....kompiusla...kang keluor kang, hujan...tak masal berhujan balik....kalo panas, bagus le...boleh terus nak keluor main...hish..."..

jadik, hari ni Meon duduk termenung kat anjung rumah sambil menghisap rokok seludup...termenung memikirkan hal yang pelik ni...apa keadaan cuaca yang buat semua orang puas hati ek...kalo nak kata digabungkan semua, ada jugak hujan panas...tapi orang marah jugak...mungkin orang-orang ni nak salji kot..tapi kalo turun pun orang komplen gak cakap sejuk gila babeng sampai nak kena pakai baju berberal-beral..rupa-rupanya susah nak puaskan hati orang ni ek...ada jek yang tak kena...

nota hangit: cuba bayangkan cuaca boleh order-order macam kat kedai makan...nak cuaca terang satu kurang panas ek...mintak hujan satu petir lebih ek...bagi saya salji satu, salji lebih angin kurang..pastu tambah sikit panas kurang mayonnaise ek...

Saturday, March 10, 2012

Cerita kije kawen..

Arakian

Nak dijadikan cerita, maka banyakla kije kawen yang orang buat sebab cuti sekolah pada sepanjang minggu ni...maka aku nak letak nama sape ek...Meon...Meon pun dapat la beberapa panggilan orang kawen...dan dalam setiap panggil tu, Meon pun terperasan la beberapa paten panggilan kawen yang dia dapat....

ada satu kije kawen ni, member si Meon ni jugak la...jemput si Meon ni datang kije kawen rumah dia...siap bagi kad bagai...memangla kije kawen, kalo nak jemput betul-betul, kena bagi kad walaupun cara tu old fesyen...sebab kalo tak bagi kad, serupa la macam ajak-ajak taik ayam...kalo boleh takyahla datang maksud tersiratnya....maka kawan ni pun bagila kad kat Meon...pastu kata "ko kena datang on...kalo ko tak datang, aku tak geng ko lagi...eh jangan lupa..takkan datang bawak tangan kosong jek...bagi-bagile hadiah....kata member sekamcing ye tak?"...maka Meon pergila...dan terpaksala jugak dia bawak hadiah sebab dah kawan tu pesan kan....masa di pass nya hadiah tu, member tu pun kata "datang gak ko on...aku nunggu-nunggu gak ko datang...mekasihla ek bawak hadiah tu...ikhlas kan on kan??" dan dengan paksa relanya Meon pun kata..."aaa...ikhlas"...

pastu Meon pun dapat lagi panggil kawen...dari sorang member dia jugak...member ni cakap "On, jangan ko tak datang rumah aku On...aku berharap nowh ko datang ni...datang ek datang ek..."...sesampai hari langsung, Meon pun pergila...dan tak lupa dibawakkan ole-ole untuk sang pengantin walaupun hadiahnya tu setakat tupperware dia beli kat kedai lima hinggit...siap sempat bagi duit salam kaut sekali kat bapak pengantin...tapi Meon tak tunggu lama kat majlis tu sebab banyak lagi kije lain dia nak buat....dan besoknya, Meon dapat call dari member dia tu...cakap "mekasihla Meon sebab ko datang majlis aku aritu...aku mintak mahapla tak dapat nak layan ko sebab aku sibuk kat atas pelamin tu...dan mekasih gak kat hadiah ko ni...aku akan pastikan setiap hari aku nak pegi kije, bini aku bubuh bekal lunch aku kat dalam tu..."...

dan Meon pun dapat la panggil kije kawen lagi sekali....tapi kali ni dia dapat kat pesbuk..setakat gambor kad kawen yang ditag dengan nama dia sekali, pastu dibagitau tarikhnya bila dan sape kawen....macam yang aku dah kata sebelum ni, Meon memang takkan pergi kalo kije kawen tak dapat kad...tapi kawan-kawan yang lain nak pegi...jadik Meon bagila lantakla pun diorang nak pegi...tapi sebelum pegi tu, kawan-kawan ni duk paksa lak bayor sorang sikit sebab nak belikan hadiah untuk member ni...disebabkan Meon ni memang hantu kedekut, jadik dia buat dek jek...menyebabkan member-member lain hangin satu badan dengan dia...Meon lak berkata dalam ati "pengantin tak kata hape, korang pulak yang lebih-lebih"...

dan terjadik pulak member sebelah rumah....tiba-tiba beberapa bulan selepas tu, Meon dapat cite yang dia da kawen...siap buat majlis besor-besor...dan secara lantangnya Meon terlatah "harrrraaammm punya member...rumah sebelah tapi kawen pun tak nak ajak...paling tak pun ajak la rewang sekali....cisss"....

Kerat Senget: dalam kije kawen, yang wajibnya akad..yang sunatnya walimat...yang tak patutnya membazir...dan yang lagi tak patutnya, membebankan.....walimat tu bagi makan orang...bukan bagi makan dan ada pulak balas-balas...dari cenggitu, baik la orang pegi makan kat mamak...dari tengok pengantin, baikla layan estero....

Sunday, March 04, 2012

Budi bahasa budaya kita(?)

Arakian

Perjalanan dari Muor menghala ke Melaka ni rakde la jauh mana pun kalo nak diikutkan...adala makan 20 minit jek kalo naik keta dan lalu lebuh raya AMJ...tapi bagi pengguna perkhidmatan bas henti-henti macam aku ni, perjalanan 20minit tu memang la memakan masa 2jam...bukan hape...bas tu memang standard akan bawak pusing lalu jalan lama dan makan-makan angin keliling bandor Melaka....tapi tu bukan benda yang aku nak ceritakan....yang aku rasa bangsat, ada pulak berlaku satu kisah ni kat dalam bas masa aku balik tadi....

Daripada bus stand Muor tadi, memang dah ramai dah orang naik...dan memang perangai aku tak suka nak berebut-rebut naik bas awal-awal...jadik memang padanla muka aku sebab kena berdiri...apa nak diherankan...badan muda lagi...kuat nak berdiri berjam-jam dari Muor sampai ke Melaka...aku bukan kisah sangat pun....dan bas pun bergerak la menuju destinasi...kalo nak diikutkan aku nak habiskan cerita kat situ jek...sebab sampai situ jek pun saat indah naik bas....

Sesampai jek kat Sungai Rambai, maka naikla beberapa awek cute ni...muda rumaja...sihat walafiat....kalo tengok memang ada feeling nak ngorat la...maka dengan mulia hatinya la brader-brader yang berkepala taik ambik dua seat, satu untuk dia duduk dan satu lagi letak beg mengalihkan beg diorang bagi awek-awek ni duduk...."bangsat!" kata aku dalam hati...aku tadi dah siap  buat muka letih pun dia buat toya jek...awek naik, kemain cepat-cepat lagi dia kosongkan seat tu....lantakla...

maka sampaila kawasan Merlimau, maka troop makcik-makcik pun naikla....ada makcik-makcik yang bernasib baik dapat seat sebab ada beberapa orang yang turun kat Merlimau....tapi sayangnya adala sorang makcik ni..aku tengok umur dalam lingkungan 60an jugakla...tak dapat tempat duduk..maka berdirila makcik ni berpaut pada tiang-tiang kat belah depan..bila bas dah bergerak, makin berbuai-buai la makcik ni sebabkan keadaan bas Muor-Melaka ni memang "elok" keadaannya...boleh bawak racing kat trek aku rasa....

Buat pengetahuan korang yang taktau, perjalanan dari Merlimau ke Melaka Tengah, memakan masa dalam sejam setengah...dan selama tu jugak la aku tengok makcik tu bergayut-gayut terbuai-buai kat tiang tu....dan yang paling menyakitkan hati, takde sorang pun dari adik-adik manis, brader-brader hensem gagah perkasa yang duduk kat dalam bas tu nak bangun dan offerkan tempat duduk kat makcik tu...sungguh berhati mulia aku tengok orang Malaysia ni....

tak cukup dengan makcik tu, masuk kat kawasan Pernu, naik pulak sorang akak ni dengan anak dia yang kecik...takdela kecik sangat...adala macam darjah 1 ke darjah 2 aku tengok....dan masih lagi brader-brader kacak dan adik-adik manis kat depan tu tak bagi tempat duduk...ada yang sibuk menghadap handset, ada yang sibuk berborak-borak berbisik-bisik...dan tak kurang jugak yang tadinya jaga melelapkan mata..dan aku pun dah mula merasakan bahangnya bas tu...aku tak kisah kalo aku yang muda rumaja dan gagah perkasa ni kena berdiri dari Muor sampai Melaka...tapi nak melihatkan keadaan tu, memang aku rasa macam bangsat jek rasanya...dan didalam hati aku, bernyanyi-nyanyi kecil lagu tema yang selalu main kat TV..."Budi bahasa budaya kita".....

notahangit: ni nak salahkan cikgu tak ajor Moral ke, nak salahkan mak bapak tak ajor adab ni?owh ok...kerajaan salah sebab dah memang korup...tak masal-masal...

Wednesday, February 29, 2012

Mulianya BR!M...terima kasih la kerajaan....

Arakian

Tersebutla satu kisah...sorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 50an...dah tak bekerja....ni jam sekadar bekerja kampung...duk kais pagi makan pagi...kais petang makan petang....tu pun kederat dia dah tak sekuat dulu...dulu kalo angkat batang kelapa, berdua, bertiga pun gagah lagi...ni jam nak angkat pasu bunga pun nak patah riuk pinggang dibuatnya...pakcik ni tengok pada zahirnya macam orang senang...rumah, rumah batu lantai mozek...kereta, walaupun tak pakai kereta BMW, pakai wira 1.6 pun dah nampak mewah...tapi pada hakikatnya, rumah, batu tu lebih dari rumah-rumah orang...mozek pun sama...kereta pun kereta orang bagi...hidup pakcik ni pun boleh dikatakan ihsan orang...anak dia tak ramai...banyak yang dah belajor kat U...tinggi belanja tu...tapi disebabkan anak-anak ni dapat pinjaman, takdela berat sangat rasa..anak-anak pun rajin jugak menghulur-hulur duit pinjaman diorang kalau ada lebih....yang lain anak dia sekolah lagik....walaupun tak beryuran lagi, tapi kena jugakla carik duit nak menyekolahkan budak...almaklumla sekolah...macam Kolej Swasta jugak...yuran pengajian takde pun, tetap kena bayor yuran yang ntah datang dari mana pun taktau...maka satu hari, pakcik ni terdengor la kat TV, kerajaan nak bagi bantuan 500 kat rakyat yang hidup susah...maka pakcik ni pun memohonlah....

Ni pulak kisah sorang atok yang dah berumur 70 tahun.....atok ni dari dulu bekerja kampung tapi ni jam dia jadik nelayan pinggir pantai....atok ni tak macam nelayan lain...duduk kat warung-warung kopi, berbual cerita politik macam-macam...yang dia tau, pagi-pagi buta, dia bawak motor cabuk dia, pergi ke baroh, tangkap ikan, hari dah tinggi, dia balik....atok ni takla hidup senang mana...bolehla lepas makan minum....sesampai kat rumah dia, nampak lak bini atok ni....sorang nenek yang dah ganyut...terheret-heret bawak badan sebelah yang mati sebabkan strok beberapa tahun lepas....bukan anak-anak tak bantu...tapi memang dah resmi dia cenggitu...kalo tak dibuat kije, nanti badan dia pulak rasa sakit-sakit....pada satu hari, atok ni pun tertengokla berita kat talibesen...kerajaan nak bagi bantuan kat rakyat yang susah...jadik atok ni pun mohonla...untung-untung dapat...duit dari baroh tu bolehla diguna untuk membetulkan motor dia yang menunggu masa nak barai tu....

Ada pulak sorang abang ni...takdela tua mana...baru 30 gitu umurnya...kije abang ni sebagai arkitek...gaji adala 1200 sebulan...dan abang ni punya bini lak kije jugak....kije kilang kat kampung dia...dah masuk OT, dah masuk on call, adala dapat 800 sebulan....abang ni ada dua anak...tapi kecik-kecik lagi diorang ni...sekolah pun tak lagi...abang ni memang rasa hidup dia susah sangat...mana taknya...motor ada dua bijik...keta ada sebijik....nak dibayor tiap-tiap bulan...duit sewa rumah lagi...duit makan, lampin anak, susu budak...tu tak dikira hutang dari kerajaan masa dia belajor muda-muda marin....tengok abang ni makin lama makin tersepit dia rasa hidup dia....tup-tup, dia terbaca kat internet masa dia sibuk-sibuk mencarik reference untuk design baru dia...kerajaan nak bagi bantuan untuk rakyat yang susah...maka abang ni pun mohonla...untung-untung, bolehla dia guna duit dia bulan tu nak beli barang kemas untuk bini dia...

Ini pulak kisah sorang Dato'. Dato' ni kira memang dah tua ganyut dahla...umur pun ada la nak menjejak 90 tahun...hidup pun dah kesorangan...bini takde...anak pun takde....bukan niat hati tu taknak berbini...tapi kalo ikutkan daya, tak main la bini yang dah kerepot-kerepot....nak bini anak dara...kalo tak, tak bertaraf dato, la ye tak? kalo dah namanya dato', takkanla dia ni hidup susah....ada jugakla harta sikit sebanyak-banyaknya....tetiap bulan adala jugak elaun sebabkan title dato' tu....tapi Dato' ni rasa macam harta dia ni sikit...tak cukup bagi dia...ada kereta Mercedes 3 bijik, BMW 2 bijik pun macam tak cukup...dia nak sebijik Ferrari...dia nak sebijik lagi banglo kat Puncak Gunung Ledang...duit dalam akaun dia pun tak cukup sejuta lagi...dia rasa macam hidup dia susah sangat...sampaila satu hari dia terdengor kerajaan nak bagi BR1M kat rakyat yang tak mampu...jadik sebab Dato' ni tengok syarat dia, orang tua yang hidup kesorangan diberi keutamaan, dia tanpa segan silu mohon...untung dapat jimat 500 untuk masuk kat dalam akaun dia....dah 500 makin menghampiri sejuta tu...

Maka hari penyampaian BR1M pun sampai...ramai dah wartawan yang sampai...dan baucar tu pun diserahkan...maka hari tu, menangislah pakcik 50an tu, tak tentu arahla atok 70an tu, bergerak pulangla abang 30an tu dan tersenyum lebor la Dato' 90an tu....kerana yang dapat hanyalah abang yang berumur 30an dan Dato' yang berumur 90an tu....yang lagi dua tu?direjek kerana diorang cakap mereka lebih dari mampu...mulia sungguh kerajaan...terima kasih BR1M....

notahangit: tak nampak ke bantuan cemana pun dibagi, walau tulus mana pun kerajaan, tapi kalo orang yang menguruskan tu memang palat, palat jugak jadiknya?

Wednesday, February 22, 2012

Aku rindu zaman bebudak

Arakian

dah semenjak makin lama aku hidup aku da mula merindukan zaman aku budak-budak...aku rasa macam makin dewasa, macam makin pointless jek hidup...makin kosong...dah takde keseronokan macam dulu...manakan tak...makin kita dewasa, makin pulak la rajin kita berfikir ke arah bermasalah...bukan nak fikir nak menyenangkan masalah...makin complicated kan keadaan..aku rindu masa zaman budak-budak dulu...serius....

masa dulu, otak aku tak terfikir pun pasal duit...kalau ada, ada...kalau takde, takde...dulu kalau dapat singgit pun dah kira lumayan...bukan nak pikir berapa banyak dapat beli jajan...tak pun dapat berapa banyak cekedis...aku cuma pikirkan berapa banyak tikam-tikam telur yang aku boleh dapat....dapat mainan yang bodoh-bodoh pun aku dah rasa heaven...ni jam??takde top up...serabut..laptop rosak, serabut...takde duit, serabut...orang bagi sepuluh ringgit pun rasa macam nak mengaruk jek...aku rindu betul zaman bebudak dulu...

masa zaman bebudak dulu, kalo dapat jenjalan tu...alamangaih...bukan main gumbira lagaknya...kengkadang tak pegi mana pun...dapat naik moto dengan bapak, pusing-pusing keliling rumah pun dah rasa puas hati gile-gile...ni jam??kalau jalan setakat pusing-pusing keliling rumah pun dah boleh naik tensen...dah berjalan satu negeri pun rasa macam "lek eleh...takkan aku pusing-pusing kat sini jek...palat betul"...teruk betul jadik dewasa ni...aku rindu masa aku bebudak dulu...

dulu masa kecik-kecik...bila berendut, dapat yang gigi gongak, yang peluh-peluh, yang muka lagak samseng pun tak kisah...kalo endut tu campak ais kat muka pun suka...kalau setakat tulis surat chenta bubuh bawah laci meja, dia tak balas pun takpe....ni jam, hari-hari dah bermesej pun tak puas...endut tak reply mesej pun dah rasa susah hati walaupun tau dia tengah memerut...endut tercakap kasar sikit pun tetiba nak rasa tacing....haih...aku rindu pemikiran bebudak...sikap "kalau awak buat apa-apa pun takpe..kita tau awak sayang kita" tu...

senang kata...aku dah mula rindu zaman bebudak dulu...aku rasa makin tak best jadik dewasa ni...walaupun akal dah cukup semua, tapi innocence dan keseronokan masa bebudak dulu dah hilang...rasa macam dapat kelebihan baru tapi macam kehilangan banyak benda yang precious masa dulu-dulu...

notahangit: yela...yela...aku jek yang terlebih sentimental nak layan-layan perasaan lelebih...

Monday, February 06, 2012

Punyala isin hati melayu ni...

Arakian

lepas dah berapa lama tak balik ke Muor(padahal baru minggu lepas balik...ni balik lagi sekali), aku pun balik la hari tu...hati rasa berkobor-kobor nak balik...almaklumle nak ngadap muka makayah...orang tetua kata kalo ngadap muka mak ayah pun boleh jadik amal...jadik, aku pun dengan suka hatinya nak le balik walaupun ada sikit aral yang buat aku terlambat balik sikit dari biasa....

sesampai aku kat Muor, aku pun talipon la encik ayah aku....sebab aku ni punya kedekut nak bayor singgit nak naik bas dari batu 2 sampai ke rumah(aku naik bas dari melaka...kalo kat area Parit Bunga ni, memang lalu sampai kat batu 2..diorang tak masuk jalan nak pegi Sungai Mati..)..sesampai encik ayah aku, aku tengok dia cam selenga dari selalu...tak banyak bunyik...macam pelik jugak...selalunya orang tua ni banyak cerita dia...takde cerita la kot...pikir aku dengan penuh positifnya...

sampai kat rumah, aku tengok encik ayah aku dah mula terbaring dah...letih nowh ke orang tua ni??pastu aku pun tanyala kat mak aku...sebab mak aku ni memang takkan sorok hape-hape punya...jadik mak aku pun start le bercerita....


beberapa hari yang lepas, ada la sorang nenek yang duduk tak jauh dari rumah kitorang ni...dia memang duduk sorang...anak dia sorang dan tak rajin datang jenguk...nenek ni datang rumah aku...kata nak mintak tolong...sebab dia asyik le kena kacau kat rumah dia...malam-malam dinding kena keruk la, ada bunyik tapak kaki la...ada sekali tu ternampak la ada benda berambut putih panjang melilau-lilau kat rumah dia....kalo nak diikutkan, bapak aku memang malas nak tolong pun...sebab nenek ni buat rumah kat atas tanah atok aku....tak bagitau...dah tu memang padanle kena kacau sebab dia buat rumah betul-betul kat atas laluan orang bunian...


tapi disebabkan bapak aku kesian tengok nenek ni tercegat kat depan pintu rumah aku tak bergerak-gerak, dia pun jemput le nenek tu masuk...tak sampai beberapa saat, hujan pun turunla selebat-lebatnya...dan bapak aku pun buat le kije-kije dia...nak buat pendinding...bila dah reda hujannya, bapak aku pun mula le memagor keliling rumah nenek tu...yang jadik tukang escort, si cecep adik aku tu....


bila dah setel tu, malam tu bapak aku mula rasa badan tak sedap...dan terus naik demam...temperature naik tinggi...mak aku kata kalau duduk sebelah bapak aku, macam duduk sebelah oven panasnya...dan masa tu muka bapak aku dah merah semerah-merahnya dah...macam kena bakor...maka terjadikla benda tu sepanjang-panjang aku ada kat rumah...asal masuk waktu semayang jek, temperature dia naik...dan yang lagi teruk, kulit dia jadik tegang macam kena tarik...melekat kat isi dia...sian aku tengok orang tua tu cenggitu..aku tau seksa dia yang rasa tapi muka dia tetap tenang macam takde benda yang jadik...


sampai la semalam...bapak aku start bangun tengah malam dan buat istikharah...carik sebab kenapa jadik cenggitu...dan dia dapat tau, ada orang menghantor benda tu mengacau bapak aku dan keluarga aku...sebab tak dapat masuk rumah, dia kacau nenek tu sebab duduk kat atas tanah tok aku...dan sampaikan aku balik ke Melaka hari ni, mak aku sempat pesan..."ayah pesan...ingat apa yang dia dah ajor dan amalkan...benda tu ada yang ngantor kat keluarga kita..skang tengah ngikut..."..


notahangit: aku taknak tau sape yang ngantor tu...tapi aku terpikir...pehal orang melayu ni dengki nowh sampai nak buat kije-kije cenggini...kata Islam..tapi hotak macam orang takde ugama....

Monday, January 16, 2012

Bahasa Melayu tak mungkin hilang....kimak lu!!!

Arakian

Aku jelak betul bila orang guna ayat ni...dan kalau orang yang cakap tu betul-betul orang yang berhotak sempit dan tak pikir jauh, aku tak dela menyirap sangat...sebab dah memang benak...ni orang yang sepatutnya bijak...bertaraf Universiti ternama...bekerja korporat tinggi-tinggi....apa diorang buta ke, bongok ke ataupun memang tak reti-reti??yang buat aku rasa paling rage bila orang cakap "kita kena galakkan pelajar kita berinteraksi menggunakan bahasa Omptuih...bagi diorang biasakan bertutur menggunakan bahasa asing tu barula mereka boleh mencapai tahap yang industri nak..."...bontot la bai...

aku faham keadaan semasa, kita nak gunakan bahasa yang bukan melayu ni untuk mendapatkan pengetahuan, memudahkan pengurusan, macam-macam la...tapi mana gaya datangnya kata nak membudayakan bahasa melayu?kalo kita sendiri tak gunakan dia??ke korang nak tukor kitorang yang memang dah budayakan bahasa melayu ni jadik mat salleh celup macam korang??cakap melayu ada slang-slang...rambut hitam dah tukar cekelat...nak pakai baju melayu pegi masjid pun rasa segan...nak kena pakai kot jugak...cenggitu ke?kimak la...

lebih dari 10tahun lepas, bekas perdana menteri yang kita konon-konon banggakan sangat, Che Det ada cakap...PANDANG KE TIMUR...aku lak cakap, pandang secara total....tak yah tengok timur jek la...sebab kalo kata timur, Jepun, Korea, China(walaupun diorang yang tinggi just jumlah buruh jek) diorang memang gunakan bahasa diorang sendiri..meh kita tengok kat barat lak...US, UK menggunakan bahasa diorang....orang Jerman tak tukor bahasa perantaraan diorang jadik bahasa Inggeris...even kalo kita nak kije atau belajor kat sana, kita kena lak belajor bahasa diorang..Perancis yang memang sah-sah berjiran dengan UK, tetap gak guna bahasa diorang....sampaikan mana-mana rakyat UK yang ada urusan atau bekerja kat situ kena ambik kursus bahasa Perancis...nak jauh sikit?aku ambik negara bekas komunis...Rusia...korang cakap kat aku...sape yang kena pergi Russia sama ada nak belajor atau pun kije tak kena belajor bahasa diorang??nak aku bagi lagi dahsyat?sekongkol kuat Eropah...Israel...pikirla sendiri...

jadik, kenapa kita yang konon-kononnya negara yang termaju di Asia Tenggara takde jati diri dan nak pinjam bahasa orang lain??apa kita segan nak cakap bahasa melayu ke?tak tau ke bahasa melayu ni salah satu bahasa yang unik kat dia??bangang la....

notahangit: melayu konon...melayu taik kucing la!!!!

Monday, January 09, 2012

Aku rasa teori evolusi Darwin boleh digunakan

Arakian

Semua orang tau pasal teori evolusi Darwin betul tak? Dan teori yang sangat menggemparkan dan jadik perdebatan hebat dunia diantara golongan beragama dan golongan atheis ialah teori manusia sebenarnya berevolusi daripada beruk kepada manusia...pada mulanya aku memang sangkal 100% teori ni sebab aku rasa teori ni menjatuhkan martabat manusia sebagai khalifah kat muka bumi ni dan menyangkal kewujudan Tuhan...

tapi semakin lama aku hidup..dan semakin banyak aku perhati sifat-sifat manusia ni, aku rasa teori Darwin ni memang boleh diterima pakai...tapi bukan secara fizikal...secara mental...jadik, meh sini aku cerita kenapa aku kata aku rasa teori tu boleh aku guna pakai untuk manusia nak-nak apa yang aku dah perhati pada zaman la ni...

setiap orang melalui zaman kanak-kanak...aku sendiri pun sama...dan aku boleh katakan zaman ini memang zaman kita berfikiran macam monyet...selalu nak bermain, just rasa nak makan bila rasa nak makan...kita taknak makan benda yang rasa sedap pada tekak orang dewasa tapi kita nak makan makanan yang berasa manis jek...yep...aku tau ramai yang akan rage bila aku kata cenggini tapi ni pendapat aku...pada masa ni, kita tak dapat bezakan yang mana buruk dan yang mana baik..dan kita hanya boleh carik makanan yang ada disekitar kita atau apa yang diberikan pada kita jek...kalau pada peringkat ni diorang bertindak luor batasan, kita boleh nak kawal diorang dengan cara yang kasor macam membentak...diorang akan takut dan mengikut kata...paling tak pun diorang lari...

sampai pada satu peringkat evolusi, ekor dah menjadik takde...masih ada sikit sifat kanak-kanak dan kita cuba nak berlagak dominan...masa ni aku anggap manusia bersikap macam beruk....korang tak percaya?korang pernah tengok tak remaja-remaja terutamanya budak-budak sekolah kat dalam bas kalau korang naik bas pada waktu diorang balik sekolah ataupun pada waktu cuti masa nak ke bandor?memang macam beruk...terjerit-jerit dalam bas...memekak dan mengorat setiap awek yang lalu kat keliling dan cuba berlagak cool...yep..memang macam beruk...pada peringkat evolusi ni, kalau kita bertindak kasor macam tampor muka diorang kalau melebih-lebih, kita memang akan diserang balik...sebijik macam beruk kalau kena baling dengan batu...diorang akan kejor korang sampai dapat lepas tu siat-siat korang sampai diorang puas...

pada peringkat ketiga, ada sesetengah peringkat evolusi akan mencapai peringkat homo sapiens dan ada jugak yang akan stuck kat peringkat neanderthal...bagi mereka yang berada pada peringkat homosapiens, diorang boleh berfikir secara waras, bertindak dan melakukan segala aktiviti dengan organized dan tak suka keadaan yang kucar lanar...berbeza dengan mereka yang berubah dan stuck pada peringkat neanderthal..mereka membawak sifat yang sama seperti pada peringkat kedua tadi...bertindak ikut nafsu dan cuba nak bersifat dominan(pertahankan hak, terjerit, terpekik, terlolong, bakor sana sini, merusuh sana-sini) dalam nak melepaskan palat sendiri...mengikut pemerhatian aku, kita dah menjadik makin kronik sebab mereka yang masih stuck pada peringkat neanderthal ni makin ramai sebab banyak ibu bapa yang bersifat homosapiens ni tak cuba untuk menunjukkan anak-anak mereka tentang konsep evolusi yang betul dan wajar...maka, bagi korang-korang semua...selamat kembali ke zaman batu...

kalau korang rasa offensive dengan mesej yang aku cuba sampaikan, baik korang duduk dan pikir balik...korang kalau tak bersetuju dengan apa yang aku cakapkan ni, baik korang cuba mencapai tahap evolusi kepada homosapiens sebenor daripada korang terpekik terlolong dan bertindak ala neanderthal...sebab kalau korang buat cenggitu, secara automatik korang bersetuju dengan apa yang aku cakap tadi...aku tak suka nak jadik Hitler...semua dah besor memasing...fikirkan la...

Notahangit: nak aku cakap direct? boleh...aku bagi empat perkataan...CUBA JANGAN JADIK BANGANG....amcam?

Thursday, January 05, 2012

Flat

Arakian

Flat...flat...flat...semua benda sama jek flat...bosan aku perhati kehidupan sekarang ni...dengan aktiviti rutin yang berulang-ulang...sama jek...terasa aku nak dapat hari baru yang menarik setiap hari...lagi aku cuba nak jadik kan hari ni interesting, tetap akan jadik flat...terasa betul mangkuk dia....

ada aku cuba nak buat aktiviti menarik...bosan betul hidup dalam rutin ni...satu masa dulu, bila duduk-duduk tak buat apa, aku dapat inspirasi untuk mencuci mata...tengok-tengok awek yang cun...tapi...setengah jam lepas tu...aktiviti tu jadik flat...bosan....kena lak kalo benda tu jadik rutin harian kalo bosan...sampai tahap tengok muka awek yang sebelum ni hot kedebaboom meletup meletup pun dah nampak macam tengok lecture note yang plain dan penuh dengan wording...

dan lepas tu aku invent lagi aktiviti untuk diri sendiri...prank...seronok betul buat prank ni...kita suka..orang yang tengok pun suka...orang yang kena jek rasa tak suka..tapi dua tiga hari pastu dia gelak gak....tapi sampai masa, flat...apa kena dengan dunia ni..takde ke aktiviti yang memang tak buat kita rasa tak flat?

aku sure ada geng-geng serbanitas akan kata...ko ni kekurangan ibadat sebenornya...ko perlukan sentiasa ingat Tuhan....sure ko tak rasa dunia ni tak flat sebab ko sibuk mengejor akhirat...dan sure aku akan rasa fuck off...asal nama kat atas dunia ni...kalo satu benda yang sama jek kita buat, benda tu akan jadik membosankan gak...jadik, toksah nak tunjuk alim sangatla...nanti kalo dah terkena batang hidung sendiri, tau lak nak menyirap-nyirap...

dan bila aku tengok berita, macam seronok tengok budak-budak UPSI memekik-mekik macam orang bangang ramai-ramai...dan pada aku, benda tu bosan...sebab tahun 90an dulu aku dah tengok lagi dahsyat dari tu...dan benda tu memang dah berlaku hampir setiap tahun...cubala buat stail lain...boringla...

dan senang kata...aku bosan...

Notahangit: mana tak rasa flat...duduk kat Melaka ni pun kat rumah flat...cibai betul...signifikan lak...

Wednesday, December 28, 2011

Arakian

Untuk entri kali ni, aku akan bercerita tentang pengaruh keempat-empat unsur dalam psikologi manusia...macam yang aku dah terangkan sebelum-sebelum ni, 4 unsur utama yang ada ialah tanah, air, api dan angin...dan setiap manusia akan mengaplikasikan keempat-empat unsur ni dalam kehidupan diorang...so sebelum aku cerita, aku nak tanya kat korang...pernah tak korang terasa yang aktiviti harian korang macam tak lengkap...macam ada yang kurang?secara jujur, aku sendiri pun pernah rasa cenggitu....dan sebab utamanya ialah kita tak sempat nak mengalami keempat-empat unsur dalam satu hari...tu yang rasa macam kehidupan hari kita pada hari tu flat dan cam takde makna jek...

perkara utama yang kita perlu sentuh dalam psikologi manusia ialah emosi atau perasaan...kita semua ada perasaan...dan walaupun sensorang tu cuba untuk berlagak terminator dengan mengawal perasaan diorang, tapi diorang tetap tak boleh tipu diri diorang sendiri dengan perasaan diorang sendiri...ye tak??so hari ni aku nak bercerita pasal sifat refleks yang ada pada diri kita...dan kita cuba kaitkannya dalam keempat-empat unsur tadi...

jadik, kita bermula dengan unsur tanah...keadaan ni akan berlaku bila kita berada dalam situasi yang tegang dan mendesak...semua orang akan mula mengeluarkan aura berunsur tanah...semua orang akan bersifat defensive dan cuba untuk mengelak dari berlakunya permasalahan yang lebih berat...kita tak boleh tipu diri sendiri ek...setiap orang takde pengecualian memang akan jadik cenggini walaupun baik mana kita pun...pada situasi ni, kita akan cuba untuk sorok fakta yang boleh menyusahkan kita ataupun yang akan worst kan keadaan...jadik, untuk lebih adil, aku akan bagitau cemana nak manipulate keadaan ni....bagi korang yang berdepan dengan orang yang berada dalam psikologi berunsur tanah ni, apa kaedah yang sesuai nak tackle...jika kita bertindak menggunakan unsur api...iaitu panas dan penuh emosi radikal, memang defense untuk tanah tu akan pecah...tapi ada kemungkinan kita susah nak dapat tau apa yang cuba nak disembunyikan tu...ada kemungkinan diorang akan diam seribu bahasa dan tak bagi respon apa-apa...kalau kita gunakan unsur air, memujuk dengan cara yang lembut, puji melambung-lambung, ada kemungkinan kita dapat bongkar apa yang disorok...tapi ada jugak kemungkinan yang diorang akan menjadik lagi konfiden dan pokok-pokok pun akan tumbuh...defense kali dua jadiknya...dan jika kita menggunakan cara berunsur tanah dengan menjadik defensive pada masa yang sama, kita susah nak bongkar apa yang tersorok...silap-silap makin complicated jadiknya....jadik, kita boleh gunakan unsur angin...pujuk dan rayu...alun perasaan diorang dengan kaedah terpimpin...dan tak mustahil mereka akan terbongkar rahsia tu sikit demi sikit....jadik, bagi ibu bapa yang ada anak yang macam suka sorokkan masalah diorang, cuba cara ni...

seseorang itu berada dalam unsur air semasa diorang berada dalam keadaan tenang yang amat...biasanya bagi mereka-mereka yang berfikiran konservatif akan mengkaitkan dengan trans dalam keadaan beribadat...tak semestinya...perkara ini berlaku jika kita berada dalam keadaan pernuh yakin dalam setiap situasi...jika kita berdepan dengan orang yang berada dalam keadaan ni, kita takkan ada masalah untuk tackle diorang...mereka bersifat transparent, yakin dan tidak terlampau beremosi...dan walaupun masa tu korang cuba provoke diorang dengan unsur lain seperti meletakkan halangan dan jugak menimbulkan kemarahan, mereka-mereka yang berada dalam unsur ini tetap akan jumpa alternatif untuk tempuh permasalahan tu...jadik, bukan mereka tak perlukan guide tapi mereka ada cukup keyakinan untuk tempuh apa sahaja...

semasa dalam keadaan marah, cemburu, serabut, masa tu la unsur api berleluasa...aku  rasa aku tak payah nak terang secara panjang lebor pasal keadaan ni...sebab kita dah dapat bayangkan api tu cemana kaedahnya....dan cara nak tackle?kita boleh guna cara tanah...defensive all the way...tapi jangan terkejut kalau diorang boleh pecahkan tembok korang tu...dan kita kalau boleh jangan cuba untuk pujuk rayu dan ikutkan perasaan diorang(unsur angin)...sebab tu memang akan membuatkan emosi diorang makin meluap-luap...jangan sekali-kali lawan api dengan api....makin marak jadinya...jadik, cuba kawal keadaan...orang yang berdepan dengan mereka yang sedang beremosi ni perlu bersifat tenang dan kawal kemarahan diorang...ingatkan diorang untuk bersabar dan bertenang...tu dah biasa kita dengorkan?

seseorang tu akan berada dalam unsur angin bila diorang berada dalam dilema..taktau mana nak tuju...dan ini boleh menggalakkan diorang bertukar kepada unsur api bila tersalah membuat pilihan....jadik bagi kita yang nak guide mereka-mereka yang berada dalam keadaan ni, jangan sesekali guna kekerasan dan emosi....secara tak langsung kita menggalakkan diorang bersifat agresif...korang boleh bersifat air...berlagak tenang dan cool bila diorang dalam dilema dan direct diorang pada pilihan yang betul...tapi sebenornya tu tak berapa tepat sebab diorang akan merasakan yang korang tak bagi diorang apa-apa kesan pun dan anggap korang tak faham..cuba untuk tackle diorang dengan pujuk rayu, kaedah-kaedah berunsur angin, dan jangan terkejut kalau korang pun terperangkap sekali dalam dilema tu...cara yang boleh, tunjukkan kekerasan korang, be defensive, direct ke jalan yang betul dengan mengelak dari melakukan keputusan yang salah(unsur tanah), dan diorang akan terlepas dari dilema diorang...

Notahangit: kesemua cara tackle ni memang nampak macam simple dan mudah untuk dilakukan...tapi percayala yang kita susah nak fix pada satu unsur jek yang mengakibatkan kita susah untuk tackle psikologi orang lain...aku rasa aku akan sambung unsur kehidupan ni pada time lain sebab aku cam tengah takde mood nak bercerita pasal unsur ni...banyak benda yang nak diluahkan...jadik, HHD mungkin akan kembali pada rage yang asal ek...hehehe....

Tuesday, December 20, 2011

Kajian Unsur Kehidupan 2

Arakian

macam yang aku dah cakap pada entri sebelum ni...kali ni aku akan bercerita sambungan entri sebelum ni yang bercerita pasal empat unsur kehidupan...dalam entri yang lepas, aku dah cerita pasal sifat-sifat unsur ni...so kali ni aku nak cerita kedudukan unsur-unsur ni dalam keluarga...aku tak bercerita keluarga secara total...tapi kedudukan dia dalam keluarga kecik...maksudnya, dalam adik beradik korang...

  • Tanah
    Sifat-sifat : Biasanya jadik tempat mengadu dalam semua adik beradik...mereka yang berunsur tanah ni macam ada aura yang buat orang percaya kat diorang...sebab tu biasanya orang yang berunsur tanah ni jadik tempat mengadu...dan selalunya orang yang berunsur tanah ni ada kehidupan yang agak sukar berbanding unsur yang lain...dan dalam sesebuah keluarga, mereka yang berunsur tanah ni, ada kesaboran yang tinggi....macam yang aku cerita pada entri sebelum ni, orang yang berunsur tanah ni, sifat dia defensive...jarang pegangan dia goyang...suka atau tak, orang yang berunsur tanah ni mudah kesian pada orang yang berunsur lain...nak-nak orang yang berunsur angin...
    seteru utama: api
    mudah rapat dengan: air
    anak yang ke:1, 5, 9, 13....

  • Air
    Sifat-sifat: Mereka yang berunsur air ni biasanya menjadik penenang bila ada masalah...biasanya diorang akan mengingatkan orang-orang yang berunsur lain ni supaya banyak-banyakkan bersabor...sifat tenang yang ada dalam diri orang yang berunsur air ni membuatkan ramai orang mudah nak berdamping dengan diorang...dan kita kena sedikit berhati-hati dengan orang yang berunsur air ni sebab diorang memang cukup pandai mengalun orang lain sampai leka sebelum diorang basuh orang tu cukup-cukup...ramai orang yang berunsur air ni mengaku yang diri diorang ganas tapi sebenornya, diorang la yang paling mudah dipujuk oleh orang lain...macam air, ada masanya orang yang bersifat air ni menenangkan..ada masanya, sangat susah nak break kepercayaan diorang...dan diorang ni sangat merbahaya kalau diorang marah...sebab diorang boleh buat orang terkesan dengan apa yang diorang buat masa marah..
    seteru utama: angin
    mudah rapat dengan: tanah
    anak yang ke: 2, 6, 10, 14.....

  • Api
    sifat-sifat: Macam yang kita boleh bayangkan...orang yang bersifat api ni memang cepat panasnya...kengkadang benda yang tak patut pun boleh jadik benda yang buat diorang hangin tak tentu pasal...biasanya orang yang berunsur api ni jenis yang tak pernah simpan dalam...bila diorang tak suka, diorang terus jek cakap...kalau diorang suka pun sama...jenis manusia yang direct dan transparent...kebiasaannya, orang yang berunsur api ni bertindak banyak mengikut perasaan diorang...dan selalunya diorang akan menyesal lepas diorang buat sesuatu action...diorang jugak selalunya agresif...jadik, bila terjadik apa-apa, diorang yang akan buat action dulu..tak kira la benda yang elok atau tak...tapi korang jangan terkejut..orang yang bersifat api ni, walaupun macam ganas, tapi diorang ni sensitif sebenornya...jadik, bila kita encounter dengan orang cenggini, kita kena pandai kawal perasaan diorang...dan korang akan rasa yang diorang ni memang sorang yang sangat berbaloi untuk didekati....
    seteru utama: tanah
    mudah rapat dengan: angin
    anak yang ke: 3, 7, 11, 15,....

  • Angin
    sifat-sifat: Dalam banyak-banyak unsur, orang yang berunsur angin ni memang agak slow sikit dalam reaksi atau apa-apa...diorang biasanya menjadik pengikut yang setia...sebab tu kengkadang diorang ni jarang orang ingat dengan mendalam...orang yang bersifat angin ni memang sangat setiakawan, taat, mudah mengikut nasihat dan selalunya ikut haluan sendiri jek....tapi, disebalik sifat slow diorang tu, orang yang berunsur angin ni pandai mempengaruhi orang lain...diorang pandai memujuk, pandai mengambil hati dan boleh menyelesaikan masalah yang berat tanpa ada pertelingkahan pendapat...orang yang berunsur angin ni biasanya bersifat lemah-lembut dan sopan santun tapi dalam kelembutan diorang tu, ada tersembunyi ketegasan diorang...
    seteru utama: air
    mudah rapat dengan: api
    anak yang ke: 4, 8, 12, 16...
tu merupakan unsur-unsur yang ada dalam sesebuah keluarga...tapi jangan lak korang cakap "eh, along kata aku unsur tanah tapi aku ada gak perangai api dengan angin.."...well..ni ialah unsur utama korang..maksudnya, sifat yang ni yang paling utama sekali...dan jangan lupa...kita dikatakan sempurna sebab keempat-empat unsur tu ada kat dalam diri kita...barula mencapai equilibrium...jadik, take note...bila kita berunsur tanah, maksudnya kita mempunyai kebanyakan sifat-sifat tanah dan ada sikit unsur air, ada sikit api dan ada sikit angin...dan mixture untuk setiap orang tu tak sama...tu semua kije Tuhan ek...dari entri kali ni, mak bapak patut tau anak dia berada dalam unsur mana dan tau cemana nak tackle psikologi anak dia berdasarkan unsur-unsur yang aku dah ceritakan tu...sebab tu jugak la, kalo korang tengok orang-orang dulu, layanan diorang pada anak-anak diorang tak sama...sebab diorang tau unsur-unsur ni...


notahangit: sebab tu kalo korang berendut, mak-mak selalu tanya...endut korang tu anak ke berapa?sebab kalau contohnya orang api berendut dengan orang angin, mak-mak ni akan bagi nasihat cemana nak bagi jodoh tu kekal...so, jangan anggap diorang nak menyibuk...anggap diorang nak tolong korang....sebelum aku terlupa...pasni mungkin aku cerita pasal aplikasi 4 unsur ni dalam pemikiran....