Wednesday, December 28, 2011

Arakian

Untuk entri kali ni, aku akan bercerita tentang pengaruh keempat-empat unsur dalam psikologi manusia...macam yang aku dah terangkan sebelum-sebelum ni, 4 unsur utama yang ada ialah tanah, air, api dan angin...dan setiap manusia akan mengaplikasikan keempat-empat unsur ni dalam kehidupan diorang...so sebelum aku cerita, aku nak tanya kat korang...pernah tak korang terasa yang aktiviti harian korang macam tak lengkap...macam ada yang kurang?secara jujur, aku sendiri pun pernah rasa cenggitu....dan sebab utamanya ialah kita tak sempat nak mengalami keempat-empat unsur dalam satu hari...tu yang rasa macam kehidupan hari kita pada hari tu flat dan cam takde makna jek...

perkara utama yang kita perlu sentuh dalam psikologi manusia ialah emosi atau perasaan...kita semua ada perasaan...dan walaupun sensorang tu cuba untuk berlagak terminator dengan mengawal perasaan diorang, tapi diorang tetap tak boleh tipu diri diorang sendiri dengan perasaan diorang sendiri...ye tak??so hari ni aku nak bercerita pasal sifat refleks yang ada pada diri kita...dan kita cuba kaitkannya dalam keempat-empat unsur tadi...

jadik, kita bermula dengan unsur tanah...keadaan ni akan berlaku bila kita berada dalam situasi yang tegang dan mendesak...semua orang akan mula mengeluarkan aura berunsur tanah...semua orang akan bersifat defensive dan cuba untuk mengelak dari berlakunya permasalahan yang lebih berat...kita tak boleh tipu diri sendiri ek...setiap orang takde pengecualian memang akan jadik cenggini walaupun baik mana kita pun...pada situasi ni, kita akan cuba untuk sorok fakta yang boleh menyusahkan kita ataupun yang akan worst kan keadaan...jadik, untuk lebih adil, aku akan bagitau cemana nak manipulate keadaan ni....bagi korang yang berdepan dengan orang yang berada dalam psikologi berunsur tanah ni, apa kaedah yang sesuai nak tackle...jika kita bertindak menggunakan unsur api...iaitu panas dan penuh emosi radikal, memang defense untuk tanah tu akan pecah...tapi ada kemungkinan kita susah nak dapat tau apa yang cuba nak disembunyikan tu...ada kemungkinan diorang akan diam seribu bahasa dan tak bagi respon apa-apa...kalau kita gunakan unsur air, memujuk dengan cara yang lembut, puji melambung-lambung, ada kemungkinan kita dapat bongkar apa yang disorok...tapi ada jugak kemungkinan yang diorang akan menjadik lagi konfiden dan pokok-pokok pun akan tumbuh...defense kali dua jadiknya...dan jika kita menggunakan cara berunsur tanah dengan menjadik defensive pada masa yang sama, kita susah nak bongkar apa yang tersorok...silap-silap makin complicated jadiknya....jadik, kita boleh gunakan unsur angin...pujuk dan rayu...alun perasaan diorang dengan kaedah terpimpin...dan tak mustahil mereka akan terbongkar rahsia tu sikit demi sikit....jadik, bagi ibu bapa yang ada anak yang macam suka sorokkan masalah diorang, cuba cara ni...

seseorang itu berada dalam unsur air semasa diorang berada dalam keadaan tenang yang amat...biasanya bagi mereka-mereka yang berfikiran konservatif akan mengkaitkan dengan trans dalam keadaan beribadat...tak semestinya...perkara ini berlaku jika kita berada dalam keadaan pernuh yakin dalam setiap situasi...jika kita berdepan dengan orang yang berada dalam keadaan ni, kita takkan ada masalah untuk tackle diorang...mereka bersifat transparent, yakin dan tidak terlampau beremosi...dan walaupun masa tu korang cuba provoke diorang dengan unsur lain seperti meletakkan halangan dan jugak menimbulkan kemarahan, mereka-mereka yang berada dalam unsur ini tetap akan jumpa alternatif untuk tempuh permasalahan tu...jadik, bukan mereka tak perlukan guide tapi mereka ada cukup keyakinan untuk tempuh apa sahaja...

semasa dalam keadaan marah, cemburu, serabut, masa tu la unsur api berleluasa...aku  rasa aku tak payah nak terang secara panjang lebor pasal keadaan ni...sebab kita dah dapat bayangkan api tu cemana kaedahnya....dan cara nak tackle?kita boleh guna cara tanah...defensive all the way...tapi jangan terkejut kalau diorang boleh pecahkan tembok korang tu...dan kita kalau boleh jangan cuba untuk pujuk rayu dan ikutkan perasaan diorang(unsur angin)...sebab tu memang akan membuatkan emosi diorang makin meluap-luap...jangan sekali-kali lawan api dengan api....makin marak jadinya...jadik, cuba kawal keadaan...orang yang berdepan dengan mereka yang sedang beremosi ni perlu bersifat tenang dan kawal kemarahan diorang...ingatkan diorang untuk bersabar dan bertenang...tu dah biasa kita dengorkan?

seseorang tu akan berada dalam unsur angin bila diorang berada dalam dilema..taktau mana nak tuju...dan ini boleh menggalakkan diorang bertukar kepada unsur api bila tersalah membuat pilihan....jadik bagi kita yang nak guide mereka-mereka yang berada dalam keadaan ni, jangan sesekali guna kekerasan dan emosi....secara tak langsung kita menggalakkan diorang bersifat agresif...korang boleh bersifat air...berlagak tenang dan cool bila diorang dalam dilema dan direct diorang pada pilihan yang betul...tapi sebenornya tu tak berapa tepat sebab diorang akan merasakan yang korang tak bagi diorang apa-apa kesan pun dan anggap korang tak faham..cuba untuk tackle diorang dengan pujuk rayu, kaedah-kaedah berunsur angin, dan jangan terkejut kalau korang pun terperangkap sekali dalam dilema tu...cara yang boleh, tunjukkan kekerasan korang, be defensive, direct ke jalan yang betul dengan mengelak dari melakukan keputusan yang salah(unsur tanah), dan diorang akan terlepas dari dilema diorang...

Notahangit: kesemua cara tackle ni memang nampak macam simple dan mudah untuk dilakukan...tapi percayala yang kita susah nak fix pada satu unsur jek yang mengakibatkan kita susah untuk tackle psikologi orang lain...aku rasa aku akan sambung unsur kehidupan ni pada time lain sebab aku cam tengah takde mood nak bercerita pasal unsur ni...banyak benda yang nak diluahkan...jadik, HHD mungkin akan kembali pada rage yang asal ek...hehehe....

No comments: