Arakian
Selalunya aku menulis dengan penuh rage kat
HHD ni...tapi hari ni aku nak bercerita pasal kajian kehidupan...Kita
biasa terdengor ataupun terbaca kat mana-mana kepercayaan bahawa hidup
ni berasal dari empat unsur utama iaitu unsur tanah, air, api dan
angin....dan aku rasa aku akan bercerita dengan panjang lebor pasal
benda ni...
Pada suatu masa dahulu, kebanyakan orang
melayu percaya pada empat unsur ni...jangan kata aku bercerita pasal
fahaman animisme ek...sebab ni merupakan pengetahuan alam...kita diajor
untuk memahami kejadian asal bumi ni berdasarkan pengetahuan kita yang
sikit....segala bentuk emosi, pemikiran dan perilaku manusia ni jam
semuanya bergantung kepada empat unsur ni....dan aku boleh katakan yang
empat unsur ni merupakan empat unsur asas dalam kehidupan...sama macam
kita tau yang warna asas terdiri daripada empat warna(kalau dalam seni
tampak, kita cuma diperkenalkan 3) iaitu kuning, biru, merah dan
jernih(dalam seni dianggap colourless..sebab tu diperkenalkan cuma tiga
asas jek)..
sama ada kita perasan atau
tak...keempat-empat warna asas ini menggambarkan empat unsur kehidupan
yang aku sebutkan awal-awal tadi...iaitu tanah(kuning), air(biru),
api(merah) dan angin(jernih)....Dalam asas kajian perilaku dan psikologi
manusia, keempat-empat unsur ini memang sangat penting lebih-lebih lagi
dalam mengetahui cara untuk kita tackle interest individu
tersebut....jadik, sebelum aku bercerita dengan penuh lanjut tentang
perilaku manusia yang mempunyai unsur-unsur tersebut, jom kita kenal
dulu secara asas tentang keempat-empat unsur kehidupan ni....
unsur yang pertama ialah Tanah....Tanah
merupakan unsur yang paling tinggi tahap ketahanannya, mudah dibentuk
dan sangat penting dalam keseimbangan keempat-empat unsur tadi...ia
memberikan support, perlindungan dan biasanya dijadikan tempat simpanan
bagi segala perkara yang ingin dirahsiakan dari orang ramai...namun
begitu, walaupun tanah mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, ianya juga
boleh membawa mudharat jika tak cukup kuat, mudah dipengaruhi oleh
unsur-unsur lain dan juga sentiasa berhadapan dengan dugaan yang
dahsyat...tak kisahla sama ada dipijak, diratakan ataupun dibuang
setelah dapat hasilnya...tanah boleh dikategorikan sebagai permulaan
kehidupan...
unsur yang kedua ialah Air....Air merupakan
unsur yang paling menenangkan, mudah untuk sesuaikan diri dalam apa jua
keadaan, sentiasa penting dalam penerusan kehidupan dan juga yang paling
diperlukan untuk pelbagai tugas...air boleh dilambangkan sebagai
penyambung kehidupan...namun begitu, walaupun kita tau yang air ni
memberikan kehidupan, namun, jangan dicabar ketenangan air kerana jika
air hilang pertimbangannya, ia boleh membinasakan dalam sekelip mata
sahaja...
unsur yang ketiga ialah Api...Api
merupakan unsur yang paling berani, digeruni dan sering membuat orang
berjaga-jaga dengannya...tidak seperti unsur lain yang sangat bergantung
pada unsur lain, api lebih suka bertindak bersendirian...seperti yang
diketahui umum, api merupakan unsur yang boleh dilambangkan sebagai
pengakhir kehidupan....namun begitu, dalam kebuasan dan keberanian api,
jika dapat dibendung dan dikawal, ianya merupakan unsur yang berharga
dan amat berguna dalam kegunaan harian...
unsur yang terakhir ialah Angin...Angin
merupakan unsur yang paling selalu dilupakan dalam setiap unsur kerana
sifatnya yang sukar untuk dijangka...ia merupakan unsur yang paling
menenangkan, lemah lembut dan sangat mengkhayalkan....angin juga
merupakan unsur yang amat penting dalam kehidupan tetapi jarang disedari
oleh manusia...namun begitu, ia tetap ikhlas melakukan tugasnya tanpa
mengharapkan penghargaan dan perhatian orang lain...Dalam kesemua unsur,
aku boleh katakan yang angin merupakan perlambangan kepada harapan
kehidupan....namun dalam kelembutan dan keikhlasan angin, jangan
dipandang rendah akan keupayaannya kerana angin yang hilang kawalannya
boleh memusnahkan satu ketamadunan..
Itulah serba
sedikit pengenalan kepada kajian unsur kehidupan berdasarkan empat unsur
asas dalam kepercayaan orang-orang dulu...Seterusnya aku akan bercerita
tentang kedudukan unsur-unsur ini didalam keluarga...aku rasa ramai
yang dah cover tajuk tu tapi aku akan ceritakan jugak untuk complete kan
tajuk ni....
Notahangit: apa mimpi aku tulis pasal
ni??sebab ramai yang dah makin lupa pasal unsur ni dan main langgor
jek...ingat...tak semua orang sama dengan kita....
No comments:
Post a Comment