Arakian
Tadi...lepas waktu berita...eh??sebelum aku
loncat terus isik....aku tengok berita kat TV1...memang orang kata "old
school"...tapi aku tak kisah sebab aku suka cara penyampaian kat TV1
tu...bahasa yang digunakan agak teratur sikit....jadik sambung tadi
balik...lepas aku waktu berita tu, ada la pertandingan Nyanyian Lagu
Melayu Antarabangsa....konsep dia memang terbaik....diorang
kumpul-kumpul wakil dari negara lain(yang kebanyakannya dari
Universiti-universiti kat Malaysia ni) dan menyanyi lagu buatan anak
tempatan...lagu melayu...walaupun yang nyanyi tu kebanyakannya sumbang
mambang, tapi aku kagum dengan semangat Kementerian Kesenian dan
Kebudayaan punya usaha nak memartabatkan Bahasa Melayu kat mata
dunia...aku suka tengok salah sorang pengacara majlis iaitu pembaca
berita TV1, Ivan Toh mengacara majlis tu dengan bahasa melayu dia lebih
baik dari bahasa melayu budak-budak melayu ni jam....lepas aku tengok
pertandingan tu, aku rasa macam tengok pertandingan Vokal Bukan Sekadar
Rupa ( walaupun yang nyanyi tu boleh tahan sedap-sedap belaka ) tu macam
kosong....
dan sepanjang-panjang lepas pertandingan tu, aku terpikir satu
benda...aku tengok cemana beria-ia peserta tu masuk pertandingan tu,
nyanyi lagu melayu yang bukan bahasa ibunda diorang pun...cuba nak jiwai
lagu tu...bawak lagu tu dengan gaya diorang...dan kebanyakan lagu yang
diorang bawak tu semua lagu kebudayaan melayu...lagu zapin, lagu joget,
lagu dondang...serius...aku kagum...punyala bersemangat diorang nak
belajor bahasa kita, budaya kita, lagu kita....tapi mana pulak anak
melayu kita ni?ramai yang sibuk nak jadik Beyonce, ramai yang sibuk nak
jadik Metallica...ramai yang terkejor-kejor AC/DC...tak terlupa yang duk
nak jadik Green Day Malaysia...sayang betul...
tu tak kira lagik dengan cara bercakap...aku perhatikan ni
jam...budak-budak lagi selesa bercakap menggunakan bahasa omptuih...yang
jawa, sebab malu dengan telor jawanya, bercakap macam mat
salleh...konon-konon ada slang la cakap ek....yang kelantan bercakap
dengan gaya-gaya hip hop....sebab nak sorok kepekatan loghat
diorang...adoiii...bahasa menunjukkan bangsa....sebab tu sampai ni jam
aku tak segan bercakap menggunakan loghat Johor Riau ni....biorla diejek
orang "seluor,seluor...gobok, selipor, sabor.."...tapi tu identiti
aku...aku orang Muor...tu bahasa aku...apa nak malu?I/C aku pun ngaku
aku cenggitu....
dan bila aku terpikir-pikir kat mana salahnya...macam susah nak
jumpa...aku tengok kerajaan buat macam-macam kempen membudayakan
bahasa..cikgu-cikgu beria-ia mengajor bahasa....kat TV pun banyak tayang
lagu dengan bahasa yang cantik-cantik, sajak, gurindam, mutiara
kata...habis kat mana salahnya ek...tup tup aku tengok la Perhimpunan
Agung UMNO...dan aku dah jumpa kat mana salahnya....kalo dah pemimpin
kerajaan kita sendiri, yang menjadik contoh pada anak-anak muda kita
zaman ni jam dah bercakap bahasa melayu lintang
pukang...bercampur-campur dengan perkataan pinjam....manala budak nak
cakap bahasa melayu yang betul???nak dimarahnya DBP, diorang dah bagi
alasan...kalau perkataan tu takde kat Bahasa, tak salah kita
pinjam...masalahnya, perkataannya ada kat dalam kamus tu..tapi takde
dalam kamus hidup diorang sebab tak pernah diajor pakai bahasa
kita....diajornya pakai bahasa omptuih...mana nak tau...sampaikan aku
dengor bahasa melayu pun dah jadik macam gabungan bahasa omptuih, bahasa
arab, bahasa indonesia, bahasa Dhaka, yang bersulam sikit-sikit dengan
bahasa melayu....cenggitu ke namanya bahasa melayu kita??hampeh...
notahangit: Revolusi tu perubahan...Reformasi tu pembentukan
semula....upgrade tu naik taraf....transformasi tu pembentukan...dan
diskriminasi tu penindasan....ergghhh....jangan lupa ek...racist tu
perkauman...penatla aku dengor orang cakap bahasa campur-campur
ni....nak cakap melayu, cakap melayula...nak cakap omptuih,cakap
omptuihla penuh-penuh...janganla sekerat-sekerat...
No comments:
Post a Comment