Friday, November 12, 2010

Kawasan-kawasan aku mencarik idea...

Selamat hari ni..entri ni kalo ikutkan aku post kat GB tapi aku post kat sini sebab entri ni lebih bersifat dari hati...bukan dari otak aku...jadik, aku kongsikan kat korang kat mana biasanya tempat-tempat aku kumpul ilham nak update mana-mana blog aku..tak kisah la HHD ni ke, GB ke..

  1. Bilik termenung a.k.a jamban...aku taktau kenapa...setiap kali masuk jamban, idea tu datang mencurah-curah macam benda yang keluor dari bontot aku...kalo aku pikirkan balik, maybe sebab masa kat bilik termenung tu aku tak buat apa-apa...jadik otak aku pun berjalan dengan penuh gayanya...korang mesti buat benda yang sama gak..
  2. masa kat mamak...bila aku lepak mamak, time tula macam-macam benda aku nampak, macam-macam benda aku dengor...dan kengkadang time aku borak-borak pun idea datang...masa tu la aku note kan benda tu kat dalam otak aku sebelum aku luahkan semua benda yang akudah kumpul tu siap dengan gorengan dia lagi...
  3. satu lagi tempat, kat dalam bilik, masa tangan aku pegang gitar, depan mata aku tenggiling yang tengah menunjukkan kod lagu...kengkadan aku tak faham cemana idea boleh datang time tu...mungkin aku dalam fasa berfikir secara terancang masa tu..tu yang ilham datang tu..
  4. masa tengah-tengah jamming atau layan lagu metal sengsorang...aku tau yang otak aku ni memang nak power kalo nak berpikir dengan laju...jadik, biasanya lagu-lagu ni dapat boost otak aku pegi maksimum...abis kalo lagu yang terkeluor tu lagu nasyid ke, lagu asli ke, lagu klasik ke cemana??bila keluor lagu cenggitu, aku berada dalam fasa tenang...bila dalam fasa tenang, semua perangai agresif tu takde...tu yang jadik nak update blog, terdengor lagu cenggitu, terus tangguhkan...sebab dalam fasa tenang..
  5. masa kat ruang tamu sambil termenung...masa tu tv tengah tengok aku...masa tu ilham tiba....tapi biasanya ilham yang sampai time cenggini, aku rejek lepas aku type..sebab hasil dia tak original...sebab aku memang tengah pikir nak update blog masa tu...
jadik, tu antara tempat dan masa aku dapat idea nak update blog...tapi betul gak kata sorang senior blogger dulu....idea ni nak datang memang tak kira masa, tak kira tempat...tetiba jek dia datang...lagipun semua benda ada potensi nak jadik entri...just cara kita olah ayat tu yang buat entri tu power ke tak power....so sampai skang aku pegang pesanan tu...

notahangit: idea buat entri ni datang bila??masa aku tengah main solitaire kat bilik sambil dengor lagu jiwang...sebab tu ayat dia ala-ala lemah lembut sikit...huhu

 

Monday, November 08, 2010

Kurang hajor ke kurang di ajor??

Selamat hari ni

hari ni aku nak cerita pasal pe'el sesetengah ni la ek...aku faham la ada sesetengah orang ni memang tahap mesra, ceria dan sporting dia tu tahap cipan sampai ko boleh main pijak-pijak jek dia....tapi kan korang tau...kita bangsa melayu ni, ada adab sopan, tata susila, budi bahasa kita...dari kecik lagi kita dah diajor...jumpa orang, hormat...cakap dengan orang tua, hormat....cakap dengan member sebaya, jangan tinggi diri....cakap dengan budak-budak, toksah bongkak...dah tu, tak reti-reti lagi nak berbahasa??ke korang memang tak reti bahasa??sampai aku tulis kat dalam blog ni pun dalam bahasa yang agak kasor bunyik dia...

  • kengkadang aku faham niat ati korang nak berguro...okla...aku bukan tak suka berguro...semua orang suka berguro..tapi kengkadang kita reti la limit nak berguro tu cemana...cam kalo ko menganjing orang pun, sekali, ok....berguro....dua kali, berguro...tiga kali, berguro ke??lebih dari tiga kali...kurang ajor betul...nak-nak kalo yang buat pe'el ni bebudak...memang kalo orang tua-tua dulu, korang ni dah sah-sah kena bambu teruk....
  • ada gak yang kengkadang tu tak perasan apa yang diorang buat tu buat orang lain terasa ke sakit hati ke...aku pun kengkadang tak perasan buat orang sakit ati...tapi, kalo dah ko tengok orang layan ko lain macam jek, tak pun orang terus terdiam dari riuh-riuh, ko pun tak reti-reti nak reti-reti kan diri ko berenti dari bercakap??ke korang nak tunggu penampor siam naik kat muka baru ko nak reti yang orang tu dah mula naik hangin dengan ko??tak pun kalo dalam istilah FB yang aku takde tu, takkan nak tunggu orang ban ko dari page baru ko nak tergedik-gedik mintak mahap??
  • lepas tu lak ada sesetengah orang rasa kononnya cool la sound orang guna stail perli-perli.contoh macam korang bengang dengan mamat ni sebab sanggah pendapat ko...lepas tu ko pun ikut hatila cakap secara opennya...adala kan sesetengah orang tu kan...tak kisah la dia tua ke muda kan...tapi kena la respek kalo orang lain bercakap ke, bagi pendapat ke...janganla nak sanggah tanpa pikir dulu....huh!!aku respek kebodohan ko tu...bajet cool la korang sound orang cenggitu..korang kat rumah memang takde cermin ke??aku sendirik pernah counter masalah cenggini bai...sebagai ketua, biasala kengkadang ada orang yang lagi berpengalaman dari kita kat dalam grup...tak kira la tua ke muda....dan bila korang bagi pendapat, diorang sanggah, apa salahnya kalo korang ambik dulu pendapat tu...tak pun korang pikir kan dulu kenapa dia sanggah..sebab tula kita diberi kemudahan oleh tuhan nak berkomunikasi...kalo ko tak suka orang sanggah pendapat atau idea ko, buat kije sorang-sorang....
  • yang ni lak memang satu pantang betul...pantang kena tegur, melenting...tak tegur, bila terbabas, melenting sebab orang tak tegur....jadik cemana layak aku nak tegur ko ni???karate tengkuk ko bagi pengsan lepas tu bubuh memori kad dalam kepala otak ko supaya dapat read semua benda yang aku nak tegur ke??kalo cenggitu, ko semayang pegila mintak kat tuhan naikkan taraf hotak ko tu....dah macam budak sekolah tadika...takde timbang tara...elok lagi budak tadika sebab kalo kita tegur, dia reti nak amik pendapat...
  • ni satu lagi perangai yang aku tak faham langsung...asal kena marah, bikin story panas...buat cerita kat orang kesana kesini...asal kena tegur, buat cerita sedih canang sana sini nak tutup silap sendirik...jaga-jaga oi....arini ko ada la backup orang percaya cakap ko...lelama besok, bila ada terjadik satu peristiwa, lepas tu semua cerita bohong ko tu terbongkar sehelai sehelai, mana ko nak bubuh muka ko??sorok dalam guni padi??
  • ni satu lagi perangai bangsat bangsa mana dia korek ntah...bila tengok orang tu naik ke, orang ni naik ke, bila tengok orang ni macam nak berjaya ke, orang ni tak berjaya ke...tak kira la sape pun ko...pakcik jual nasik lemak ke, petani moden ke, ahli politik ke, kenapa mesti nak cari kesalahan orang tu sampai ke dalam bijik kelentit  lobang cacing sekalipun??tak boleh ke berlagak profesional...lu buat kije lu, gua buat kije gua...lu untung eh??lu power eh??takpe...kalo lu power arini, besok gua power dua kali...kalo lu power dua kali, gua power rangers...kalo lu power rangers, gua otromen taro la....haaa..ini semangat la nak...berlomba-lomba nak majukan diri...nak tak habis-habis nak downkan orang...lepas tu bila orang tu down, hentam gelak ramai-ramai...ko memang perangai bangsat la bai...menatang pun tak sebangkai perangai korang ni....
ingat bai...pepatah arab ada kata.."lidah lebih tajam dari pedang"...orang melayu ada kata "kerana pulut santan binasa"... aku kata.."lu tunjuk lu punya berantai arini bai, besok pagi lu jangan terkejut gua bawak besi berani.."

notahangit: aku memang rasa nak ajor-ajorkan jek orang yang kurang ajor ni...agak takde akta untuk orang kurang hajor ni ke??pegi bentangkan kat parlimen kalo korang ada telor berani...
 

Wednesday, November 03, 2010

Fakta tentang kentut

Selamat hari ni

eh??kata blog ni untuk hati...ye...ni entri dari hati...sebab aku ambik dari entri lama aku kat blog frenster aku dulu...so berhati-hati...entri ni sangat kotor dan penuh dengan kopi dan pes...sila jangan baca sambil makan jika korang taknak rasa geli-geli...

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah. (sebab aku nih lelaki aku pun tak tahu). Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan…

Dari mana datangnya gas kentut?

Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk?

Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus.
Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.
Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?

Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.
 Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?

Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?

Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut.Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?

Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

Ada. Pernah tengok ‘Just For Laugh’ di saluran NTV7 dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Adalah kura-kura kentut?

Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?

Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

Adakah kentut mampu membunuh?

Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam
20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?

Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik.

Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu faham-fahamlah…

Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?

Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah penulis blog ini juga kentut?

Penulis juga manusia biasa. kadang-kadang ia dijadikan sebagai suatu hobi. Cuma apabila dituduh penulis akan cepat-cepat mengunci topik itu. Tak kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa dia. penulis tetap kentut.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?

Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?

Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.

notahangit: mana la aku korek idea tulis cerita mengarut ni dulu....

Tuesday, November 02, 2010

Luahan hati...

Selamat hari ni

sebagai start, aku nak tulis pasal kepenatan aku arini...yela...tak masal-masal aku jadik AJK PM-UTM kat KYM ni...amenda PM-UTM tuh??ntah..aku pun taktau...yang aku tau, club untuk student kerjasama UTM punya AJK la....ntah..bior la...tadi first meeting aku...dan first expression aku, macam haram..almaklumla...aku tau diorang ni bebudak lagi semua...aku jek tua walaupun pangkat aku still lagi junior...sem 3 pun dikira junior gak ek..tapi siyes berterabur...meeting takde penasihat..takde orang tua atau staff yang perhati...tu jadik cenggitu..ramai yang nak tunjuk besor kepala memasing...sampai Tuan Presiden pun dah macam blank-blank..Cik Naib Presiden lak nak tunjukkan kuasa...secara jujur, aku benci orang yang suka nak tunjuk power ni...tolongla...masing-masing ada kuasa gak....kang aku guna pengaruh aku kat HEP kang, habis persatuan UTM korang ni...padan muka aku dengan korang-korang sekali....dah...biorkan tahap marah tu..just kesimpulannya, meeting yang sesia dan membazir jek aku ponteng kelas sebab nak pegi meeting ni...nasib balik tadi dapat borak dengan awek cun..lega sikit...lalala...

disebabkan kesialan tu, lepas tu balik-balik lak, budak kecik sebilik dengan aku ni pegi membebel, campur lagi dengan orang yang tak reti-reti, aku sudah naik tensen dan hentam tido taknak bangun sampai pukul 12...haha...dah rugi sekerat hari dah aku...damn...

abaikan jugak yang tu...satu lagi luahan hati...aku tak puas hati dengan perkembangan hangit habis dah ni...myb silap kat aku jugak...pegi mana-mana aku promote gorengbaek tapi hangit habis dah ni tak...tapi jangan salahkan aku...kalo letak link, aku letak dua-dua...tapi aku taknak hebohkan sangat hangit habis dah ni...sebab kat sini aku bebas tulis semua benda yang aku nak...tak macam gorengbaek..situ tempat aku luahkan idea...kat sini aku luahkan perasaan...kalo ikutkan, tula tujuan aku hidupkan blog ni balik...sebab tu laa aku letak tagline kat sebelah sana sebagai blog yang comel dan panas...tapi kat sini keras dan ganas...tempat aku lepas geram, marah, karya ikut perasaan...jadik, takdela korang nak jumpa fakta-fakta menarik kat sini....kat sini just bebelan demi bebelan demi bebelan tak sesudah....

apa lagi aku nak luah??aku nak balik muor la rasanya nanti...biasa kat sana aku dapat reset balik semua mood..lama sangat lepak kat Melaka ni tak balik-balik, mengadap bebudak dengan perangai masing-masing yang kengkadang aku tak faham ni, boleh buat aku makin lama makin kurang lak tahap sabor aku...

notahangit: jadik dengan rasminya aku jadikan blog ni karya hati dan yang sebelah sana tu karya akal...korang nak suka mana-mana ikut suka...kalo nak suka dua-dua lagi bagus..kalo tak suka, tekan jek butang "x" kat atas tab atau browser korang tu...

Sunday, October 31, 2010

Betul ke ek???

Selamat Hari ni

Mesti korang tertanya-tanya kenapa ek aku lama tak hapdet menatang ni termasuk gorengbaek sekali...ada beberapa sebab...dan macam biasa la ek...reason dengan point form...aku taktau nape ni jam aku gile betul dengan point form ni....mungkin senang nak baca atau semua idea aku memang datang dalam point form kot...lantakla....jadik, ni la sebab-sebabnya...

  1. topik kat dalam berita semua bosan-bosan...kalo tak benda-benda yang deja vu....eksiden bas, pemandu bawak laju, parti tu kutuk parti ni....kempen, kempen dan kempen....negara berjaya buat perjanjian dengan negara tu...dengan negara ni....meeting menteri sana, meeting menteri sini....1Malaysia, lobi melobi....barang tu naik, barang ni naik....semua berita bosan-bosan...cubala buat berita yang menarik sikit....cerita pasal kucing beranak ke...berita pasal budak pompuan buat projek dalam semak...siap liputan ekslusif lagi...rompakan terancang yang berjaya pawned kan PDRM yang maha hebat kat Malaysia ni...baru la ada benda menarik aku nak tulis kat blog aku...sekurang-kurangnya ada gak pihak yang dapat backup dari aku walaupun yang baca kat sini tak seramai mana...
  2. elaun dah masuk...sepatutnya aku berperasaan YAHOO!!....memang pun aku berperasaan tu....kesiksaan yang ditanggung selama ni dah terlepas sekejap....tapi yang tak bestnya, idea macam makin pergi pergi....bukannya makin mari mari....padanla orang tua-tua kata makin banyak duit, kita jadik makin bingai...dan padanla aku tengok ramai pemimpin kita jadik bingai gak...rupanya diorang sentiasa banyak duit....cuba kita dapat orang miskin jadik pemimpin....aku kompem down to the earth habisla...takde cerita buat menara 100tingkat ke...projek mega-mega rega billion-billion....paling pun diorang buat projek pembangunan kedai 2 tingkat supaya orang sesama buat kije dan meningkatkan ekonomi negara...jadik takde la cerita bagi duit ke bagi bisnes kat kroni sebab nak jadik bertambah-tambah kaya ek..
  3. kat keliling aku dah takde benda yang best terjadik....nak ajak berborak buat tambah-tambah idea pun takde member...paling yang ada pun budak bilik aku jek...tu pun kalo cerita, pasal bola, pasal politik ala-ala surface...maklumla bebudak lagi...takleh cerita lebih-lebih...lagipun aku memang tak suka cerita pasal politik ni...yang bebudak rumah yang lain???kalo tak anime, muvi, game....memasing ngadap laptop sendirik sambil berusaha nak mendapatkan award telinga kuali...sape lagi pekak kalo aku nak berbual dengan diorang, dia la yang paling terer....macam hape ntah perangai...
  4. awek takde....tak masal ni pun jadik sebab...mana tak...kalo ada awek, boleh gak aku mengorat....paling pun ada gak inspirasi nak tulis...pasal awek kenapa ko sombong ke...pasal awek nape ko berperangai taik...tu maksud dia aku memang kena carik awek la....tapi rasa macam malas lak nak ada awek lagi...kang tetiba lak awek tu terjeles sebab aku ada blog...dah tu ada dua lagik..dah tu kalo baca blog aku, memang kena sebijik-sebijik kat batang hidung kalo aku bengang dengan sape-sape...nak carik awek yang lepas spesifikasi, tak kisah, dan lepas semua pantang-pantang yang aku tulis kat gorengbaek tu memang susah bai....
  5. dalam otak aku bercelaru mana satu nak setel dulu..sebab sekali datang banyak benda kena pikir sekali harung...nasib la otak aku ni tahap processor dia mengalahkan quadral core..berapa kije serentak pun boleh buat tanpa gangguan..tapi bodoh-bodoh pun lagging gak sebab RAM rendah...sebab mesti terlupa...bengong...fahamla...assignment(tak kisah...kejap jek buat), group project(3 coding program kena cipta...serentak lak tu), lagu yang orang request sebab aku gatal-gatal post lagu ari tu(ada yang nak lagu jiwang versi chenta..bukan break up la...ada yang mintak lagu omptuih la...ada yang mintak lagu ceria la...macam-macam), final(lama lagi..tangguh dulu..)...dan yada yada yada....jadik, aku akan selalu ter"hang"...terpaksa restart beberapa kali...so janganla terkejut kalo korang tengok aku asyik shutdown jek...haha...
  6. entri yang keluor kat kepala hotak ni semua bila aku taip jek, mesti aku cancel balik...sebab bila aku tengok balik, tak berkualiti sungguh....ada gak rasa macam nak buat entri kena spender bentuk dia segitiga...kenapa orang hisap rokok takleh berhenti merokok...macam-macamla..bila aku balik, aku kompem aku kena kondem semahu-mahunya...kang tak terlayan lak aku komen dahsyat-dahsyat korang kat aku...ngeee~~~
jadik, tula antara sebab-sebab nape aku tak hapdet lama kat blog aku...kengkadang ada gak rasa nak berehat seketika macam yang dah dibuat member-member bloggers yang lain...tapi aku rasa cam tak best lak...sebab bila aku check balik cuti aku kat blog ni, dah tinggal sikit quota cuti tu...so, aku tak jadik la cuti...boleh ek cenggitu??

notahangit: biasanya nak carik alasan tu lagi mudah dari nak setelkan masalah...jadik, dari aku carik alasan, baik aku setelkan masalah tu SEKARANG JUGAK....kan??
 

Thursday, October 28, 2010

Korang perasan tak??

Selamat Hari ini...

Entri ni ada berunsur double meaning....jadik, adik-adik yang merasakan diorang belum cukup baligh atau mumayyiz, sila jangan ngengada nak teruskan baca...sama ada korang pegi klik kat gambo burung berapi tu, baca entri kat sana, ataupun korang pegila tekan button X merah kat sudut atas kanan windows ni ek....

jadik, teruskan pada entri....korang pernah perasan tak benda-benda ni dalam hidup korang...aku duduk-duduk ni, tetiba aku terpikir....a'ah ek...apsal aku tak pernah terperasan sebelum-sebelum ni....maybe aku dah terlampau pikir dan berdepan benda-benda berat sampai aku tak perasan benda-benda ringan cenggini.....jadik korang-korang, pernah tak korang perasan yang:

  • kebanyakan kenikmatan dan keseronokan dunia ni ada kat sebelah bawah badan kita??keseronokan orang-orang yang dah kawen jek tau, kenikmatan masa memberak, kenikmatan masa lepas makan, kenikmatan dapat berlari-lari, kenikmatan terajang kepala orang....aku tak pernah terpikir benda ni...korang agak-agak kenapa ek Tuhan bagi kita kenikmatan lebih kat situ?
  • kebanyakan beban dan sakit kita yang tak tertanggung semua ada kat sebelah atas badan kita...beban pikir masalah, beban pikul tanggungjawab kat bahu kita walaupun tak nampak, rasa berat mengangkut barang-barang, sakit gigi(penyakit yang memang tak boleh nak tahan dan cover tahap macho kalo kena), sakit kepala atau lebih dikenali sebagai migrain...kenapa ek kebanyakan beban yang berat-berat tu dianugerahkan kat bahagian atas badan kita sampai cenggitu sekali?
  • kebanyakan orang yang dah kawen mesti akan merasa keberatan beban yang akan ditanggung tak kira jantan ke pompuan...kita yang tengok pun naik kesian tengok beban yang diorang bawak tu...tak caya, kalo pompuan, lepas kawen, kebanyakannya korang akan nampak beban yang diorang bawak selama 9bulan 10hari...dan kebanyakan jantan-jantan lak korang akan nampak beban yang dibawak kadang-kadang semenjak lepas kawen sampai la abis nyawa dia...sama jek besor dia....sama jek nampak berat dia...cuma bezanya, yang pompuan masa bawak beban tu, tak digalakkan buat kije berat..tapi jantan-jantan kalo boleh, perbanyakkan la buat kije yang berat-berat....tapi aku tertanya-tanya...kenapa dinampakkan kita dengan bebanan yang berat tu....
  • kebanyakan bapak-bapak skang ni..tak semua tapi kebanyakanla....terutama golongan-golongan melayu gak dah jadik makin kedekut skang...mana tak nya....bila dapat tau anak dara dia berkapel dengan jantan-jantan lain, dia punya menyinga, tuju jantan bukan main lagi mengalahkan kapten komando....bukan main lagi protective dia kat anak dara dia...punyala jaga takut orang apa-apakan anak dia...sampai time bini dia tu terlepa kejap, bapak dia punya la protective dan sayang anak tu sanggup teman anak tu tidor...siap tolong bagi anak dia title janda sebelum kawen lagi...apsal ek..aku sendirik tertanya-tanya...kenapa bapak-bapak ni jam berperangai cenggitu??adakah kasih sayang dan manja mesra bapak pada anak tu tak dapat jantan lain nak celen??sampai bapaknya sendirik lak "terpaksa" curahkan kasih sayang cenggitu rupa??
  • kebanyakan mak-mak skang ni lebih bersikap bapak...sampai kengkadang duit tanggung makan hari-hari pun dia sibuk nak carik....sampai "terpaksa" sang jantan ni jadik pengganti mak-mak ni jadik surirumah tangga sepenuh masa??balik kije, buat perangai macam permaisuri, laki tolong bukak kan pintu, laki tolong bukak kan kasut, laki tolong masakkan, laki tolong hidangkan makan, laki tolong teman bini makan sampai habis...apa dah tersilap ajor agaknya ustad zaman skang ni...yela...orang dulu-dulu ajor, tanggungjawab bini cuma melayan laki aje...kije-kije yang lain tu ehsan bini untuk laki kan...tapi lagi baik kalo bini-bini buat dan laki-laki tolong ringankan beban...barula nampak bini tu melayan laki dia...lagipun aku tak faham...cemana orang dulu boleh hidup ek...laki kije noreh...bini tak kije...anak 12...tapi cukup jek nak bagi makan hari-hari...sekolahkan anak sampai luor negeri...tapi ni jam, laki bini kije...kengkadang muka anak pun lupa...tapi macam makin tak cukup lak....kat mana salah tu ek...
  • budak-budak ni jam muka makin lawo...serius...kengkadang, mak jowo, bapak bugis...anak keluor muka macam omptuih...tapi yang aku tak faham, makin lawo budak-budak skang ni, makin kurang ajor perangainya tu...kalo cam zaman dulu-dulu, cakap "puki benda itu" pun berpinor muka kena tampor...berbirat badan kena sebat...tapi budak skang jangankan kata cakap...siap mintak, siap pegang-pegang, siap main test-test rasa lagik...makbapak boleh lagi backup...siap kalo tersebor video klip kejayaan diorang tu kat internet, makbapak siap tolong saman lagik...tu tak campur kalo dengan cikgu-cikgu...zaman aku dulu, kena sebat dengan cikgu tu biasa...tak puas ati dengan cikgu, paling jahat pun tempek gula hacks kat windscreen keta cikgu tu pastu tunggu tengahari buat...peeeerrggghhhh....efek dia...macam matriks...retak seribu cermin keta cikgu tu...tapi kalo kena tangkap dan kena rotan, terima dengan  terhormat la...dah tau salah kan...tapi budak skang, cikgu baru tegur sikit..."awak ni kerja rumah ni tak siap la..."..besoknya, makbapak budak tu datang....siap bawak parang nak tetak cikgu tu....seminggu lepas tu siap keluor tv lagik....aku tak faham betul...apa fungsi cikgu sebenornya dah kat sekolah skang ni??
  • negara kita ni ada engineer tahap genius...melambak-lambak...ko bayangkan...motor ex5 yang cc dia tu baru berapa jek boleh cucuk baik punya dengan RXZ...tapi yang aku tak faham, kenapa diorang tu taknak pegi tambahkan lagi tahap genius diorang tu....kenapa pulak kerajaan tak hired jek diorang ni kije kat Proton ke, Perodua ke, Modenas ke...yang pegi ambik budak-budak kaki buku tu buat apa...diorang tau teori jek...agaknya muffler kat keta pun tak tau cemana rupa...dah tu, sanggup terima hinaan orang cakap kereta buatan Malaysia ni cap ayam...mana tak....design sendirik...enjin import luor...kilang import luor...pasang kat negara sendirik...tukang pasang pun import luor...membazir betul...lepas tu nak marah-marah pulak bebudak tu mati kat tengah jalan...dah korang tak bagi diorang kije, tak bagi diorang can try guna equipment canggih, test guna patung bermuka radioactive....diorang try la sendirik...tul tak?
  • orang-orang yang memimpin negara kita ni kalo tak dia ada suku-sakat pernah jadik pemerintah, mesti dia orang kaya, tak pun dia tak pernah tau berapa berat cangkul, berapa kederat nak pakai buat kije, sekolah tinggi-tinggi tapi taktau maksud perkataan sengsara, lepas tu mesti dia cakap bahasa melayu tak berapa betul sebab nak jadik mat salleh celup....kenapa ek...tak boleh ke ambik pakcik yang ada kat surau tu jadik pemerintah..tak pun pakcik-pakcik yang duk borak-borak politik kat kampung tu jadik perdana menteri....nak aku kata diorang ni bongok sebab sekolah tak tinggi, aku rasa diorang ni tahap lagi genius dari pemerintah yang ada skang ni...negara gawat pun diorang siap ada solution yang lagi dahsyat dari Tun Mahathir dulu...kes liwat Anwar pun dia dah tau keputusan sebelum abis bicara lagik...aku pun tak faham...
  • kenapa masa zaman kena jajah dulu, bomoh-bomoh melayu ke siam ke yang sikit punya terer peringkat boleh fire-fire orang dari jauh tu sorang pun tak wujud??kenapa tak disantau jek mat salleh tu dulu??dari dia pegi santau orang melayu sendirik jugak buat apa...takde sumbangan betul...alang komunis dulu pun terang nampak diorang nak halau omptuih keluor dari negara...bukan aku sokong komunis tapi korang pun nampak kan diorang berusaha nak halau penjajah negara kita dulu....jadik, sape yang kita nak kategorikan sebagai pengkhianat bangsa yang sebenornya???cuba korang pikir...aku tak faham betul mentaliti kita ni....
notahangit: aku rasa baik aku berenti parat tu jek...kang lagi aku cerita lagi teruk hangit jadik...tak masal-masal aku kena tangkap ISA lak nanti....agak-agak korang terpikir tak kenapa ek semua benda ni terjadik??meh bagitau aku...

Tuesday, October 26, 2010

Apa??suka ati aku la nak tak puas ati pun...

Selamat la sangat ari ni..

Macam tajuk entri...aku betul-betul tak puas hati...taik....bengong...lahanat...curse you to the middle of the earth...ehem ehem...aku tak kisah sangat menarut melampau-lampau kat blog yang ni sebab tak ramai yang tau kewujudan blog ni pun....jadik bior aku lepaskan sakit hati aku arini dalam bentuk point form...

  1. Dari petang tadi, aku nak reply komen-komen member kat Gorengbaek tapi asyik terbantut...sebab tu la lambat...sori ek korang...bukan sebab apa...sebab ada la brader-brader kat bawah ni yang berhati murni nak repair lift...ok bai repair lift..bagus la...sekurang-kurangnya makin selesa la aku ada kat dalam lift tu walaupun masa yang aku ambik kat dalam tu lebih kurang 2,3 minit jek sehari....tapi kalo nak kirakan tak repair pun takpe....lift tu still boleh guna lagi...dalam keadaan baik...takde bunyik-bunyik nak roboh pun...aku tak marah sebab aktiviti repait lift tu...bagus...lagipun aku tak keluorkan sesen pun nak repair tu...tapi yang aku hanginkan sangat ni, tang nak repair lift tu, takyahla asyik-asyik buat main Main Switch kat bawah tu...kalo alang-alang nak padamkan, padamkan la terus...buat kije ko oneshot, lepas tu on kan balik untuk try, lepas tu pastikan apa lagi yang tak cukup, matikan balik, perfect kan, lepas tu dah la....ni tak..kejap on, kejap off...kejap on, kejap off...lelama jahanam motherboard aku sebab laptop asyik termati tetiba...bajingan..kalo aku mintak ganti rugi, nak pulak ko bayor??(masalah sampai skang tak ok lagi lift tu...bongok..terpaksa aku turun tangga dari tingkat 3...nasib tingkat 3..kalo tingkat 8??tak  ke naya tu...)
  2. ni lak satu lagi perangai bajingan...aku taula ko syok giler tengok anime ke video klip ke apa ke sengsorang kat depan laptop ko...tapi takyah la ko ketawa berdekah-dekah sampai nak bagi satu Melaka ni dengor...agak-agak la bai...aku punyala layan feeling carik material nak update Gorengbaek terus serta-merta hilang idea dengan material nak tulis apa sebab ketawa ko yang macam pukimak tu....ntah apa-apa ntah...orang lain reti gak rasa geli hati...gelak ala kadar la bai....tak pun kalo nak sangat gelak berdekah-dekah, pegi blah tengok kat dalam bilik ko lepas tu tutup pintu...cemana aku buat time aku nak memekak compose lagu dengan Iwan Dextrous....taik betul perangai...
  3. ni satu hal lagi perangai sial....aku faham masing-masing ada laptop, ada aktiviti sendirik...tapi masa orang cakap dengan ko tu, reti-reti laa nak bagi respon...cakap "ha?" pun ok la...aku faham la ko tak kosentret kat amenda aku cakap tadi...ni tak...satu kes, aku cakap, panggil, siap jerit-jerit pun buat dek jek....aku tau la suara aku ni comel...tapi kalo aku panggil tu, nyahut la ek...tu satu hal...ni satu hal lagi...yang lak kalo cakap sanggup jadik batu..buat macam tak wujud jek...kan sial nama tu....kalo tak dulu bukan main lagi merayu-rayu minta tolong...ni jam, dah senang, main tinggal jek...lahanat lu...
p/s: nasib ada orang pujuk aku jamming...hilang marah terus...gila pemaaf aku ni...haha

Saturday, October 23, 2010

TV...oh TV....

Selamat Hari ni

Ni luahan hati aku kat penerbit TV....wahai penerbit TV...tahu tak korang yang aku rasa sangat bahagia setiap kali aku tengok tv skang ni....aku tau walaupun aku muda, tapi hemat hidup aku macam orang tua...setiap kali aku bukak tv, aku mesti tengok berita dulu....aku suka tengok berita sekarang ni...macam-macam cerita menarik yang korang sampaikan kat tv sekarang ni...berita politik ini...politik itu...parti ni sound parti ni...parti tu kutuk parti tu....Dato' tu makan rasuah, Dato' ni buat liwat...macam-macamla cerita pasal tu....seronok tengok...walaupun orang kata berita korang berat sebelah, tapi aku suka gak tengok...macam drama swasta...takde ribut takde apa tetiba jek Dato' ni keluor berita kata nak saman orang ni sebab keluor statement palsu...e'eh??menarik ni....ada klimaks baru....so diharap wartawan-wartawan ni janganla buat kije lain selain mengorek cerita politik yang tak habis-habis ni...walaupun ramai orang benci tengok, tapi aku rasa sangat bahagia...kadang-kadang sampai aku tertido tengok drama-drama berita-berita tu semua...

wahai penerbit tv...tolonglah banyakkan berita masalah sosial orang melayu ni...barula kita boleh jadik setaraf dengan negara Hollywood....jangan ingat kat US jek ke ada budak-budak rosak akhlak...kat Malaysia ni pun banyak gak la...betul tak penerbit tv???lagipun kes rogol, bunuh, tipu menipu ni tak sehebat kat Malaysia....takde sampai setiap hari keluor berita pasal ni kat tv diorang macam kita...kan??lagipun jenayah diorang tu tak seterer penjenayah kita....kadang-kadang mahkamah pun pening nak convict pesalah kita...hebat...hebat...aku rasa CSI pun takleh nak setel artwork penjenayah kita tu...kan???

wahai penerbit tv....tolongla tambahkan lagi iklan kat dalam tv tu...aku rasa bosan sangat tengok siaran yang entah apa-apa tu...lagipun, kalo nak tengok cerita ke apa-apa, tengokla kat wayang..tak pun tengok jela vcd kalo taknak ada iklan...jadik aku nak cadangkan la kat penerbit tv..lepas ni takyah la buat cerita lagi...menyibuk jek...buat jek siaran iklan 24 jam...buat ulang-ulang iklan pun takpe....aku suka...kalo boleh takde berita pun takpe...bagi aku tengok iklan jek...

lagi satu kenapa part cerita artis tu pendek sangat...mana cukup sejam...buat la 2,3 jam...kan banyak lagi gossip artis...yang gossip pakai baju, tak pakai baju, minum kat pub, kalo boleh cerita diorang pakai spender apa pun aku nak tau gak...diorang berak cangkung ke duduk ke pun aku nak tau...

yang ni khas untuk RTM jek...apsal la sikit sangat buat siaran temubual tu...kalo boleh takyah la selangkan dengan cerita-cerita yang ntah apa-apa tu....buat jek semua siaran jadik siaran temubual..orang-orang Malaysia ni semua memang suka dengor orang membebel tak tentu arah hari-hari...diorang buat cerita bohong pun kitorang suka nak dengor....

sekian jek la luahan aku wahai penerbit tv...akhir kata, buat la siaran yang lebih berkualiti dan menebalkan poket korang...kitorang tetap sokong...walaupun rating korang jatuh, tapi kitorang tetap gak sokong gak sama macam pemain bola sepak Malaysia gak...

p/s: kalo la korang ni bodoh sangat nak faham yang luahan aku tu bernada sarkastik..sah la korang ni memang otak bengap nak mampos....banyak sangat duit kat keliling kot....

Friday, October 22, 2010

Hidup balik!!!

Selamat hari ini

gile r skema ayat aku kat atas....tak kisah la...kena bagi intro lain kat blog lain...kalo tak nanti aku terkompius sendirik yang mana satu aku hapdet...walaupun blog ni dah agak tua dari Gorengbaek, tapi aku dah buang semua content yang ada kat dalam blog ni...sebab apa ek..sebab blog ni asal berbau politik.....genre yang paling aku menyampah nak ulas dah skang...jadik aku decide nak jadik kan blog ni sebagai alternatif bagi Gorengbaek..

Macam yang korang tau Gorengbaek bercerita pasal benda keliling aku...so kat sini aku nak cerita pasal benda yang lebih kurang tapi dalam perspektif yang berbeza...

jadik marilah kita sama-sama menghangitkan Hangit habis dah ni dengan benda-benda hangit...lebih hangit dari gorengbaek yang goreng dengan baik tu.....habis dah pendahuluan...