Saturday, July 16, 2011

Bloggers: famous doesn't show our real intellect

Arakian

aku dah lama tak blogwalking...yup...semenjak final exam sem lepas...aku lebih banyak melepak kat youtube, duk layan video mengarut-mengarut nak isi masa lapang...tak pun duk main gitar dua tiga lagu..paling-paling bangsat pun duk mengorat awek...dan masa hangat pasal isu Bersih dulu pun, aku tak datang feel langsung nak update...sebab 99.99% bloggers kat Malaysia bercerita pasal benda yang sama...so aku tunggu sampai semua tu dah agak reda, baru aku berjalan-jalan ke blog orang....dan start aku blogwalking, target aku ialah big fish...a.k.a blog yang agak famous dan tinggi pageview nya...dan apa update diorang yang aku baca?latest update dan entri pasal isu-isu panas semasa...dan selepas beberapa hari aku duduk baca satu-satu entri diorang, aku dah dapat buat kesimpulan....tak semua bloggers yang famous dan ada view yang macam betul tu sentiasa betul...benda ni memang agak mengecewakan aku masa aku baca...tapi tu la fakta dia....

hampir kita semua yang baca blog adalah bloggers dan kita semua tau yang kita ada source sendiri untuk update...untuk mereka-mereka yang buat entri pasal diri sendiri atau pasal kisah chenta diorang, memang takyahla nak cakap...aku pun kengkadang skip jek....yang aku nak sentuh, pasal diorang-diorang yang buat entri pasal isu semasa dan pendapat diorang...dan aku dapati, ramai bloggers yang lebih berpihak pada emosi sendiri berbanding fakta tu sendiri...benda ni kalo diikutkan sangat tak patut....salah satu sebabnya ialah kita juga sealiran dengan geng-geng media yang buat liputan secara langsung...yang bezanya antara kita dengan diorang ialah kita buat liputan macam arm chair detective...duduk kat satu bilik, buat research dan fikir menggunakan otak kita sendiri....diorang pulak pergi sendiri kat tempat kejadian dan report...aim kita sama...menyampaikan berita yang sebenor....

tapi satu jek silapnya...kita selalu terlupa nak evaluate secara adil...kita suka berpihak pada satu pihak jek...macam kebanyakan kita nampak, media malaysia suka berpihak pada kerajaan...menghentam, menghentam dan menghentam...bloggers pun ada yang cemtu gak....tak kisahla yang suka berpihak pada kerajaan atau yang suka berpihak pada bukan kerajaan....caranya tetap sama...menghentam, menghentam dan menghentam...susah sebenornya nak menjadik sorang yang neutral...sebab in the end kita tetap akan berpihak pada satu pihak jek...

berbalik pada tajuk...bagi sorang blogger yang kebanyakannya ada daya pemikiran yang tinggi, kita kena sentiasa rujuk pada bermacam-macam sumber tak kira yang baik atau tak baik...kita bukan jek kena buat research kat dalam Quran jek tapi kena jugak bukak Bible, Tri Pitaka ataupun Purana supaya pendapat kita tu tak berat sebelah...dan buang mentaliti melayu kuno yang takutkan semua benda sampai nak buat research pun takut sebab takut-takut terkeluor agama...bongok...

notahangit: pendek kata kalo rasa macam leceh jek nak kena buat research macam-macam, baik jangan bagi pendapat pasal isu semasa lepas tu mengaku yang korang la yang paling neutral dan betul...baik tulis terang-terang kata ni pendapat peribadi aku yang sangat emosi dengan benda ni....deal...habis cerita...

2 comments:

faizura rahman said...

hahaha..sokong 101% !

Along Tapa said...

faizura rahman

yepp..kengkadang naik bohsan dah aku perhatikan fyez...