Monday, January 16, 2012

Bahasa Melayu tak mungkin hilang....kimak lu!!!

Arakian

Aku jelak betul bila orang guna ayat ni...dan kalau orang yang cakap tu betul-betul orang yang berhotak sempit dan tak pikir jauh, aku tak dela menyirap sangat...sebab dah memang benak...ni orang yang sepatutnya bijak...bertaraf Universiti ternama...bekerja korporat tinggi-tinggi....apa diorang buta ke, bongok ke ataupun memang tak reti-reti??yang buat aku rasa paling rage bila orang cakap "kita kena galakkan pelajar kita berinteraksi menggunakan bahasa Omptuih...bagi diorang biasakan bertutur menggunakan bahasa asing tu barula mereka boleh mencapai tahap yang industri nak..."...bontot la bai...

aku faham keadaan semasa, kita nak gunakan bahasa yang bukan melayu ni untuk mendapatkan pengetahuan, memudahkan pengurusan, macam-macam la...tapi mana gaya datangnya kata nak membudayakan bahasa melayu?kalo kita sendiri tak gunakan dia??ke korang nak tukor kitorang yang memang dah budayakan bahasa melayu ni jadik mat salleh celup macam korang??cakap melayu ada slang-slang...rambut hitam dah tukar cekelat...nak pakai baju melayu pegi masjid pun rasa segan...nak kena pakai kot jugak...cenggitu ke?kimak la...

lebih dari 10tahun lepas, bekas perdana menteri yang kita konon-konon banggakan sangat, Che Det ada cakap...PANDANG KE TIMUR...aku lak cakap, pandang secara total....tak yah tengok timur jek la...sebab kalo kata timur, Jepun, Korea, China(walaupun diorang yang tinggi just jumlah buruh jek) diorang memang gunakan bahasa diorang sendiri..meh kita tengok kat barat lak...US, UK menggunakan bahasa diorang....orang Jerman tak tukor bahasa perantaraan diorang jadik bahasa Inggeris...even kalo kita nak kije atau belajor kat sana, kita kena lak belajor bahasa diorang..Perancis yang memang sah-sah berjiran dengan UK, tetap gak guna bahasa diorang....sampaikan mana-mana rakyat UK yang ada urusan atau bekerja kat situ kena ambik kursus bahasa Perancis...nak jauh sikit?aku ambik negara bekas komunis...Rusia...korang cakap kat aku...sape yang kena pergi Russia sama ada nak belajor atau pun kije tak kena belajor bahasa diorang??nak aku bagi lagi dahsyat?sekongkol kuat Eropah...Israel...pikirla sendiri...

jadik, kenapa kita yang konon-kononnya negara yang termaju di Asia Tenggara takde jati diri dan nak pinjam bahasa orang lain??apa kita segan nak cakap bahasa melayu ke?tak tau ke bahasa melayu ni salah satu bahasa yang unik kat dia??bangang la....

notahangit: melayu konon...melayu taik kucing la!!!!

Monday, January 09, 2012

Aku rasa teori evolusi Darwin boleh digunakan

Arakian

Semua orang tau pasal teori evolusi Darwin betul tak? Dan teori yang sangat menggemparkan dan jadik perdebatan hebat dunia diantara golongan beragama dan golongan atheis ialah teori manusia sebenarnya berevolusi daripada beruk kepada manusia...pada mulanya aku memang sangkal 100% teori ni sebab aku rasa teori ni menjatuhkan martabat manusia sebagai khalifah kat muka bumi ni dan menyangkal kewujudan Tuhan...

tapi semakin lama aku hidup..dan semakin banyak aku perhati sifat-sifat manusia ni, aku rasa teori Darwin ni memang boleh diterima pakai...tapi bukan secara fizikal...secara mental...jadik, meh sini aku cerita kenapa aku kata aku rasa teori tu boleh aku guna pakai untuk manusia nak-nak apa yang aku dah perhati pada zaman la ni...

setiap orang melalui zaman kanak-kanak...aku sendiri pun sama...dan aku boleh katakan zaman ini memang zaman kita berfikiran macam monyet...selalu nak bermain, just rasa nak makan bila rasa nak makan...kita taknak makan benda yang rasa sedap pada tekak orang dewasa tapi kita nak makan makanan yang berasa manis jek...yep...aku tau ramai yang akan rage bila aku kata cenggini tapi ni pendapat aku...pada masa ni, kita tak dapat bezakan yang mana buruk dan yang mana baik..dan kita hanya boleh carik makanan yang ada disekitar kita atau apa yang diberikan pada kita jek...kalau pada peringkat ni diorang bertindak luor batasan, kita boleh nak kawal diorang dengan cara yang kasor macam membentak...diorang akan takut dan mengikut kata...paling tak pun diorang lari...

sampai pada satu peringkat evolusi, ekor dah menjadik takde...masih ada sikit sifat kanak-kanak dan kita cuba nak berlagak dominan...masa ni aku anggap manusia bersikap macam beruk....korang tak percaya?korang pernah tengok tak remaja-remaja terutamanya budak-budak sekolah kat dalam bas kalau korang naik bas pada waktu diorang balik sekolah ataupun pada waktu cuti masa nak ke bandor?memang macam beruk...terjerit-jerit dalam bas...memekak dan mengorat setiap awek yang lalu kat keliling dan cuba berlagak cool...yep..memang macam beruk...pada peringkat evolusi ni, kalau kita bertindak kasor macam tampor muka diorang kalau melebih-lebih, kita memang akan diserang balik...sebijik macam beruk kalau kena baling dengan batu...diorang akan kejor korang sampai dapat lepas tu siat-siat korang sampai diorang puas...

pada peringkat ketiga, ada sesetengah peringkat evolusi akan mencapai peringkat homo sapiens dan ada jugak yang akan stuck kat peringkat neanderthal...bagi mereka yang berada pada peringkat homosapiens, diorang boleh berfikir secara waras, bertindak dan melakukan segala aktiviti dengan organized dan tak suka keadaan yang kucar lanar...berbeza dengan mereka yang berubah dan stuck pada peringkat neanderthal..mereka membawak sifat yang sama seperti pada peringkat kedua tadi...bertindak ikut nafsu dan cuba nak bersifat dominan(pertahankan hak, terjerit, terpekik, terlolong, bakor sana sini, merusuh sana-sini) dalam nak melepaskan palat sendiri...mengikut pemerhatian aku, kita dah menjadik makin kronik sebab mereka yang masih stuck pada peringkat neanderthal ni makin ramai sebab banyak ibu bapa yang bersifat homosapiens ni tak cuba untuk menunjukkan anak-anak mereka tentang konsep evolusi yang betul dan wajar...maka, bagi korang-korang semua...selamat kembali ke zaman batu...

kalau korang rasa offensive dengan mesej yang aku cuba sampaikan, baik korang duduk dan pikir balik...korang kalau tak bersetuju dengan apa yang aku cakapkan ni, baik korang cuba mencapai tahap evolusi kepada homosapiens sebenor daripada korang terpekik terlolong dan bertindak ala neanderthal...sebab kalau korang buat cenggitu, secara automatik korang bersetuju dengan apa yang aku cakap tadi...aku tak suka nak jadik Hitler...semua dah besor memasing...fikirkan la...

Notahangit: nak aku cakap direct? boleh...aku bagi empat perkataan...CUBA JANGAN JADIK BANGANG....amcam?

Thursday, January 05, 2012

Flat

Arakian

Flat...flat...flat...semua benda sama jek flat...bosan aku perhati kehidupan sekarang ni...dengan aktiviti rutin yang berulang-ulang...sama jek...terasa aku nak dapat hari baru yang menarik setiap hari...lagi aku cuba nak jadik kan hari ni interesting, tetap akan jadik flat...terasa betul mangkuk dia....

ada aku cuba nak buat aktiviti menarik...bosan betul hidup dalam rutin ni...satu masa dulu, bila duduk-duduk tak buat apa, aku dapat inspirasi untuk mencuci mata...tengok-tengok awek yang cun...tapi...setengah jam lepas tu...aktiviti tu jadik flat...bosan....kena lak kalo benda tu jadik rutin harian kalo bosan...sampai tahap tengok muka awek yang sebelum ni hot kedebaboom meletup meletup pun dah nampak macam tengok lecture note yang plain dan penuh dengan wording...

dan lepas tu aku invent lagi aktiviti untuk diri sendiri...prank...seronok betul buat prank ni...kita suka..orang yang tengok pun suka...orang yang kena jek rasa tak suka..tapi dua tiga hari pastu dia gelak gak....tapi sampai masa, flat...apa kena dengan dunia ni..takde ke aktiviti yang memang tak buat kita rasa tak flat?

aku sure ada geng-geng serbanitas akan kata...ko ni kekurangan ibadat sebenornya...ko perlukan sentiasa ingat Tuhan....sure ko tak rasa dunia ni tak flat sebab ko sibuk mengejor akhirat...dan sure aku akan rasa fuck off...asal nama kat atas dunia ni...kalo satu benda yang sama jek kita buat, benda tu akan jadik membosankan gak...jadik, toksah nak tunjuk alim sangatla...nanti kalo dah terkena batang hidung sendiri, tau lak nak menyirap-nyirap...

dan bila aku tengok berita, macam seronok tengok budak-budak UPSI memekik-mekik macam orang bangang ramai-ramai...dan pada aku, benda tu bosan...sebab tahun 90an dulu aku dah tengok lagi dahsyat dari tu...dan benda tu memang dah berlaku hampir setiap tahun...cubala buat stail lain...boringla...

dan senang kata...aku bosan...

Notahangit: mana tak rasa flat...duduk kat Melaka ni pun kat rumah flat...cibai betul...signifikan lak...

Wednesday, December 28, 2011

Arakian

Untuk entri kali ni, aku akan bercerita tentang pengaruh keempat-empat unsur dalam psikologi manusia...macam yang aku dah terangkan sebelum-sebelum ni, 4 unsur utama yang ada ialah tanah, air, api dan angin...dan setiap manusia akan mengaplikasikan keempat-empat unsur ni dalam kehidupan diorang...so sebelum aku cerita, aku nak tanya kat korang...pernah tak korang terasa yang aktiviti harian korang macam tak lengkap...macam ada yang kurang?secara jujur, aku sendiri pun pernah rasa cenggitu....dan sebab utamanya ialah kita tak sempat nak mengalami keempat-empat unsur dalam satu hari...tu yang rasa macam kehidupan hari kita pada hari tu flat dan cam takde makna jek...

perkara utama yang kita perlu sentuh dalam psikologi manusia ialah emosi atau perasaan...kita semua ada perasaan...dan walaupun sensorang tu cuba untuk berlagak terminator dengan mengawal perasaan diorang, tapi diorang tetap tak boleh tipu diri diorang sendiri dengan perasaan diorang sendiri...ye tak??so hari ni aku nak bercerita pasal sifat refleks yang ada pada diri kita...dan kita cuba kaitkannya dalam keempat-empat unsur tadi...

jadik, kita bermula dengan unsur tanah...keadaan ni akan berlaku bila kita berada dalam situasi yang tegang dan mendesak...semua orang akan mula mengeluarkan aura berunsur tanah...semua orang akan bersifat defensive dan cuba untuk mengelak dari berlakunya permasalahan yang lebih berat...kita tak boleh tipu diri sendiri ek...setiap orang takde pengecualian memang akan jadik cenggini walaupun baik mana kita pun...pada situasi ni, kita akan cuba untuk sorok fakta yang boleh menyusahkan kita ataupun yang akan worst kan keadaan...jadik, untuk lebih adil, aku akan bagitau cemana nak manipulate keadaan ni....bagi korang yang berdepan dengan orang yang berada dalam psikologi berunsur tanah ni, apa kaedah yang sesuai nak tackle...jika kita bertindak menggunakan unsur api...iaitu panas dan penuh emosi radikal, memang defense untuk tanah tu akan pecah...tapi ada kemungkinan kita susah nak dapat tau apa yang cuba nak disembunyikan tu...ada kemungkinan diorang akan diam seribu bahasa dan tak bagi respon apa-apa...kalau kita gunakan unsur air, memujuk dengan cara yang lembut, puji melambung-lambung, ada kemungkinan kita dapat bongkar apa yang disorok...tapi ada jugak kemungkinan yang diorang akan menjadik lagi konfiden dan pokok-pokok pun akan tumbuh...defense kali dua jadiknya...dan jika kita menggunakan cara berunsur tanah dengan menjadik defensive pada masa yang sama, kita susah nak bongkar apa yang tersorok...silap-silap makin complicated jadiknya....jadik, kita boleh gunakan unsur angin...pujuk dan rayu...alun perasaan diorang dengan kaedah terpimpin...dan tak mustahil mereka akan terbongkar rahsia tu sikit demi sikit....jadik, bagi ibu bapa yang ada anak yang macam suka sorokkan masalah diorang, cuba cara ni...

seseorang itu berada dalam unsur air semasa diorang berada dalam keadaan tenang yang amat...biasanya bagi mereka-mereka yang berfikiran konservatif akan mengkaitkan dengan trans dalam keadaan beribadat...tak semestinya...perkara ini berlaku jika kita berada dalam keadaan pernuh yakin dalam setiap situasi...jika kita berdepan dengan orang yang berada dalam keadaan ni, kita takkan ada masalah untuk tackle diorang...mereka bersifat transparent, yakin dan tidak terlampau beremosi...dan walaupun masa tu korang cuba provoke diorang dengan unsur lain seperti meletakkan halangan dan jugak menimbulkan kemarahan, mereka-mereka yang berada dalam unsur ini tetap akan jumpa alternatif untuk tempuh permasalahan tu...jadik, bukan mereka tak perlukan guide tapi mereka ada cukup keyakinan untuk tempuh apa sahaja...

semasa dalam keadaan marah, cemburu, serabut, masa tu la unsur api berleluasa...aku  rasa aku tak payah nak terang secara panjang lebor pasal keadaan ni...sebab kita dah dapat bayangkan api tu cemana kaedahnya....dan cara nak tackle?kita boleh guna cara tanah...defensive all the way...tapi jangan terkejut kalau diorang boleh pecahkan tembok korang tu...dan kita kalau boleh jangan cuba untuk pujuk rayu dan ikutkan perasaan diorang(unsur angin)...sebab tu memang akan membuatkan emosi diorang makin meluap-luap...jangan sekali-kali lawan api dengan api....makin marak jadinya...jadik, cuba kawal keadaan...orang yang berdepan dengan mereka yang sedang beremosi ni perlu bersifat tenang dan kawal kemarahan diorang...ingatkan diorang untuk bersabar dan bertenang...tu dah biasa kita dengorkan?

seseorang tu akan berada dalam unsur angin bila diorang berada dalam dilema..taktau mana nak tuju...dan ini boleh menggalakkan diorang bertukar kepada unsur api bila tersalah membuat pilihan....jadik bagi kita yang nak guide mereka-mereka yang berada dalam keadaan ni, jangan sesekali guna kekerasan dan emosi....secara tak langsung kita menggalakkan diorang bersifat agresif...korang boleh bersifat air...berlagak tenang dan cool bila diorang dalam dilema dan direct diorang pada pilihan yang betul...tapi sebenornya tu tak berapa tepat sebab diorang akan merasakan yang korang tak bagi diorang apa-apa kesan pun dan anggap korang tak faham..cuba untuk tackle diorang dengan pujuk rayu, kaedah-kaedah berunsur angin, dan jangan terkejut kalau korang pun terperangkap sekali dalam dilema tu...cara yang boleh, tunjukkan kekerasan korang, be defensive, direct ke jalan yang betul dengan mengelak dari melakukan keputusan yang salah(unsur tanah), dan diorang akan terlepas dari dilema diorang...

Notahangit: kesemua cara tackle ni memang nampak macam simple dan mudah untuk dilakukan...tapi percayala yang kita susah nak fix pada satu unsur jek yang mengakibatkan kita susah untuk tackle psikologi orang lain...aku rasa aku akan sambung unsur kehidupan ni pada time lain sebab aku cam tengah takde mood nak bercerita pasal unsur ni...banyak benda yang nak diluahkan...jadik, HHD mungkin akan kembali pada rage yang asal ek...hehehe....

Tuesday, December 20, 2011

Kajian Unsur Kehidupan 2

Arakian

macam yang aku dah cakap pada entri sebelum ni...kali ni aku akan bercerita sambungan entri sebelum ni yang bercerita pasal empat unsur kehidupan...dalam entri yang lepas, aku dah cerita pasal sifat-sifat unsur ni...so kali ni aku nak cerita kedudukan unsur-unsur ni dalam keluarga...aku tak bercerita keluarga secara total...tapi kedudukan dia dalam keluarga kecik...maksudnya, dalam adik beradik korang...

  • Tanah
    Sifat-sifat : Biasanya jadik tempat mengadu dalam semua adik beradik...mereka yang berunsur tanah ni macam ada aura yang buat orang percaya kat diorang...sebab tu biasanya orang yang berunsur tanah ni jadik tempat mengadu...dan selalunya orang yang berunsur tanah ni ada kehidupan yang agak sukar berbanding unsur yang lain...dan dalam sesebuah keluarga, mereka yang berunsur tanah ni, ada kesaboran yang tinggi....macam yang aku cerita pada entri sebelum ni, orang yang berunsur tanah ni, sifat dia defensive...jarang pegangan dia goyang...suka atau tak, orang yang berunsur tanah ni mudah kesian pada orang yang berunsur lain...nak-nak orang yang berunsur angin...
    seteru utama: api
    mudah rapat dengan: air
    anak yang ke:1, 5, 9, 13....

  • Air
    Sifat-sifat: Mereka yang berunsur air ni biasanya menjadik penenang bila ada masalah...biasanya diorang akan mengingatkan orang-orang yang berunsur lain ni supaya banyak-banyakkan bersabor...sifat tenang yang ada dalam diri orang yang berunsur air ni membuatkan ramai orang mudah nak berdamping dengan diorang...dan kita kena sedikit berhati-hati dengan orang yang berunsur air ni sebab diorang memang cukup pandai mengalun orang lain sampai leka sebelum diorang basuh orang tu cukup-cukup...ramai orang yang berunsur air ni mengaku yang diri diorang ganas tapi sebenornya, diorang la yang paling mudah dipujuk oleh orang lain...macam air, ada masanya orang yang bersifat air ni menenangkan..ada masanya, sangat susah nak break kepercayaan diorang...dan diorang ni sangat merbahaya kalau diorang marah...sebab diorang boleh buat orang terkesan dengan apa yang diorang buat masa marah..
    seteru utama: angin
    mudah rapat dengan: tanah
    anak yang ke: 2, 6, 10, 14.....

  • Api
    sifat-sifat: Macam yang kita boleh bayangkan...orang yang bersifat api ni memang cepat panasnya...kengkadang benda yang tak patut pun boleh jadik benda yang buat diorang hangin tak tentu pasal...biasanya orang yang berunsur api ni jenis yang tak pernah simpan dalam...bila diorang tak suka, diorang terus jek cakap...kalau diorang suka pun sama...jenis manusia yang direct dan transparent...kebiasaannya, orang yang berunsur api ni bertindak banyak mengikut perasaan diorang...dan selalunya diorang akan menyesal lepas diorang buat sesuatu action...diorang jugak selalunya agresif...jadik, bila terjadik apa-apa, diorang yang akan buat action dulu..tak kira la benda yang elok atau tak...tapi korang jangan terkejut..orang yang bersifat api ni, walaupun macam ganas, tapi diorang ni sensitif sebenornya...jadik, bila kita encounter dengan orang cenggini, kita kena pandai kawal perasaan diorang...dan korang akan rasa yang diorang ni memang sorang yang sangat berbaloi untuk didekati....
    seteru utama: tanah
    mudah rapat dengan: angin
    anak yang ke: 3, 7, 11, 15,....

  • Angin
    sifat-sifat: Dalam banyak-banyak unsur, orang yang berunsur angin ni memang agak slow sikit dalam reaksi atau apa-apa...diorang biasanya menjadik pengikut yang setia...sebab tu kengkadang diorang ni jarang orang ingat dengan mendalam...orang yang bersifat angin ni memang sangat setiakawan, taat, mudah mengikut nasihat dan selalunya ikut haluan sendiri jek....tapi, disebalik sifat slow diorang tu, orang yang berunsur angin ni pandai mempengaruhi orang lain...diorang pandai memujuk, pandai mengambil hati dan boleh menyelesaikan masalah yang berat tanpa ada pertelingkahan pendapat...orang yang berunsur angin ni biasanya bersifat lemah-lembut dan sopan santun tapi dalam kelembutan diorang tu, ada tersembunyi ketegasan diorang...
    seteru utama: air
    mudah rapat dengan: api
    anak yang ke: 4, 8, 12, 16...
tu merupakan unsur-unsur yang ada dalam sesebuah keluarga...tapi jangan lak korang cakap "eh, along kata aku unsur tanah tapi aku ada gak perangai api dengan angin.."...well..ni ialah unsur utama korang..maksudnya, sifat yang ni yang paling utama sekali...dan jangan lupa...kita dikatakan sempurna sebab keempat-empat unsur tu ada kat dalam diri kita...barula mencapai equilibrium...jadik, take note...bila kita berunsur tanah, maksudnya kita mempunyai kebanyakan sifat-sifat tanah dan ada sikit unsur air, ada sikit api dan ada sikit angin...dan mixture untuk setiap orang tu tak sama...tu semua kije Tuhan ek...dari entri kali ni, mak bapak patut tau anak dia berada dalam unsur mana dan tau cemana nak tackle psikologi anak dia berdasarkan unsur-unsur yang aku dah ceritakan tu...sebab tu jugak la, kalo korang tengok orang-orang dulu, layanan diorang pada anak-anak diorang tak sama...sebab diorang tau unsur-unsur ni...


notahangit: sebab tu kalo korang berendut, mak-mak selalu tanya...endut korang tu anak ke berapa?sebab kalau contohnya orang api berendut dengan orang angin, mak-mak ni akan bagi nasihat cemana nak bagi jodoh tu kekal...so, jangan anggap diorang nak menyibuk...anggap diorang nak tolong korang....sebelum aku terlupa...pasni mungkin aku cerita pasal aplikasi 4 unsur ni dalam pemikiran....

Sunday, December 18, 2011

Kajian Unsur Kehidupan

Arakian

Selalunya aku menulis dengan penuh rage kat HHD ni...tapi hari ni aku nak bercerita pasal kajian kehidupan...Kita biasa terdengor ataupun terbaca kat mana-mana kepercayaan bahawa hidup ni berasal dari empat unsur utama iaitu unsur tanah, air, api dan angin....dan aku rasa aku akan bercerita dengan panjang lebor pasal benda ni...

Pada suatu masa dahulu, kebanyakan orang melayu percaya pada empat unsur ni...jangan kata aku bercerita pasal fahaman animisme ek...sebab ni merupakan pengetahuan alam...kita diajor untuk memahami kejadian asal bumi ni berdasarkan pengetahuan kita yang sikit....segala bentuk emosi, pemikiran dan perilaku manusia ni jam semuanya bergantung kepada empat unsur ni....dan aku boleh katakan yang empat unsur ni merupakan empat unsur asas dalam kehidupan...sama macam kita tau yang warna asas terdiri daripada empat warna(kalau dalam seni tampak, kita cuma diperkenalkan 3) iaitu kuning, biru, merah dan jernih(dalam seni dianggap colourless..sebab tu diperkenalkan cuma tiga asas jek)..

sama ada kita perasan atau tak...keempat-empat warna asas ini menggambarkan empat unsur kehidupan yang aku sebutkan awal-awal tadi...iaitu tanah(kuning), air(biru), api(merah) dan angin(jernih)....Dalam asas kajian perilaku dan psikologi manusia, keempat-empat unsur ini memang sangat penting lebih-lebih lagi dalam mengetahui cara untuk kita tackle interest individu tersebut....jadik, sebelum aku bercerita dengan penuh lanjut tentang perilaku manusia yang mempunyai unsur-unsur tersebut, jom kita kenal dulu secara asas tentang keempat-empat unsur kehidupan ni....

unsur yang pertama ialah Tanah....Tanah merupakan unsur yang paling tinggi tahap ketahanannya, mudah dibentuk dan sangat penting dalam keseimbangan keempat-empat unsur tadi...ia memberikan support, perlindungan dan biasanya dijadikan tempat simpanan bagi segala perkara yang ingin dirahsiakan dari orang ramai...namun begitu, walaupun tanah mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, ianya juga boleh membawa mudharat jika tak cukup kuat, mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur lain dan juga sentiasa berhadapan dengan dugaan yang dahsyat...tak kisahla sama ada dipijak, diratakan ataupun dibuang setelah dapat hasilnya...tanah boleh dikategorikan sebagai permulaan kehidupan...


unsur yang kedua ialah Air....Air merupakan unsur yang paling menenangkan, mudah untuk sesuaikan diri dalam apa jua keadaan, sentiasa penting dalam penerusan kehidupan dan juga yang paling diperlukan untuk pelbagai tugas...air boleh dilambangkan sebagai penyambung kehidupan...namun begitu, walaupun kita tau yang air ni memberikan kehidupan, namun, jangan dicabar ketenangan air kerana jika air hilang pertimbangannya, ia boleh membinasakan dalam sekelip mata sahaja...

unsur yang ketiga ialah Api...Api merupakan unsur yang paling berani, digeruni dan sering membuat orang berjaga-jaga dengannya...tidak seperti unsur lain yang sangat bergantung pada unsur lain, api lebih suka bertindak bersendirian...seperti yang diketahui umum, api merupakan unsur yang  boleh dilambangkan sebagai pengakhir kehidupan....namun begitu, dalam kebuasan dan keberanian api, jika dapat dibendung dan dikawal, ianya merupakan unsur yang berharga dan amat berguna dalam kegunaan harian...

unsur yang terakhir ialah Angin...Angin merupakan unsur yang paling selalu dilupakan dalam setiap unsur kerana sifatnya yang sukar untuk dijangka...ia merupakan unsur yang paling menenangkan, lemah lembut dan sangat mengkhayalkan....angin juga merupakan unsur yang amat penting dalam kehidupan tetapi jarang disedari oleh manusia...namun begitu, ia tetap ikhlas melakukan tugasnya tanpa mengharapkan penghargaan dan perhatian orang lain...Dalam kesemua unsur, aku boleh katakan yang angin merupakan perlambangan kepada harapan kehidupan....namun dalam kelembutan dan keikhlasan angin, jangan dipandang rendah akan keupayaannya kerana angin yang hilang kawalannya boleh memusnahkan satu ketamadunan..

Itulah serba sedikit pengenalan kepada kajian unsur kehidupan berdasarkan empat unsur asas dalam kepercayaan orang-orang dulu...Seterusnya aku akan bercerita tentang kedudukan unsur-unsur ini didalam keluarga...aku rasa ramai yang dah cover tajuk tu tapi aku akan ceritakan jugak untuk complete kan tajuk ni....

Notahangit: apa mimpi aku tulis pasal ni??sebab ramai yang dah makin lupa pasal unsur ni dan main langgor jek...ingat...tak semua orang sama dengan kita....

Thursday, December 08, 2011

Apa guna otak tu?hiasan??

Arakian

Kalo nak diikutkan, tak dan rasanya aku nak mengamuk-ngamuk, berharu-biru ni...elok lagik rasanya kalo aku duk melayan diri jek...tapi kalo dah sampai menyerabutkan orang lain, memang taktau la apa nak kata....ingat...makin kita besor, makinla kita kena bertindak berdikari...bukan terus-terusan nak mengharap orang lain sambil memaksa-maksa...sebab tula orang kata...makin meningkat umur, makin banyak sel-sel otak yang bersambung...dan bila dah makin banyak sel otak bersambung...makin la jauh kita boleh berfikir....

ni tak..kalo dah umur masuk umur dewasa...kalo dah konek pun dah berbulu, tapi otak pikir macam budak-budak tak mumayiz lagi...apa nak dinamakan tu??takkan lak aku nak cakap retarded?tapi setau aku, budak-budak cenggitu pun tau menggunakan otak diorang tau tak?ni lak kita yang dah dibagi akal yang cukup sifat, sempurna...nape tak digunakan otak tu??nak simpan buat apa??bajet boleh guna ke otak ko yang tak digunakan tu kat muzium negara?

sebab tula kita diajor guna akal...nak hidup guna akal....nak mati pun guna akal...lagipun kurniaan Tuhan yang paling berharga kat kita ialah akal...kalo dah akal tak nak guna...ikut nafsu jek...pastu kalo tersangkut, pun ikut nafsu gak...main emosi-emosi...tak ke sama standard jek dengan menatang tu?dungu betul...lagipun, orang ni jam dah pikir cenggini..."bior belajor tak pandai..tapi cerdik hidup"....jangan la jadik otak pandai tapi cerdik tu takde...tu yang jadik kat kebanyakan orang kat dunia ni...reti?

notahangit: bila pakai otak, guna akal, takyah nak cakap pasal hormat orang lain...sebab secara otomatik akal kita dah set cenggitu...reti?

Monday, December 05, 2011

Macam ketam mengajor anak jalan betul....

Arakian

Tadi...lepas waktu berita...eh??sebelum aku loncat terus isik....aku tengok berita kat TV1...memang orang kata "old school"...tapi aku tak kisah sebab aku suka cara penyampaian kat TV1 tu...bahasa yang digunakan agak teratur sikit....jadik sambung tadi balik...lepas aku waktu berita tu, ada la pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa....konsep dia memang terbaik....diorang kumpul-kumpul wakil dari negara lain(yang kebanyakannya dari Universiti-universiti kat Malaysia ni) dan menyanyi lagu buatan anak tempatan...lagu melayu...walaupun yang nyanyi tu kebanyakannya sumbang mambang, tapi aku kagum dengan semangat Kementerian Kesenian dan Kebudayaan punya usaha nak memartabatkan Bahasa Melayu kat mata dunia...aku suka tengok salah sorang pengacara majlis iaitu pembaca berita TV1, Ivan Toh mengacara majlis tu dengan bahasa melayu dia lebih baik dari bahasa melayu budak-budak melayu ni jam....lepas aku tengok pertandingan tu, aku rasa macam tengok pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa ( walaupun yang nyanyi tu boleh tahan sedap-sedap belaka ) tu macam kosong....


dan sepanjang-panjang lepas pertandingan tu, aku terpikir satu benda...aku tengok cemana beria-ia peserta tu masuk pertandingan tu, nyanyi lagu melayu yang bukan bahasa ibunda diorang pun...cuba nak jiwai lagu tu...bawak lagu tu dengan gaya diorang...dan kebanyakan lagu yang diorang bawak tu semua lagu kebudayaan melayu...lagu zapin, lagu joget, lagu dondang...serius...aku kagum...punyala bersemangat diorang nak belajor bahasa kita, budaya kita, lagu kita....tapi mana pulak anak melayu kita ni?ramai yang sibuk nak jadik Beyonce, ramai yang sibuk nak jadik Metallica...ramai yang terkejor-kejor AC/DC...tak terlupa yang duk nak jadik Green Day Malaysia...sayang betul...


tu tak kira lagik dengan cara bercakap...aku perhatikan ni jam...budak-budak lagi selesa bercakap menggunakan bahasa omptuih...yang jawa, sebab malu dengan telor jawanya, bercakap macam mat salleh...konon-konon ada slang la cakap ek....yang kelantan bercakap dengan gaya-gaya hip hop....sebab nak sorok kepekatan loghat diorang...adoiii...bahasa menunjukkan bangsa....sebab tu sampai ni jam aku tak segan bercakap menggunakan loghat Johor Riau ni....biorla diejek orang "seluor,seluor...gobok, selipor, sabor.."...tapi tu identiti aku...aku orang Muor...tu bahasa aku...apa nak malu?I/C aku pun ngaku aku cenggitu....


dan bila aku terpikir-pikir kat mana salahnya...macam susah nak jumpa...aku tengok kerajaan buat macam-macam kempen membudayakan bahasa..cikgu-cikgu beria-ia mengajor bahasa....kat TV pun banyak tayang lagu dengan bahasa yang cantik-cantik, sajak, gurindam, mutiara kata...habis kat mana salahnya ek...tup tup aku tengok la Perhimpunan Agung UMNO...dan aku dah jumpa kat mana salahnya....kalo dah pemimpin kerajaan kita sendiri, yang menjadik contoh pada anak-anak muda kita zaman ni jam dah bercakap bahasa melayu lintang pukang...bercampur-campur dengan perkataan pinjam....manala budak nak cakap bahasa melayu yang betul???nak dimarahnya DBP, diorang dah bagi alasan...kalau perkataan tu takde kat Bahasa, tak salah kita pinjam...masalahnya, perkataannya ada kat dalam kamus tu..tapi takde dalam kamus hidup diorang sebab tak pernah diajor pakai bahasa kita....diajornya pakai bahasa omptuih...mana nak tau...sampaikan aku dengor bahasa melayu pun dah jadik macam gabungan bahasa omptuih, bahasa arab, bahasa indonesia, bahasa Dhaka, yang bersulam sikit-sikit dengan bahasa melayu....cenggitu ke namanya bahasa melayu kita??hampeh...


notahangit: Revolusi tu perubahan...Reformasi tu pembentukan semula....upgrade tu naik taraf....transformasi tu pembentukan...dan diskriminasi tu penindasan....ergghhh....jangan lupa ek...racist tu perkauman...penatla aku dengor orang cakap bahasa campur-campur ni....nak cakap melayu, cakap melayula...nak cakap omptuih,cakap omptuihla penuh-penuh...janganla sekerat-sekerat...

Friday, December 02, 2011

I'm a super politicus...yes..yes..damn it...

Arakian

apa korang ingat aku join politik ke?tak...aku tak berminat dengan permainan politik Malaysia ni...tapi aku minat nak komen sebab aku dah puas follow up pasal politik beberapa hari ni...dari semua media...tak kira la berita ke, siaran perhimpunan agung ke...aku tengok semua...dan aku just nak komen pasal masa perhimpunan agung jek aritu....well...aku bukan penyokong tegar UMNO dan jugak bukan penyokong tegar puak pembangkang....jadik, aku just nak bagitau apa yang aku perhatikan sebagai sorang rakyat yang hina lagi dina yang duduk menonton perhimpunan tu dengan penuh pengharapan....

aku tak tau korang perasan atau tak tapi aku sendiri rasa macam perhimpunan agung tahun ni langsung tak best...langsung takde input-input yang bermanfaat bagi aku sebagai rakyat untuk aku duduk menonton sepanjang hari....manakan tak...apa yang aku dapat simpulkan lepas aku duk tengok semua ucapan dan perbahasan yang diorang bagi tu, aku just nampak puak-puak kerajaan ni macam tak habis-habis lagi cuak dengan kehilangan majoriti 2/3 dulu...wahai encik pihak kerajaan...walaupun korang tak menang 2/3 kerusi, tapi korang dah menang pilihanraya dulu...kenapa macam tak sador lagi??

bak kata bapak aku, dulu, rakyat bagi warning...mengingatkan kerajaan...walaupun diorang memimpin, tapi jangan lupa kitorang rakyat yang hina lagi dina ni ada kuasa nak mengubah sape yang memimpin...dan korang mesti ingat kan rakyat semua marah pasal harga minyak dulu?dan semenjak tu, aku tengok kerajaan takde buat apa-apa keputusan drastik yang mencekik rakyat...jadik kenapa diorang nak takut kat geng-geng yang membangkang tu sangat??bukan ke diorang kata diorang yakin yang diorang dah buat yang terbaik??dari diorang takut dengan pembangkang tu, lagi bagus diorang duk kosentret kat apa lagi yang diorang nak buat lagi lepas ni....dari duk mengutuk dan mengkondem puak-puak pembangkang yang diorang kata memang takde harapan nak menang...dah tau diorang takde harapan kan..kenapa nak ditinjak-tinjak lagi...tak ke keji perlakuan tu wahai sahabat-sahabat pihak kerajaan??

dan aku tau orang-orang kerajaan ni mimpikan nak dapat kelantan dari dulu...ingat...dulu pun dah tersilap..sibuk kejor Kelantan...tapi negeri lain diabaikan...nah!!hambik kehilangan 3 negeri-1 negeri yang diorang menang balik lepas tu...salah kat sape?jadik, apa yang ada tu, jaga...tak mustahil yang bukan hak korang tu, akan beralih kat korang pulak..bertindak ikut kepala hotak....bukan kepala helmet yek...

notahangit: apsal tahun ni aku dengor orang berucap semua nak terpekik terlolong??muhyiddin jek yang aku tengok speech relax jek...bersemangat tak semestinya bercakap kuat ek....pegi study Nelson Mandela punya speech style..

Wednesday, November 09, 2011

Watch the time lads...

Arakian

Bunyik-bunyian memang seronok kita dengor....nak-nak ada certain bunyik tu boleh jadik terapi minda...buat kita jadik lebih tenang, buat kita jadik lebih chill...buat kita jadik sensitif, buat kita jadik ceria...betul tak anak-anak? tapi tau tak....kalo satu bunyik yang pada asalnya buat kita ceria, tapi kalo dah melebih-lebih nowh buat kita jadik menyirap daraaaahhhh gitu....

bagi sesetengah orang, ada masa diorang memang nak berada dalam keadaan yang sunyi dan senyap...dan ada masa kita perlukan bunyik riuh nak bagi ceria...jadik, macam tajuk kat atas tu, watch the time lads...kita perlu hormat keadaan sekeliling mengikut masa yang sesuai....jangan jadik teruk ngalahkan menatang....alangkan katak pun tau time bila nak buat memekak(time lepas hujan)...reti?

ni tak...waktu azan, langgor...tak kisahla kalo tak nak semayang pun...amal masing-masing kubur asing-asing...tapi retila hormat orang lain...ni tak...kengkadang member nak angkat takbir pun tetiba tangan boleh gelek-gelek ala-ala usop wicha sebab terdengor bunyik yang kemain lagi gegak gempitanya tu...tu tak kira lagi time orang nak tido...bai...tengok la jam...kalo dah pukul 12 tu, bukan ke patut kita buat semua benda dalam keadaan yang tak terlalu kuat...sebab masa tu, semua bunyik macam dah diamplified...cakap bisik-bisik pun, orang yang jarak tiga kaki boleh dengor bai....

jadik, duduk, pikirkan balik..kenapa orang cipta headphone...dan pikir balik kenapa kalo kita duduk asrama, asal pukul 12 jek, pintu asrama dah kena ketuk kalau ada bunyik sikit pun...tu bukan mengganggu aktiviti korang...tapi mengajor jadik lebih menghormati waktu-waktu tertentu...takkanla tu pun nak kena ajor...common sense  kot...

notahangit: aku rasa la....orang-orang cenggini mungkin sound dia rosak kot....

Sunday, October 09, 2011

Orang lain pun bercinta gak oi!

Arakian

Sebelum ada orang duk terasa main tacing-tacing, baik aku bagitau awal-awal ek...entri ini takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...kalo ada yang terkena batang hidung tu, nasib tak baikla sebab terkena...takde niat pun nak menembak...boleh?orait...aku teruskan citer ek...

aku tau...masuk umur baligh ni, bermula kehidupan manusia ni macam binatang baru cukup umur...semua sibuk carik pasangan memasing...yang ni tak sesuai, tinggal, carik lagi...sampai jumpa yang sesuai....tapi tu tak kisah...nak berendut tu, memangla ada golongan serbanitas kata tak elok, menghampiri zina la, hape la...tapi aku bukan jenis cenggitu, aku just boleh cakap...berendut tu perkara normal...nak-nak yang berendut berlainan jantina...tapi yang jadik tak normalnya, bila dah mula berendut tak ingat dunia...astaga...kalo ikutkan rasa, memang nak penampor jek rasa...

aku bukan kata aku anti orang berendut...aku sendiri pun berendut gak....dan aku pun pernah gak buat kesilapan yang sama...nak tau apa?kalo nak berendut tu tak salah tapi janganla open sangat kat depan orang sampai orang naik jelak bai....sungguh...betul apa yang kita buat tu tak salah sebab kita tak kacau orang lain...tapi orang lain terasa terganggu kengkadang dengan kita yang duk cam belangkas jek....kan??jadik untuk ex aku dulu, tu kesilapan kita dulu yang memang terang dan nyata sampaikan semua orang duk menyampah dengan kita walaupun kita tak buat salah apa pun....

kengkadang kita rasa apa yang kita buat tu romantik....kita bersayang-sayang depan orang....kita bermanja-manja depan orang...kita rasa benda tu macam tak salah...orang lain tak cakap apa pun...tapi sebenornya orang yang tengok tu rasa jelak, menyampah, cam haram...serius...cuba korang tengok satu kapel yang tengah duk berenggeng kat mana-mana....cuba korang dengor diorang duduk merengek-rengek berdua macam budak mintak nenen kat mak...apa yang korang rasa?korang takkan rasa "eeeee...romantinknya diorang...."...tapi korang akan rasa "gedik....agak-agakla...orang lain pun berendut gak"....betul tak??toksah nak coverline la....kalo aku rasa cenggitu, takkan korang tak rasa cenggitu kan??

tu satu hal...selain tu, elok la berendut tu...tak salah...korang mungkin berjumpa dengan soulmate korang....korang mungkin jugak jumpa tempat korang nak mengadu hal...tapi toksahla sampai hal rahsia-rahsia bujang...kengkadang hal yang member-member luahkan pun nak luah kat endut korang...aib tu bai...kalo yang diceritanya tu hal ko jek takpe...tapi janganla sampai jatuhkan air muka member kan...dan tak cukup lagi...janganla sampai buang semua member pasal endut kot...memangla lepak dengan member tak best cam lepak dengan endut...tak dapat nak cakap sayang-sayang, nak berjiwang-jiwang....kena lak jantan cam aku...cakap jejiwang kang, mula la member duk nganjing-nganjing....tapi, pegi depan pusing balik, jantan tetap perlukan member gak...cuba korang bayangkan...kalo la ditakdirkan "soulmate" korang tu tinggalkan korang...apa yang jadik?dahla korang dah buang member tu....dah kutuk diorang bagai kat belakang...then nak buat apa?patah balik kat member-member yang tak semenggah tu dengan muka yang tak malu??sungguh tak berperasaan betul kan rasanya kalo cenggitu....

notahangit: so, ingat...berendut, berendut gak...life, life gak...jangan masukkan hal peribadi dengan hal life...nanti tak guna hidup...reti?

Saturday, October 01, 2011

Where is Along for a fuckin' week?

Arakian

pada aku entri ni macam agak seseia jek..sebab sape jek yang nak amik tau kalo aku senyap seminggu ke sebulan ke setahun ke....paling tak pun, trafik aku jek la yang merudum....ye tak??jadik meh aku bagitau korang kenapa aku mendiamkan diri sampai seminggu ni...ni kisah benar ek...takde ceret-ceret punya....
  • sebab yang utama dan paling-paling utama ialah aku merajuk dengan blog....bukan dengan blogspot...bukan dengan nuff yang mensapot blog....dan bukan jugak dengan penulis-penulis blog lain...tapi dengan blog aku sendiri dan content-content dia....sebab asal aku bukak jek blog, baca balik entri-entri lama aku...nak-nak kat HHD ni, aku dapat flashback benda yang terjadik sampai aku buat entri tu, tak pun aku dapat flashback apa yang terjadik lepas buat entri tu....serius...sebab tu salah satu sebab kenapa aku anon kan diri aku kat blogspot ni tanpa duk camwhore tayang gambor ialah sebab aku dah selalu dicarik pasal sebab entri-entri aku...and aku dah belajor..jiwa orang melayu memang sensitif....kita cakap baby pun dia boleh terasa macam babi....ntah...
  • selain tu, alasan ni memang selalu orang guna....aku busy...bukan busy sebab assignment...sebab assignment tu biasanya memang buat last minute...so takkan punya busy sampai seminggu...tapi aku busy menaikkan ranking kat dalam Street Racing Syndicate(SRS)....gila r...kalo kekayaan aku kat dalam SRS tu boleh aku bawak kat dunia luor ni, lama dah aku dah kaya gila babi.....so disebabkan tu, aku terlupa nak online...haha...
  • sebab lain, yang ni takleh nak tulis pepanjang...aku just boleh tulis dua huruf jek...DP!!!
  • Dan dengan secara kesimpulannya, aku boleh cakap yang sebenornya aku malas dan takde mood nak berblogging....tak de orang nak galakkan...haha....
aku patut letak warning la kat blog ni....ayat lebih kurang macam "jika anda mempunyai jubur yang lobos dan mudah sangat nak main tacing-tacing, sila pergi ke blog lain...sebab blog ni tak sesuai untuk anda"...boleh kan??

Wednesday, September 21, 2011

Now you've shown your awesomeness ain't it?

Arakian

Lepas satu, satu....dari A pergi B....memang hamjadah betul ek....asal dari bersepah, jadik annoying, jadik tak reti-reti, jadik babi, pergi ke saka, dah la ni jadik hape??taktau aku nak kategori apa ko ni...sampai dah breach people's rights and ownership..dah tahap kuang ajor bai....aku pun taktaula cemana nak kategori ko ni....hmmm...dah memang betul la aku cakap ko ni "hotak pandai tapi tak cerdik"....taktau beza ke??orang pandai dia boleh gunakan kebolehan otak secara sepenuhnya...tapi orang cerdik ni, dia tau menggunakan hotak dengan betul walaupun dia tak berapa pandai....

aku tak pernah lupa...dari zaman aku kecik-kecik, sampaila kat sekolah, sampai la masuk U, sampaila dah kije, sampai le aku berulang-ulang masuk U, orang selalu pesan kat aku...nak buat apa-apa, jangan ikut sedap konek...tapi ikut keadaan yang sepatutnya....tapi ni aku tengok ko ikut sedap bantai konek ko jek...kalo aku cakap macam kuang hajo..tapi kalo dengan orang yang tak makan hajor ni memang ni la gaya cakapnya...mak bapak ko tak hajor ke dulu??ke ko memang jenis takde bahasa??pelik gak aku...hmmm...

orang ada kata...bior muka buruk...tapi pe'el baik...jujur tak bermuka-muka...paling tak pun, orang nampak manisnya....kalo muka elok, tapi perangai buruk, hilang segala lawo tu...yang sesuai dipanggil jebeng jek...tapi kalo dah muka pun buruk, pe'el pun buruk...tak padan jadik orang...dah macam menatang dah ko ni....ptuuuiii!!!!!

notahangit: tak reti-reti lagi ke??

Monday, September 19, 2011

How to be an outstanding inventor?

Arakian

disebabkan hari ni hari Isnin, jadik aku agak malas nak tulis pepanjang....just nak cerita perkara yang agak simple...sebagai sorang melayu yang dah banyak jumpa benda yang power-power, bila kita sebut je pasal inventor atau pencipta barang-barang, kita mesti terpikir benda yang high tech...betul tak??kita terpikir robot, kita terpikir kereta yang boleh jadik robot, kita terpikir rumah yang boleh sediakan memacam dengan just bagi arahan simple...tapi kita taktau pun yang kita boleh jadik sorang inventor yang outstanding dengan berfikir secara simple...

salah satu cara yang terbaik untuk jadik inventor yang outstanding, kita kena sentiasa fikir bagaimana nak selesaikan satu masalah...bukannya berfikir cemana nak buat satu ciptaan yang boleh buat orang kagum....cuba korang tengok sejarah pencipta...JL Baird, Alexander Graham Bell, John Dunlop, Thomas Edison....diorang semuanya invent something untuk selesaikan masalah...

disebabkan aku malas nak bebel panjang, korang yang bercadang untuk jadik pencipta terhebat dalam sejarah, korang tengok sekeliling, dan korang cuba untuk selesaikan masalah tu...sure korang akan termasuk dalam sejarah dunia gak nanti...cam aku bagi contoh...kita ada masalah dengan petrol yang makin meningkat...kenapa kita tak buat kereta yang ala-ala kereta tamiya ek??


notahangit: selalunya idea yang baik selalunya dianggap useless oleh orang lain pada awalnya...tapi dah berjaya, orang tu jugakla yang gila-gila defend apa yang kita cipta....

Saturday, September 17, 2011

Kalo kenderaan, berubah jadik transformers...kalo orang??

Arakian

aritu aku dah bercerita pasal wereboar...lebih kurang kisah yang agak "myths" la kan..arini aku nak bercerita pasal satu lagi bentuk transformasi...kita semua tau dan dah tengok pun muvi pasal kenderaan yang boleh transform jadik robot yang kita panggil sebagai transformers...tapi korang tau tak manusia pun boleh transform jugak...tapi arini aku nak cerita pasal transform yang lain pulak...

tau tak korang jika manusia ni, didedahkan pada keadaan yang terlampau dibagi muka, yela...orang boleh cakap akan pijak kepala kan...tapi cemana pulak kalo bagi muka sikit tapi lepas tu tak sador diri??ye..kita panggil tu sebagai muka tembok ye korang...tu salah satu bentuk transformasi yang aku nak cerita....sumpah kat bumi berTUAH ni aku jumpa banyak benda baru yang boleh buat aku agak culture shock sebab aku tak jumpa kat tempat lain...aku jumpa nyah yang berlambak-lambak macam tak boleh dibendung...lagi banyak dari kat Jalan Haji Taib...dan lagi banyak kat Jalan Sayang kat Muor....

aku jugak jumpa pengkid sejati yang lagi hardcore dari pengkid yang aku jumpa kat pejabat Bernama...dan aku jugak jumpa dengan orang yang tak reti nak perasan pekung sendiri walaupun dah banyak kali kena sound..lagi dahsyat dari tempat lain sebab macam tak nampak-nampak kat kawasan lain...dan aku jugak tak pernah nampak muka tembok yang lagi cibaeiiii dari kat tempat lain....sampai tak tak tau nak buat apa...sah betul la kenapa Sultan Melaka dulu lari ke Johor...tak tahan dengan extremenya perangai kat Melaka ni...aku tak kata semua orang Melaka cenggitu...tapi aku terkejut dengan extremenya budaya kat sini....

jadik bila aku balik, memang padanla kat Melaka ni orang banyak kaitkan dengan makian...cenggini rupanya..dan aku tak terkejut jugak la kenapa asal jumpa jek, orang Melaka cakap "Hoi lahanat!!hidup lagi kau!!!aku ingat dah lama dah kojol.."...memang padanla....dan aku jugak terkejut kenapa kat Melaka ni kebanyakkannya tak berjalan dengan lancor sebab diorang tak boleh sebut perkataan tu...

Nota Hangit: kalo korang tak percaya, korang sebut ayat ni ikut loghat Melaka.."Semua yang ada kat Bumi Melaka ni memang takde yang tak lancar....semuanya confirm lancar..."

Friday, September 16, 2011

This world is fucking awesome..it make you wanna...

Arakian

Notahangit: malas nak tulis...bengkek jek rasa....

Thursday, September 15, 2011

Tuesday, September 13, 2011

The wereboar....

Arakian

Siapa yang tak pernah dengor pasal werewolf atau serigala jadian kan??semua orang pernah dengor....dan kita pun tau yang dalam cerita werewolf, walaupun diorang tu cool, tapi manusia memang tak dapat terima kewujudan diorang sebab sifat diorang yang macam lonewolf yang kijenya asyik nak menyerang manusia jek kan??tula mitos werewolf kat negara omptuih....tapi tau tak korang yang sebenornya cerita werewolf tu berdasarkan kejadian sebenor...tapi bezanya yang jadiannya bukan kepada serigala tapi kepada babi...ataupun bahasa omptuihnya wereboar...ianya merupakan penyakit sebenor diseluruh dunia yang sampai sekarang takde lagi ubatnya...yang ada cuma pencegahan jek...tapi bukan dalam bentuk vaksin tapi langkah-langkah kawalan...so korang nak tau ke cemana wereboar ni???

tak macam werewolf, wereboar tak terjadik sebab kena gigit dengan babi...tapi ianya terjadik bila terdapat sel-sel babi yang kengkadang tak perasan termasuk dalam badan manusia...biasanya sel-sel ni takkan merebak kecuali bila orang tersebut tetiba jadik kaya, ada duit, tak pun terlupa dunia...pada asalnya mereka tak menunjukkan tanda-tanda yang nyata...tapi dapat dikesan setiap kali diorang terlebih sikit dari orang lain....mulala diorang terikut-ikut nafsu binatang...berlagak bagus, tak boleh nak terima nasihat dan tak jugak faham apa-apa yang orang tegur atau cakap...pada masa ini, kita namakannya sebagai peringkat metamorfasi kepada wereboar separa...pada masa ni, mereka takkan mengaku yang diri mereka babi, mereka tak boleh terima perkataan yang berkaitan dengan babi dan jugak tak boleh makan secara normal....mereka hanya nak makan-makanan yang mahal saje....

pada peringkat ini, wereboar akan perlahan-lahan bertukor menjadik wereboar yang sempurna...sifat-sifat kemanusiaan akan berkurang sikit demi sikit sampai last sekali takde langsung...pada masa ni, segala rasa malu, hormat dan jugak akal fikiran diorang takkan dapat berfungsi dengan baik seperti manusia biasa...diorang pun akan kehilangan rasa sensitif kepada perasaan orang sekeliling...yang diorang rasa just perasaan sendiri dan jugak kepandaian otak manusia jek....bak kata orang....pandai tapi tak cerdik...tu la yang jadik pada wereboar sempurna...

wereboar pada peringkat ni takkan terasa apa-apa bila kita cakap dia ke apa ke...sebab dah takde apa-apa perasaan lagi dah kat diorang...sebab yang berleluasa just nafsu binatang jek...namun begitu, proses metamorfasi bagi wereboar ni takkan berhenti sampai setiap orang keliling wereboar ni sebut "BABI" bila terpandang atau teringat kat diorang...jadik, begitula kisah wereboar ni...sekian terima kasih....

notahangit: cara mencegah dari mendapat penyakit wereboar ni??didikan dari kecik supaya jangan menjadik babi bila dah besor....kalo tak, dah terlambat dah nak ubah...ramai dah aku tengok jadik wereboar ni....

Monday, September 12, 2011

Don't be so obvious sucker~!!

Arakian

Nak ngorat awek...pada aku tu satu benda yang normal bagi setiap jantan...jantan mana yang tak suka ngorat awek kan...kena lak makin lama awek-awek semua dah makin pandai nak melawa...yang jongang dah tak jongang...yang jendul pun dah pandai style rambut sampai tak nampak jendul...kan??

tapi yang aku nak memekak ni pasal pe'el jejantan ni bila dah minat sangat kat memana awek...toksah la nak obvious sangat nak kejor...sampai kemana-mana awek tu pergi pun kita nak ngekor...kita kan jantan yang ada otak...jadik la bijak sikit...aku rasa kat GB dah banyak kali aku cerita pasal cara nak ngorat...jangan dibuat perkara yang dilarang tu...

cara paling simple, kita letakkan diri kita sebagai awek tu sebelum kita ngorat..pastu kita list kan apa yang kita suka dengan tak suka...pastikan jangan kita buat cenggitu..cuba kalo kita bayangkan kalo kita duk kena ngekor jek doploh pat jam...tak ke rimas tu..tu tak dikira kena ngorat tepi jalan main swit swit..geli kotttt~~




cara yang paling jujur dowh, pergi jek kat awek tu...cakap jek suka kat dia...pastu flow kan la...kalo dia suka, dia terima...kalo dia mintak tangguh, ada la can....barula masuk second stage...kalo dia cakap no, memang takyah harapla...lagipun, kat dunia ni Tuhan bagi cermin kot....nak ngorat awek pun kena cermin muka dulu gak ek...

notahangit: ni tak...dah macam orang desperate lak stail....buat jatuh standard jantan jek....bogema.....