Sunday, March 04, 2012

Budi bahasa budaya kita(?)

Arakian

Perjalanan dari Muor menghala ke Melaka ni rakde la jauh mana pun kalo nak diikutkan...adala makan 20 minit jek kalo naik keta dan lalu lebuh raya AMJ...tapi bagi pengguna perkhidmatan bas henti-henti macam aku ni, perjalanan 20minit tu memang la memakan masa 2jam...bukan hape...bas tu memang standard akan bawak pusing lalu jalan lama dan makan-makan angin keliling bandor Melaka....tapi tu bukan benda yang aku nak ceritakan....yang aku rasa bangsat, ada pulak berlaku satu kisah ni kat dalam bas masa aku balik tadi....

Daripada bus stand Muor tadi, memang dah ramai dah orang naik...dan memang perangai aku tak suka nak berebut-rebut naik bas awal-awal...jadik memang padanla muka aku sebab kena berdiri...apa nak diherankan...badan muda lagi...kuat nak berdiri berjam-jam dari Muor sampai ke Melaka...aku bukan kisah sangat pun....dan bas pun bergerak la menuju destinasi...kalo nak diikutkan aku nak habiskan cerita kat situ jek...sebab sampai situ jek pun saat indah naik bas....

Sesampai jek kat Sungai Rambai, maka naikla beberapa awek cute ni...muda rumaja...sihat walafiat....kalo tengok memang ada feeling nak ngorat la...maka dengan mulia hatinya la brader-brader yang berkepala taik ambik dua seat, satu untuk dia duduk dan satu lagi letak beg mengalihkan beg diorang bagi awek-awek ni duduk...."bangsat!" kata aku dalam hati...aku tadi dah siap  buat muka letih pun dia buat toya jek...awek naik, kemain cepat-cepat lagi dia kosongkan seat tu....lantakla...

maka sampaila kawasan Merlimau, maka troop makcik-makcik pun naikla....ada makcik-makcik yang bernasib baik dapat seat sebab ada beberapa orang yang turun kat Merlimau....tapi sayangnya adala sorang makcik ni..aku tengok umur dalam lingkungan 60an jugakla...tak dapat tempat duduk..maka berdirila makcik ni berpaut pada tiang-tiang kat belah depan..bila bas dah bergerak, makin berbuai-buai la makcik ni sebabkan keadaan bas Muor-Melaka ni memang "elok" keadaannya...boleh bawak racing kat trek aku rasa....

Buat pengetahuan korang yang taktau, perjalanan dari Merlimau ke Melaka Tengah, memakan masa dalam sejam setengah...dan selama tu jugak la aku tengok makcik tu bergayut-gayut terbuai-buai kat tiang tu....dan yang paling menyakitkan hati, takde sorang pun dari adik-adik manis, brader-brader hensem gagah perkasa yang duduk kat dalam bas tu nak bangun dan offerkan tempat duduk kat makcik tu...sungguh berhati mulia aku tengok orang Malaysia ni....

tak cukup dengan makcik tu, masuk kat kawasan Pernu, naik pulak sorang akak ni dengan anak dia yang kecik...takdela kecik sangat...adala macam darjah 1 ke darjah 2 aku tengok....dan masih lagi brader-brader kacak dan adik-adik manis kat depan tu tak bagi tempat duduk...ada yang sibuk menghadap handset, ada yang sibuk berborak-borak berbisik-bisik...dan tak kurang jugak yang tadinya jaga melelapkan mata..dan aku pun dah mula merasakan bahangnya bas tu...aku tak kisah kalo aku yang muda rumaja dan gagah perkasa ni kena berdiri dari Muor sampai Melaka...tapi nak melihatkan keadaan tu, memang aku rasa macam bangsat jek rasanya...dan didalam hati aku, bernyanyi-nyanyi kecil lagu tema yang selalu main kat TV..."Budi bahasa budaya kita".....

notahangit: ni nak salahkan cikgu tak ajor Moral ke, nak salahkan mak bapak tak ajor adab ni?owh ok...kerajaan salah sebab dah memang korup...tak masal-masal...

2 comments:

faizura rahman said...

dorg ni xtengok iklan adlin aman ramli pasal budi bahasa kt tv ke? takkan tengok iklan pun xfaham? kalo bagi artikel budi bahasa suh baca, mungkin la dorg tu xreti membaca..haish..hati kering!

Along Tapa said...

faizura rahman

bukan tak faham fyez...buat2 lupa jek tu...