Wednesday, December 28, 2011

Arakian

Untuk entri kali ni, aku akan bercerita tentang pengaruh keempat-empat unsur dalam psikologi manusia...macam yang aku dah terangkan sebelum-sebelum ni, 4 unsur utama yang ada ialah tanah, air, api dan angin...dan setiap manusia akan mengaplikasikan keempat-empat unsur ni dalam kehidupan diorang...so sebelum aku cerita, aku nak tanya kat korang...pernah tak korang terasa yang aktiviti harian korang macam tak lengkap...macam ada yang kurang?secara jujur, aku sendiri pun pernah rasa cenggitu....dan sebab utamanya ialah kita tak sempat nak mengalami keempat-empat unsur dalam satu hari...tu yang rasa macam kehidupan hari kita pada hari tu flat dan cam takde makna jek...

perkara utama yang kita perlu sentuh dalam psikologi manusia ialah emosi atau perasaan...kita semua ada perasaan...dan walaupun sensorang tu cuba untuk berlagak terminator dengan mengawal perasaan diorang, tapi diorang tetap tak boleh tipu diri diorang sendiri dengan perasaan diorang sendiri...ye tak??so hari ni aku nak bercerita pasal sifat refleks yang ada pada diri kita...dan kita cuba kaitkannya dalam keempat-empat unsur tadi...

jadik, kita bermula dengan unsur tanah...keadaan ni akan berlaku bila kita berada dalam situasi yang tegang dan mendesak...semua orang akan mula mengeluarkan aura berunsur tanah...semua orang akan bersifat defensive dan cuba untuk mengelak dari berlakunya permasalahan yang lebih berat...kita tak boleh tipu diri sendiri ek...setiap orang takde pengecualian memang akan jadik cenggini walaupun baik mana kita pun...pada situasi ni, kita akan cuba untuk sorok fakta yang boleh menyusahkan kita ataupun yang akan worst kan keadaan...jadik, untuk lebih adil, aku akan bagitau cemana nak manipulate keadaan ni....bagi korang yang berdepan dengan orang yang berada dalam psikologi berunsur tanah ni, apa kaedah yang sesuai nak tackle...jika kita bertindak menggunakan unsur api...iaitu panas dan penuh emosi radikal, memang defense untuk tanah tu akan pecah...tapi ada kemungkinan kita susah nak dapat tau apa yang cuba nak disembunyikan tu...ada kemungkinan diorang akan diam seribu bahasa dan tak bagi respon apa-apa...kalau kita gunakan unsur air, memujuk dengan cara yang lembut, puji melambung-lambung, ada kemungkinan kita dapat bongkar apa yang disorok...tapi ada jugak kemungkinan yang diorang akan menjadik lagi konfiden dan pokok-pokok pun akan tumbuh...defense kali dua jadiknya...dan jika kita menggunakan cara berunsur tanah dengan menjadik defensive pada masa yang sama, kita susah nak bongkar apa yang tersorok...silap-silap makin complicated jadiknya....jadik, kita boleh gunakan unsur angin...pujuk dan rayu...alun perasaan diorang dengan kaedah terpimpin...dan tak mustahil mereka akan terbongkar rahsia tu sikit demi sikit....jadik, bagi ibu bapa yang ada anak yang macam suka sorokkan masalah diorang, cuba cara ni...

seseorang itu berada dalam unsur air semasa diorang berada dalam keadaan tenang yang amat...biasanya bagi mereka-mereka yang berfikiran konservatif akan mengkaitkan dengan trans dalam keadaan beribadat...tak semestinya...perkara ini berlaku jika kita berada dalam keadaan pernuh yakin dalam setiap situasi...jika kita berdepan dengan orang yang berada dalam keadaan ni, kita takkan ada masalah untuk tackle diorang...mereka bersifat transparent, yakin dan tidak terlampau beremosi...dan walaupun masa tu korang cuba provoke diorang dengan unsur lain seperti meletakkan halangan dan jugak menimbulkan kemarahan, mereka-mereka yang berada dalam unsur ini tetap akan jumpa alternatif untuk tempuh permasalahan tu...jadik, bukan mereka tak perlukan guide tapi mereka ada cukup keyakinan untuk tempuh apa sahaja...

semasa dalam keadaan marah, cemburu, serabut, masa tu la unsur api berleluasa...aku  rasa aku tak payah nak terang secara panjang lebor pasal keadaan ni...sebab kita dah dapat bayangkan api tu cemana kaedahnya....dan cara nak tackle?kita boleh guna cara tanah...defensive all the way...tapi jangan terkejut kalau diorang boleh pecahkan tembok korang tu...dan kita kalau boleh jangan cuba untuk pujuk rayu dan ikutkan perasaan diorang(unsur angin)...sebab tu memang akan membuatkan emosi diorang makin meluap-luap...jangan sekali-kali lawan api dengan api....makin marak jadinya...jadik, cuba kawal keadaan...orang yang berdepan dengan mereka yang sedang beremosi ni perlu bersifat tenang dan kawal kemarahan diorang...ingatkan diorang untuk bersabar dan bertenang...tu dah biasa kita dengorkan?

seseorang tu akan berada dalam unsur angin bila diorang berada dalam dilema..taktau mana nak tuju...dan ini boleh menggalakkan diorang bertukar kepada unsur api bila tersalah membuat pilihan....jadik bagi kita yang nak guide mereka-mereka yang berada dalam keadaan ni, jangan sesekali guna kekerasan dan emosi....secara tak langsung kita menggalakkan diorang bersifat agresif...korang boleh bersifat air...berlagak tenang dan cool bila diorang dalam dilema dan direct diorang pada pilihan yang betul...tapi sebenornya tu tak berapa tepat sebab diorang akan merasakan yang korang tak bagi diorang apa-apa kesan pun dan anggap korang tak faham..cuba untuk tackle diorang dengan pujuk rayu, kaedah-kaedah berunsur angin, dan jangan terkejut kalau korang pun terperangkap sekali dalam dilema tu...cara yang boleh, tunjukkan kekerasan korang, be defensive, direct ke jalan yang betul dengan mengelak dari melakukan keputusan yang salah(unsur tanah), dan diorang akan terlepas dari dilema diorang...

Notahangit: kesemua cara tackle ni memang nampak macam simple dan mudah untuk dilakukan...tapi percayala yang kita susah nak fix pada satu unsur jek yang mengakibatkan kita susah untuk tackle psikologi orang lain...aku rasa aku akan sambung unsur kehidupan ni pada time lain sebab aku cam tengah takde mood nak bercerita pasal unsur ni...banyak benda yang nak diluahkan...jadik, HHD mungkin akan kembali pada rage yang asal ek...hehehe....

Tuesday, December 20, 2011

Kajian Unsur Kehidupan 2

Arakian

macam yang aku dah cakap pada entri sebelum ni...kali ni aku akan bercerita sambungan entri sebelum ni yang bercerita pasal empat unsur kehidupan...dalam entri yang lepas, aku dah cerita pasal sifat-sifat unsur ni...so kali ni aku nak cerita kedudukan unsur-unsur ni dalam keluarga...aku tak bercerita keluarga secara total...tapi kedudukan dia dalam keluarga kecik...maksudnya, dalam adik beradik korang...

  • Tanah
    Sifat-sifat : Biasanya jadik tempat mengadu dalam semua adik beradik...mereka yang berunsur tanah ni macam ada aura yang buat orang percaya kat diorang...sebab tu biasanya orang yang berunsur tanah ni jadik tempat mengadu...dan selalunya orang yang berunsur tanah ni ada kehidupan yang agak sukar berbanding unsur yang lain...dan dalam sesebuah keluarga, mereka yang berunsur tanah ni, ada kesaboran yang tinggi....macam yang aku cerita pada entri sebelum ni, orang yang berunsur tanah ni, sifat dia defensive...jarang pegangan dia goyang...suka atau tak, orang yang berunsur tanah ni mudah kesian pada orang yang berunsur lain...nak-nak orang yang berunsur angin...
    seteru utama: api
    mudah rapat dengan: air
    anak yang ke:1, 5, 9, 13....

  • Air
    Sifat-sifat: Mereka yang berunsur air ni biasanya menjadik penenang bila ada masalah...biasanya diorang akan mengingatkan orang-orang yang berunsur lain ni supaya banyak-banyakkan bersabor...sifat tenang yang ada dalam diri orang yang berunsur air ni membuatkan ramai orang mudah nak berdamping dengan diorang...dan kita kena sedikit berhati-hati dengan orang yang berunsur air ni sebab diorang memang cukup pandai mengalun orang lain sampai leka sebelum diorang basuh orang tu cukup-cukup...ramai orang yang berunsur air ni mengaku yang diri diorang ganas tapi sebenornya, diorang la yang paling mudah dipujuk oleh orang lain...macam air, ada masanya orang yang bersifat air ni menenangkan..ada masanya, sangat susah nak break kepercayaan diorang...dan diorang ni sangat merbahaya kalau diorang marah...sebab diorang boleh buat orang terkesan dengan apa yang diorang buat masa marah..
    seteru utama: angin
    mudah rapat dengan: tanah
    anak yang ke: 2, 6, 10, 14.....

  • Api
    sifat-sifat: Macam yang kita boleh bayangkan...orang yang bersifat api ni memang cepat panasnya...kengkadang benda yang tak patut pun boleh jadik benda yang buat diorang hangin tak tentu pasal...biasanya orang yang berunsur api ni jenis yang tak pernah simpan dalam...bila diorang tak suka, diorang terus jek cakap...kalau diorang suka pun sama...jenis manusia yang direct dan transparent...kebiasaannya, orang yang berunsur api ni bertindak banyak mengikut perasaan diorang...dan selalunya diorang akan menyesal lepas diorang buat sesuatu action...diorang jugak selalunya agresif...jadik, bila terjadik apa-apa, diorang yang akan buat action dulu..tak kira la benda yang elok atau tak...tapi korang jangan terkejut..orang yang bersifat api ni, walaupun macam ganas, tapi diorang ni sensitif sebenornya...jadik, bila kita encounter dengan orang cenggini, kita kena pandai kawal perasaan diorang...dan korang akan rasa yang diorang ni memang sorang yang sangat berbaloi untuk didekati....
    seteru utama: tanah
    mudah rapat dengan: angin
    anak yang ke: 3, 7, 11, 15,....

  • Angin
    sifat-sifat: Dalam banyak-banyak unsur, orang yang berunsur angin ni memang agak slow sikit dalam reaksi atau apa-apa...diorang biasanya menjadik pengikut yang setia...sebab tu kengkadang diorang ni jarang orang ingat dengan mendalam...orang yang bersifat angin ni memang sangat setiakawan, taat, mudah mengikut nasihat dan selalunya ikut haluan sendiri jek....tapi, disebalik sifat slow diorang tu, orang yang berunsur angin ni pandai mempengaruhi orang lain...diorang pandai memujuk, pandai mengambil hati dan boleh menyelesaikan masalah yang berat tanpa ada pertelingkahan pendapat...orang yang berunsur angin ni biasanya bersifat lemah-lembut dan sopan santun tapi dalam kelembutan diorang tu, ada tersembunyi ketegasan diorang...
    seteru utama: air
    mudah rapat dengan: api
    anak yang ke: 4, 8, 12, 16...
tu merupakan unsur-unsur yang ada dalam sesebuah keluarga...tapi jangan lak korang cakap "eh, along kata aku unsur tanah tapi aku ada gak perangai api dengan angin.."...well..ni ialah unsur utama korang..maksudnya, sifat yang ni yang paling utama sekali...dan jangan lupa...kita dikatakan sempurna sebab keempat-empat unsur tu ada kat dalam diri kita...barula mencapai equilibrium...jadik, take note...bila kita berunsur tanah, maksudnya kita mempunyai kebanyakan sifat-sifat tanah dan ada sikit unsur air, ada sikit api dan ada sikit angin...dan mixture untuk setiap orang tu tak sama...tu semua kije Tuhan ek...dari entri kali ni, mak bapak patut tau anak dia berada dalam unsur mana dan tau cemana nak tackle psikologi anak dia berdasarkan unsur-unsur yang aku dah ceritakan tu...sebab tu jugak la, kalo korang tengok orang-orang dulu, layanan diorang pada anak-anak diorang tak sama...sebab diorang tau unsur-unsur ni...


notahangit: sebab tu kalo korang berendut, mak-mak selalu tanya...endut korang tu anak ke berapa?sebab kalau contohnya orang api berendut dengan orang angin, mak-mak ni akan bagi nasihat cemana nak bagi jodoh tu kekal...so, jangan anggap diorang nak menyibuk...anggap diorang nak tolong korang....sebelum aku terlupa...pasni mungkin aku cerita pasal aplikasi 4 unsur ni dalam pemikiran....

Sunday, December 18, 2011

Kajian Unsur Kehidupan

Arakian

Selalunya aku menulis dengan penuh rage kat HHD ni...tapi hari ni aku nak bercerita pasal kajian kehidupan...Kita biasa terdengor ataupun terbaca kat mana-mana kepercayaan bahawa hidup ni berasal dari empat unsur utama iaitu unsur tanah, air, api dan angin....dan aku rasa aku akan bercerita dengan panjang lebor pasal benda ni...

Pada suatu masa dahulu, kebanyakan orang melayu percaya pada empat unsur ni...jangan kata aku bercerita pasal fahaman animisme ek...sebab ni merupakan pengetahuan alam...kita diajor untuk memahami kejadian asal bumi ni berdasarkan pengetahuan kita yang sikit....segala bentuk emosi, pemikiran dan perilaku manusia ni jam semuanya bergantung kepada empat unsur ni....dan aku boleh katakan yang empat unsur ni merupakan empat unsur asas dalam kehidupan...sama macam kita tau yang warna asas terdiri daripada empat warna(kalau dalam seni tampak, kita cuma diperkenalkan 3) iaitu kuning, biru, merah dan jernih(dalam seni dianggap colourless..sebab tu diperkenalkan cuma tiga asas jek)..

sama ada kita perasan atau tak...keempat-empat warna asas ini menggambarkan empat unsur kehidupan yang aku sebutkan awal-awal tadi...iaitu tanah(kuning), air(biru), api(merah) dan angin(jernih)....Dalam asas kajian perilaku dan psikologi manusia, keempat-empat unsur ini memang sangat penting lebih-lebih lagi dalam mengetahui cara untuk kita tackle interest individu tersebut....jadik, sebelum aku bercerita dengan penuh lanjut tentang perilaku manusia yang mempunyai unsur-unsur tersebut, jom kita kenal dulu secara asas tentang keempat-empat unsur kehidupan ni....

unsur yang pertama ialah Tanah....Tanah merupakan unsur yang paling tinggi tahap ketahanannya, mudah dibentuk dan sangat penting dalam keseimbangan keempat-empat unsur tadi...ia memberikan support, perlindungan dan biasanya dijadikan tempat simpanan bagi segala perkara yang ingin dirahsiakan dari orang ramai...namun begitu, walaupun tanah mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, ianya juga boleh membawa mudharat jika tak cukup kuat, mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur lain dan juga sentiasa berhadapan dengan dugaan yang dahsyat...tak kisahla sama ada dipijak, diratakan ataupun dibuang setelah dapat hasilnya...tanah boleh dikategorikan sebagai permulaan kehidupan...


unsur yang kedua ialah Air....Air merupakan unsur yang paling menenangkan, mudah untuk sesuaikan diri dalam apa jua keadaan, sentiasa penting dalam penerusan kehidupan dan juga yang paling diperlukan untuk pelbagai tugas...air boleh dilambangkan sebagai penyambung kehidupan...namun begitu, walaupun kita tau yang air ni memberikan kehidupan, namun, jangan dicabar ketenangan air kerana jika air hilang pertimbangannya, ia boleh membinasakan dalam sekelip mata sahaja...

unsur yang ketiga ialah Api...Api merupakan unsur yang paling berani, digeruni dan sering membuat orang berjaga-jaga dengannya...tidak seperti unsur lain yang sangat bergantung pada unsur lain, api lebih suka bertindak bersendirian...seperti yang diketahui umum, api merupakan unsur yang  boleh dilambangkan sebagai pengakhir kehidupan....namun begitu, dalam kebuasan dan keberanian api, jika dapat dibendung dan dikawal, ianya merupakan unsur yang berharga dan amat berguna dalam kegunaan harian...

unsur yang terakhir ialah Angin...Angin merupakan unsur yang paling selalu dilupakan dalam setiap unsur kerana sifatnya yang sukar untuk dijangka...ia merupakan unsur yang paling menenangkan, lemah lembut dan sangat mengkhayalkan....angin juga merupakan unsur yang amat penting dalam kehidupan tetapi jarang disedari oleh manusia...namun begitu, ia tetap ikhlas melakukan tugasnya tanpa mengharapkan penghargaan dan perhatian orang lain...Dalam kesemua unsur, aku boleh katakan yang angin merupakan perlambangan kepada harapan kehidupan....namun dalam kelembutan dan keikhlasan angin, jangan dipandang rendah akan keupayaannya kerana angin yang hilang kawalannya boleh memusnahkan satu ketamadunan..

Itulah serba sedikit pengenalan kepada kajian unsur kehidupan berdasarkan empat unsur asas dalam kepercayaan orang-orang dulu...Seterusnya aku akan bercerita tentang kedudukan unsur-unsur ini didalam keluarga...aku rasa ramai yang dah cover tajuk tu tapi aku akan ceritakan jugak untuk complete kan tajuk ni....

Notahangit: apa mimpi aku tulis pasal ni??sebab ramai yang dah makin lupa pasal unsur ni dan main langgor jek...ingat...tak semua orang sama dengan kita....

Thursday, December 08, 2011

Apa guna otak tu?hiasan??

Arakian

Kalo nak diikutkan, tak dan rasanya aku nak mengamuk-ngamuk, berharu-biru ni...elok lagik rasanya kalo aku duk melayan diri jek...tapi kalo dah sampai menyerabutkan orang lain, memang taktau la apa nak kata....ingat...makin kita besor, makinla kita kena bertindak berdikari...bukan terus-terusan nak mengharap orang lain sambil memaksa-maksa...sebab tula orang kata...makin meningkat umur, makin banyak sel-sel otak yang bersambung...dan bila dah makin banyak sel otak bersambung...makin la jauh kita boleh berfikir....

ni tak..kalo dah umur masuk umur dewasa...kalo dah konek pun dah berbulu, tapi otak pikir macam budak-budak tak mumayiz lagi...apa nak dinamakan tu??takkan lak aku nak cakap retarded?tapi setau aku, budak-budak cenggitu pun tau menggunakan otak diorang tau tak?ni lak kita yang dah dibagi akal yang cukup sifat, sempurna...nape tak digunakan otak tu??nak simpan buat apa??bajet boleh guna ke otak ko yang tak digunakan tu kat muzium negara?

sebab tula kita diajor guna akal...nak hidup guna akal....nak mati pun guna akal...lagipun kurniaan Tuhan yang paling berharga kat kita ialah akal...kalo dah akal tak nak guna...ikut nafsu jek...pastu kalo tersangkut, pun ikut nafsu gak...main emosi-emosi...tak ke sama standard jek dengan menatang tu?dungu betul...lagipun, orang ni jam dah pikir cenggini..."bior belajor tak pandai..tapi cerdik hidup"....jangan la jadik otak pandai tapi cerdik tu takde...tu yang jadik kat kebanyakan orang kat dunia ni...reti?

notahangit: bila pakai otak, guna akal, takyah nak cakap pasal hormat orang lain...sebab secara otomatik akal kita dah set cenggitu...reti?

Monday, December 05, 2011

Macam ketam mengajor anak jalan betul....

Arakian

Tadi...lepas waktu berita...eh??sebelum aku loncat terus isik....aku tengok berita kat TV1...memang orang kata "old school"...tapi aku tak kisah sebab aku suka cara penyampaian kat TV1 tu...bahasa yang digunakan agak teratur sikit....jadik sambung tadi balik...lepas aku waktu berita tu, ada la pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa....konsep dia memang terbaik....diorang kumpul-kumpul wakil dari negara lain(yang kebanyakannya dari Universiti-universiti kat Malaysia ni) dan menyanyi lagu buatan anak tempatan...lagu melayu...walaupun yang nyanyi tu kebanyakannya sumbang mambang, tapi aku kagum dengan semangat Kementerian Kesenian dan Kebudayaan punya usaha nak memartabatkan Bahasa Melayu kat mata dunia...aku suka tengok salah sorang pengacara majlis iaitu pembaca berita TV1, Ivan Toh mengacara majlis tu dengan bahasa melayu dia lebih baik dari bahasa melayu budak-budak melayu ni jam....lepas aku tengok pertandingan tu, aku rasa macam tengok pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa ( walaupun yang nyanyi tu boleh tahan sedap-sedap belaka ) tu macam kosong....


dan sepanjang-panjang lepas pertandingan tu, aku terpikir satu benda...aku tengok cemana beria-ia peserta tu masuk pertandingan tu, nyanyi lagu melayu yang bukan bahasa ibunda diorang pun...cuba nak jiwai lagu tu...bawak lagu tu dengan gaya diorang...dan kebanyakan lagu yang diorang bawak tu semua lagu kebudayaan melayu...lagu zapin, lagu joget, lagu dondang...serius...aku kagum...punyala bersemangat diorang nak belajor bahasa kita, budaya kita, lagu kita....tapi mana pulak anak melayu kita ni?ramai yang sibuk nak jadik Beyonce, ramai yang sibuk nak jadik Metallica...ramai yang terkejor-kejor AC/DC...tak terlupa yang duk nak jadik Green Day Malaysia...sayang betul...


tu tak kira lagik dengan cara bercakap...aku perhatikan ni jam...budak-budak lagi selesa bercakap menggunakan bahasa omptuih...yang jawa, sebab malu dengan telor jawanya, bercakap macam mat salleh...konon-konon ada slang la cakap ek....yang kelantan bercakap dengan gaya-gaya hip hop....sebab nak sorok kepekatan loghat diorang...adoiii...bahasa menunjukkan bangsa....sebab tu sampai ni jam aku tak segan bercakap menggunakan loghat Johor Riau ni....biorla diejek orang "seluor,seluor...gobok, selipor, sabor.."...tapi tu identiti aku...aku orang Muor...tu bahasa aku...apa nak malu?I/C aku pun ngaku aku cenggitu....


dan bila aku terpikir-pikir kat mana salahnya...macam susah nak jumpa...aku tengok kerajaan buat macam-macam kempen membudayakan bahasa..cikgu-cikgu beria-ia mengajor bahasa....kat TV pun banyak tayang lagu dengan bahasa yang cantik-cantik, sajak, gurindam, mutiara kata...habis kat mana salahnya ek...tup tup aku tengok la Perhimpunan Agung UMNO...dan aku dah jumpa kat mana salahnya....kalo dah pemimpin kerajaan kita sendiri, yang menjadik contoh pada anak-anak muda kita zaman ni jam dah bercakap bahasa melayu lintang pukang...bercampur-campur dengan perkataan pinjam....manala budak nak cakap bahasa melayu yang betul???nak dimarahnya DBP, diorang dah bagi alasan...kalau perkataan tu takde kat Bahasa, tak salah kita pinjam...masalahnya, perkataannya ada kat dalam kamus tu..tapi takde dalam kamus hidup diorang sebab tak pernah diajor pakai bahasa kita....diajornya pakai bahasa omptuih...mana nak tau...sampaikan aku dengor bahasa melayu pun dah jadik macam gabungan bahasa omptuih, bahasa arab, bahasa indonesia, bahasa Dhaka, yang bersulam sikit-sikit dengan bahasa melayu....cenggitu ke namanya bahasa melayu kita??hampeh...


notahangit: Revolusi tu perubahan...Reformasi tu pembentukan semula....upgrade tu naik taraf....transformasi tu pembentukan...dan diskriminasi tu penindasan....ergghhh....jangan lupa ek...racist tu perkauman...penatla aku dengor orang cakap bahasa campur-campur ni....nak cakap melayu, cakap melayula...nak cakap omptuih,cakap omptuihla penuh-penuh...janganla sekerat-sekerat...

Friday, December 02, 2011

I'm a super politicus...yes..yes..damn it...

Arakian

apa korang ingat aku join politik ke?tak...aku tak berminat dengan permainan politik Malaysia ni...tapi aku minat nak komen sebab aku dah puas follow up pasal politik beberapa hari ni...dari semua media...tak kira la berita ke, siaran perhimpunan agung ke...aku tengok semua...dan aku just nak komen pasal masa perhimpunan agung jek aritu....well...aku bukan penyokong tegar UMNO dan jugak bukan penyokong tegar puak pembangkang....jadik, aku just nak bagitau apa yang aku perhatikan sebagai sorang rakyat yang hina lagi dina yang duduk menonton perhimpunan tu dengan penuh pengharapan....

aku tak tau korang perasan atau tak tapi aku sendiri rasa macam perhimpunan agung tahun ni langsung tak best...langsung takde input-input yang bermanfaat bagi aku sebagai rakyat untuk aku duduk menonton sepanjang hari....manakan tak...apa yang aku dapat simpulkan lepas aku duk tengok semua ucapan dan perbahasan yang diorang bagi tu, aku just nampak puak-puak kerajaan ni macam tak habis-habis lagi cuak dengan kehilangan majoriti 2/3 dulu...wahai encik pihak kerajaan...walaupun korang tak menang 2/3 kerusi, tapi korang dah menang pilihanraya dulu...kenapa macam tak sador lagi??

bak kata bapak aku, dulu, rakyat bagi warning...mengingatkan kerajaan...walaupun diorang memimpin, tapi jangan lupa kitorang rakyat yang hina lagi dina ni ada kuasa nak mengubah sape yang memimpin...dan korang mesti ingat kan rakyat semua marah pasal harga minyak dulu?dan semenjak tu, aku tengok kerajaan takde buat apa-apa keputusan drastik yang mencekik rakyat...jadik kenapa diorang nak takut kat geng-geng yang membangkang tu sangat??bukan ke diorang kata diorang yakin yang diorang dah buat yang terbaik??dari diorang takut dengan pembangkang tu, lagi bagus diorang duk kosentret kat apa lagi yang diorang nak buat lagi lepas ni....dari duk mengutuk dan mengkondem puak-puak pembangkang yang diorang kata memang takde harapan nak menang...dah tau diorang takde harapan kan..kenapa nak ditinjak-tinjak lagi...tak ke keji perlakuan tu wahai sahabat-sahabat pihak kerajaan??

dan aku tau orang-orang kerajaan ni mimpikan nak dapat kelantan dari dulu...ingat...dulu pun dah tersilap..sibuk kejor Kelantan...tapi negeri lain diabaikan...nah!!hambik kehilangan 3 negeri-1 negeri yang diorang menang balik lepas tu...salah kat sape?jadik, apa yang ada tu, jaga...tak mustahil yang bukan hak korang tu, akan beralih kat korang pulak..bertindak ikut kepala hotak....bukan kepala helmet yek...

notahangit: apsal tahun ni aku dengor orang berucap semua nak terpekik terlolong??muhyiddin jek yang aku tengok speech relax jek...bersemangat tak semestinya bercakap kuat ek....pegi study Nelson Mandela punya speech style..

Wednesday, November 09, 2011

Watch the time lads...

Arakian

Bunyik-bunyian memang seronok kita dengor....nak-nak ada certain bunyik tu boleh jadik terapi minda...buat kita jadik lebih tenang, buat kita jadik lebih chill...buat kita jadik sensitif, buat kita jadik ceria...betul tak anak-anak? tapi tau tak....kalo satu bunyik yang pada asalnya buat kita ceria, tapi kalo dah melebih-lebih nowh buat kita jadik menyirap daraaaahhhh gitu....

bagi sesetengah orang, ada masa diorang memang nak berada dalam keadaan yang sunyi dan senyap...dan ada masa kita perlukan bunyik riuh nak bagi ceria...jadik, macam tajuk kat atas tu, watch the time lads...kita perlu hormat keadaan sekeliling mengikut masa yang sesuai....jangan jadik teruk ngalahkan menatang....alangkan katak pun tau time bila nak buat memekak(time lepas hujan)...reti?

ni tak...waktu azan, langgor...tak kisahla kalo tak nak semayang pun...amal masing-masing kubur asing-asing...tapi retila hormat orang lain...ni tak...kengkadang member nak angkat takbir pun tetiba tangan boleh gelek-gelek ala-ala usop wicha sebab terdengor bunyik yang kemain lagi gegak gempitanya tu...tu tak kira lagi time orang nak tido...bai...tengok la jam...kalo dah pukul 12 tu, bukan ke patut kita buat semua benda dalam keadaan yang tak terlalu kuat...sebab masa tu, semua bunyik macam dah diamplified...cakap bisik-bisik pun, orang yang jarak tiga kaki boleh dengor bai....

jadik, duduk, pikirkan balik..kenapa orang cipta headphone...dan pikir balik kenapa kalo kita duduk asrama, asal pukul 12 jek, pintu asrama dah kena ketuk kalau ada bunyik sikit pun...tu bukan mengganggu aktiviti korang...tapi mengajor jadik lebih menghormati waktu-waktu tertentu...takkanla tu pun nak kena ajor...common sense  kot...

notahangit: aku rasa la....orang-orang cenggini mungkin sound dia rosak kot....

Sunday, October 09, 2011

Orang lain pun bercinta gak oi!

Arakian

Sebelum ada orang duk terasa main tacing-tacing, baik aku bagitau awal-awal ek...entri ini takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...kalo ada yang terkena batang hidung tu, nasib tak baikla sebab terkena...takde niat pun nak menembak...boleh?orait...aku teruskan citer ek...

aku tau...masuk umur baligh ni, bermula kehidupan manusia ni macam binatang baru cukup umur...semua sibuk carik pasangan memasing...yang ni tak sesuai, tinggal, carik lagi...sampai jumpa yang sesuai....tapi tu tak kisah...nak berendut tu, memangla ada golongan serbanitas kata tak elok, menghampiri zina la, hape la...tapi aku bukan jenis cenggitu, aku just boleh cakap...berendut tu perkara normal...nak-nak yang berendut berlainan jantina...tapi yang jadik tak normalnya, bila dah mula berendut tak ingat dunia...astaga...kalo ikutkan rasa, memang nak penampor jek rasa...

aku bukan kata aku anti orang berendut...aku sendiri pun berendut gak....dan aku pun pernah gak buat kesilapan yang sama...nak tau apa?kalo nak berendut tu tak salah tapi janganla open sangat kat depan orang sampai orang naik jelak bai....sungguh...betul apa yang kita buat tu tak salah sebab kita tak kacau orang lain...tapi orang lain terasa terganggu kengkadang dengan kita yang duk cam belangkas jek....kan??jadik untuk ex aku dulu, tu kesilapan kita dulu yang memang terang dan nyata sampaikan semua orang duk menyampah dengan kita walaupun kita tak buat salah apa pun....

kengkadang kita rasa apa yang kita buat tu romantik....kita bersayang-sayang depan orang....kita bermanja-manja depan orang...kita rasa benda tu macam tak salah...orang lain tak cakap apa pun...tapi sebenornya orang yang tengok tu rasa jelak, menyampah, cam haram...serius...cuba korang tengok satu kapel yang tengah duk berenggeng kat mana-mana....cuba korang dengor diorang duduk merengek-rengek berdua macam budak mintak nenen kat mak...apa yang korang rasa?korang takkan rasa "eeeee...romantinknya diorang...."...tapi korang akan rasa "gedik....agak-agakla...orang lain pun berendut gak"....betul tak??toksah nak coverline la....kalo aku rasa cenggitu, takkan korang tak rasa cenggitu kan??

tu satu hal...selain tu, elok la berendut tu...tak salah...korang mungkin berjumpa dengan soulmate korang....korang mungkin jugak jumpa tempat korang nak mengadu hal...tapi toksahla sampai hal rahsia-rahsia bujang...kengkadang hal yang member-member luahkan pun nak luah kat endut korang...aib tu bai...kalo yang diceritanya tu hal ko jek takpe...tapi janganla sampai jatuhkan air muka member kan...dan tak cukup lagi...janganla sampai buang semua member pasal endut kot...memangla lepak dengan member tak best cam lepak dengan endut...tak dapat nak cakap sayang-sayang, nak berjiwang-jiwang....kena lak jantan cam aku...cakap jejiwang kang, mula la member duk nganjing-nganjing....tapi, pegi depan pusing balik, jantan tetap perlukan member gak...cuba korang bayangkan...kalo la ditakdirkan "soulmate" korang tu tinggalkan korang...apa yang jadik?dahla korang dah buang member tu....dah kutuk diorang bagai kat belakang...then nak buat apa?patah balik kat member-member yang tak semenggah tu dengan muka yang tak malu??sungguh tak berperasaan betul kan rasanya kalo cenggitu....

notahangit: so, ingat...berendut, berendut gak...life, life gak...jangan masukkan hal peribadi dengan hal life...nanti tak guna hidup...reti?

Saturday, October 01, 2011

Where is Along for a fuckin' week?

Arakian

pada aku entri ni macam agak seseia jek..sebab sape jek yang nak amik tau kalo aku senyap seminggu ke sebulan ke setahun ke....paling tak pun, trafik aku jek la yang merudum....ye tak??jadik meh aku bagitau korang kenapa aku mendiamkan diri sampai seminggu ni...ni kisah benar ek...takde ceret-ceret punya....
  • sebab yang utama dan paling-paling utama ialah aku merajuk dengan blog....bukan dengan blogspot...bukan dengan nuff yang mensapot blog....dan bukan jugak dengan penulis-penulis blog lain...tapi dengan blog aku sendiri dan content-content dia....sebab asal aku bukak jek blog, baca balik entri-entri lama aku...nak-nak kat HHD ni, aku dapat flashback benda yang terjadik sampai aku buat entri tu, tak pun aku dapat flashback apa yang terjadik lepas buat entri tu....serius...sebab tu salah satu sebab kenapa aku anon kan diri aku kat blogspot ni tanpa duk camwhore tayang gambor ialah sebab aku dah selalu dicarik pasal sebab entri-entri aku...and aku dah belajor..jiwa orang melayu memang sensitif....kita cakap baby pun dia boleh terasa macam babi....ntah...
  • selain tu, alasan ni memang selalu orang guna....aku busy...bukan busy sebab assignment...sebab assignment tu biasanya memang buat last minute...so takkan punya busy sampai seminggu...tapi aku busy menaikkan ranking kat dalam Street Racing Syndicate(SRS)....gila r...kalo kekayaan aku kat dalam SRS tu boleh aku bawak kat dunia luor ni, lama dah aku dah kaya gila babi.....so disebabkan tu, aku terlupa nak online...haha...
  • sebab lain, yang ni takleh nak tulis pepanjang...aku just boleh tulis dua huruf jek...DP!!!
  • Dan dengan secara kesimpulannya, aku boleh cakap yang sebenornya aku malas dan takde mood nak berblogging....tak de orang nak galakkan...haha....
aku patut letak warning la kat blog ni....ayat lebih kurang macam "jika anda mempunyai jubur yang lobos dan mudah sangat nak main tacing-tacing, sila pergi ke blog lain...sebab blog ni tak sesuai untuk anda"...boleh kan??

Wednesday, September 21, 2011

Now you've shown your awesomeness ain't it?

Arakian

Lepas satu, satu....dari A pergi B....memang hamjadah betul ek....asal dari bersepah, jadik annoying, jadik tak reti-reti, jadik babi, pergi ke saka, dah la ni jadik hape??taktau aku nak kategori apa ko ni...sampai dah breach people's rights and ownership..dah tahap kuang ajor bai....aku pun taktaula cemana nak kategori ko ni....hmmm...dah memang betul la aku cakap ko ni "hotak pandai tapi tak cerdik"....taktau beza ke??orang pandai dia boleh gunakan kebolehan otak secara sepenuhnya...tapi orang cerdik ni, dia tau menggunakan hotak dengan betul walaupun dia tak berapa pandai....

aku tak pernah lupa...dari zaman aku kecik-kecik, sampaila kat sekolah, sampai la masuk U, sampaila dah kije, sampai le aku berulang-ulang masuk U, orang selalu pesan kat aku...nak buat apa-apa, jangan ikut sedap konek...tapi ikut keadaan yang sepatutnya....tapi ni aku tengok ko ikut sedap bantai konek ko jek...kalo aku cakap macam kuang hajo..tapi kalo dengan orang yang tak makan hajor ni memang ni la gaya cakapnya...mak bapak ko tak hajor ke dulu??ke ko memang jenis takde bahasa??pelik gak aku...hmmm...

orang ada kata...bior muka buruk...tapi pe'el baik...jujur tak bermuka-muka...paling tak pun, orang nampak manisnya....kalo muka elok, tapi perangai buruk, hilang segala lawo tu...yang sesuai dipanggil jebeng jek...tapi kalo dah muka pun buruk, pe'el pun buruk...tak padan jadik orang...dah macam menatang dah ko ni....ptuuuiii!!!!!

notahangit: tak reti-reti lagi ke??

Monday, September 19, 2011

How to be an outstanding inventor?

Arakian

disebabkan hari ni hari Isnin, jadik aku agak malas nak tulis pepanjang....just nak cerita perkara yang agak simple...sebagai sorang melayu yang dah banyak jumpa benda yang power-power, bila kita sebut je pasal inventor atau pencipta barang-barang, kita mesti terpikir benda yang high tech...betul tak??kita terpikir robot, kita terpikir kereta yang boleh jadik robot, kita terpikir rumah yang boleh sediakan memacam dengan just bagi arahan simple...tapi kita taktau pun yang kita boleh jadik sorang inventor yang outstanding dengan berfikir secara simple...

salah satu cara yang terbaik untuk jadik inventor yang outstanding, kita kena sentiasa fikir bagaimana nak selesaikan satu masalah...bukannya berfikir cemana nak buat satu ciptaan yang boleh buat orang kagum....cuba korang tengok sejarah pencipta...JL Baird, Alexander Graham Bell, John Dunlop, Thomas Edison....diorang semuanya invent something untuk selesaikan masalah...

disebabkan aku malas nak bebel panjang, korang yang bercadang untuk jadik pencipta terhebat dalam sejarah, korang tengok sekeliling, dan korang cuba untuk selesaikan masalah tu...sure korang akan termasuk dalam sejarah dunia gak nanti...cam aku bagi contoh...kita ada masalah dengan petrol yang makin meningkat...kenapa kita tak buat kereta yang ala-ala kereta tamiya ek??


notahangit: selalunya idea yang baik selalunya dianggap useless oleh orang lain pada awalnya...tapi dah berjaya, orang tu jugakla yang gila-gila defend apa yang kita cipta....

Saturday, September 17, 2011

Kalo kenderaan, berubah jadik transformers...kalo orang??

Arakian

aritu aku dah bercerita pasal wereboar...lebih kurang kisah yang agak "myths" la kan..arini aku nak bercerita pasal satu lagi bentuk transformasi...kita semua tau dan dah tengok pun muvi pasal kenderaan yang boleh transform jadik robot yang kita panggil sebagai transformers...tapi korang tau tak manusia pun boleh transform jugak...tapi arini aku nak cerita pasal transform yang lain pulak...

tau tak korang jika manusia ni, didedahkan pada keadaan yang terlampau dibagi muka, yela...orang boleh cakap akan pijak kepala kan...tapi cemana pulak kalo bagi muka sikit tapi lepas tu tak sador diri??ye..kita panggil tu sebagai muka tembok ye korang...tu salah satu bentuk transformasi yang aku nak cerita....sumpah kat bumi berTUAH ni aku jumpa banyak benda baru yang boleh buat aku agak culture shock sebab aku tak jumpa kat tempat lain...aku jumpa nyah yang berlambak-lambak macam tak boleh dibendung...lagi banyak dari kat Jalan Haji Taib...dan lagi banyak kat Jalan Sayang kat Muor....

aku jugak jumpa pengkid sejati yang lagi hardcore dari pengkid yang aku jumpa kat pejabat Bernama...dan aku jugak jumpa dengan orang yang tak reti nak perasan pekung sendiri walaupun dah banyak kali kena sound..lagi dahsyat dari tempat lain sebab macam tak nampak-nampak kat kawasan lain...dan aku jugak tak pernah nampak muka tembok yang lagi cibaeiiii dari kat tempat lain....sampai tak tak tau nak buat apa...sah betul la kenapa Sultan Melaka dulu lari ke Johor...tak tahan dengan extremenya perangai kat Melaka ni...aku tak kata semua orang Melaka cenggitu...tapi aku terkejut dengan extremenya budaya kat sini....

jadik bila aku balik, memang padanla kat Melaka ni orang banyak kaitkan dengan makian...cenggini rupanya..dan aku tak terkejut jugak la kenapa asal jumpa jek, orang Melaka cakap "Hoi lahanat!!hidup lagi kau!!!aku ingat dah lama dah kojol.."...memang padanla....dan aku jugak terkejut kenapa kat Melaka ni kebanyakkannya tak berjalan dengan lancor sebab diorang tak boleh sebut perkataan tu...

Nota Hangit: kalo korang tak percaya, korang sebut ayat ni ikut loghat Melaka.."Semua yang ada kat Bumi Melaka ni memang takde yang tak lancar....semuanya confirm lancar..."

Friday, September 16, 2011

Tuesday, September 13, 2011

The wereboar....

Arakian

Siapa yang tak pernah dengor pasal werewolf atau serigala jadian kan??semua orang pernah dengor....dan kita pun tau yang dalam cerita werewolf, walaupun diorang tu cool, tapi manusia memang tak dapat terima kewujudan diorang sebab sifat diorang yang macam lonewolf yang kijenya asyik nak menyerang manusia jek kan??tula mitos werewolf kat negara omptuih....tapi tau tak korang yang sebenornya cerita werewolf tu berdasarkan kejadian sebenor...tapi bezanya yang jadiannya bukan kepada serigala tapi kepada babi...ataupun bahasa omptuihnya wereboar...ianya merupakan penyakit sebenor diseluruh dunia yang sampai sekarang takde lagi ubatnya...yang ada cuma pencegahan jek...tapi bukan dalam bentuk vaksin tapi langkah-langkah kawalan...so korang nak tau ke cemana wereboar ni???

tak macam werewolf, wereboar tak terjadik sebab kena gigit dengan babi...tapi ianya terjadik bila terdapat sel-sel babi yang kengkadang tak perasan termasuk dalam badan manusia...biasanya sel-sel ni takkan merebak kecuali bila orang tersebut tetiba jadik kaya, ada duit, tak pun terlupa dunia...pada asalnya mereka tak menunjukkan tanda-tanda yang nyata...tapi dapat dikesan setiap kali diorang terlebih sikit dari orang lain....mulala diorang terikut-ikut nafsu binatang...berlagak bagus, tak boleh nak terima nasihat dan tak jugak faham apa-apa yang orang tegur atau cakap...pada masa ini, kita namakannya sebagai peringkat metamorfasi kepada wereboar separa...pada masa ni, mereka takkan mengaku yang diri mereka babi, mereka tak boleh terima perkataan yang berkaitan dengan babi dan jugak tak boleh makan secara normal....mereka hanya nak makan-makanan yang mahal saje....

pada peringkat ini, wereboar akan perlahan-lahan bertukor menjadik wereboar yang sempurna...sifat-sifat kemanusiaan akan berkurang sikit demi sikit sampai last sekali takde langsung...pada masa ni, segala rasa malu, hormat dan jugak akal fikiran diorang takkan dapat berfungsi dengan baik seperti manusia biasa...diorang pun akan kehilangan rasa sensitif kepada perasaan orang sekeliling...yang diorang rasa just perasaan sendiri dan jugak kepandaian otak manusia jek....bak kata orang....pandai tapi tak cerdik...tu la yang jadik pada wereboar sempurna...

wereboar pada peringkat ni takkan terasa apa-apa bila kita cakap dia ke apa ke...sebab dah takde apa-apa perasaan lagi dah kat diorang...sebab yang berleluasa just nafsu binatang jek...namun begitu, proses metamorfasi bagi wereboar ni takkan berhenti sampai setiap orang keliling wereboar ni sebut "BABI" bila terpandang atau teringat kat diorang...jadik, begitula kisah wereboar ni...sekian terima kasih....

notahangit: cara mencegah dari mendapat penyakit wereboar ni??didikan dari kecik supaya jangan menjadik babi bila dah besor....kalo tak, dah terlambat dah nak ubah...ramai dah aku tengok jadik wereboar ni....

Monday, September 12, 2011

Don't be so obvious sucker~!!

Arakian

Nak ngorat awek...pada aku tu satu benda yang normal bagi setiap jantan...jantan mana yang tak suka ngorat awek kan...kena lak makin lama awek-awek semua dah makin pandai nak melawa...yang jongang dah tak jongang...yang jendul pun dah pandai style rambut sampai tak nampak jendul...kan??

tapi yang aku nak memekak ni pasal pe'el jejantan ni bila dah minat sangat kat memana awek...toksah la nak obvious sangat nak kejor...sampai kemana-mana awek tu pergi pun kita nak ngekor...kita kan jantan yang ada otak...jadik la bijak sikit...aku rasa kat GB dah banyak kali aku cerita pasal cara nak ngorat...jangan dibuat perkara yang dilarang tu...

cara paling simple, kita letakkan diri kita sebagai awek tu sebelum kita ngorat..pastu kita list kan apa yang kita suka dengan tak suka...pastikan jangan kita buat cenggitu..cuba kalo kita bayangkan kalo kita duk kena ngekor jek doploh pat jam...tak ke rimas tu..tu tak dikira kena ngorat tepi jalan main swit swit..geli kotttt~~




cara yang paling jujur dowh, pergi jek kat awek tu...cakap jek suka kat dia...pastu flow kan la...kalo dia suka, dia terima...kalo dia mintak tangguh, ada la can....barula masuk second stage...kalo dia cakap no, memang takyah harapla...lagipun, kat dunia ni Tuhan bagi cermin kot....nak ngorat awek pun kena cermin muka dulu gak ek...

notahangit: ni tak...dah macam orang desperate lak stail....buat jatuh standard jantan jek....bogema.....

Thursday, September 08, 2011

Hari Raya's forgiveness: just an empty apologize..

Arakian

Setiap kali raya kita jumpa hal yang sama....semua orang mintak mahap dengan orang lain...which is pada aku satu budaya yang sangat bagus...tapi masalahnya...tak ke korang rasa macam mahap tu mahap yang kosong jek??mana kan tak...kita beria-ialah mahapkan orang yang mintak mahap tu sebab kita rasa dia memang ikhlas mintak mahap dari hati dia...lagipun sebab hati dah suci tulus-mulus disebabkan puasa, rasa macam taknak la kotorkan lagi dengan rasa marah semua-semua....

tapi tup-tup...jadik balik dah perangai lama...macam cibai lak rasa....nak lagi best, tahap kecibaian tu jadik TRIPLE....maybe aku jek yang naif sangat pergi bajet orang punya jiwa dah suci tulus-mulus disebabkan puasa...tak pun maybe aku yang sebenornya bad guy sebab semua benda macam dah tak pada side aku....ntah...whatever...

notahangit: makin tinggi level, makin susah game...cenggitu la kot format hidup kat dunia ni...aku rasala....

Tuesday, September 06, 2011

We should be called "Stinky Malay"..shouldn't us?

Arakian

ni panas ni...sesilap boleh dapat report polis aku ni...tapi aku bukan jek kata korang...tapi aku kata diri aku gak...kenapa aku kata cenggini....apa aku tak bangga ke kat kaum sendiri??apa aku benci ke kat kita yang konon-kononnya bersedara sesama Islam ni??bukan sebab tu...tapi sebab aku sayang kaum aku la aku cakap cenggini...sebab aku tengok kaum aku ni dah makin ke laut la aku panggil-panggil korang semua naik ke darat...sebab taknak korang semua hanyut kena tarik ombak....paham???

tapi kenapa aku tulis entri yang panas cenggini?? tak ke korang perasan betapa bangsatnya kita orang-orang melayu ni??kita berbeza pendapat...tapi kita benci satu sama lain mengalahkan kita benci kat setan....nak-nak bila bercakap pasal politik...yang kumpulan merah kata cenggini cenggini..yang kumpulan ijo kata cenggini-cenggini...tapi berbeza pendapat tu bagus...kita dapatla berusaha untuk perbaikkan kelemahan kita..tapi bila dah sampai satu tahap...pekung orang ni kita duk bukak...kumpulan merah duk sibuk gali pekung hero-hero kumpulan hijau...bubuh kat kak nam-kak nam yang makin berleluasa...makin panas la pekung hero kumpulan hijau...tu tak kira yang kumpulan hijau lak...diorang tak boleh contact kak nam...maklumla...diorang ni hubungan tak berapa rapat dengan kak nam kat negara kita ni....tapi diorang sendiri yang duk bukak pekung hero-hero kumpulan merah...dah lagak dah macam musuh ketat berbeza agama dah aku tengok..tak ke cibai perangai tu??

pastu aku duk kenang balik zaman dulu-dulu...geng-geng kumpulan hijau dengan merah ni bergaduh bila ada pertandingan jek...tapi, lepas tu rilex jek duk makan kenduri, duk semeja bergelak tawa, bertepuk tampor semua...tapi ni jam aku tengok dah takde dah cenggitu...memasing nak bertanding jubur sape paling besor sekali...tu yang kena godok dengan hero kumpulan biru air laut tu....mana ntah pergi dignity sebagai sang melayu terterer sepanjang zaman...dah aku tengok macam budak sekolah bertanding mainan sape paling mahal dah....

sampai satu masa, jangan terkejut kalo negara tercinta kita ni tetiba jadik darurat lagi sekali...tapi kali ni bukan pergaduhan antara kaum lagi dah macam 13 Mei 1969 dulu....tapi peperangan sedara...sang bodoh kumpulan merah bergaduh dengan sang bangang kumpulan hijau...dipanaskan lagi dengan kumpulan biru air laut...yang duduk tersepit tengah-tengah sape??kitorang kumpulan kuning yang menyokong kedaulatan raja dan keluhuran perlembagaan...reti??

notahangit: macam power rangers...bergaduh sesama sendiri...yang untungnya raksaksa la...senang-senang jek dapat conquer bumi....boooongok....

Wednesday, August 24, 2011

I'm tired of this...

Arakian

Nila perkara yang aku perasan beberapa hari ni...aku tak katakan kehidupan kita yang penuh rutin...tapi benda yang kita dengor pun macam benda yang sama jek....setiap hari...tak habis-habis macam benda yang sama jek...sampai aku naik pressure memikirkannya....kenapa benda ni boleh jadik??kita dah kehabisan idea ke??

korang perasan tak kalo korang bukak berita, kita balik-balik dengor pasal benda yang sama...berita utamanya, pasal politik...aku rasa benda ni aku dah repeat banyak kali dah...tak boleh ke satu hari berita kat Malaysia ni takde berita pasal politik?/sampaikan aku naik bosan nak tengok berita dah sekarang....kalo tak cerita kutuk mengutuk, mesti cerita Dato ni, Menteri tu buat amal atau rumah terbukak....nak-nak dah raya ni...macam haram...nak menunjukkan kaya ke disaat orang semua takde duit??cubala keluorkan berita yang betul-betul bagi informasi...ni tak...sepatutnya tu kije media...ni bloggers lak yang kena ambik job tu...dahla kitorang update secara free...macam tak worth it lak...

korang perasan tak kalo bukak TV, cerita yang ditayang tu asyik-asyik cerita yang sama...tak de perkembangan langsung...lebih pulak pada bulan-bulan puasa ni...macam dah takde modal...cerita terbaru pun macam cerita remake pada cerita yang pernah ditayangkan satu masa dulu dengan muka yang baru...tak pun, cerita yang lain tapi macam cerita yang sama jek sebab pelakon dia semua pelakon yang sama...terasa lak macam sial...last-last orang ambik option pergi carik movie yang tak lepas LPF ataupun movie-movie underground kat blog...paling tak pun orang duk baca cerita yang blogger tulis sebab cerita lebih jujur dan original...tapi masalahnya, kitorang semua buat kije ni secara free....diorang lak semua berbayor modal ribu riban...macam tak worth it kan??

aku rasa macam malas nak elaborate lagi...macam tak worth it jek...cakap panjang-panjang pun, semua yang aku sound ni muka tembok ass tight punya orang....lagi aku bising, lagi menjadik-jadik lak...entah r...

notahangit: fuuuuuuuu.....

Monday, August 22, 2011

This entry is filled with emotion.....

Arakian

Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...
.
Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...Emotion...

Notahangit: too much Emotion is kinda annoying isn't it??

Wednesday, August 17, 2011

Have you ever consider it?

Arakian

Bila dah ramai yang suarakan...betapa tak selesanya diorang...tak pernah ke kita consider perasaan orang lain bila kita nak buat satu action tu? janganla sampai sibuk nak mengejor yang satu, kita hilang yang ramai dengan kita tu...takkan tak reti-reti lagi??

bila antara ramai-ramai tu, hampir semua dah diamkan diri tak menegur lagi apa yang kita dah buat, tak pernah ke kita consider yang ramai-ramai tu dah penat nak menegur..bukan sebab diorang menurut jek apa yang kita putuskan?

bila orang yang biasanya melepak dan berborak-borak dengan kita dah mula mundar-mandir macam orang tak betul ke hulu-kehilir, tak pernah ke kita tau yang orang tu sebenornya rasa tak selesa dengan tindakan kita tu??dan dia tak sanggup nak memekak sebab jaga hati kita..kesian member tu dowh...

bila kita rasa macam left alone jek bila kita buat apa-apa...tak pernah ke kita terpikir yang bebudak lain semua tengah marahkan kita??dan marahnya tu bukannya marah sikit-sikit...tapi marah menyirap sebab dah banyak kali dah dibagitau??lagipun kije member-member ni bukannya asyik nak menegur kita jek...nanti kita lak pikir yang member kita ni asyik nak carik salah kita jek..


bila sampai satu tahap, member yang selalu duk berjaga dengan kita tiap-tiap malam, pukul 10 dah masuk tido dah....bukan sebab letih atau apa..tapi sebab diorang dah fed up nak berdepan dengan shitty thing yang dah jadik kat keliling diorang...jadik, berhati-hatila...tau??

notahangit: bak kata orang...nak carik salah sendiri, kengkadang kita tak perasan...tapi kalo dah cerita banyak kali pun tak perasan, tu bukan tak perasan...tu tak pedulik namanya...

Tuesday, August 16, 2011

Fucking routine: same thing over and over again

Arakian

Setiap hari benda yang sama...bangun tido, bersiap nak pergi kelas...pergi kelas, balik rumah....tido balik...hidup dalam dunia ni memang consist of routine and more routine making it boring and boring from a day to another....ni aku bercakap pasal kehidupan student...bila dah keja, sama jek....it's the same fucking routine all over again...memang aku rasa macam nak menjerit....is there no real excitement in this fucking world...i guess not...

mungkinla orang akan cakap silap kat aku gak...kalo tau bosan dengan rutin, kenapa tak carik aktiviti yang hepi...pergi berkayak ke, pergi mengorat tepi jalan ke...angkat gitar pegi basking ke...yep...sound interesting isn't it?? wait for a few months...then, that "exciting" things will suddenly be fucking boring routines too....memang rasa fucked up...

dan tau tak korang, bila dah sampai tahap bosan dengan rutin sehingga peringkat maximum, kebanyakan kita akan carik alternative life yang konon-kononnya the real excitement??dan tu semuanya starting point of a new bong addict? don't blame me...it's the real thing actually...tak caya korang tanya la kebanyakan mat-mat gam, mat-mat ganja...diorang jadik cenggitu bukannya sebab pengaruh kawan-kawan atau apa...tapi diorang fed up dengan rutin...

lepas ni akan ramai la pakar psikologi cakap untuk elakkan kebosanan dengan rutin, kita kena buat aktiviti yang baru dan refreshing macam going on a bungee jump or pergi join drift ke...tapi tak guna jugak sebab aktiviti yang betul-betul buat kita hilang bosan kebanyakannya cost money which is memang takkan dapat punyala nak settle sampai bebila...

then, aku tanya kat mak ayah aku...apa yang patut aku buat nak menghilangkan rasa bosan terhadap rutin ni ek....ayah aku jawab dengan penuh rileks...tengok Shawshank Redemption?cemana cara diorang nak habiskan masa diorang kat dalam penjara??yep...diorang sentiasa cipta projek untuk diri sendiri..once kita dah determined untuk capai apa yang kita nak dalam projek tu, kita akan rasa puas...tak payah projek power-power pun...apa salahnya kalo kita start dengan tanam pokok...kan??bila projek kita dah nak settle, tak salah kalo kita cuba projek yang baru pulak...cemana pendapat korang??

notahangit: get busy living or get busy dying...it's our right to choose isn't it?

Sunday, August 14, 2011

Luahan untuk yang dikasihi....

Arakian

Sayang, dah lama dah kita bersama...kalo tak silap aku dah dekat 7 tahun dah kan?macam-macam dah kita tempuh sesama....aku ingat lagi masa memula kita bersama...aku terpandang gambor ko kat satu iklan ni...kalo pada orang, memangla ko ni tak cantik...body pun tak de shape-shape...tapi aku suka..sebab bila ko cenggitu, aku tau takde sape yang hingin nak rembat ko dari aku...

aku ingat lagi...masa aku baru lagi dengan ko...suka betul aku...aku jaga gila-gila ko...dan aku rasa tak pernah lagi pun kan sepanjang kita bersama 7 tahun ni, kita tak pernah bertengkor besor...kengkadang sikit-sikit tu ada la...tapi cepat-cepat kita ok balik kan??kengkadang kalo aku majuk dengan ko, aku tak pandang langsung ko...dan kalo ko ngajuk dengan aku, ko buat taktau jek kalo aku mintak tolong buat apa-apa...ingat tak??masa tu memangla aku rasa baran..tapi sayang punya pasal, aku pujuk-pujuk gak...lelama ko ok kan??

aku ingat lagi dua tahun lepas...ko tetiba sakit teruk...nak buat benda simple pun ko tak mampu...sampai aku tengok ko jadik biru jek....aku betul-betul riso masa tu...aku taknak kehilangan ko....cepat-cepat aku carik tempat nak sihatkan ko balik....dengor-dengor ko kena operation lak...kalo tak, memang terpadam terus la ko....pergghhh...riso betul aku...aku terus jek bersetuju...dan sekarang ko ok dah...lepas operation, ko dah elok balik....tak kisahla berapa banyak aku dah habiskan untuk buat ko sihat balik...sebab aku memang sayangkan ko...

tapi sayang, beberapa tahun ni, aku rasa aku perlu carikan kawan untuk ko...bukannya aku nak menduakan ko atau apa..tapi aku kesian tengok ko dah tak larat nak buat kerja-kerja berat macam dulu....aku tak persoalkan kebolehan ko...aku tau ko memang kental....tapi aku taknak tengok ko terbarai sebab aku...jadik, aku harapkan ko izinkan aku kumpul duit untuk beli notebook baru untuk buat programming yang lagi hardcore...jangan riso....laptop utama aku tetap ko Tenggiling....

Notahangit: manala aku nak korek laptop murah ni....dapat up sikiiiiiit jek dari Tenggiling pun takpela...sian dah aku tengok Tenggiling ni cam dah tak larat dah nak buat semua benda-benda berat ni....

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday : a good advice....

Arakian




 notahangit: One thing is true of all governments – their most reliable records are tax records....

Tuesday, August 09, 2011

Fuuuuuuuuuuuu

Arakian

puas dah aku speaking kat entri lepas...kembali kepada mode bahasa kebangsaan...hehe..hari ni aku nak sampaikan benda yang aku tak faham terjadik kat siaran TV skang ni...biasala kan...bulan ini kita namakan sebagai bulan puasa dan kita pun tau siaran TV kita skang ni semua dah menjadik ASTRO OASIS...sentiasa ada cerita berunsurkan Islam dan pengajaran dan dah makin kurang cerita yang tayang lurah...ianya satu perubahan yang agak menyakitkan sikit bagi aku sebab aku tak dapat nak cuci mata dan mengurangkan pahala..tapi bagus gak la kan....peringatan untuk aku...

tapi apa yang membuatkan aku terkeluor perkataan kat atas tu, bila aku tengok beberapa movie yang ditayangkan sempena bulan puasa ni....cam biasa la...kat rumah aku memang takde ASTRO sebab nama pun rumah sewaan kan...lagipun berkemungkinan tahun depan aku dah berambus dari bumi berTUAH ni....tak kisahla dengan hal bumi berTUAH ni..yang aku kisahkan pasal siaran TV tula...

pada permulaan cerita memangla best....penuh dengan nasihat dan pengajaran sepanjang menjalani puasa..yang puasa yang yuk, dapat bahana dia, yang buat perangai taik masa bulan puasa, kena bahana dia...yang buat jahat, terbakor berulat-ulat...seronok...tapi sampai part ending jek mesti aku tak leh blah...kenapa dan kenapa...dan kenapa mesti dihabiskan dengan takbir raya lepas tu semua orang live happily ever after??cerita dihabiskan dengan ramai-ramai duduk serumah, bermaaf-maafan dan settle segala masalah?takleh buat cerita yang lebih tragis ke??

aku tau memang kebanyakan penonton suka happy ending..dan aku tau kebanyakan kita ada mentaliti nak mengajor orang kita bahawa apa-apa pun jadik, kita boleh selesaikan kalo kita bermaaf-maafan...kalo yang tak buat happy ending pun, diorang buat cerita orang yang buat jahat tu mati....dan itu perkara yang sangat tipikal...aku dahagakan satu cerita yang tragis dan bagi kesan "aaaarggghhhhh...cerita ni memang buat aku mindfuck sampai memancut-mancut..."..agak-agak ada tak producer kita yang berani buat cerita cenggitu??

okla...aku rasa cam tak elok lak kalo aku tak bagi contoh-contoh ending yang agak tragis...apa kata instead of kita matikan karakter jahat, kita bior orang jahat tu hidup...haaa....at least kita dapat pengajaran kalo nak hidup kat dunia yang makin fuck up ni, berlagak mulia memang buat kita kojol dengan pantas...tak pun kita buat ending yang orang yang dah kena balasan kaw-kaw badan terbakor berulat-ulat tu tak end up mati atau hidup dalam seksa...tapi kita buat ending yang orang yang dianiaya oleh orang yang terbakor tu yang mati tak pun rupanya semua kije jahat yang orang terbakor tu terjadik sebab dia yang rancang...bolehkan??tak pun, part ending orang bermaaf-maafan dipagi raya tu diubah jadik orang yang dianiaya tu datang rumah dan bunuh semua orang yang buat jahat dengan dia dan ending dia dengan orang tu berdiri berlumuran darah dengan parang ditangan berserta dengan sengihan puas kat muka dia...barula fuuuuuuu....

tapi bila aku pikir balik, kita kena gak consider yang jabatan penapisan filem kita memang dipenuhi dengan manusia yang sangat berotak tipikal...diorang takkan terima satu movie yang ending dia tak tipikal dan tak menepati jangkaan diorang....so macam aku cakap la..kita akan terus disogok dengan cerita yang sama jek sampai bila-bila kat TV...

notahangit: sejak bila yang aku concern sangat dengan movie yang tayang kat TV lak ni??hahaha...

Sunday, August 07, 2011

It's funny when...

Arakian

It's funny when we think this world is beautiful but we are trying really hard to make it ugly...

It's funny when people puts blame to each others whether they are right or wrong but they never blame it on themselves...

It's funny when we the person you trust the most is the person who fucked you the most...

It's funny when you hate someone so much but in the end that person is the one we love the most...vice verso

It's funny when a person who can lift up stuffs weighted hundreds pounds or can knocked out an elephant with just a punch can be lose their strength with just some stupid words....

It's funny when intelligent people never use their brain in real life....

It's funny when a super romantic couple can only last for several months only...

It's funny when people are always cheated by some fucking melodramatic gentle, caring person even though they know it is a bluff....

It's funny when I saw this world is really fucked but I still try to make it right...

It's funny when stupid young couples can't differentiate either they're being control and manipulated or they are being honest and romantic to each other...fuck off...

It's funny when one doesn't know that they are fucking make others fucking sick at their fucking arses...

notahangit: It's even funnier when I wrote in a different style, using a different language in this very blog...

Saturday, August 06, 2011

Don't you ever heard of SELF CONCIOUSNESS??

Arakian

Bila kita masuk satu kawasan, sambutannya dingin...tak ke kita rasa yang kita ni tak diundang?perlu ke nak kena hentam macam nuraka baru nak faham?

Bila kita bertandang, tak ke kita diajor adab menghormati hak dan keselesaan orang lain??takkan nak kena halau baru nak tangkap sentap?

Bila kita bergaul, tak ke kita diajor bergaul dengan tak berlebihan?takkan nak kena tutuh baru nak tau mana betul mana salah?

Bila kita menjadik tetamu, kan ke kita diajor tak mengganggu kehidupan Tuan Rumah?ni kan sampai Tuan Rumah pun terasa macam jadik tetamu kat rumah sendirik, bersederhana ke kita?

Bila kita ditegur, tak ke lebih elok kalo kita terima dan tak tunjuk kebagusan kita?? takkan nak tunggu orang menyampah baru nak tergedik-gedik nak tunjuk baik...

Bila kita berkawan, bukan ke kita tak digalakkan pilih bulu??kalo kita duk sibuk pilih bulu, jangan diharap semua orang nak layan kita baik macam layan raja....

Bila kita berbuat baik, tak ke kita kena timbang apa kata orang yang sekapal dengan kita??takkan nak kena cop pembawak masalah baru terhegeh-hegeh nak betulkan semuanya...dah terlambat kan...

Bila orang bersabor, tak ke kita tau yang setiap orang ada tahapnya?takkan nak tunggu sampai dah tak ditegur baru nak terasa yang kita dah overstep border orang??

notahangit: Bila dah terkeluor entri ni, tak ke rasa dah terlambat nak buat aku sejuk hati?tak kan tak perasan aku duk hati panas jek ni...bangang....

Friday, August 05, 2011

Can you accept all of these statement??

Arakian

malas aku nak tulis panjang-panjang pasal tengah bulan puasa ni...jadik aku letak beberapa tagline jek la...

  • "ini iklan mengganggu sensitivi perkauman kami...mereka mengutuk kewibawaan kaum kami"....eee...kata Tuhan tu cipta manusia semua sama rata....kenapa lak nak sensitif-sensitif ni??
  • "melayu bodoh...cina makan babi..keling paria"....elok la tu....macam orang tua-tua kata...biasanya apa yang kita cakap orang tu, kita sebenornya tengah mengata diri kita sendiri....kalo kata melayu bodoh, kita la bodoh..kalo kata cina makan babi, kita la makan babi...kalo kita kata keling paria, kitala paria...
  • "Kami lebih mulia dari kaum lain sebab kaum kami beragama Islam...bakal ahli syurga...mereka semua kafir laknatullah...jangan bagi mereka peluang nak menindas dan memburukkan kaum kami"...Islam tu mulia sebab kita diajor memuliakan kaum dan orang dari agama lain...dan kita pun diajor mengejor akhirat...bukannya menegakkan batang konek kat dunia ni...kalo kita letak mentaliti cenggini, kita setaraf la dengan orang Yahudi..ke korang memang Yahudi sejak azali?
  • "Kita patut bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan sebab membina dan menyumbangkan bermacam-macam kepada rakyat sehinggakan kita hidup dalam kemewahan seperti sekarang...jangan dengar dakyah politik lain"...pertama sekali, janganla jadik bodoh...memang tanggungjawab kerajaan tak kira la sape-sape pun yang memerintah untuk memberikan apa yang kita dapat hari ni....jadik, jangan diulang-ulang tayang benda ni kat orang ramai...nampak macam mengampu sangat...
  • "Hanya kerajaan **** yang mampu mengangkat nama Malaysia hingga masyhur di serata dunia...jadik, setialah kepada kerajaan ****"...tapi kalo fikir balik, negara kita masyhur sebab keindahannya masih terpelihara...sape yang jaga??e'eh...rakyat...negara kita masyhur sebab menjadik pengeksport utama dunia...sape yang mengeksport dan keluorkan produk...e'eh...rakyat...negara kita masyhur sebab aman damai takde persengketaan dan rusuhan melampau macam kat negara lain...sape yang bersabor dan bertolak ansur walaupun ada masalah...e'eh..rakyat....macam kerajaan kutip jasa jek atas usaha rakyat jek...
  • "kan ada banyak lagi jantan/pompuan yang melayu, Islam yang boleh ko pilih...kenapa yang tak bersunat tu jugak yang ko nak??ko ni memang *****(aku terpaksa censored sebab taknak korang kurang pahala puasa)."mulia sangat ke kalo korang tu bersunat??kalo cenggitu bior diorang kawen dengan yahudi la kalo nak sangat yang bersunat...sebab yahudi pun bersunat jugak...otak dangkal....

macam aku cakapla...malas aku nak explain panjang-panjang...kalo korang tak puas hati, korang hentam jek la kaw-kaw kat komen tu....

notahangit: jelak dah aku tengok drama swasta memasing ni...

Wednesday, August 03, 2011

Kerana babi

Arakian

semenjak dua menjak ni aku tengok rajin orang bising-bising dek kerana babi...mentega ni takleh makan sebab ada babi...benda ni takleh makan sebab ada babi....itu babi....ini babi...sana babi...sini babi....sekarang ni semua sibuk nak membabikan diri dengan bermacam-macam kebabian...sungguh...dimana-mana jek aku tengok, penuh dengan kebabian yang melampau...

aku bukak blog, orang bising pasal isu produk itu ini ada babi...semua orang kecoh-kecoh...aku bukak tv, berita pun sama gak duk kecoh-kecoh pasal produk berbabi ni....tu berita sampingan la..berita utama, ramai yang berlagak babi...tu takleh cerita sangat...nanti orang kata mengumpat pulak dibulan puasa ni kan....tapi penuh sangat kebabian sampai aku naik rimas..orang terlampau tumpu sangat kat babi sampai orang terlupa benda yang tak babi tapi kita taram gak....

kalo masa aku kecik-kecik dulu, isu babi ni takdela isu besor mana pun....sebab semua orang tau...bila satu produk tu ada babi, tapi kita taktau dan kita makan, tak jatuh hukum pun...sebabnya kita taktau...tapi orang sekarang ni, jadik takut sangat sebabkan babi...sedap sangat ke babi tu sampai semua benda pun nak taruk babi?

tapi yang aku nak komenkan ni bukan pasal babi...tapi pasal kepala hotak orang kita yang berfikir mengalahkan ahli sufi walaupun amalnya tak kemana....kalo nak makan, kaji gila babi....takleh ada babi, takleh ada sikit pun benda yang DNA macam babi-babi sikit....takleh nak makan makanan ni sebab ada campur sikit alkohol untuk bagi tahan lama...tak boleh nak telan air ni sebab ada campur dengan air daun ketum...sebab takut termabuk makan banyak dan takleh nak bawak semayang....

pada aku tak salah nak berlagak sufi...bagusla...sebab kita nak menjamin diri kita takde benda-benda yang syak jadik darah daging...tapi yang tak boleh blah, kaji sekerat jalan...cemana tu??kenapa aku kata sekerat jalan??kalo betul nak kaji taknak benda syak, baik kaji sumber asal satu makanan tu dari mana...ada tak bercampur dengan sumber yang tak halal...manala tau ek makan mekdi yang kompem-kompem dah sah dari Jakim, tetiba sumber kos diorang tu bercampur dengan hasil penjualan alkohol...kan dah syak tu....sama gak dengan tempat kije korang tu...boleh jamin ke source tu takde bercampur dengan duit hasil nombol ekor dari tuan punya kedai...tak pun ada bercampur dengan hasil dari penipuan abc, alif ba ta....kan dah jadik syak tu...

tapi macam yang aku cakapla...tu kalo nak berlagak sufi sangat...kena kaji semua benda sampai ke akar umbi...kalo setakat nak kaji sampai dalam-dalam lepas tu tinggal separuh jalan jek, baik ikut yang mana ada cop Jakim yang mana takde jek la...dah tu, jangan nak besor-besorkan lagi hal tu sampai nak dihebahkan sampai dua tiga minggu...jelak la aku tengok....apa kita nak tunjuk kita yang paling alim ke apa??

notahangit: bak kata bapak aku...kalo kita masuk hutan, makan babi...lepas tu keluor tak de bising kat sape-sape, mana ada orang tau...

Monday, August 01, 2011

It is sad, it is hard, but I still determine to do it

Arakian

Sepanjang 7tahun kita bersama...kau menemani aku dalam suka dan duka...di masa aku gembira, aku bersama-sama dengan ko....masa aku ada masalah, aku mencarik ko...masa aku bersedih, aku perlukan ko supaya kurang kesedihan aku....rasanya sepanjang 7 tahun tu la, aku tak pernah tinggalkan ko...kita sentiasa ada bersama-sama...

tak kira la kat mana jek aku berada...masa kat mamak sambil tengok bola, ko ada...kalo kat rumah time aku buat-buat lagu, ko pun ada...masa aku tulis entry, ko sentiasa menemani aku...tak pernah aku tinggalkan ko...waima masa aku kat jamban pun aku tak pernah lupakan ko...aku sentiasa ingat ko tak kira apa pun yang terjadik....

sepanjang kita bersama, tak pernah aku salahkan ko...sepanjang tu jugak aku tak pernah merasa cemburu dengan ko walaupun terpaksa berkongsi dengan budak-budak lain....ko tak seperti yang lain...aku rasa macam ko ni istimewa...even aku pernah menganggap tanpa ko, ntah apa la yang jadik pada aku...tak dapat aku bayangkan diri aku tanpa ko....ko nampak kan betapa akrabnya aku dengan ko??even masa ko takde pun aku sanggup bersusah payah, pinjam sana sini supaya kita dapat bersama...

aku sentiasa ingat...ramai yang tak suka masa aku bersama dengan ko...ramai yang suruh aku tinggalkan ko...walaupun aku tau makin lama aku bersama dengan ko, aku mungkin boleh temui ajal aku...walaupun orang ramai yang kata aku mencarik penyakit sebab sentiasa dengan ko....tapi apakan daya..diorang tak faham yang aku perlukan ko...aku persetankan semuanya...diorang semua tak faham kenapa aku still lagi bersama dengan ko...

tapi, semakin lama aku hidup, semakin aku melonjak ke umur dewasa, aku rasa ini lah masanya untuk aku tinggalkan ko...aku tinggalkan ko bukannya kerana aku bencikan ko...aku tinggalkan ko bukan kerana cakap-cakap orang...cuma aku rasa yang kita dah tak boleh bersama lagi..aku tak dapat nak kekalkan hubungan kita sampai ke akhir hayat aku...aku rasa cukupla sampai sini jek hubungan kita...aku tau aku susah nak terima hakikat ni tapi aku kena ada azam yang kuat untuk berhenti dari semua hubungan ini...cukupla sampai disini saja hubungan kita...aku nak tinggalkan ko selama-lamanya....

SELAMAT TINGGAL ROKOK

notahangit: So hereby, I declare that I wanna stop smoking starting from today...Wish me luck 'kay?

Sunday, July 31, 2011

Black joke is not really a good joke savey?

Arakian

korang pernah berhadapan situasi ni tak??tak kisahla kat FB ke, kat blog ke, kat depan-depan ke..kat mana-mana la..kita bercakap-cakap dengan member kita...then secara tetiba diorang mengeluorkan jokes yang macam tak sepatutnya keluor pada masa tu dan agak tak sopan didengor oleh khalayak ramai...contohnya macam "sudahla lu...dahla tetek rata"...atau pun "lu beb....konek dengan bijik kelentit sama jek besor"....see??mungkin pada kita-kita dah biasa dengor...tapi bila kita fikirkan pendapat orang keliling cemana lak?

ada kemungkinan sesetengah orang akan percaya kalo terdengor benda tu...seriously...aku memang ambik serius dengan gurauan-gurauan cenggini...sebab pada aku, gurauan ialah benda yang buat kita bergelak sesama ataupun buat member kita hangin, bergaduh dengan kita dan end up dengan gelak besor sesama....tapi bila dah sampai tahap menjatuhkan air muka orang, nak-nak dengan hal yang seriously tak betul dan kurang ajor....its not hilarious anymore isn't it?

well...ramai yang suka buat jokes cenggini dan kalo member diorang terasa dengan diorang dan tangkap tacing pastu tak berkawan lagi, diorang akan duk ejek-ejek macam monyet takde otak...tak pun duk kutuk-kutuk reramai macam orang takde telur....banyak dah aku jumpa keadaan cenggitu...dan ayat yang biasa diorang gunakan ialah "sudahla la lu...orang gurau jek pun nak tangkap sentap...tak sporting la lu bai.."...tapi disebabkan aku ni jenis manusia yang suka bereksperimen dengan mental state manusia, aku try buat prank joke yang ala-ala sama kat member yang buat joke cenggitu....nak tau apa jadik?? tarik muka bai...moncong sedepa mengalahkan awek...masa duk kutuk-kutuk orang, tak hengat melampau...bila kena batang hidung sendiri tau lak nak tangkap sentap....sape yang tak sporting skang??

kesimpulannya pada aku, tak salah kalo korang nak buat joke cemana pun.....tu kan cara kita nak rapatkan hubungan antara satu sama lain...tapi kalo nak start buat joke kutuk mengutuk, kita limitkan pada benda yang kita rasa kita boleh terima jek la...kalo kita kutuk orang cenggitu, tapi kita tak leh nak terima orang lain nak kutuk kita, obatnya, jangan main kutuk-kutuk...bawak-bawak diamkan diri dan bergurau cara lain....

selalunya orang Melaka la yang jenis cenggini..kutuk org pandai...
tapi sendiri tak tahan kena kutuk..pdahhhh...
notahangit: nak bergurau kasor, kena la fair...ada masa kita menang...ada masa kita kena buat-buat kalah...barula orang tak rasa macam kita ni berlagak bagus sangat...takkan tu pun tak leh nak fikir kotttt.....

Friday, July 29, 2011

Man...this is fuckin' pathetic

Arakian

Tahukah kau...betapa miserablenya aku...bila aku tetiba dapat tau yang ko tetiba takde...ko tau tak betapa keciwanya aku....takyah cerita aku la...cerita adik aku dulu...sebab kan ko takde, tak masal sedih adik aku...tetiba jek nampak dia buat muka kesian....aku memang kalah bila si kecik tu buat muka kecewa....berputor-putor kepala aku nak duk memikirkan apa aku nak buat nak pujuk dia...cakap tu, cakap ni...semua tak kena...last-last dia tertido dalam kesedihan...haih...sedih sungguh aku...semua sebab apa yang terjadik pada ko tau tak??

dan disebabkan ko jugak aku jadik tension tak memasal...sampaikan aku duduk memekak kat telinga cecep duk sebut-sebut nama ko...jangankan kata teringat-ingat...asyik duk terpikir jek kot...sampaikan terpampang status dak cecep tu kat fb pasal kena tocer mental dengan aku...nasib baik takde yang backup dia kaw-kaw...yang ramai memadankan muka dia jek...walaupun aku tergelak besor...tapi aku kesian jugak kat dia....tak masal-masal jek kena tocer mental sampai lembik-lembik...dan macam aku kat perenggan satu....semua sebab apa yang terjadik pada ko tau tak??

tu tak dikira lagi kat aku....dari start aku dapat tau sampai la skang ni...asyik duk pikir apa yang patut aku buat dengan ketiadaan ko ni....tak tau apa nak buat....nak surf internet, aku bukan kaki layan internet sangat pun kecuali melayan blog ni jek...nak main gitar, dah ditinggalkan gitar biru keramat tu kat Melaka bumi berTuah...nak tengok TV, bukannya ada cerita yang menarik dan menusuk minda pun...selalunya kalo dalam keadaan cenggitula aku selalu perlukan ko...bila ko ada baru aku ada benda nak dibuat masa tengah-tengah senggang ni....macam la ko tak tau betapa aku perlukan ko....kenapa...kenapa ini semua berlaku pada ko disaat aku memerlukan ko..kenapa??

kenapa la masa ni aku nak tertinggal kabel hard disk aku...dah jadik kije aku nak kena pikir mana nak korek kabel spare lak...bangang betul...


notahangit: cerita ini ditulis berdasarkan kisah benar...ianya bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak..cuma untuk berkongsi pengajaran sahaja...sekian terima kasih...

Wednesday, July 27, 2011

Kudos...kudos..that's what can I say....

Arakian


ni hal beberapa hari lepas...patutnya aku tulis beberapa hari lepas...tapi disebabkan line internet yang serius lahanat dan aku pun terpaksa reply komen korang kat lab, jadik aku tak dapat nak update dengan kerapnya...sebenornya aku taknak cerita pasal apa yang terjadik...aku just nak sampaikan perasaan terima kasih aku jek...terima kasih pada beberapa orang yang buat aku rasa sangat hargai....

mekasih pada ko...pada semua benda yang lepas-lepas...dari mula sampai dah sekarang...ini bukan sarkastik tapi ikhlas dari aku...macam yang aku cakap...segala apa yang jadik dulu, memang rasa sakit masa nak lalu...tapi bila dah tinggal jadik kenangan, dia jadik satu benda yang indah sebenornya...terima kasih untuk semua tu...walaupun aku tau dah terlambat untuk aku cakap semua tu, tapi biorla aku tulis kat sini sebagai satu penghargaan pada ko...walaupun post ni aku tau takkan kekal kat top, walaupun post ni akan lenyap bila aku dah melangkah pergi dari dunia blog ni, tapi aku nak ko tau yang aku hargai semua benda yang terjadik dulu...jadik untuk ko yang berkenaan, terima kasih banyak-banyak....ikhlas dari aku...

terima kasih jugak bagi korang yang berdua..bukan senang nak tangani aku ni....masa kecik sikit punya pemelor...tak reti nak dengor kata...lain kena balun, lain kena henyak, lain kena corporal punishment...tapi dari tu semua la akhirnya aku terbentuk jadik sorang manusia yang tau menggunakan kepala hotak...yang tak bertindak macam monyet-monyet yang meloncat-loncat tengah bandor raya membawak sepanduk-sepanduk konon-konon nak mensuarakan rasa hati....terima kasih jugak sebab mengajor aku macam-macam pasal selok-belok hidup yang simple tapi penuh dengan cabaran yang pelik-pelik...aku memang hargai apa yang dah korang tunjuk dan ajorkan kat aku...aku mengaku kengkadang aku ada buat langkah yang silap...dan aku hargai setiap teguran korang...serius aku sayang korang dan aku sentiasa hargai semuanya....terima kasih...

terima kasih jugak pada yang sudi mendengor, membaca, memujuk, mengutuk bersama-sama, ketawa beramai-ramai, kongsi sedih sama-sama....nak mencarik orang yang sanggup bersama-sama dalam semua keadaan cenggitu memang susah...jangankan kata dengan orang yang tak dikenali..tapi waima dengan orang yang kita duduk sebelah-sebelah pun..jadik, aku hargai setiap apa yang korang buat tu dan serius aku cakap...terima kasih tak terhingga....

notahangit: mesti ada golongan berlagak alim akan cakap...kenapa aku tak buat ucapan terima kasih pada Tuhan??sebabnya aku bukan manusia yang suka berlagak alim dan bagus nak bagi terima kasih macam Tuhan tu member aku....nak main tulis-tulis dalam blog lak...apa standard dia nak baca blog ni...dia ada report harian aku kot...dan dah terang dan nyata dia lagi tau yang aku berterima kasih pada dia....

Friday, July 22, 2011

Luahan Perasaan Siri ke berapa entah....

Arakian

Lovers...haters...perkara yang biasa kita jumpa hari-hari...ada satu peringkat, orang ni suka kita...tapi tak mustahil beberapa hari lepas tu dia menyampah kat kita lak....tu semua perkara normal...then bila kita dah lama tak jumpa, secara tetiba diorang akan suka kita balik, then dalam satu tempoh masa, diorang akan benci kita balik....itu perkara biasa...sebab aku dah mula perasan...format dalam hidup ni...A akan suka B kalo B mengikut jek apa yang A arahkan..suruh duduk, duduk....suruh berguling, berguling..tak membantah langsung...salah satu format jugak, A akan suka kat B ni kalo B ni memang pandai membodek...lagi power ayat bodek, lagi dia suka...kalo boleh nak kena kipas tahap kipas mahadewa punya...buruk perangai manusia ni...tak kisah la kalo pembodekan dia tu memang obvious terang dan nyata membohongnya...tapi diorang tetap suka...sanggup keluor berhabis duit kocek sendiri sebab tu....

sampai satu peringkat, aku naik menyampah dengan dunia ni...aku toleh orang kiri, aku menyampah...aku toleh orang kanan, aku menyampah....setiap muka yang aku tengok, aku just nampak plastik....macam mainan masa zaman budak-budak...yang dicampak, yang dilambung, yang disuruh mati, yang disuruh diam, ada yang dilupakan, ada yang kita bagi special relationship...ada yang kita ceraikan dia pulak....serius macam permainan kanak-kanak...tu tak dikira dengan setiap butir perkataan yang keluor dari mulut sorang-sorang....macam manusia yang dah takde akal fikiran...tengok muka tua bapak punya....tapi bila bercakap, mentaliti sebijik macam budak belum mumayyizz...kalo budak, boleh jugak kita bagi minum susu yang ada DHA...supaya sel-sel otak bersambung...kalo orang tua??mungkin aku rasa minum DDT lagi bagus...

lepas tu aku mula la aku cuba nak duduk dan tenangkan diri aku dari semua kedunguan ni...nak hilangkan rasa menyampah aku kat semua kehidupan plastik ni...maka aku duduk pada satu malam dan aku tengok balik semua benda yang aku dah tengok sepanjang 24tahun aku hidup...dan aku dapat simpulkan....DUNIA INI KOSONG...kita yang sibuk duk lebih-lebih nak buat dunia ni macam ada sesuatu...sebab tu kita rasa macam dunia ni melampau-lampau dugaannya...sibuk nak gaduh-gaduh, sibuk nak buat perhimpunan, sibuk nak kaya, sibuk nak tu, sibuk nak ni....entah...pada aku, a bit laid back, chill sikit, kita tetap dapat tempuh semua benda dengan penuh stailnya....

notahangit: satu jenis haters yang aku tak boleh terima...nak tau??when men hate each others because of a thing call pussies....

 

Saturday, July 16, 2011

Bloggers: famous doesn't show our real intellect

Arakian

aku dah lama tak blogwalking...yup...semenjak final exam sem lepas...aku lebih banyak melepak kat youtube, duk layan video mengarut-mengarut nak isi masa lapang...tak pun duk main gitar dua tiga lagu..paling-paling bangsat pun duk mengorat awek...dan masa hangat pasal isu Bersih dulu pun, aku tak datang feel langsung nak update...sebab 99.99% bloggers kat Malaysia bercerita pasal benda yang sama...so aku tunggu sampai semua tu dah agak reda, baru aku berjalan-jalan ke blog orang....dan start aku blogwalking, target aku ialah big fish...a.k.a blog yang agak famous dan tinggi pageview nya...dan apa update diorang yang aku baca?latest update dan entri pasal isu-isu panas semasa...dan selepas beberapa hari aku duduk baca satu-satu entri diorang, aku dah dapat buat kesimpulan....tak semua bloggers yang famous dan ada view yang macam betul tu sentiasa betul...benda ni memang agak mengecewakan aku masa aku baca...tapi tu la fakta dia....

hampir kita semua yang baca blog adalah bloggers dan kita semua tau yang kita ada source sendiri untuk update...untuk mereka-mereka yang buat entri pasal diri sendiri atau pasal kisah chenta diorang, memang takyahla nak cakap...aku pun kengkadang skip jek....yang aku nak sentuh, pasal diorang-diorang yang buat entri pasal isu semasa dan pendapat diorang...dan aku dapati, ramai bloggers yang lebih berpihak pada emosi sendiri berbanding fakta tu sendiri...benda ni kalo diikutkan sangat tak patut....salah satu sebabnya ialah kita juga sealiran dengan geng-geng media yang buat liputan secara langsung...yang bezanya antara kita dengan diorang ialah kita buat liputan macam arm chair detective...duduk kat satu bilik, buat research dan fikir menggunakan otak kita sendiri....diorang pulak pergi sendiri kat tempat kejadian dan report...aim kita sama...menyampaikan berita yang sebenor....

tapi satu jek silapnya...kita selalu terlupa nak evaluate secara adil...kita suka berpihak pada satu pihak jek...macam kebanyakan kita nampak, media malaysia suka berpihak pada kerajaan...menghentam, menghentam dan menghentam...bloggers pun ada yang cemtu gak....tak kisahla yang suka berpihak pada kerajaan atau yang suka berpihak pada bukan kerajaan....caranya tetap sama...menghentam, menghentam dan menghentam...susah sebenornya nak menjadik sorang yang neutral...sebab in the end kita tetap akan berpihak pada satu pihak jek...

berbalik pada tajuk...bagi sorang blogger yang kebanyakannya ada daya pemikiran yang tinggi, kita kena sentiasa rujuk pada bermacam-macam sumber tak kira yang baik atau tak baik...kita bukan jek kena buat research kat dalam Quran jek tapi kena jugak bukak Bible, Tri Pitaka ataupun Purana supaya pendapat kita tu tak berat sebelah...dan buang mentaliti melayu kuno yang takutkan semua benda sampai nak buat research pun takut sebab takut-takut terkeluor agama...bongok...

notahangit: pendek kata kalo rasa macam leceh jek nak kena buat research macam-macam, baik jangan bagi pendapat pasal isu semasa lepas tu mengaku yang korang la yang paling neutral dan betul...baik tulis terang-terang kata ni pendapat peribadi aku yang sangat emosi dengan benda ni....deal...habis cerita...

Friday, July 15, 2011

Fasting: some of these things are quite nonsense isn't it?

Arakian

aku rasa tak payah aku nak cerita lebih-lebih pasal bulan puasa punya persediaan ni...sebab aku dah cover kat GB tadi...tapi aku nak share pasal benda-benda yang selalu orang kaitkan tentang bulan puasa yang aku rasa agak nonsense bila orang cakap...bukannya aku tak bersetuju dengan statement tu tapi aku tak bersetuju dengan valid atau tak ayat tu diorang gunakan...so, meh aku kongsi beberapa statement yang aku rasa cam tak berapa sesuai digunakan...nak-nak oleh orang yang berlagak sufi ni....


  1. Kita patut bergembira kerana syaiton-syaiton dirantai pada bulan puasa ni...so godaan untuk beribadat tu agak kurang dari bulan puasa...
    ayat ni memang agak famous kan??nak-nak bila dah dekat dengan bulan puasa ni....penceramah-penceramah bebas dengan penuh berleluasa duk ulang-ulang ayat ni macam satu coding program yang letak command loop tanpa ada limit....pada aku statement ni memangla betul...lagipun dah memang ada kat dalam Quran...yang jadik tak validnya ialah bila kita salahkan syaiton semata-mata sebagai alasan kita tak dapat buat ibadat dengan sempurna....aku teringat bapak aku pernah kata...memangla syaiton bersumpah yang diorang akan membisikkan kata-kata chenta kat anak adam supaya lepa dari tunaikan tanggungjawab...tapi kalo kita baca, kebanyakan ayat yang ada tu semua state yang syaiton lebih bersemangat nak goda golongan-golongan yang beriman..jadik, kita ni beriman sangat ke sampai syaiton-syaiton ni nak goda kita?? aku rasa syaiton pun malas nak pandang dah...sebab diorang pun tau...kalo tak goda pun korang memang dah secara sukarela ikut jejak langkah dia...so, apa beza pun kalo diorang kena rantai atau tak...korang tetap jadik agen yang kita panggil al-khannaz tu....
  2. kepada semua umat Islam, sama-samala kita memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dengan memperbanyakkan ibadat dan beramal kepada Allah azza wa jalla...ni pun aku rasa agak nonsense...apa kita nak tunggu bulan puasa jek ke baru kita konon-konon nak bersifat plastik tunjuk yang kita nak banyakkan ibadat pada Tuhan??yela mungkin sebab Ramadhan ni bulan yang orang kata penuh berkat...so cemana dengan bulan-bulan lain?? back to Jahiliyah's way?? kalo kita nak banyak beramal, tak payah nak tunggu bulan Ramadhanla bai...Tuhan kita tu bukannya Perdana Menteri yang boleh kita tipu dengan buat cerita cantik dan cover up muka ata sunyum nak bagi dia percaya....rekod dan report kita dia tau...so dari kita duk plastik tunggu Ramadhan baru nak jadik orang baik, tak boleh ke kita start dari sekarang jek?? lepas tu teruskan lagi pada bulan-bulan yang lain??
  3. kita patut menghargai bulan Ramadhan dan aktiviti berpuasa ni kerana ianya mengingatkan kita kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan....ni satu lagi ayat yang agak fuck off....kalo korang perhati, part mana yang kita ingat pada mereka-mereka yang tak mampu ni??masa kita duk berlapor pada siang hari tu??kamonla bai....the whole concept of fasting is not restricted to the sahur period tu breaking your fast...tapi pada sepanjang hari tu...kalo korang tengok pe'el kita pun, memang takdenya kita boleh teringat pada diorang-diorang yang tak berkemampuan tu....manakan tak....sahur kita dah melantak kaw-kaw sebab takut lapor masa tempoh takleh makan tu...pastu masa berbuka pulak makan macam tak ingat dunia...pastu 2,3 jam lepas berbuka tu, kita duk melantak macam orang gila lagi..kalo tak ngonyel tak sah...part mana yang kita cuba rasa pengalaman diorang tu??kalo korang cukup nekad, tryla buat...sahur air kosong, berbuka air kosong dengan kurma...pastu toksah duk melantak lagi sampai sahur....tahan??
  4. kita patut berasa gembira dengan kedatangan bulan ramadhan kerana pada bulan inilah terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan...yaitu malam lailatul qadar...sama-samala kita beramal dan bangun malam supaya tak ketinggalan malam lailatul qadar ni...WTFBBQ??!!!korang suka bulan ramadhan sebab ada lailatul qadar jek ke??bapak cibai perangai korang ni...kalo cenggitu, baik la korang tak yah sibuk duk puasa, beramal sebulan....sebab lailatul qadar tu kan pada malam ganjil dihujung bulan ramadhan??baik korang beramal time tu jek...bangang...konsep lailatul qadar tu bukannya benda yang kita nak obses sangat ngeng....
  5. bau mulut orang yang berpuasa tu lebih wangi dari bau kasturi....ni satu lagi statement...memang apa yang dituliskan tu kalo diikutkan betul...aku pernah jumpa orang yang berpuasa dan mulut dia berbau kasturi tu...tapi orang tu sangat decent...tak buat benda-benda yang tak elok, kata benda-benda tak elok...and dia berpuasa pada tahap maksimum...macam yang aku cakap kat point 3 tu...yang kita ni lak, puasa tak semenggah mana, mulut pun berbau sampah makanan yang disimpan seminggu, ada hati nak mengaku mulut berbau kasturi...tak malu ke??
cukupla banyak tu...kalo lagi banyak aku comlain kang, habis semua konsep puasa yang indah-indah yang korang dengor aku taram...jadik, pengajarannya, kalo kita nak puasa jangan harapkan sangat cerita-cerita cantik tu....tapi lagi bagus kita anggap cerita cantik tu sebagai goal...bukannya apa yang kita bakal dapat setakat dengan amal tak seberapa yang kita buat tu....

notahangit: konsep ramadhan yang aku nampak kebanyakan orang buat ialah, kitorang semua terpaksa berlakon jadik baik sebab takut kurang pahala puasa...penat berlapor....cibai betul....

Sunday, July 10, 2011

Blogger.com new design....troublesome ain't it?

Arakian

aku terasa macam dah beberapa hari aku tak update blog...dan semalam terasa hati nak mengupdate blog....semangat bai lepas senyapkan diri....tapi tengah-tengah aku ada idea, tetiba aku terkejut bukak draft blogger...apakah neraka ini???new wtf or what??

kalo secara surfacenya, memangla stail baru ni lebih senang untuk kita update....tekan new post, poppp...keluor page untuk update...tapi kalo aku dah tulis draft sebelum ni, kat mana aku nak carik ek...jadik disebabkan aku terkejut dengan perubahan draft blogger ni, aku terpaksa diamkan diri untuk belajor balik feature semua...bengong betul..

tapi apa-apa pun, face baru untuk draft blogger ni memang bagi semangat untuk update....sebab apa??sebab its damn white!!!! dan kepala aku pening nak menghadap lelama....maybe diorang taknak bagi aku type bebanyak lagi ko...hahaha....pasni aku nak try carik lak kat mana nak ubah setting untuk semua jadah haram ni...dapat background kaler pink pun nampak jambu jugak ek....

notahangit: seriously rasa pelik aku tak habis lagi update kat sini...macam aku guna wordpress...baik aku pakai wordpress jek....d'oh....

Wednesday, July 06, 2011

I wanna be a cool blogger...

Arakian

Pada satu hari, ada sorang budak yang masih bersekolah menengah tanya kat aku...."Abang...abang...aritu saya ada terperasan abang pernah update blog kat cc..jadik saya rasa abang ni sorang blogger kan??saya ada soalan ni....saya baru jek mencapai umur akil baligh dan baru jek belajor buat blog...saya pernah ikut nasihat sorang blogger yang pakai nama Along Tapa ni....dia kata kita kena perhatikan blogger lama-lama dan top-top untuk jadik blogger yang berjaya...dan bila saya dah perhatikan blog diorang, saya rasa macam diorang ni super cool...so, boleh tak abang ajor saya cemana nak jadik cool cam diorang tu??"

bila aku tengok budak ni, first impression aku ialah "cibai"...sebab dia pergi panggil aku abang....tak tau ke perkataan tu taboo...cesss...pastu cemana lak boleh terkantoi aku update blog kat cc...padahal masa tu aku copy paste entri jek kat situ....sebab masa tu aku tak bayor lagi Incik Komunis ni....dan terasa macam kimak lak sebab budak ni pergi pop up nama aku sebagai contoh....tapi sebab aku pandai cover, aku buat biasa jek...tak tunjuk yang aku ni Along Tapa...ngahahaha...so aku pun jawabla "ooooowwwhhh....aku pun bukan blogger cool...blogger aku syok sendiri jek...tapi aku perasan beberapa perkara nak jadik sorang blogger yang super cool ni...

  1. bukak google, carik video dan gambor-gambor yang pelik....tulis sikit description, pastu blogwalking macam orang gila....kebanyakan blog yang super cool buat cemtu...rakyat malaysia ni suka blog yang macam fact tapi benda tu sebenornya ialah trivia dan hiburan...contoh macam Oh!Tidak, blogserius, Malas Terbang, Isuhangat.....
  2. serius kalo ko buat blog lucah, melampau-lampau ramai orang masuk tapi takde orang yang komen...aku boleh jamin ko dapat pageview dan traffic yang gila tinggi...lagi takde censored, lagi ramai masuk....nak lagi terer, korang letak 3gp yang orang lain takde....memang mencanak la korang punya trafik...
  3. kebanyakan blogger yang cool, diorang bermulut cibai....diorang suka-suka kutuk, suka-suka sarkastik, suka-suka jadik budak jahat dan pada masa yang sama, diorang jaga bontot pembaca diorang...so selain dari penulis tu, dia ada backup beribu-ribu orang yang setuju dengan dia...so dia akan terselamat dari kena tahan dengan pihak berkuasa....cuba kalo punya commentator dengan follower macam sepi jek, arini ko cakap kerajaan babi, besok ko dah jadik babi dalam kandang dah....
  4. kebanyakan blogger cool menggunakan medium bahasa omptuih...tak pun diorang sengaja menulis menggunakan direct translation dalam bahasa omptuih...serious bunyik dia macam cool...senggama minda, sakit jubur.....
  5. kebanyakan blogger yang cool ni menghafal wikipedia....dan selalunya diorang punya otak dan logikal mengalahkan pakar analisis...diorang boleh menganalisis dari pandangan atheis, buddhist, dan apa-apa pandangan sekali pun...dan ko boleh jadik cenggini dengan copy paste jek apa-apa yang ko baca kat internet dan ubah sikit-sikit...
  6. kebanyakan blogger yang cool suka buat typo...tak kisahla sengaja atau tak....sebab bila ada typo, orang sure akan fikir yang blogger tu tulis straight dari kepala hotak dia tanpa tapis-tapis...barula nampak stylo dan bijak...
  7. dan yang last dan jawapan yang paling tepat, dia ada identiti sendiri dan tak meniru stail orang lain...nak jadik blogger yang cool???be yourself dan elakkan jiwang-jiwang....be a smart ass but don't be to hardass...dengan right passion and right attitude, korang akan jadik cool dengan sendirinya...faham??
tu antara cara nak jadik blogger yang cool...tak semua kat atas tu betul kecuali yang last sekali tu jek...."...dan budak itu pun berlalu pergi dengan muka yang macam nak tampor muka aku...gasakla..sape suruh tanya aku...hahaha....

notahangit: to be a cool blogger, what you need is just a blog and some snow...that's it...