Saturday, January 01, 2011

Benda yang aku tak faham setiap kali tahun baru

Selamat datang

korang rasa ok ke tagline baru aku sempena tahun 2011 ni??ke korang rasa ok kalo aku guna "Selamat hari ni" macam selalu??tak pun korang ada tagline yang lagi best??hehe...

lepas aku buat entry berbaur gila babeng sebelum ni, aku rasa aku nak letak entry yang agak kendur sikit sempena tahun baru ni...takkan hari-hari aku nak emo jek...bukan korang jek...aku sendiri pun naik jelak nak baca..jadik, aku cerita pasal benda-benda yang aku tak pernah faham dari dulu lagi setiap kali datangnya tahun baru ni...
  1. kenapa setiap kali tahun baru, mesti ada konsert ambang tahun baru??tak boleh ke diorang kat tv buat benda lain??macam buat karnival main layang-layang sempena tahun baru ke...tak pun buat pasar lambak(lupa orang skang panggil uptown) sampai pagi ke...
  2. kenapa setiap hari lepas countdown, tajuk berita pagi-pagi mesti "lambakan kondom dijumpai di tapak dataran merdeka"...apa benda ni??kengkadang aku rasa macam berita ni copy paste jek dari berita tahun lepas..just nombol-nombol kondom jek ditukor..
  3. ni satu hal lagi..kenapa tiap kali tahun baru jek, mesti ada bakor-bakor mercun bunga-bunga?bukan ke mercun diHARAMkan kat Malaysia??oh aku lupa...kerajaan tak  panggil benda tu mercun...tu diorang panggil bunga api ek..
  4. ada lagi yang aku tak faham...kenapa asal tahun baru jek orang mesti kira detik masuk tahun baru tu?bila dah masuk tu, semua pakat bersorak ramai-ramai?serius aku tak faham...apa yang kita raikan sebenornya ni?
  5. kenapa gak setiap kali ada tahun baru, mesti muka PM malaysia bagi ucapan tepat pukul 8.30??serentak kat semua channel Malaysia lak tu...agak PM kita taktau ke setiap kali keluor benda tu, semua orang tutup TV dan buat semayang hajat dan duduk baca quran ramai-ramai kat masjid?
  6. ni pun aku tak faham...kenapa setiap kali sebelum masuk tahun baru, semua orang beria-ia macam ada something would happen masa 1januari...semua duk tanya apa azam tahun baru, perasaan nak masuk tahun baru semua..macam ada perubahan besor la terjadik masa tahun baru...then bila masuk 1januari, tetap aku tengok MHI pagi-pagi...dan sama jek semua..takde perubahan apa-apa pun..kecuali diorang cakap "Yea...selamat tahun baru Malaysia..apa azam tahun baru anda tahun ni??marilah kita berkongsi-kongsi pendapat..sila dail no. dibawah skrin anda.."..btw, bawah skrin aku suis off tv..jadik aku terus off..masuk 2januari, still the same shit happen..eh...bahasa kena baik...taik yang sama juga berlaku..lembut sikit kan bunyinya?
  7. ni pun aku tak faham...kenapa tiap kali tahun baru kita kena buat azam yang memang kita takkan buat??ke tujuan sebenor azam tu supaya kita tak buat untuk sepanjang tahun ni??
  8. ni maybe yang last...kenapa setiap kali tahun baru, kita akan dengor kata harga barang itu ini takkan naik, gaji akan naik, rakyat akan bertambah muthu...then sepanjang tahun tu nanti, benda yang jadik mesti benda terbalik..harga barang itu ini makin galak pulak naik, gaji tak naik-naik, rakyat bertambah lesu...eh??aku tak sokong pembangkang ek..aku sokong rakyat..hehe~
lapan??cukupla..orang cina kata 8 tu ong..so aku letak 8 persoalan jek..mana tau ada ong ini tahun...kepercayaan karut betul aku ni..

notahangit: korang ada persoalan tersendiri tak setiap kali datang tahun baru?

20 comments:

Anisa said...

heheheh
kenapa tahun baru mesti ada bunyi bunga api pada malam new year..hehehe

selamat tahun baru.

iwan_dextrous said...

bes ap bunga api..hihih.

mungkin mcm2 yg berlaku tahun bru nie pasal bnd nye staun skali..law setiap rasenya bnd yg ko cite uw x jdi..hihih

Dextrous cyber life

Along Tapa said...

anisa hang tuah

haha....nice point of view..tapi bunyik tahun baru tu bukan ke sekali pakej dengan bunga api??ke dia ada asing2?

iwan dextrous

huhu..2tahun sekali la wan...ko terlupa hari merdeka...sama jek dengan new year...haha

± said...

benda yg sama berlaku setiap tahun sbb manusia x mengalami evolusi melampau cam teori darwin...benda2 ni takkan terjadi bila manusia berubah jadi beruk semula kot. mungkinkah akan ada pesta makan pisang beramai-ramai sempena tahun baru...?kahkahkah

De Mois said...

Besenya apa yg org 2 azam la yg dia xkan buat.
Ade skali je Malaysia xpernah sambut tahun baru. Masa zaman Pak Lah sebab ada tsunami. Nak respek konon. Takkan nak kena tsunami setiap tahun bru nak stop celebrate?

Along Tapa said...

Dark Half

teori evolusi ek.tapi kalo ikut teori evolusi, mustahil kita akan downgrade semula..tapi kalo downgrade macam apa ko cakap tu, sangat nice..paling pun ada pesta sape boleh panjat paling tinggi..

De Mois

huish..mintak simpang le..tapi kalo nak kena pun biorla kena kat centre of attraction macam kat KL tu..jangan la langgor area tepi2 yg tak berapa popular cam dulu...kan??

± said...

tapi skrg ni perangai manusia semakin downgrade hampir ke taraf binatang atau lebih teruk dari tu wpun teknologi gler2 evolve...ironic kan?

Along Tapa said...

Dark Half

huhu...yup2..lebih canggih teknologi, lebih dungu kita jadik...

Anati Soki said...

lagi satu anat tak fhm.. knp time new year je kena ada party mandi buih ramai2.. erm erm erm.. tak berkenan.. heheheh

Along Tapa said...

ANATI SOKI

ada ke??adoi..nape aku taktau..kalo tau mesti aku nak join..haha~

Vivian said...

AZAM tahun baru bermaksud : perkara yang aku taknak buat tahun ini..

HAHAHAHA cayalah! sokong!

Along Tapa said...

BSI-BSR-VIVIAN

hoho..lepas ni kenala tanya apa benda yg ko tak azam nak buat tahun ni??huhu

faINa989 said...

org pun x faham jugakkk....

Along Tapa said...

fara aina

huhu..agak2 ada tak sape2 nak bagi penerangan pasal benda ni??huhu

Anonymous said...

tggu la after 9bulan tahun baru ni,ramai la anak2 taun baru yang xde bapak kuar.

ntah pelik jugak aku,nape kene ade konsert bagai bile taun baru.pelik..

azam?emm..xprnah ade azam pun.

Along Tapa said...

kengkadang tak cukup 9bulan dah dikeluorkan anak tu...siap buang kat tong sampah lagi...

haha..go to hell with azam...kata rock..rock takde azam2 ni..lala~

Gorengbaek - Pengaruh sekolah yang tak patut dibawak pegi rumah...

Hangit habis dah - Lu kan..perangai macam p*** la bangang...

Ka-Ching said...

ape yg best sgt tahun baru? makin tua ada la...
kot yg meriah yg di sambut tu tahun baru bulan islam seronok la aku dengar buat majlis khatam Al-Quran ke.

Along Tapa said...

Ka-Ching

haha..yup..tapi kalo terlampau alim pun tak best..apala salahnya buat tahun baru tu macam tahun baru cina..duk satu keluarga makan besor...kan bagus...

Ka-Ching said...

ok gak tu buat fmily gath pastu makan besau...dr terkinja2 kat konsert ciom bau peluh org uhhh....ngeriiii

Along Tapa said...

Ka-Ching

yess...barula timbul muhibbah...takdela sososial cam ni jam ni ek...