Monday, December 05, 2011

Macam ketam mengajor anak jalan betul....

Arakian

Tadi...lepas waktu berita...eh??sebelum aku loncat terus isik....aku tengok berita kat TV1...memang orang kata "old school"...tapi aku tak kisah sebab aku suka cara penyampaian kat TV1 tu...bahasa yang digunakan agak teratur sikit....jadik sambung tadi balik...lepas aku waktu berita tu, ada la pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa....konsep dia memang terbaik....diorang kumpul-kumpul wakil dari negara lain(yang kebanyakannya dari Universiti-universiti kat Malaysia ni) dan menyanyi lagu buatan anak tempatan...lagu melayu...walaupun yang nyanyi tu kebanyakannya sumbang mambang, tapi aku kagum dengan semangat Kementerian Kesenian dan Kebudayaan punya usaha nak memartabatkan Bahasa Melayu kat mata dunia...aku suka tengok salah sorang pengacara majlis iaitu pembaca berita TV1, Ivan Toh mengacara majlis tu dengan bahasa melayu dia lebih baik dari bahasa melayu budak-budak melayu ni jam....lepas aku tengok pertandingan tu, aku rasa macam tengok pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa ( walaupun yang nyanyi tu boleh tahan sedap-sedap belaka ) tu macam kosong....


dan sepanjang-panjang lepas pertandingan tu, aku terpikir satu benda...aku tengok cemana beria-ia peserta tu masuk pertandingan tu, nyanyi lagu melayu yang bukan bahasa ibunda diorang pun...cuba nak jiwai lagu tu...bawak lagu tu dengan gaya diorang...dan kebanyakan lagu yang diorang bawak tu semua lagu kebudayaan melayu...lagu zapin, lagu joget, lagu dondang...serius...aku kagum...punyala bersemangat diorang nak belajor bahasa kita, budaya kita, lagu kita....tapi mana pulak anak melayu kita ni?ramai yang sibuk nak jadik Beyonce, ramai yang sibuk nak jadik Metallica...ramai yang terkejor-kejor AC/DC...tak terlupa yang duk nak jadik Green Day Malaysia...sayang betul...


tu tak kira lagik dengan cara bercakap...aku perhatikan ni jam...budak-budak lagi selesa bercakap menggunakan bahasa omptuih...yang jawa, sebab malu dengan telor jawanya, bercakap macam mat salleh...konon-konon ada slang la cakap ek....yang kelantan bercakap dengan gaya-gaya hip hop....sebab nak sorok kepekatan loghat diorang...adoiii...bahasa menunjukkan bangsa....sebab tu sampai ni jam aku tak segan bercakap menggunakan loghat Johor Riau ni....biorla diejek orang "seluor,seluor...gobok, selipor, sabor.."...tapi tu identiti aku...aku orang Muor...tu bahasa aku...apa nak malu?I/C aku pun ngaku aku cenggitu....


dan bila aku terpikir-pikir kat mana salahnya...macam susah nak jumpa...aku tengok kerajaan buat macam-macam kempen membudayakan bahasa..cikgu-cikgu beria-ia mengajor bahasa....kat TV pun banyak tayang lagu dengan bahasa yang cantik-cantik, sajak, gurindam, mutiara kata...habis kat mana salahnya ek...tup tup aku tengok la Perhimpunan Agung UMNO...dan aku dah jumpa kat mana salahnya....kalo dah pemimpin kerajaan kita sendiri, yang menjadik contoh pada anak-anak muda kita zaman ni jam dah bercakap bahasa melayu lintang pukang...bercampur-campur dengan perkataan pinjam....manala budak nak cakap bahasa melayu yang betul???nak dimarahnya DBP, diorang dah bagi alasan...kalau perkataan tu takde kat Bahasa, tak salah kita pinjam...masalahnya, perkataannya ada kat dalam kamus tu..tapi takde dalam kamus hidup diorang sebab tak pernah diajor pakai bahasa kita....diajornya pakai bahasa omptuih...mana nak tau...sampaikan aku dengor bahasa melayu pun dah jadik macam gabungan bahasa omptuih, bahasa arab, bahasa indonesia, bahasa Dhaka, yang bersulam sikit-sikit dengan bahasa melayu....cenggitu ke namanya bahasa melayu kita??hampeh...


notahangit: Revolusi tu perubahan...Reformasi tu pembentukan semula....upgrade tu naik taraf....transformasi tu pembentukan...dan diskriminasi tu penindasan....ergghhh....jangan lupa ek...racist tu perkauman...penatla aku dengor orang cakap bahasa campur-campur ni....nak cakap melayu, cakap melayula...nak cakap omptuih,cakap omptuihla penuh-penuh...janganla sekerat-sekerat...

No comments: