Tuesday, December 20, 2011

Kajian Unsur Kehidupan 2

Arakian

macam yang aku dah cakap pada entri sebelum ni...kali ni aku akan bercerita sambungan entri sebelum ni yang bercerita pasal empat unsur kehidupan...dalam entri yang lepas, aku dah cerita pasal sifat-sifat unsur ni...so kali ni aku nak cerita kedudukan unsur-unsur ni dalam keluarga...aku tak bercerita keluarga secara total...tapi kedudukan dia dalam keluarga kecik...maksudnya, dalam adik beradik korang...

  • Tanah
    Sifat-sifat : Biasanya jadik tempat mengadu dalam semua adik beradik...mereka yang berunsur tanah ni macam ada aura yang buat orang percaya kat diorang...sebab tu biasanya orang yang berunsur tanah ni jadik tempat mengadu...dan selalunya orang yang berunsur tanah ni ada kehidupan yang agak sukar berbanding unsur yang lain...dan dalam sesebuah keluarga, mereka yang berunsur tanah ni, ada kesaboran yang tinggi....macam yang aku cerita pada entri sebelum ni, orang yang berunsur tanah ni, sifat dia defensive...jarang pegangan dia goyang...suka atau tak, orang yang berunsur tanah ni mudah kesian pada orang yang berunsur lain...nak-nak orang yang berunsur angin...
    seteru utama: api
    mudah rapat dengan: air
    anak yang ke:1, 5, 9, 13....

  • Air
    Sifat-sifat: Mereka yang berunsur air ni biasanya menjadik penenang bila ada masalah...biasanya diorang akan mengingatkan orang-orang yang berunsur lain ni supaya banyak-banyakkan bersabor...sifat tenang yang ada dalam diri orang yang berunsur air ni membuatkan ramai orang mudah nak berdamping dengan diorang...dan kita kena sedikit berhati-hati dengan orang yang berunsur air ni sebab diorang memang cukup pandai mengalun orang lain sampai leka sebelum diorang basuh orang tu cukup-cukup...ramai orang yang berunsur air ni mengaku yang diri diorang ganas tapi sebenornya, diorang la yang paling mudah dipujuk oleh orang lain...macam air, ada masanya orang yang bersifat air ni menenangkan..ada masanya, sangat susah nak break kepercayaan diorang...dan diorang ni sangat merbahaya kalau diorang marah...sebab diorang boleh buat orang terkesan dengan apa yang diorang buat masa marah..
    seteru utama: angin
    mudah rapat dengan: tanah
    anak yang ke: 2, 6, 10, 14.....

  • Api
    sifat-sifat: Macam yang kita boleh bayangkan...orang yang bersifat api ni memang cepat panasnya...kengkadang benda yang tak patut pun boleh jadik benda yang buat diorang hangin tak tentu pasal...biasanya orang yang berunsur api ni jenis yang tak pernah simpan dalam...bila diorang tak suka, diorang terus jek cakap...kalau diorang suka pun sama...jenis manusia yang direct dan transparent...kebiasaannya, orang yang berunsur api ni bertindak banyak mengikut perasaan diorang...dan selalunya diorang akan menyesal lepas diorang buat sesuatu action...diorang jugak selalunya agresif...jadik, bila terjadik apa-apa, diorang yang akan buat action dulu..tak kira la benda yang elok atau tak...tapi korang jangan terkejut..orang yang bersifat api ni, walaupun macam ganas, tapi diorang ni sensitif sebenornya...jadik, bila kita encounter dengan orang cenggini, kita kena pandai kawal perasaan diorang...dan korang akan rasa yang diorang ni memang sorang yang sangat berbaloi untuk didekati....
    seteru utama: tanah
    mudah rapat dengan: angin
    anak yang ke: 3, 7, 11, 15,....

  • Angin
    sifat-sifat: Dalam banyak-banyak unsur, orang yang berunsur angin ni memang agak slow sikit dalam reaksi atau apa-apa...diorang biasanya menjadik pengikut yang setia...sebab tu kengkadang diorang ni jarang orang ingat dengan mendalam...orang yang bersifat angin ni memang sangat setiakawan, taat, mudah mengikut nasihat dan selalunya ikut haluan sendiri jek....tapi, disebalik sifat slow diorang tu, orang yang berunsur angin ni pandai mempengaruhi orang lain...diorang pandai memujuk, pandai mengambil hati dan boleh menyelesaikan masalah yang berat tanpa ada pertelingkahan pendapat...orang yang berunsur angin ni biasanya bersifat lemah-lembut dan sopan santun tapi dalam kelembutan diorang tu, ada tersembunyi ketegasan diorang...
    seteru utama: air
    mudah rapat dengan: api
    anak yang ke: 4, 8, 12, 16...
tu merupakan unsur-unsur yang ada dalam sesebuah keluarga...tapi jangan lak korang cakap "eh, along kata aku unsur tanah tapi aku ada gak perangai api dengan angin.."...well..ni ialah unsur utama korang..maksudnya, sifat yang ni yang paling utama sekali...dan jangan lupa...kita dikatakan sempurna sebab keempat-empat unsur tu ada kat dalam diri kita...barula mencapai equilibrium...jadik, take note...bila kita berunsur tanah, maksudnya kita mempunyai kebanyakan sifat-sifat tanah dan ada sikit unsur air, ada sikit api dan ada sikit angin...dan mixture untuk setiap orang tu tak sama...tu semua kije Tuhan ek...dari entri kali ni, mak bapak patut tau anak dia berada dalam unsur mana dan tau cemana nak tackle psikologi anak dia berdasarkan unsur-unsur yang aku dah ceritakan tu...sebab tu jugak la, kalo korang tengok orang-orang dulu, layanan diorang pada anak-anak diorang tak sama...sebab diorang tau unsur-unsur ni...


notahangit: sebab tu kalo korang berendut, mak-mak selalu tanya...endut korang tu anak ke berapa?sebab kalau contohnya orang api berendut dengan orang angin, mak-mak ni akan bagi nasihat cemana nak bagi jodoh tu kekal...so, jangan anggap diorang nak menyibuk...anggap diorang nak tolong korang....sebelum aku terlupa...pasni mungkin aku cerita pasal aplikasi 4 unsur ni dalam pemikiran....

1 comment:

DENAH OFFICIAL said...

BLOG yang bagus^^

mari berkawan