Friday, November 12, 2010

Kawasan-kawasan aku mencarik idea...

Selamat hari ni..entri ni kalo ikutkan aku post kat GB tapi aku post kat sini sebab entri ni lebih bersifat dari hati...bukan dari otak aku...jadik, aku kongsikan kat korang kat mana biasanya tempat-tempat aku kumpul ilham nak update mana-mana blog aku..tak kisah la HHD ni ke, GB ke..

  1. Bilik termenung a.k.a jamban...aku taktau kenapa...setiap kali masuk jamban, idea tu datang mencurah-curah macam benda yang keluor dari bontot aku...kalo aku pikirkan balik, maybe sebab masa kat bilik termenung tu aku tak buat apa-apa...jadik otak aku pun berjalan dengan penuh gayanya...korang mesti buat benda yang sama gak..
  2. masa kat mamak...bila aku lepak mamak, time tula macam-macam benda aku nampak, macam-macam benda aku dengor...dan kengkadang time aku borak-borak pun idea datang...masa tu la aku note kan benda tu kat dalam otak aku sebelum aku luahkan semua benda yang akudah kumpul tu siap dengan gorengan dia lagi...
  3. satu lagi tempat, kat dalam bilik, masa tangan aku pegang gitar, depan mata aku tenggiling yang tengah menunjukkan kod lagu...kengkadan aku tak faham cemana idea boleh datang time tu...mungkin aku dalam fasa berfikir secara terancang masa tu..tu yang ilham datang tu..
  4. masa tengah-tengah jamming atau layan lagu metal sengsorang...aku tau yang otak aku ni memang nak power kalo nak berpikir dengan laju...jadik, biasanya lagu-lagu ni dapat boost otak aku pegi maksimum...abis kalo lagu yang terkeluor tu lagu nasyid ke, lagu asli ke, lagu klasik ke cemana??bila keluor lagu cenggitu, aku berada dalam fasa tenang...bila dalam fasa tenang, semua perangai agresif tu takde...tu yang jadik nak update blog, terdengor lagu cenggitu, terus tangguhkan...sebab dalam fasa tenang..
  5. masa kat ruang tamu sambil termenung...masa tu tv tengah tengok aku...masa tu ilham tiba....tapi biasanya ilham yang sampai time cenggini, aku rejek lepas aku type..sebab hasil dia tak original...sebab aku memang tengah pikir nak update blog masa tu...
jadik, tu antara tempat dan masa aku dapat idea nak update blog...tapi betul gak kata sorang senior blogger dulu....idea ni nak datang memang tak kira masa, tak kira tempat...tetiba jek dia datang...lagipun semua benda ada potensi nak jadik entri...just cara kita olah ayat tu yang buat entri tu power ke tak power....so sampai skang aku pegang pesanan tu...

notahangit: idea buat entri ni datang bila??masa aku tengah main solitaire kat bilik sambil dengor lagu jiwang...sebab tu ayat dia ala-ala lemah lembut sikit...huhu

 

9 comments:

Jelly Beku said...

aper lagu jiwang tuh? heheheh

Along Tapa said...

Jelly Beku

lagu exist alasanmu...haha~~~

Gorengbaek - cerita pasal rokok...Meon kata

Hangit habis dah - Kawasan-kawasan aku mencarik idea...

IRAH HAJERAH AZMAN said...

Random. heh. seiyesly. Ko blaja alert. benda cam tu bleh ajar ko lagi creative nak mengarang.

Lagi satu membaca. macam link ntah pape di facebook ko bleh jadi bahan untuk ko update, macam entry untuk bf yang tak berguna itu

ni cuma kongsi2 dari aku. tak de unsur riak. belog aku tak best, macam celaka.

anyway, keep it up ;)

IRAH HAJERAH AZMAN said...

Random. heh. seiyesly. Ko blaja alert. benda cam tu bleh ajar ko lagi creative nak mengarang.

Lagi satu membaca. macam link ntah pape di facebook ko bleh jadi bahan untuk ko update, macam entry untuk bf yang tak berguna itu

ni cuma kongsi2 dari aku. tak de unsur riak. belog aku tak best, macam celaka.

anyway, keep it up ;)

Along Tapa said...

IRAH HAJERAH AZMAN(dengan html bold yang tak keluor)

thanks bagi idea...tapi masalahnya..aku takde fb...mana nak korek link kat fb...haha~~

h A n Y S said...

slalu dapat idea entri kat dlm tolet. tp ble dah kluar tolet, ilang tros idea..ni kena bwk laptop dlm tolet gak ah rasenye...
heh heh heh~

Along Tapa said...

hanYS

tul gak ek...tapi jangan lak ko pegi pasang webcam dengan open YM ke skype ke masa tu...tak ke naya menambah koleksi 3gp nnt..haha

mira ellyna said...

hebat otak kau.

Along Tapa said...

mira ellyna

tu nak baca dalam nada mana tu??hebat otak kau~~~ ke hebat, otak kau!!!hehe