Monday, August 01, 2011

It is sad, it is hard, but I still determine to do it

Arakian

Sepanjang 7tahun kita bersama...kau menemani aku dalam suka dan duka...di masa aku gembira, aku bersama-sama dengan ko....masa aku ada masalah, aku mencarik ko...masa aku bersedih, aku perlukan ko supaya kurang kesedihan aku....rasanya sepanjang 7 tahun tu la, aku tak pernah tinggalkan ko...kita sentiasa ada bersama-sama...

tak kira la kat mana jek aku berada...masa kat mamak sambil tengok bola, ko ada...kalo kat rumah time aku buat-buat lagu, ko pun ada...masa aku tulis entry, ko sentiasa menemani aku...tak pernah aku tinggalkan ko...waima masa aku kat jamban pun aku tak pernah lupakan ko...aku sentiasa ingat ko tak kira apa pun yang terjadik....

sepanjang kita bersama, tak pernah aku salahkan ko...sepanjang tu jugak aku tak pernah merasa cemburu dengan ko walaupun terpaksa berkongsi dengan budak-budak lain....ko tak seperti yang lain...aku rasa macam ko ni istimewa...even aku pernah menganggap tanpa ko, ntah apa la yang jadik pada aku...tak dapat aku bayangkan diri aku tanpa ko....ko nampak kan betapa akrabnya aku dengan ko??even masa ko takde pun aku sanggup bersusah payah, pinjam sana sini supaya kita dapat bersama...

aku sentiasa ingat...ramai yang tak suka masa aku bersama dengan ko...ramai yang suruh aku tinggalkan ko...walaupun aku tau makin lama aku bersama dengan ko, aku mungkin boleh temui ajal aku...walaupun orang ramai yang kata aku mencarik penyakit sebab sentiasa dengan ko....tapi apakan daya..diorang tak faham yang aku perlukan ko...aku persetankan semuanya...diorang semua tak faham kenapa aku still lagi bersama dengan ko...

tapi, semakin lama aku hidup, semakin aku melonjak ke umur dewasa, aku rasa ini lah masanya untuk aku tinggalkan ko...aku tinggalkan ko bukannya kerana aku bencikan ko...aku tinggalkan ko bukan kerana cakap-cakap orang...cuma aku rasa yang kita dah tak boleh bersama lagi..aku tak dapat nak kekalkan hubungan kita sampai ke akhir hayat aku...aku rasa cukupla sampai sini jek hubungan kita...aku tau aku susah nak terima hakikat ni tapi aku kena ada azam yang kuat untuk berhenti dari semua hubungan ini...cukupla sampai disini saja hubungan kita...aku nak tinggalkan ko selama-lamanya....

SELAMAT TINGGAL ROKOK

notahangit: So hereby, I declare that I wanna stop smoking starting from today...Wish me luck 'kay?

4 comments:

Hanys Najib said...

bila ko kata kat jamban pon ko bersama, aku dah agak dahh..haha



gud luck weh!! makin macho ko nant! HAHA

Along Tapa said...

hAnYS

haha...nasib ko cekap...kalo aku ubah ayat last tu jadik DIGI pun boleh gak kan??hakhak

HZQH said...

GOODLUCK ALONGTAPA OIII. HAHAHA

aku perli kau sebenarnya. okay, bai :p

Along Tapa said...

HZQH

sampaikah hatimu itu memerli diri ini...cewahhh....