Monday, January 09, 2012

Aku rasa teori evolusi Darwin boleh digunakan

Arakian

Semua orang tau pasal teori evolusi Darwin betul tak? Dan teori yang sangat menggemparkan dan jadik perdebatan hebat dunia diantara golongan beragama dan golongan atheis ialah teori manusia sebenarnya berevolusi daripada beruk kepada manusia...pada mulanya aku memang sangkal 100% teori ni sebab aku rasa teori ni menjatuhkan martabat manusia sebagai khalifah kat muka bumi ni dan menyangkal kewujudan Tuhan...

tapi semakin lama aku hidup..dan semakin banyak aku perhati sifat-sifat manusia ni, aku rasa teori Darwin ni memang boleh diterima pakai...tapi bukan secara fizikal...secara mental...jadik, meh sini aku cerita kenapa aku kata aku rasa teori tu boleh aku guna pakai untuk manusia nak-nak apa yang aku dah perhati pada zaman la ni...

setiap orang melalui zaman kanak-kanak...aku sendiri pun sama...dan aku boleh katakan zaman ini memang zaman kita berfikiran macam monyet...selalu nak bermain, just rasa nak makan bila rasa nak makan...kita taknak makan benda yang rasa sedap pada tekak orang dewasa tapi kita nak makan makanan yang berasa manis jek...yep...aku tau ramai yang akan rage bila aku kata cenggini tapi ni pendapat aku...pada masa ni, kita tak dapat bezakan yang mana buruk dan yang mana baik..dan kita hanya boleh carik makanan yang ada disekitar kita atau apa yang diberikan pada kita jek...kalau pada peringkat ni diorang bertindak luor batasan, kita boleh nak kawal diorang dengan cara yang kasor macam membentak...diorang akan takut dan mengikut kata...paling tak pun diorang lari...

sampai pada satu peringkat evolusi, ekor dah menjadik takde...masih ada sikit sifat kanak-kanak dan kita cuba nak berlagak dominan...masa ni aku anggap manusia bersikap macam beruk....korang tak percaya?korang pernah tengok tak remaja-remaja terutamanya budak-budak sekolah kat dalam bas kalau korang naik bas pada waktu diorang balik sekolah ataupun pada waktu cuti masa nak ke bandor?memang macam beruk...terjerit-jerit dalam bas...memekak dan mengorat setiap awek yang lalu kat keliling dan cuba berlagak cool...yep..memang macam beruk...pada peringkat evolusi ni, kalau kita bertindak kasor macam tampor muka diorang kalau melebih-lebih, kita memang akan diserang balik...sebijik macam beruk kalau kena baling dengan batu...diorang akan kejor korang sampai dapat lepas tu siat-siat korang sampai diorang puas...

pada peringkat ketiga, ada sesetengah peringkat evolusi akan mencapai peringkat homo sapiens dan ada jugak yang akan stuck kat peringkat neanderthal...bagi mereka yang berada pada peringkat homosapiens, diorang boleh berfikir secara waras, bertindak dan melakukan segala aktiviti dengan organized dan tak suka keadaan yang kucar lanar...berbeza dengan mereka yang berubah dan stuck pada peringkat neanderthal..mereka membawak sifat yang sama seperti pada peringkat kedua tadi...bertindak ikut nafsu dan cuba nak bersifat dominan(pertahankan hak, terjerit, terpekik, terlolong, bakor sana sini, merusuh sana-sini) dalam nak melepaskan palat sendiri...mengikut pemerhatian aku, kita dah menjadik makin kronik sebab mereka yang masih stuck pada peringkat neanderthal ni makin ramai sebab banyak ibu bapa yang bersifat homosapiens ni tak cuba untuk menunjukkan anak-anak mereka tentang konsep evolusi yang betul dan wajar...maka, bagi korang-korang semua...selamat kembali ke zaman batu...

kalau korang rasa offensive dengan mesej yang aku cuba sampaikan, baik korang duduk dan pikir balik...korang kalau tak bersetuju dengan apa yang aku cakapkan ni, baik korang cuba mencapai tahap evolusi kepada homosapiens sebenor daripada korang terpekik terlolong dan bertindak ala neanderthal...sebab kalau korang buat cenggitu, secara automatik korang bersetuju dengan apa yang aku cakap tadi...aku tak suka nak jadik Hitler...semua dah besor memasing...fikirkan la...

Notahangit: nak aku cakap direct? boleh...aku bagi empat perkataan...CUBA JANGAN JADIK BANGANG....amcam?

2 comments:

PotatoPanda69 said...

hahaha~~
yg tunjuk perasaan sampai hilang perasaan pon perangai cam monyet gak....
XP

Along Tapa said...

Afiq Ryunosuke

haha...ko paham...bagus la ko ni...