Tuesday, May 17, 2011

Teknik memahami pemikiran manusia....

Arakian

Soalan ni memang banyak kalo orang tanya kat aku...."Along, cemana kita nak tau apa yang ada kat dalam kepala otak orang tu??"...."senang ke nak baca pemikiran orang ni??"....jawapan dia simple....tapi persoalan yang utama, kita kena tau dulu...apsal kita nak sangat faham cara pemikiran manusia ni??tak boleh ke kita just play along with the flow?? tak salah kalo kita nak cenggitu....tapi ada masa kita perlu gak nak tau apa yang ada dalam minda orang lain...cam contohnya bila kita nak bergurau dengan kawan-kawan, kita kena tau mental state dia ok ke tak...boleh tak dia terima gurauan kita....tak pun kalo kita tengah mengorat awek....dapat tak dia terima apa yang kita buat atau cakap??so tu la pentingnya kita tau cara nak faham pemikiran manusia ni...

ok...secara teori pemikiran manusia ni jelas...takde sorok-sorok..kalo korang sorang yang teliti, korang boleh dapat baca apa yang ada kat dalam pemikiran orang....benda ni boleh diperhatikan dari tindakan, refleks, postur kadang-kadang dari riak wajah....ni semua tindakan luor kawal...tapi sebagai manusia, kita dikurniakan satu kelebihan yang kita sangkakan keburukan iaitu nafsu...yang mengawal emosi kita...so kebanyakan pemikiran ni ditutupi oleh emosi....benda ni yang selalunya buat kita susah nak baca apa yang ada dalam pemikiran orang....macam contoh...sorang budak yang kantoi merembat barang kat kedai...dalam situasi tu, bila kita tanya kat budak tu, "betul ke ko curik barang tu kat sini tadi?", jawapannya dah obvious tapi disebabkan emosi takut, budak ni cuba untuk kawal orang baca pemikiran dia dengan membuat pembohongan...so dia jawap tak....

bagi sorang yang berpengalaman, benda ni semua boleh kita baca dari perlakuan...kita ambik contoh budak tadi ek...kita tengok intonasi dia cakap tak tu....macam teragak-agak....tu menunjukkan dia cuba menyorokkan fakta...mata tak memandang kat kita masa jawab...maksud yang sama jugak....ada pause atau gap masa antara soalan dan jawapan yang dia bagi...tu tandanya dia sedang berfikir...kemungkinan untuk menyediakan alasan...keadaan badan yang stiff dan awkward, tu secara biologinya dia berada dalam keadaan stress....yep...memang kalo nak dikirakan sangat complicated....tapi kalo nak dikirakan, tak complicated untuk baca pemikiran orang tapi nak decrypt emosi yang dah cover pure fact dari minda tu....itu yang susah...biasanya kalo kita tanya soalan yang direct, kita akan dapat jawapan yang dah di encrypt dengan pelbagai emosi....

so cara terbaik untuk kita tau pemikiran manusia, ialah dengan mengkaji bahasa tubuh, permainan minda, psikologi peringkat tinggi dan jugak pengalaman yang banyak...memang makan masa tapi tu cara yang paling tepat nak membaca pemikiran orang...ada cara yang lebih mudah....ask them repeatedly with the same question and find the similarity in the pattern of the answers....tapi tu kengkadang membawak kita pada misconception....nak-nak bagi orang yang bercakap terus dari kepala hotak macam aku ni...hehe....

notahangit: i can read people's mind like a book....but i always forgot about their feelings....god...i need an encyclopedia about how to read people's emotion...

4 comments:

h A n Y S said...

Long, aku rasa kat CSI malaysia ada keje kosong, ko nak try?
;p

btw, 'i can read people's mind', ce try baca mind aku skang, even ko tak bertentang mata dgn aku pon, boleh x? ce try, ce try, *angkat2 kening kanan*

;p

Along Tapa said...

hAnYS

CSI Malaysia??tak hingin aku jadik polis...sebab aku ikut akta Mail Lambong...haha...

dalam pemikiran ko skang, dapat tak along baca apa aku fikir??haha....

orang panggil aku mun. said...

er..sory soalan lari sikit.

arakian tu ape?


*complicated btul entri ni.sampai jenjuling mata ni ha nak memaham nye huhu

Along Tapa said...

orang panggil aku mun.

arakian tu??bahasa klasik untuk maka seterusnya...hehehe...