Monday, May 09, 2011

Along...ko tak takut ke??

Arakian

sebelum-sebelum ni, ramai yang duk tanya aku..."Long, ko buat entri yang bernada kontroversi ni, ko tak rasa takut ke?? Mana tau pihak yang butthurt tu duduk buat report polis dan dakwa ko sebab buat statement gila babeng macam entri kat sini dan entri baru kat GB tu, pastu tak masal ko kena tangkap...ko tak rasa takut ke??kang menyesal tak berguna.."

jawapannya, tak..sebabnya??aku tulis dalam pemerhatian aku...sampai kengkadang aku jadik puzzled...kenapa orang sekarang ni sampai cenggini sekali pemikiran dia??kengkadang sampai fatwa yang keluor tu bercanggah dengan apa yang aku pernah belajor selama 9tahun kat sekolah agama dulu....aku tegur apa yang aku rasa betul pada pemikiran aku...dan terpulangla pada korang nak terima ke tak apa yang aku cakap tu...lagipun, aku bukannya nabi akhir zaman yang membawak hukum...aku pun bukan tok guru ugama yang ada degree dan master dalam bidang keagamaan ni...aku just sorang budak rock yang cabut lari dari tabligh, sorang budak yang just ada sijil pangkat 1 dalam sijil darjah khas sekolah ugama johor...even kitab-kitab yang aku belajor dulu pun dah dimansuhkan dah dari syllabus baru ni...manala bebudak ni jam belajor kitab kuning lagik....mana ada budak-budak ni jam yang belajor pakai mutla'al badrin lagik....semua pakai kitab standard dah...so diorang lebih tersusun la ilmunya...tak macam ilmu aku yang bersepah...sama bersepahnya macam kitab-kitab kuning tu....

aku just menulis ikut kebenaran yang aku nampak...bukan kebenaran yang sebenor...yang dah sah difatwakan...tapi aku berpegang pada satu prinsip yang bapak aku ajor dari aku kecik...."kebenaran sebenor tu pahit...tak secantik macam kebenaran yang orang war-warkan"...aku setuju sangat dengan perkataan ni...contohnya macam korang terjumpa sorang budak yang oversize....kebenarannya ialah, dia sorang yang gemuk...memang pahit kalo kita cakap direct....tapi kalo ikut kebenaran zaman sekarang, kita panggil budak tu sebagai comel, montel, atau berisi...walaupun kalo nak dikirakan ianya betul, tapi macam ada perkara yang disorokkan...dan apa yang aku tulis kat sini, dan GB adalah kebenaran yang pahit...aku tulis secara direct...

korang takleh nak samakan stail aku menulis kat sini macam dengan KS..sebab kat KS, aku just menulis kebenaran yang indah....supaya mereka-mereka yang direview tu dapat semangat untuk meneruskan perjuangan dalam dunia blogging ni....konsep ni aku belajor dari brader Irwan...owner pada blog Tukang Komen...jadik, kalo korang tak dapat terima apa jek yang aku kontroversikan kat sini atau kat GB, aku faham...aku tak salahkan korang kalo korang rasa sakit hati dengan apa yang aku tulis tu...tapi kengkadang kita kena duduk sekejap dan fikirkan kebenaran yang cuba nak disampaikan tu...

aku malas nak bukak cerita pasal penyebaran agama Islam dulu...korang lagi mahir...jadik, bior la aku membebel sampai parat sini jek...kalo ada yang terasa dengan entri HHD dan GB sebelum-sebelum ni, aku mintak mahap...itu just pendapat peribadi aku jek...orait??

notahangit: darah sama merah, rambut sama hitam....hati lain-lain....

6 comments:

lionteen said...

brani krn benar kan.. wat pe nak tkut klau benar kann. :)

Along Tapa said...

lionteen

yup...biasanya yang lebih2 takut ni orang yang kat side yang tak benor jek...

Anati Soki said...

:) ko luahkan pendpat ko aloing.. relax suda..
sapa makan cabai dia rasa pedasnya.. btol tak? hehehe

Along Tapa said...

Anati Soki

haha..betul tu betul...tapi ramai jek yang butthurt sampai tahap melampau2 tu...

iwan_dextrous said...

aku backup ko...come here the rival..GLORY@ MAN UNITED...eh?

Along Tapa said...

iwan dextrous

apa lobang lak man U lak ni...aje aku bakor ko kang~~~