Wednesday, June 29, 2011

"You are PENGKHIANAT NEGARA"...

Arakian

Pada suatu hari....mula dah..takyahla nak start menulis pakai tu lak ek...semenjak aku lama bercuti berblog ni, makin banyak lak isu palat yang duk kecoh-kecoh kat Malaysia tanah air tercinta ni...dari kes Sekolah Kebangsaan MultiMedia(SKMM) yang aku taknak komen, pastu hackers attack, pastu lak kes perhimpunan BERSIH....penat aku tunggu reda supaya aku boleh update...sebab kalo tak reda, cerita tak habis lagi...betul tak??aku bukan nak kecoh pasal benda-benda yang aku sebut kejap tadi tu sangat pun...tapi aku nak ambik statement dari sape ntah yang aku terdengor kat berita kul 8 tadi....adala sape ntah duk kata, "mereka yang menyertai perhimpunan ini adalah pengkhianat bangsa..jadik, kita kena la berusaha untuk menentang pengkhianat bangsa."...haih...aku dengor ayat tu, berkobor-kobor amarah aku naik....punyala senang nak menghukum....

cuba kita pikir...senang sangat kita nak cop orang tu pengkhianat bangsa ek...sebab apa??sebab dia tak mengikut telunjuk kerajaan kah??ataupun sebab diorang tak bersifat baling batu sorok tangan??serius aku cakap..bacul korang ni...bila ada masalah yang kerajaan buat, korang la yang paling kuat salaknya kat belakang...babi kerajaan tu...babi kerajaan ni...lahanat betul naik harga barang...pukimak tambah tol...jebeng la buat kilang Lynas...tapi bila depan-depan, salam cium tangan dowh...kalo boleh nak sembah cium kaki....tak ke sial perangai tu??ataaaauuuu....tak salah kalo aku kelaskan korang yang buat cenggitu memang munafiq kan??

berbalik pada hal pengkhianat negara tadi....kita senang jek nak cop orang jadik pengkhianat negara...kepala hotak mengalahkan British yang jajah tanah kita dulu....suarakan pendapat, pengkhianat negara....berbeza fahaman politik, pengkhianat negara...berjuang untuk hak, pengkhianat negara....habis-habis, tulis entri suarakan apa yang ada kat dalam hati, pengkhianat negara....anda ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) kerana menimbulkan provokasi(ancaman)...sape yang kena provoke??korang fikir sendiri..

cuba kita kaji balik sejarah yang ditulis kat dalam buku sejarah moden kita yang tak tentu sahih ke tak tu....kesemua pejuang kemerdekaan kita merupakan orang-orang yang mencetuskan provokasi...diorang jugak orang-orang yang digelar pengkhianat bangsa masa tu...ramai orang kita yang bersorak dalam hati sebab diorang berjuang...tapi pada masa yang sama menyorok dan dedahkan tindakan diorang pada penjajah...cenggitula orang kita dari dulu.....dalam sokong, ada isin hati....busuk hati bawak keturunan..sebijik macam saka....ntah cemana nak sembuh pun aku taktau...kalo kita nak cop sengsorang tu sebagai pengkhianat negara, mungkin dia antara orang yang berjoli sakan dengan duit rakyat, ataupun duk membazir kepercayaan rakyat dengan benda bukan-bukan.....dan orang yang menjadik pengkhianat negara ialah orang yang duduk gadai maruah negara kita sebab nak dapatkan kepercayaan negara-negara besor....orang yang jadik pengkhianat negara jugak ialah orang yang membukak gerbang kota melaka supaya penjajah portugis dapat masuk dan serang kota melaka tanpa halangan...ingat cerita tu??

jadik, aku nak simpulkan cengginila...bagi korang yang menentang golongan yang tak sependapat dengan korang berkenaan dengan benda-benda ni, dari korang gelor diorang sebagai pengkhianat negara, bukan ke lagi baik kalo korang panggil diorang sebagai puak pembangkang(atau media sekarang panggil puak pemprotes)....dan korang anggapla diri korang sebagai pihak penyokong(bukannya pejuang negara)....buat malu jek...tinggal dalam satu negara nak bertelagah macam budak kecik...kata saya sayang Malaysia....apa ntah...

notahangit: budak sekolah tiap-tiap minggu buat perhimpunan bersih...tak kecoh pun...sebab sape-sape yang kotor dan tak berdisplin, kena berdiri kat belakang dan kena catit nama..tak boleh join budak-budak yang bersih kat depan...

2 comments:

Afiq Ryunosuke said...

aku baca notahangit tu je~~
yg atas tu aku tk baca~~
^.^ huhuhuhu~~

Along Tapa said...

Afiq Ryunosuke

ko belum ckp umur nak campur hal2 yang aku cakap tu..hehe..