Sunday, June 05, 2011

I like to think the opposites...it's not wrong isn't it?

Arakian

Selalu dah aku dapat soalan dari orang..."Wahai Encik Along, tak boleh ke kalo ko buat satu pendapat yang tak menyalahi dengan pendapat orang lain?"....aku faham tujuan soalan ni...mungkin golongan-golongan ni cuba nak mempertikaikan apa yang aku tulis kat HHD dan GB...KS tak termasuk sebab kesucian pujian dalam KS tu tak macam HHD dan GB yang penuh dengan sarkastik dan cakap-cakap yang terbalik dari pemahaman orang....

jawapannya mudah jek...aku suka mencabor diri aku mencarik benda yang tak terfikir dek orang lain....yep....cuba korang bayangkan kalo aku cerita topik kat entri GB skang ni...dan aku bagi point-point yang sama macam apa yang sok kabor tulis..sama sejibik macam apa yang blogger lain fikirkan....tak pun poin tu sama macam apa yang korang fikirkan....tak ke pengisian dia tak menarik??baik korang baca jek benda lain...betul tak??bukannya aku sorang attention whore atau apa..tapi aku suka nak buat otak aku senak memikirkan benda dari perspektif yang lain...tu salah satu dari prinsip psikologi yang pernah aku belajor dulu...nak tau apa??"Jika kita nak mendapatkan kebenaran untuk sesuatu hal, kita perlu mengkajinya bukan dari satu pihak sahaja...kita juga perlu perhatikan dari perlbagai sudut..."...so bila kita buat cenggitu, secara automatiknya, kita bukan jek dapat mencarik poin yang buruk...tapi kita dapat gak fikirkan kebaikan kalo sesuatu hal...bukan ke tu cara yang terbaik untuk kita membina hidup kita??

macam satu contoh yang masih aku ingat sampaikan sekarang...korang ada satu kain putih bersih..lepas tu korang buat satu dot kaler hitam kat tengah-tengah kain tu...apa yang orang akan nampak??kalo korang tanya orang lain, apa yang diorang perhatikan??diorang akan cakap "satu dot berwarna hitam"...tak pun korang akan dapat jawapan yang bersifat kreatif macam "kesan pen yang susah ditanggalkan"..."manusia yang tersesat di tengah-tengah lautan putih"....tapi kita tak pernah pun fokuskan minda kita untuk bagi jawapan "kain yang berwarna putih"....yep...kecelaan yang sikit tu memang kita senang nak detect...tapi kebaikan yang banyak tu kita langsung tak perasan...memang sifat semulajadik manusia kan??

jadik, tak salah rasanya kalo aku buat entri yang bersifat opposite dengan pemikiran korang...supaya dari korang sibuk nak evaluate titik hitam tu, duk kaji cemana titik hitam tu muncul, apa kelajuan yang digunakan nak dapatkan titik hitam tu, berapa kali titik nak dapat titik hitam cemtu, tak salah rasanya kalo aku buat entri supaya korang abaikan titik hitam tu...tak pun aku buat entri yang boleh membantu korang cucikan titik hitam tu supaya tak ramai lagi yang terpandang titik hitam tu macam korang jugak....bior kita sama-sama berfikir secara liberal dan tak sibuk nak nyanyi lagu bangau oh bangau sesama...kan??

notahangit: dan sebab tu blog ni dinamakan hangit habis dah....supaya korang yang baca entri-entri kat sini terasa perasaan tu dan hentam aku secara berjemaah...dari korang hentam titik hitam tu, baik korang hentam orang yang sibuk nak cover titik hitam tu kan?

4 comments:

PotatoPanda69 said...

sesuam petang dh baca cerita ko~~
baru segar skit otak~~
^.^ wkwkwkwkwkw~~

Along Tapa said...

Afiq Ryunosuke

nak otak segor senang jek dowh...bawak2 le pegi semayang..ahaha...

PotatoPanda69 said...

sembahyang tu dh semestinye~~
lebih2 lg yg wajib~~~
^0^

Along Tapa said...

Afiq Ryunosuke

haha...pandaaaaiiii budak kecik ni....