Wednesday, February 09, 2011

Come and hentam me...kalo aku salah..

Arakian

Benda ni kalo nak diikutkan dah lama dah aku rasa berbuku dalam jiwa aku...tapi takde pencetus...jadik, disebabkan aku buat entri panas kat GB kali ni, dan aku dah expect komen-komen yang bakal datang, jadik, aku buat entri ni..just nak luahkan ketakpuasan hati aku...kalo korang rasa ada benda yang tak kena, korang komen kaw-kaw...aku memang tak kisah...kita kan kena saling ingat mengingat...betul tak?aku bukannya mister perfect...ada gak silap...

ok..berbalik pada apa aku nak luahkan...satu benda yang paling major aku nak cakap ialah pasal mentaliti kita sebagai orang melayu...aku tak hentam orang islam tapi mentaliti kita sebagai melayu yang mengaku islam...aku tak faham kenapa mentaliti kita sebagai orang islam dikalangan melayu ni kena sempit, tak cuba untuk pertimbangkan satu-satu perkara tu secara logik, lepas tu kita sandarkan pada rujukan kita al-quran, hadis, sunnah, ijma' ulama', qias dan seterus-seterusnya...kenapa aku cakap cenggitu??korang bayangkan salah satu contoh mentaliti kita sebagai orang melayu islam ni...bila sebut babi, kita jadik bodoh alang...menggelabah macam nak mampos...duk berjoget-joget ala-ala budak pompuan nampak lipas...padahal benda tu takde apa pun...korang ingat ni ek...babi tu ciptaan Allah..walaupun ditulis dalam quran yang babi tu haram, dikategorikan pulak sebagai najis mughalazah, tapi kita tak boleh nak keji dia macam dia tu benda yang bukan hak Allah...tu la silap mentaliti kita sebagai melayu islam ni...kita tak pernah nak fikir satu benda tu secara tepat...tapi selalu bergantung pada pemahaman kita yang bergoyang-goyang...

berbalik pada hal babi tadi...kalo dah tau ada babi, tak jadik salah kalo korang pegang menatang tu...ko nak peluk berkubang sama-sama pun tak jadik salah...tapi lepas tu, sertu la...dah nama dia pun najis...dah sentuh, cucila...bak senang katanya la...macam kalo korang nampak taik...tak salah kalo korang angkat taik tu, buang...kalo nak main-main dengan taik pun tak kisah...tapi lepas tu, cucila...kan sama kaedahnya tu...kenapa nak big deal kan sangat...


tu cerita babi...benda yang simple...ada gak yang hentam gila-gila sambutan macam valentine's day, sambutan christmas...cakap dalam fatwa kata salah sebab kita meraikan perayaan diorang macam kita meraikan kemenangan diorang...cuba kita pikirkan...dalam satu tahun, kita ada 365hari...366 kalo tahun loncat...dan setiap tarikh tu ada sejarahnya sendiri..dan kengkadang kita berkongsi tarikh perayaan kita dengan sambutan religious agama lain...jadik kenapa kita nak big deal kan benda tu...biorla diorang nak sambut cara diorang..kita sambut cara kita...cara yang lebih bersopan dan menurut tak bercanggah dengan syarak...bukak minda dan faham...bukannya aku suruh korang pegi join sekali diorang sembahyang dalam gereja diorang tu..sampai convert pegi agama diorang..tak..tapi, kalo perayaan diorang tu bagus, tak jadik salah kalo kita ambik konsep tu jadikkan sambutan untuk kita...macam contohnya mother's day dengan father's day...tak lupa gak earth's day...kalo aku cakap earth's day tu budaya atheis, korang nak boikot la earth day tu..walaupun tujuan dia baik nak mengurangkan pencemaran bumi??

ni satu lagi mentaliti yang memang aku tak faham...kita cukup jaki kalo orang agama lain masuk kat dalam masjid...dan kita pun cukup jaki nak jejak kaki kat dalam tempat ibadat agama lain...kita cukup tak bagi diorang pegang quran...dan kita cukup takut nak baca kitab diorang...persoalannya kenapa??tak terasa ke iman kita cukup cetek kalo korang fikir secara logik...meh kita fikirkan...kalo orang dari agama lain jejakkan kaki kat masjid tu kan bagus...mana tau lepas dia jejak kat situ, diorang dapat ketenangan...lepas tu terbukak pintu hidayah diorang nak masuk islam...sape dapat benefit??tak kita??mana tau kalo diorang bukak quran tu terpancar cahaya kebenaran lepas tu diorang teringin nak masuk Islam...kan kita yang beruntung??tapi, kita sebagai orang islam yang sejati, tegurla kalo diorang buat tak senonoh...kalo diorang datang pakai seluar katok dengan singlet kat masjid, bagila dia jubah...tutupkan aurat dia...bagi sopan...kalo diorang nak pegang quran, ingatkanla dia supaya dalam keadaan bersih dari hadas...paling pun suruhla diorang mandi dulu...tak boleh ke cenggitu??tu kalo diorang...kalo kita masuk tempat ibadat diorang kenapa jadik salah macam nak murtad??tak salah..kita boleh masuk dalam gereja...kita boleh dengor khutbah diorang...kita boleh baca kitab diorang...tak jadik salah pun...gunanya untuk kita faham kenapa agama kita ni sempurna...dan kita dapat sediakan jawapan kalo mereka yang bukan Islam ni tanya kita pasal comparison agama diorang dengan kita...takla nampak macam kita ni dangkal sangat fikiran...barula nampak kita ni macam sahabat nabi yang gagah perkasa tu...tak gentar walaupun berjuta puak kristian datang serang diorang dengan provokasi melampau...ni tak...baru sebut babi dah ketar lutut...cemana tu...

tu tak campur lagi tahap radikal pemikiran kita sebagai melayu islam yang selamba jek label sesetengah orang tu kafir, berdosa dan masuk neraka...tolongla bro dan sis..kita bukan Tuhan yang menciptakan alam semesta nak hukum sesorang tu sebagai apa...kalo kita tengok orang tu silap, kita tegur...tapi sebelum tegur tu, kita kena pastikan banyak perkara....kita kena pastikan tujuan orang tu buat cenggitu...ingat cerita nabi Hidir??tak ingat pegi carik...kita kena pastikan diri kita ni takkan buat benda yang silap tu...ingat cerita Tsalabah??kita kena pastikan hukum dulu sebelum kita tegur..jangan main bikin fatwa sendiri ikut kefahaman cetek kita...ingat cerita Saidina Ali berebut baju perang dengan sorang Yahudi masa zaman Rasulullah??nak-nak dah akhir zaman ni...kefahaman kita dalam Islam ni masih samar-samar..sebab takde Rasulullah untuk kita rujuk...dan kita dilambakkan dengan buku-buku agama karangan Ustaz-ustaz yang menulis menurut kefahaman diorang yang belum tentu lagi sahih kedalaman ilmu dia...jadik, jangan kita terima bulat-bulat setiap benda yang diorang sampaikan..baca, faham dan kaji...hidup ni sama jek macam tulis blog beb...nak tengok bukti betapa mudah percayanya kita sebagai Melayu Islam ni??Ingat cerita facebook bakal ditutup??Ingat cerita surat berantai??tula salah satu bentuk kedangkalan kita kalo kita percaya bulat-bulat...

jadik, nasihat aku lepas aku membebel panjang lebor ni, bukak minda dan jangan terkongkong macam katak bawah gelas...nampak benda berlaku tapi taktau apa sebenornya yang terjadik...dapat, faham dan kaji...reti??

notahangit: aku sakit hati betul kalo orang taktau berlagak tau ni...kalo bergaduh cakap pun kita takkan menang kalo cakap benda yang tak kena dengan selera diorang...walaupun apa kita cakap tu betul...

13 comments:

Dark Half said...

padu habes la along. cara pemikiran kau x macam muslim yg tinggal kat m'sia. sepatutnya kita lebih berfikiran terbuka, aku setuju

aku penah baca dan tengok dokumentari di mana muslim di states dan europe boleh duduk sekali dalam church maupun masjid utk mendengar dan berforum tentang perbezaan agama secara sihat. cuma pastikan iman tak spt lalang. kalau tak, jgn join

lionteen said...

perghh!! habis jugak aku baca, sampai dah x larat nak komen pape. hehe

Along Tapa said...

Dark Half

kalo kat US dan Europe tu orang boleh pertikai sebab agama rasmi kat sana ialah kristian...even kat Arab Saudi dan Iraq, rakyat semua tetap bebas keluor masuk rumah ibadat dan berdebat secara terbuka..masa zaman rasulullah pun sama...betul tak?kalo tak tau, carik buku sirah yang sebenor...jangan asyik baca cerita cantik yang disogok dan digarap indah untuk kesedapan hati sendiri...


lionteen

hehe..kenapa ko tak larat nak komen lionteen??tu kan komen gak...

Skeldeck Siddik said...

yang nie pon aq sokong........

Along Tapa said...

Skeldeck Siddik

tetiba aku terfikir apa yang ko tak sokong..

semua rakyat diwajibkan pakai handphone 3310 jek...selain dari tu semua kena tangkap ISA...haha...

echah mashuri said...

:).betul jugak long ape yg ko cakap.maaf k kalau komen ak kat GB tu ade tersalah ke ape.

Along Tapa said...

echah mashuri

haha...komen tu ialah satu ekspresi tentang kefahaman kita dalam satu2 topik...aku just tulis apa yang aku fikir, dan korang just tulis apa yang korang fikir...sebab tu aku open debat dalam GB..barula kita maing2 dapat exchange knowledge..

notahangit: aku dah redi dah dapat jawapan cenggitu..dah prepare awal2..sebab tu aku berani tulis...hehe..

iwan_dextrous said...

speechless ak.hihi

Along Tapa said...

iwan dextrous

ko dah puas dah memekak kat telinga aku..memangla speechless kat sini...

Shajia Niueda said...

reti pakcik. hihihi

Along Tapa said...

Shajia Niueda

bagus...jadik, bila nak berubah??hihi

Shajia Niueda said...

sekarang la mau brubah. hihi

Along Tapa said...

Shajia Niueda

haa...tu semangatla kita mau..hihi.