Monday, March 07, 2011

Aku nak hentam korang...korang nak kata apa??hehe...

Arakian

memang aku sengaja nak carik pasal hari ni...bukan apa...benda ni aku dah lama aku terpikir dan aku aku nak tengok gak kan tahap obsesi followers yang ada kat dunia blog ni....so kalo korang rasa tak setuju, korang hentam HHD ni....boleh??seronok sekali-kali buat perangai anjing menyalak bukit ni...owh...dan satu lagi, aku taknak rosakkan stail Kerat Senget sebab situ kawasan untuk review secara adil...so hentaman aku ni kira tak adil...so sebab tula aku letak kat HHD ni...boleh kan??ok cukup mukadimah...

satu benda yang aku rasa tak faham...kenapa ek aku tengok ramai yang terlampau taksub sangat dengan Ben Ashaari...bukan Ben Ashaari jek...banyak lagi blogger yang agak berpengaruh macam Obefiend, Oh!Media, sape lagi ek..ok la...aku masukkan nama brader ni...brader Irwan yang agak power kat sudut gelap blog...aku sangat tak faham...nak-nak bila aku suarakan pendapat aku pasal blog diorang...time tu melambak-lambak orang hentam aku...sebab apa ek korang backup sangat diorang tu??padahal diorang tu sama jek macam korang...tak percaya??meh aku bagi contoh...

cuba korang bayangkan...kalo la satu hari aku buat entri "Tribute Khas untuk Ben Ashaari" lepas tu aku cakap stail penulisan Bro Ben memang sangat membosankan...sure lepas tu akan ramai-ramai hentam aku cakap dia tu bagus, follower ribu riban, frekuensi update yang mengalahkan manusia normal...betul tak??lepas tu kalo aku cakap sebab dia buat entri ala bosan la dia dapat update selalu...lepas tu beribu riban lagi orang hentam aku pasal sekurang-kurangnya dia berusaha nak promote blog dia lepas tu blog blogger yang baru nak naik semua...lepas tu aku cakap tu ialah politik dunia blogging lepas tu datang lagi beribu riban orang hentam aku backup dia...kenapa ek??adakah sebab aku jentik telur bro Ben korang akan terasa terjentik juga??

tu baru cerita bro Ben...cemana pulak kalo aku hentam Obefiend??macam biasala...satu entri "Tribute Khas untuk Obefiend"...lepas tu aku cakap Obefiend ni bagi info yang macam bagus tapi agak twisted macam Gorengbaek....sure lepas tu akan ada beribu orang yang hentam aku cakap sekurang-kurangnya dia tu bijak dalam sarkastik, pandai itu ini...dan kalo aku cakap fakta fail tetap fakta fail, still ada ribu-ribu gak yang hentam aku??siap melambak-lambak lagi orang cuba menjentik telur aku dengan kata-kata makian ala-ala stail Obe lagi...haha...susah nak difahami kan??

kita ambik dua contoh jek dah cukup la kan...kang nak letak banyak-banyak kang korang kata aku memang betul-betul rasa sakit hati dengan diorang lak...masalahnya cenggini ek sekarang...pada aku, Bro Ben tak bersalah..dia update banyak kali ke, dia bosan ke, tu masalah dia...blog dia..Obe nak macam bagus, tu blog dia, stail dia...dia punya sukala..kenapa kita sibuk nak jadik tali barut nak sokong-sokong kononnya...tak boleh ke kita letak dalam kepala hotak...diorang tetap manusia...ada gak kekurangan walaupun berjaya...even bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir pun banyak gak buat silap dulu...kalo dia tak buat silap, takdenya pembangkang ni boleh jadik terer...kalo sorang blogger tu terlampau lama atas takhta pun, tak semestinya dia tu bagus...betul tak??

jadik, bagi korang blogger-blogger sekalian, takyahla nak over fanatik sangat dengan idola korang tu...apa yang patut korang fikirkan, apa yang korang nak isikan dalam blog korang tu...takdela satu hari nanti bila korang baca balik semua entri korang, korang rasa macam blog sampah yang tak de motif...sebab diorang-diorang ni tak pernah bertindak fanatik macam korang ni la blogger-blogger ni berjaya tau tak??jadik, ikut korangla nak hentam aku ke hape...tapi apa yang aku tulis pasal dua blogger yang berpengaruh tu memang ikhlas dari hati aku...kalo korang nak setuju ke nak tak setuju ke, tu hak korang...setiap orang ada stail penulisan sendiri kan??

notahangit: kalo takde sape nak tegur blogger berpengaruh macam diorang ni, sampai bila-bila la diorang tak improve nanti...kata korang sayang diorang...kalo jaga macam barang fragile, korang la yang merosakkan diorang sebenornya...reti??

12 comments:

lionteen said...

lionteen fanatik ngn along tapa je. hehe. x salah kan.

obe tu yg ne yek?

h A n Y S said...

wahhh..lepas ni kan, lepas ni kan, aku rasa kan,
ang mesti femes!
gahahahaha
;p

Along Tapa said...

lionteen

adoi...blog serius??foa land??ko taktau ke??huhu..

ko nak fanatik dengan aku?pulak dah...


hAnYS

yo yo an jek la..macam la ramai orang view kot HHD ni..kalo tak lama dah aku kaya..haha...

wan alif fahmi said...

entry x bez la long....=,=|||

Along Tapa said...

wan alif fahmi

nasibla...sape suruh ko takde blog..

iwan_dextrous said...

hahahah.rebel2.

faizura rahman said...

wa lg suke abg eQbal pnye blog: 'kurasakan something'..blogger yg ko sebut tu mmg bosan kot..modal die xabes2 ngn promote blogger baru..komen xreply, shoutbox xde..haih mmg x mesra lgsg! opsss..abs la wa! hahaha

Along Tapa said...

iwan dextrous

suka ko ek orang rebel...join r sekali...


faizura rahman

haha..habisla ko..aku ingat aku jek ada perasaan dalaman yang memberontak..ko pun sama rupanya...

nora said...

Alongggggggggg

dah abis geram lum ni
dah dah dah
senyum sikit ^_^


ENTRY HOT : Senyum ^_^

Along Tapa said...

nora

geram yang tu dah habis dah...pandai ko sejukkan ati aku ek...hihi..

echah mashuri said...

pehhh..ak kdg2 terfikir.ape yg menarik dgn abg ben.mula2 ak blogging dulu,so ak pun baca baca dan baca.tapi yg ak dapat.oooo...blogger kena bijak.jangan buat sesuatu yang kita tak dapat habuan jugak.backlink tuh penting.

Along Tapa said...

echah mashuri

ntah..habuan tu pada aku bonus jek echah...yang penting tu pengisian..kalo sibuk nak kejor duit jek, makin teruk la blogging nanti...