Thursday, March 03, 2011

Ketakpuasan hati dalam blogging

Arakian

entri ni memang lama dah berkubang kat dalam hati aku ni..tapi aku taktau cemana aku nak lepaskan..jadik, bior la aku lepaskan arini boleh tak??bukan pasal apa..aku ada sikit terkilan la dengan stail aku berblog...haaa...korang ingat senang ke aku nak tak puas hati dengan diri aku sendiri...jadik meh sini aku bagi korang dengor aku hentam diri aku sendiri kat entri kali ni....

macam yang korang tau aku handle 3 blog secara serentak..semua orang tau sangat susah nak jadik adil kat tiga-tiga blog aku...umpama ada 3 orang anak...anak pertama, gorengbaek...blog yang paling aku sayang dan paling lama dengan aku..aku turun dan naik dengan blog ni...dan aku gunakan blog ni sebagai link utama aku kalo aku ada shout kat mana-mana chatbox...dan blog ni gak la yang aku gunakan kalo aku komen kat wordpress blog..GB ni kira tempat aku curahkan apa yang aku perhati dan faham tentang life...even kalo nak kira, memang blog yang paling pandai menyakitkan kepala aku nak update...

blog yang boleh dikategorikan sebagai anak bongsu atau yang ketiga, Kerat Senget..antara blog yang paling tak menyakitkan kepala aku nak update...aku just perlu printscreen header korang, buat backlink, ulas pasal blog orang tu...simple blog tapi perlukan banyak effort...aku kena gali satu-satu blog yang aku review tu dari yang paling awal sampai yang latest...perhatikan perubahan, stail penulisan, macam-macamla...sangat susah sebenornya kalo nak buat...sebab kita nak menghentam blog orang memang senang...tapi kita kena gali habis untuk carik kelebihan blog tu jugak..kalo ada con, mesti ada pro nya...dan blog ni gak aku selalu letak kat comment box korang jika blog korang dah kena review dengan aku...jadik, dah ada stail promote kat situ kan??

tapi aku rasa macam aku anak tirikan blog ni...Hangit Habis dah...kalo nak diikutkan, blog ni pasal aku totally..apa yang aku rasa emotionally...pure apa yang aku rasa...without aku evaluate macam kat GB...dan seriously aku tak pernah promote HHD ni selain dari aku mention beberapa kali kat GB...masa awal aku buat blog ni, ramai yang tak sanggup nak baca..sebab apa??sebab dia hangit habis...aku tulis kat sini memang takde border...aku rasa aku nak maki, aku maki...aku rasa macam nak emo, aku emo...dan sebab tu aku letak nama blog ni Hangit Habis dah...perasaan yang ekstrem dalam setiap perkara...sebab tu dia hangit ek...

jadik apa yang aku tak puas hati??cenggini la sial...aku nak sound diri aku sendiri...apala salahnya sekali-sekala aku promote HHD ni kat tempat lain...aku tau HHD ni ada follower tersendiri...terdiri dari korang yang berhati waja dan tak pedulik sangat pasal censorship...tempat yang betul-betul aku luahkan perasaan aku kat sinila...tempat aku nak lempang muka orang yang aku tak puas hati secara maya kat sini gak la...betul tak??apa la aku ni...

tapi  bila aku pikirkan balik, bagus jugak HHD ni ada kat sudut gelap ni...sekurang-kurangnya, bila aku sebut HHD jek, orang dah boleh tau dah...apa jenis entri yang akan keluor kat sini...memang jenis debik kat batang hidung takde kesian punya kan??so, kalo aku bagi can kat korang bagi rekomendasi apa aku nak buat kat HHD ni, apa yang korang nak cadangkan??meh cakap kat aku meh...

notahangit: kalo aku tak ganas kat HHD ni, kat mana lagi aku nak tunjuk keganasan aku??kan??apa kata korang??

7 comments:

lionteen said...

ala. terus je la ngn HHD tu. kte tgk biase je. kat situ la tempat nk marah2. yg tukang komen tu pun akan rasa marah sekali bile bace. br rase kepuasan bace. kahkah

Along Tapa said...

lionteen

terus tu mesti lionteen...just aku rasa tak puas hati kat diri aku sebab tak dapat nak promote kemarahan aku kat dalam HHD ni seterer dua lagi blog lain...kan??

Shajia Niueda said...

jap2. mau tnya nie. HHD ganas ke ?
pakcik ganas ke ? hahahahahahahahahaha XD

d_tieah said...

Kalo ko dah nak anak tirikan blog ni, boleh tak jadikan aku mak tiri nya???????????????????

Nak jugak aku memaki hamun, lepas geram semua dalam blog ni..

Huhuhuhu.. Setuju tak? Ngee :)



Entry Terbaru : Blog Lucah Semakin Digemari

Along Tapa said...

Shajia Niueda

aku ganas..tapi sebab aku rasa zaman rebel penuh aku dah habis, tu yang banyak cool down tu...


d tieah

haha...nak??aku takleh bayangkan ko memaki hamun tieah...

d_tieah said...

Sebab aku baik kan?????????????????
Susah nak marah..
Nak maki hamun pun kena fikir 2,3 kali long takut ade yg terasa hati..

Along Tapa said...

d tieah

hihi..sebab tu la aku tulis tak letak nama tieah...cerita pun kengkadang lain dari cerita sebenor..kalo terasa jugak, memang sah dia la orangnya yang buat onar...